KRISIS DALAMAN : JANGAN ULANGI KESILAPAN KEDAH

Kedah jatuh ke tangan BN hanya setelah sepenggal diperintah PR. Apa puncanya??

Antara puncanya rakyat meluat dengan perbalahan dalaman PAS Kedah. Semuanya sikap masing-masing
yang tidak mahu berlapang dada mencari penyelesaian dengan membuar krisis berlarutan

Apakah Selangor ingin menjejaki kesilapan ini.??? Apakah PR tidak mahu belajar dari kesilapan lalu? Tidak mahu belajar dari 'Lesson Learned' . Malang sungguh.

Sedikit sebanyak rakyat Selangor terkesan dengan pertelingkahan dalaman ini. Meluat, menyampah dan bosan dengan situasi ini. Tambahan pula dengan jarum dan meriam Umno/BN yang sentiasa menunggu musuh untuk menyerang. Mereka hanya tersenyum dan riang 'gumbira' dengan keadaan yang berlaku. Tidak perlu bermandi peluh untuk merampas semula Selangor.

Ayuh dengan semangat Ramadhan kita sama-sama menyelesaikan kemelut ini !!!!!!

Comments