.

.

24 April 2010

PRK HULU SELANGOR : HANTU-HANTU TELAH BERKELIARAN DI SANA?

Mungkinkah hantu-hantu sudah berkeliaran di Parlimen Hulu Selangor bagi membantu memenangkan calon BN pada pengundian esok.

Tidak siapa yang dapat memastikan tiada hantu mengundi esok kerana apa yang pasti petugas parti dan pengundi di sana tidak mengenali 100 % pengundi di sana. Jika ada hantu yang mempunyai kad pengenalan yang sah dan datang mengundi esok tiada siapa yang dapat menghalang. Jika seseorang itu datang dengan membawa kad pengenalan dan gambarnya tertera pada kad pengenalan itu maka siapa yang boleh menghalang mereka mengundi.

Kita semua tahu bahawa kad pengenalan boleh dibuat pada bila-bila masa dan sudah terbukti bahawa terdapatnya kad pengenalan palsu seperti yang dijumpai di Sabah beberapa ketika dahulu.

Dengan segenap kelengkapan dan kecanggihan dan kuasa semuanya ada ditangan mereka, maka siapa yang dapat menghalang penyelewengan dan penipuan ini dari berlaku.

Jadi esok hanya satu cara sahaja yang boleh dilakukan iaitu Polling Agent kita mesti berperanan dengan baik dan tegas. Polling Agent mesti memeriksa kad pengenalan dan bertanya kepada mana-mana pengundi yang dilihat mencurigakan. Polling Agent mempunyai kuasa untuk memeriksa dan menahan pengundi-pengundi yang mencurigakan. Dengan cara ini Insya Allah kita dapat memberikan sedikit tekanan kepada pengundi hantu agar mereka tidak bermaharajalela mengundi esok.

PRK HULU SELANGOR : ZAID DI DEPAN - MALAYSIAINSIDER

Tinjauan Portal Berita Malaysiainsider mendapati bahawa Calon PKR lebih popular dari calon BN. 49 % memilih Zaid berbanding hanya 40 % yang menyukai Kamalanathan. Sementara 12 % responden menjawab tidak tahu atau belum membuat keputusan.

Tinjauan rambang Malaysiainsider di seluruh pelusuk Parlimen Hulu Selangor juga mendapati di DUN Batang Kali Zaid memperolehi 70 % manakalan Kamalanathan hanya mendapat 30%. Di DUN Kuala Kubu Bharu pula Zaid mendapat 45 % manakala Kamalanatan 30% sahaja, manakala 25% belum membuat keputusan.

Sementara itu Kamalanathan lebih popular di DUN Hulu Bernam di mana beliau mendahului Zaid dengan mendapat 55% berbanding 35% sahaja yang diperolehi oleh Zaid. Selebihnya belum membuat keputusan.

Dari tinjauan ini jelas sekali bahawa calon PKR, Zaid Ibrahim jauh mendahului Kamalanathan.

DEBAT DI HULU SELANGOR : TERBUKTI NAJIB PENGECUT CUBA CARI HELAH

Di negara barat dan maju pemimpin politik mereka sering berdebat di hadapan rakyat untuk memberi peluang kepada rakyat menilai karisma, perancangan dan program sesebuah parti. Malah di negara jiran kita Indonesia para pemimpin politik mereka ternyata berjiwa besar dan maju. Malang di negara kita pemimpin pemerintah dari BN memang penakut, pengecut dan tidak bertamadun kerana takut untuk berdebat di hadapan rakyat. Mereka sering melaungkan mereka hebat dan maju namun takut untuk mencontohi pemimpin negara maju dalam isu debat.

Pemimpin BN sebenarnya bukan sahaja takut untuk berdepan dengan pemimpin parti lawan malah takut untuk menjawab soalah rakyat dan wartawan jika format debat ala barat dan Indonesia diikuti. Ini kerana di setiap perdebatan di negara maju rakyat dan wartawan serta cendikiawan diberi peluang untuk bertanya. Ini yang sangat ditakuti pemimpin pengecut seperti Najib dan Muhyiddin.

Hari ini Najib secara terbuka menyatakan tidak berminat untuk berdebat dengan Anwar. Alasan yang diberi oleh beliau ialah beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat.

Beliau berkata mana ada dalam perancangan untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru.

Presiden Umno itu juga berkata beliau lebih suka kalau dapat jumpa dengan rakyat kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya. Itulah alasan dangkal Najib untuk nenutup malu beliau yang jelas pengecut dan penakut.

Kenyataan beliau ini dipetik dari Bernama.

PRK HULU SELANGOR : BENTENG TERAKHIR MESTI DIPERTAHANKAN

Sudah menjadi lumrah setiap kali pilihanraya BN akan menggunakan apa sahaja untuk memperolehi kemenangan, lebih-lebih lagi maklumat perisikan dan survey mendedahkan bahawa kedua-dua parti berpeluang untuk menang esok.

Saya cadangkan beberapa gerakerja yang mesti dilaksanakan pada malam ini sebagai benteng terakhir PR.

1) Semua jalan dan lorong menuju ke kawasan perumahan mesti dikawal 24 jam bermula dari sekarang. Mana-mana kereta atau motor yang datang dalam keadaan mencurigakan mesti ditahan dan ditanya

2) Periksa semua kenderaan yang masuk ke kawasan perumahan bagi mengesan jika sekiranya ada barang yang akan digunakan untuk menyogok pengundi dan sebagainya.

3) Bas dan kenderaan yang membawa penumpang yang mencurigakan mesti ditahan dan ditanya bagi memastikan tiada pengundi hantu dibawa masuk untuk mengundi esok.

4) Semua risalah atau apa-apa juga bahan yang ditabur atau diletakkan oleh pihak lawan yang berunsur fitnah dan menyalahi undang-undang mesti dikutip dan diturunkan kerana kerapkali pihak lawan menaburkan risalah fitnah di saat akhir.

5) Pastikan semua petugas mengandungi sekurang-kurangnya 4 orang satu kumpulan.

Selamat Bertugas

PRK HULU SELANGOR : SIAPA MENANG, MARI TELITI KEPUTUSAN SURVEY DAN PANDANGAN PIMPINAN POLITIK

1) Anwar Ibrahim yakin calon PKR, Zaid Ibrahim akan memperolehi kemenangan dengan undi melebihi 30,000 undi. Dengan undi 30,000 di tangan PKR dijangkakan PKR menang dengan majoriti kira-kira 6,000 undi.

2) Muhyiddin yakin calon BN menang tetapi tidak berani menyatakan majoriti yang diperolehi BN

3) Penganlisa politik, Ong Kian Ming meramalkan Zaid akan menang dengan majoriti antara 1,000 hingga 1,500 undi.

4) Zentrum Future Studies Malaysia pimpinan Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dalam surveynya mendapati PKR akan memperolehi 51.7 % undi berbanding BN dengan 48.3 %.

5) Jangkaan saya : Undi Melayu (BN 62%, PKR 38%), Undi Cina (PR 75%, BN 25%) dan India (BN 55%, PKR 45%). Jika peratusan pengundian adalah 77 % maka BN mendapat
25,063 undi mankala PKR mendapat 24363 undi. Dengan itu BN menang dengan majoriti 700 undi.

BN TIPU LAGI : LUAHAN GENERASI KEDUA FELDA SUNGAI BUAYA,

Di bawah ini saya 'post'kan luahan seorang anak Felda Sungai Buaya.

Atuk kawan (saya) merupakan salah seorang peneroka awal di Sg Buaya . Sehingga arwah meninggal tiga tahun yang lalu , tanah yang dia terokai yang diambil oleh syarikat tajaan Mat taib masih belum dibayar.

Semalam bapa saudara kau terima RM1,000 tunai dan baki RM49,000 dalam bentuk bank deraf . Balik rumah di Sg Choh punya lah marah dan cakap rasa macam peminta sedekah saje berjemur nak tunggu PM bayar . Ingat nak bayar bakilagi 70% , tapi rupanya kena kencing lagi . Dia dan keluarga dah bulat hati nak pangklah PKR walaupun memang UMNO berkarat sejak zaman Datuk Harun lagi.

PRK HULU SELANGOR : PENEROKA KENA TIPU LAGI?

BN sekali lagi didakwa menipu rakyat. Dalam media hari riuh rendah dilaporkan bahawa peneroka Felda Sungai Buaya menerima pampasan dengan bayaran pendahuluan RM50,000 ke atas tanah milik bekas peneroka yang diambil oleh sebuah syarikat swasta dan tertangguh sejak 15 tahun lalu.

Padahal wang diterima hanyalah RM1,000 sahaja sedangkan bakiny dikatakan akan diberi dalam bentuk bank deraf. Bila bakinya akan diberi ....ha ha mungkin peneroka ini akan ditipu sekali lagi.

Setelah peneroka di sini diperdayakan selama 15 tahun oleh kerajaan pusat dengan pelbagai janji pada setiap kali pilihanraya kini oleh kerana terdesak maka BN terpaksa menipu sekali lagi dengan memberikan wang RM1,000 untuk memastikan peneroka menyokonf mereka. Padahal bakinya entah bila akan diberikan.

Saya ingij mengingatkan peneroka Sungai Buaya supaya berfikir dengan waras, jangan kita ditipu seperti sebelum ini. Insya Allah kerajaan negeri Selangor akan membantu saudara semua tidak membuat penipuan seperti BN.

NAJIB PENGECUT, TAK BERANI DEBAT

Saya yakin Perdana Menteri tidak akan dalam perdebatan anjuran PR yang dijadualkan berlangsung di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu malam ini. Memang sudah menjadi resam pemimpin Umno takut untuk berdepan secara anak jantan. Beberapa kerat sahaja pemimpin Umno yang berani antaranya Ahmad Shabery Cheek dan Nazri Aziz, yang lain semuanya tiada 'telur'.

Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Presiden Umno itu berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.

Dalam ceramahnya malam tadi, Azmin berkata malam esok (24 April) debat Datuk Seri Anwar dan Najib akan diadakan di mana menurutnya permit polis sudah diperolehi.

Dengan nada sinis, Ahli Parlimen Gombak itu berkata kalau Najib tidak berani beliau boleh digantikan isterinya Rosmah Mansor.

Azmin berkata demikian dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Sungai Buaya malam semalam.

Katanya, Najib dipersilakan hadir dengan membawa penyokongnya di stadium mini Kuala Kubu Bharu bagi berhujah tetang kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kepada kerajaan Malaysia.

ANWAR YAKIN ZAID MENANG

Di sebalik keyakinan tinggi barisan kepimpinan BN bahawa calon mereka akan menang, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan lantang menyatakan bahawa calonnya, Zaid Ibrahim mampu memperolehi 30,000 undi pada pengudian esok.

Keyakinan Anwar dilihat sebagai pengakuan berani dan 'over confident' oleh sesetengah pihak kerana bagi mereka PKR masih belum berjaya menembusi pengundi Melayu terutama di kawasan Felda dan kampung tradisional.

Mungkin Anwar mempunyai sebab tersendiri untuk membuat kenyataan seumpama itu berdasarkan penelitian dan 'survey' dalaman PKR. Perlu diingat semasa PRU 12 2008 dahulu tidak ada seorang pun pemimpin PAS, DAP atau PKR yang meramalkan bahawa gabungan mereka akan berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen. Sebaliknya Anwar seorang sahaja yang meramalkan bahawa majoriti 2/3 BN akan runtuh pada pilihanraya tersebut.

Anwar membuat ramalan itu sewaktu berceramah salah satu 'venue' ceramah PR semalam.

23 April 2010

LEBIH RAMAI PETUGAS PR AKAN DITAHAN?

Ramai pemerhati menjangkakan bahawa lebih ramai petugas PR akan ditahan pihak berkuasa sebagai satu cara untuk menyekat kemaraan PR yang semakin selesa di depan. Sumber-sumber dalaman PR menjangkakan tindakan menahan petugas PR ini juga sebagai taktik untuk menggambarkan bahawa PR dan petugas PR memang ganas dan tidak patuh kepada undang-undang.

Ada maklumat tidak merasmi melaporkan bahawa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard ditahan pihak berkuasa sebentar tadi. Perkembangan selanjutnya menyusul.

KIT SIANG RAYU PENGUNDI CINA SOKONG ZAID KERANA 7 SEBAB

Penasihat DAP merayu kepada pengundi Cina Hulu Selangor supaya memberikan undi semaksima mungkin bagi memenangkan calon PKR.

Lim dalam kenyataannya hari ini memberikan 7 alasan mengapa pengundi Cina mesti memberikan undi kepada Zaid Ibrahim. Alasan tersebut ialah :-

1. Hegemoni Umno di dalam BN sebagaimana ditunjukkan pada perbahasan parlimen ketika usul menghadapkan Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen, di mana hanya ahli Parlimen Umno sahaja dibenarkan mewakili BN.

2. Usul Bekas Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat Transport Minister Ong Tee Keat ditolak kerana berlakunya pilihanraya kecil Hulu Selangor

3. Timbalan Perdana Menteri menyatakan Melayu pertama (Malay First), namun tiada pemimpin MCA yang menentang.

4. Tiada seorang pun pemimpin MCA bangun menentang PERKASA yang mengamalkan perkauman sempit.

5. Kerajaan Pusat (BN) menolak penambahan sekolah jenis kebangsaan Cina.

6. Kerajaan Pusat (BN) tidak mahu mengiktiraf 'Unified Examination Certificate' yang dikeluarkan oleh Sekolah Persendirian Cina.

7. Penerbit rancangan 'talkshow' NTV7, Joshua Wong meletakkan jawatan kerana memprotes campurtangan politik yang mencemarkan kebebasan media.


Sumber : Malaysiakini

PRK HULU SELANGOR : ZAID KETINGGALAN DI BELAKANG - KIT SIANG

Penasihat DAP berpendapat calon PKR, Zaid Ibrahim ketinggalan di belakang calon BN, Kamalanathan. Ini katanya berdasarkan kajian dalaman yang menurutnya BN sekarang mendahului disebabkan sokongan padu pengundi Melayu dan India.

Manakala pengundi Cina masih majoritinya menyokong Zaid tetapi belum cukup untuk memenangkan calon PKR itu.

Untuk menang menurut Lim, Zaid mesti memperolehi 85% sokongan pengundi Cina, di mana jumlah ini agak mustahil diperolehi oleh Zaid. Ini kerana menurut rekod setakat ini undi tertinggi yang diperolehi oleh calon PR ialah pada PRK Bukit Gantang di mana kira-kira 80% pengundi Cina memberikan undi kepada calon PAS, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Namun demikian kalangan pemerhati politik merasakan PKR masih mempunyai peluang untuk menambahkan undi di kalangan pengundi Melayu dan India berdasarkan kepada beberapa perkembangan terkini antaranya pengumuman pengurniaan tapak rumah untuk generasi kedua Felda yang bakal diumumkan esok oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Perkara diramalkan akan memberikan impak yang besar kepada pengundi Melayu di kawasan Felda yang berjumlah kira-kira 7,000 orang.

Selain itu Kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga dilihat mampu mengubah 'mood' pengundi di kawasan tersebut.

Bagi pengundi India pula, gerakerja yang berterusan tanpa mengenal penat dan lelah di kalangan perayu undi PR dan calon sendiri sedikit sebanyak 'meluntur'kan sokongan kaum India kepada BN. Malah sebuah badan berkaitan BN yang menjalankan survey semalam mendapati seokongan kaum India kepada calon PKR semakin meningkat dari sehari ke sehari.

PRK HULU SELANGOR : 'SURVEY' SIAPA YANG TEPAT

Survey 'A' - Survey yang dijalankan oleh Professor Madya Abu Hassan Hasbullah mendapati bahawa sokongan pengundi kepada calon PKR melebihi 60 %.

Survey 'B' - Sebuah badan yang ada kaitan dengan parti politik mendapati sokongan pengundi Cina (PKR 60-70%, BN 30-40%); pengundi Melayu (BN 50-60%, PKR 40-50%);India (PKR 55-60%, BN 40-45%). Survey ini dilakukan sehingga 12.00 malam tadi).

Survey 'C' - Sebuah badan berkecuali tetapi dipercayai mirip kepada BN. Mereka mendapati BN berada di hadapan dengan memperolehi 55 % undi berbanding 45 % PKR. Ini menurut berdasarkan kepada sokongan padu masyarakat Melayu iaitu kira-kira 68 % dan 60 % pengundi India juga didakwa menyokong BN. Manakala sokongan kaum Cina kepada BN sekitar 40 % sahaja.

RELAKS SEJENAK : KENDERAAN PUNGGAH PENGUNDI !!!

PRK HULU SELANGOR : PROFESSOR 'GOGGLE' RAMAL ZAID MENANG

Professor Madya Abu Hassan Hasbullah atau digelar Professor Goggle meramalkan calon PKR, Zaid Ibrahim akan menang pada PRK Hulu Selangor 25 April ini.

Hasil kajian beliau melalui badan penyelidiknya Zentrum Future Studies menunjukkan lebih 60 peratus pengundi yang terarah menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor 25April ini.

Abu Hassan berkata kajian Produksi awal Zentrum sebelum menamakan calon, PR masih lagi mendahului lebih 60 peratus dan kita percaya data ini akan berubah kerana telah wujud kepercayaan politik dalam diri pengundi di parlimen Hulu Selangor.

Menurut beliau, dalam kajian awal Zentrum, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim merupakan calon yang mempunyai intektual tinggi dan ciri-ciri ini mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengundi.

Selain itu, wujud kebangkitan golongan menengah yang menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor iaitu dengan jumlah 68.4 peratus.


Sumber : EraPakatan

PRK HULU SELANGOR : DAH PENCEN PUN MASIH BANGANG

Saya hairan spesies yang bernama Umno memang susah untuk menerima kebenaran. Walaupun kita hidang dan bentangkan fakta dan hujah yang kukuh dan utuh mereka masih tidak mahu menerima kebenaran. Benarlah bahawa hidayah itu hanya datang dari Allah kita manusia hanya mampu berusaha untuk menyedarkan manusia.

Kisah Abu Talib mengingatkan kita semua bahawa Nabi juga tidak dapat memberikan hidayah kepada bapa saudaranya itu. Jika Allah telah menutup pintu hatinya dari kebenaran maka sudah tentu seseorang itu tidaka akan dapat hidayah.

Begitu juga yang berlaku kepada Perdana Menteri Pencen kita, Mahathir Mohamad. Walaupun kita lihat secara zahirnya beliau seorang negarawan yang cerdik dan pintar tetapi beliau masih tidak dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Beliau tetap menyokong dan mendokong BN dan Umno pimpinan Najib walaupun kadangkali mengkritik Najib dan BN.

Apa lagi yang beliau cari, segala kemewahan dan kenikmatan dunia telah beliau perolehi.

Semalam beliau seara terbuka berkempen untuk Kamalanathan. Yang sedihnya cara beliau berkempen masih di takuk lama iaitu berkisar kepada isu pembangunan. Pembangunan, pembangunan, kebendaan, material dan lain-lain, itu sahaja yang ada dalam kotak pemikiran beliau.

Tidak adakah dalam lubuk hati beliau kerisauan tentang kedurjanaan BN mengundang APCO, masalah rasuah, jenayah yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa, ketirisan wang negara, kesusahan dan penderitaan rakyat, janji manis BN tidak ditunaikan, masalah ekonomi, masalah maksiat yang membarah dan lain-lain.

Sebagai orang yang disebut negarawan beliau sepatutnya tidak lagi membincangkan isu pembangunan fizikal semata-mata tetapi jauh dari dari itu umpamanya tentang kedaulatan negara, persepsi negara luar kepada Malaysia, hubungan dengan negara luar, sikap pemimpin BN yang melutut kepada Amerika dan Yahudi, masalah negara Islam seperti Iraq, Afghanistan, ekonomi negara yang kian meruncing dan lain-lain.

PRK HULU SELANGOR : GENERASI KEDUA FELDA DITIPU JKKK?

Generasi Kedua Kampung Sungai Buaya ditipu JKKK BN Sungai Buaya. Mereka dijanjikan tanah seluas 0.25 ekar sejak sekian lama tetapi semua itu janji kosong belaka.

363 anak peneroka itu ditipu oleh JKKK BN Kampung Sungai Buaya. Terbukti bahawa BN gagal menyelesaikan masalah ini walaupun mereka memerintah negeri Selangor lebih 50 tahun dahulu.

Sementara itu, Kerajaan PR Negeri Selangor akan membuat pengumuman yang bermakna kepada generasi kedua Felda Sabtu ini. Pengumuman ini dipercayai berkisar kepada pengurniaan tanah kepada generasi kedua Felda.

FAKTA : BN KEJAM BATALKAN GERAN TANAH RAKYAT

Menyingkap sejenak sejarah bagaimana kejamnya kerajaan negeri di bawah BN terhadap rakyat 2 buah negeri.

1) Kerajaan BA Negeri Terengganu (1999-2004) memberikan geran tanah kepada 60,000 Orang Melayu di Terengganu. Selepas kerajaan BN menguasai kerajaan Terengganu geran tersebut dibatalkan. Siapa sebenarnya melakukan kekejaman kepada rakyat.

2) Kerajaan PR Negeri Perak memberikan geran kepada 102,000 orang Melayu dan 47,000 orang Cina. Selepas BN merompak kuasa dari kerajaan PR semua geran tersebut dibatalkan. Siapa yang kejam dan BN atau PR?


Sumber : Pendedahan ini diulangi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sessi perbahasan di Parlimen.

UMNO HALALKAN PERKARA HARAM DENGAN TUKAR ISTILAH???

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Muhd. Ali Rustam menggesa agar cadangan pendidikan seks diteruskan pelaksanaanya di sekolah. Perkara ini dinyatakan dalam lawatannya ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ek Tee di Klebang baru-baru ini.

Walau bagaimanapun beliau meminta Kementerian Pelajaran membuat penjelasan lanjut kepada ibu bapa dan menukar nama pendidikan seks untuk mengubah persepsi masyarakat.

Inilah contoh pemikiran pemimpin Umno untuk memesongkan makna seolah-olah ingin menghalalkan sesuatu tindakan. Misalnya istilah arak kepada minuman keras. Bagi pemimpin Umno meminum arak bukan satu kesalahan besar berbeza jika dilakukan oleh orang lain selain daripada pemimpin Umno.

Sebab itulah dalam Umno ada judi halal dan judi haram. Sport Toto, 4D, judi di Genting Highlands termasuk kateogori judi halal sebab itulah pemimpin Umno sokong untuk diberi lesen dan kemudahan.

Apakah dengan menukar nama zina kepada seks bebas, rasuah kepada politik wang, arak kepada minuman keras maka masyarakat akan terdidik dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan yang bertentangan di sisi Islam? Boleh jadi sebab itulah juga disebabkan istilah politik wang yang digunakan oleh pemimpin Umno, maka rasuah yang dilakukan oleh Ali Rustam dalam pemilihan Umno lalu tidak dianggap sebagai satu perbuatan yang berdosa di sisi agama dan undang-undang negara. Lantaran itu, Ali Rustam masih mampu dengan muka tak malu di Hulu Selangor mengaibkan orang lain, sekaligus menggambarkan dirinya suci dan bersih.

Inilah contoh apabila, Islam tidak dilihat sebagai penyelesaian terbaik dalam semua masaalah. Maka sebab itulah Ali Rustam sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri memotong elaun guru takmir yang mengajar masjid dan surau di Melaka daripada RM 50 yang kini tinggal cuma RM 10 je bermula awal tahun ini. Adakah masyarakat Barat yang dikiblatkan oleh pemimpin Umno seperti Ali Rustam berjaya mengatasi gejala zina dan anak haram setelah memperkenalkan pendidikan seks di sekolah?

Ali Rustam sebagai Pengerusi MAIM cuba lihat statistik kes zina, pertambahan anak haram dan kes buang anak di Melaka. Adakah Ali Rustam mahu kes-kes yang terus naik mendadak ini terus meningkat umpama pesta maksiat yang sedang subur di Melaka sekarang?

Dipetik dari blog Angkasanuri

PRK HULU SELANGOR : BN PENING, SOKONGAN PENGUNDI INDIA KEPADA PR MENINGKAT MENDADAK

'Survey' yang dijalankan oleh sebuah badan tertentu ke atas pengundi India di Hulu Selangor menunjukkan sokongan kepada PKR meningkat kepada 55-60 % berbanding sebelum ini hanya kira-kira 40-50% sahaja.

Sokongan ini dipercayai diperolehi oleh PKR setelah penduduk Hulu Selangor sedar bahawa bantuan yang mereka terima iaitu air percuma, bantuan warga emas, peruntukan kepada sekolah Tamil dan lain-lain adalah disalurkan oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR. Selama ini mereka tidak berapa sedar akan perkara itu terutama masyarakat India di kawasan estet dan pedalaman.

Kedudukan ini benar-benar mencemaskan BN kerana sebelum ini mereka berada dalam keadaan yang amat selesa kerana menurut mereka lebih 60 % pengundi Melayu dan India memberi sokongan kepada mereka.

KEDUDUKAN TERKINI PRK HULU SELANGOR : KEDUDUKAN SEIMBANG

Sehingga jam 12.00 malam tadi kedudukan terkini di Hulu Selangor masih seimbang di mana kedua-dua parti mempunyai peluang untuk menang. BN masih memperolehi sokongan Melayu diantara 55 - 65 %. Manakala PKR terus melonjak dengan sokongan 60-70 % pengundi Cina.

Bagi pengundi India terdapat sedikit perubahan di mana, tinjauan atau survey yang dilaksanakan oleh pihak tertentu menunjukkan sokongan pengundi India kepada PKR meningkat kira-kira 5 -10 % berbanding semalam. Ini menjadikan PKR setakat ini memperolehi antara 50-60 % sokongan kaum India.

Setakat ini sehingga jam 12.00 tengah malam tadi PKR memperolehi antara 50-55 % sokongan berbanding BN antara 45-50% undi.

Namun begitu kedudukan ini tidaklah menggambarkan PKR berada dalam keadaan selesa kerana apa sahaja boleh berlaku lebih-lebih masih untuk pengundian masih berbaki 2 hari. BN sudah tentu akan menggunakan apa sahaja kekuasaan yang ada samada by hook or by crook untuk meraih undi.

22 April 2010

PARTI KOMPONEN BARU BN DITUBUHKAN DI HULU SELANGOR

Parti Komponen baru BN 'ditubuhkan' di Hulu Selangor sejak kempen PRK dimulakan di sana. Parti baru itu memakai singkatan nama JHEOA. Ia bergiat cergas di kawasan orang Asal dalam parlimen tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh seorang petugas PR iaitu Nurul Jazelin, 52, sukarelawati Orang Asal dari Rompin pula mempersoalkan kempen BN menggunakan duit ke atas juvana Orang Asal.

Jazelin berkata beliau melihat penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan JHEOA

Manakala Ramli Rugam, 28, pula dalam nada menyindir menganggap JHEOA seakan menjadi parti komponen baru dalam BN.

Menurutnya beliau mendapati di sini sudah ada parti baru, JHEOA di Serendah.

Ramli berkata, dakwaan tersebut bukanlah dibuat atas pertimbangan politik.

Sebaliknya, beliau sendiri mempunyai pengalaman melihat bagaimana seorang pegawai JHEOA berkempen mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Serendang, Ulu Mlaka, di Hulu Selangor.

"Seorang (pegawai) JHEOA bermain teka teki (seperti) siapa Perdana Menteri Malaysia (dan) seorang anak Orang Asal beri jawapan betul (iaitu) Naji (lalu) jentera BN beri RM10," beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau menganggap layanan JHEOA dan BN sendiri seolah-olah menghina maruah keturunannya tanah air.

Sumber Harakahdaily.

4 PERKARA RAKYAT KENA TAHU TENTANG UMNO - TOK GURU NIK AZIZ

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz berkata 4 perkara yang rakyat mesti tahu tentang Umno. Tok Guru berkata demikian rayuan beliau kepada pengundi Hulu Selangor yang disiarkan oleh Harakah edisi terbaru:-

Rayuan tersebut ialah :-

1) Umno telah menghancurkan simbol bulan bintang yang diguna oleh PAS Sebelum ini sedangkan simbol itu memberi makna besar kepada rakyat dalam menjalani kehidupan beragama.

2) Umno menghapuskan tulisan jawi

3) Apa tujuan sebenar Umno lawan secara mati-matian dengan PAS, sedangkan PAS sudah diakui berjuang untuk Islam, demi melaksanakan pentadbiran dan sistem masyarakat Islan di negara ini

4) Amalan salah perjuangan Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan mereka mengikut kaum.


Terbukti Tok Guru mempunyai pandangan yang jauh kehadapan khasnya dalam soal perpaduan kaum dan perjuangan Islam.

AHLI PARLIMEN UMNO BUTA KAYU TUDUH PARTI YAHUDI SAMA MACAM PAS

Ahli Parlimen Kota Belud, Rahman Dahalan betul-betuk buta kayu apabila menuduh sebuah parti Yahudi sama macam PAS berjuang untuk agama.

"One Israel terdiri dari parti buruh, parti meimad dan yang terakhir Gesher yang berjuang untuk agama sama seperi PAS" kata Rahman semasa berucap menyokong usul menghadapkan Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pagi tadi.

Kenyataan Rahman ini memang biadap dan kurang ajar. Memang sewajarnya ahli-ahli Parlimen PR mendesak beliau menarik balik tuduhan tersebut. Antara yang bangun menempelak Rahman yang kurang ajar ini ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar; Kuala Krai Dr Hatta Ramli; Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa; Shah Alam, Khalid Samad; Tumpat, Dato Kamaruddi Jaffar dan lain-lain.

Rahman yang celupar itu akhirnya akur dan menarik balik kenyataan jahatnya.

TANAH 200 EKAR UNTUK ATASI MASALAH LEMBU BERKELIARAN DI HULU SELANGOR

Penternak lembu akan dibantu mengatasi masalah lembu berkeliaran di Hulu Selangor. Kerajaan negeri bersetuju meluluskan satu kawasan seluas 200 ekar di Rasa untuk ditempatkan lembu-lembu bagi mengelakkan ianya berkeliaran di dalam kawasan taman perumahan.

Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari berkata kelulusan ini sudah pasti akan memberikan kemudahan dan kelegaan kepada penternak-penternak di kawasan itu yang telah lama memohon tanah untuk penternakan mereka.


Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Exco Kerajaan negeri Selangor di Shah Alam semalam.


Yaakub berkata kawasan tersebut akan ditadbir oleh Jabatan Veterinar dan penternak akan dipelawa untuk menyertainya.

PRK HULU SELANGOR : ZAID IBRAHIM MENDAHULUI SEHINGGA 12 TENGAHARI TADI

Maklumat risikan dalaman parti-parti politik mendapati bahawa sehingga tengahari tadi calon PKR masih mendahului calon BN dengan undi yang amat tipis.

Mengikut survey yang dijalankan secara rambang, PKR memperolehi kira-kira 65 % undi Kaum Cina, 45 % Melayu dan 45 % India. PKR pula hanya memperolehi 5 % undi POS.

Jika diandaikan 80% pengundi akan keluar mengundi pada 25 April ini PKR akan memperolehi 12,339 undi Melayu, 8,829 undi dari Kaum Cina dan 4,349 undi dari kaum India. Manakala PKR dijangka hanya memperolehi 101 undi dari pengundi Pos. Dengan itu jumlah keseluruhan undi yang diperolehi oleh PKR ialah 25,618 undi berbanding 25,256 undi BN.Bermakna PKR hanya mendahului dengan 352 undi sahaja.

Congakan dan ramalan ini adalah dibuat berdasarkan andaian bahawa tiada penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak perlu saya sebutkan di sini (orang kampung semua sudah tahu!!!!!).

Adalah dijangkakan 'mood' pengundi boleh berubah samada menyebelahi PR atau BN berdasarkan kepada perkembangan terkini kempen yang dijalankan oleh kedua-dua pihak.

BN sudah pasti akan menggunakan senjata akhir mereka iaitu wang, ugutan, sogokan dan sebagainya.

Manakala PR dilihat melipatgandakan kempen mereka dengan menurunkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan mengadakan Seminar Peneroka Felda peringkat kebangsaan secara besar-besaran di Felda Sungai Tengi pada 23 dan 24 April ini.

ANWAR BAKAL TERIMA HUKUMAN BERAT?

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bakal menerima hukuman berat jika Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau bersalah.

Sebentar tadi Parlimen meluluskan usul yang dibentangkan oleh Menteri DiJabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang mengusulkan supaya Anwar dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kesalahan.

Usul tersebut yang berbunyi:

Bahawa pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 Apco menasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib 1Malaysia”.

Bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan.

Ianya diluluskan setelah diperdebatkan oleh 4 wakil BN iaitu :-

1. Nur Jazlan (Umno-Pulai)
2. Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud)
3. Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau)
4. Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas)

dan

4 Wakil dari Pakatan rakyat iaitu:-

1. Azmin Ali (PKR- Gombak)
2. Anthony loke (DAP-Rasah)
3. Marfuz Omar (PAS-Pokok Sena)
4. Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh)

GENERASI KEDUA FELDA TERBELA DI BAWAH KERAJAAN PR

Terbukti kini bahawa generasi kedua Felda yang mengalami masalah kediaman sejak sekian lama terbela di bawah pemerintahan kerajaan negeri PR.

Kalau selama ini lebih 50 tahun di bawah kerajaan negeri BN generasi kedua ini teraniaya dan terumbang ambing kerana tiada kediaman di kawasan Felda. Kini kerajaan PR Selangor akan membuktikan janji mereka dengan membuat pengumuman yang penuh makna sehari dua ini.

Malangnya kerajaan negeri di bawah BN langsung tidak menghiraukan rayuan dan cadangan generasi kedua ini. NGO yang memperjuangkan kebajikan Felda, ANAK telah mengesyorkan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri berkenaan dengan kediaman generasi kedua Felda, tetapi hanya kerajaan PR sahaja yang mahu melayan rayuan dan cadangan mereka.

Sudah sah bahawa hanya kerajaan PR sahaja yang mahu mendengar keluhan dan rintihan rakyat tetapi kerajaan BN terus bongkaka dan sombong.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor bakal mengumumkan berita gembira kepada warga peneroka khususnya generasi kedua Felda Sungai Buaya berhubung isu kediaman mereka.

Pengumuman itu dijangka dibuat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 24 April ini sempena Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua di Felda Sungai Tengi.

Program tersebut adalah anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.

Sinopsis Pencapaian Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat – Bahagian 1

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) dilancarkan dengan falsafah bahawa kekayaan negeri harus dinikmati oleh rakyat negeri.

*Bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu – 1.5 juta meter individu pengguna mendapat manfaat daripada bantuan ini. RM 166.7 juta dibelanjakan.

*Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)– Anugerah kepada pelajar yang berjaya masuk ke universiti. 
RM1,000 untuk 7339 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (RM1,500 ke bawah) kelahiran Selangor terpilih masuk ke universiti.

*Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)– Insuran kepada bayi kelahiran Selangor sehingga umur 18 tahun. Mula dengan masukkan RM100. Terima RM1500 apabila berusia 18 tahun. 15,802 telah dilulus daftar dengan peruntukan RM1.34 juta.

* Skim mesra warga usia emas – RM2,500 diberikan kepada warga tua dan golongan kurang upaya. (Tertakluk kepada tempat kelahiran dan status mastautin). 122 ribu dari lebih 300 ribu telah daftar dan 13,342 telah mendapat manfaat skim ini.

*Dana Pendidikan untuk anak Pekerja Ladang - Biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang. 
Bantuan kewangan membina dan menyelenggara hostel untuk mereka. 130 orang mendapat manfaat dan berpeluang sambung belajar di INPENS.

*
Bantuan lain seperti pemberian geran tanah, rumah, insurans, cuti bersalin dan bantuan keusahawanan juga diberi.

Sinopsis Pencapaian Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat – Bahagian 2

Diumumkan pada Mac 2009 dengan kombinasi rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menarik masuk pelaburan, Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor membuka peluang pekerjaan serta mendorong pergerakan ekonomi.

*Meningkatkan hasil padi – Meningkatkan pendapatan petani dan bergerak ke arah pertanian berteknologi tinggi. 
Rancangan 5 tahun meningkatkan padi di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Hasil usaha semasa: Peningkatan 19.4% di Pancang Bedena. 23.9% di Pasir Panjang. Dan 7.3% peningkatan Sawah Sempadan. Rancangan perluasan kawasan padi 16% (2009), 37% (2010), 62% (2011), 87% (2012), dan 100% (2013).

KEWANGAN NEGERI – Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan bagi tahun 2008 dan 2009.

HAL EHWAL ISLAM & ADAT MELAYU – RM140 juta setahun diperuntukkan untuk JAIS. Gaji guru KAFA seramai 6,236 orang dinaikkan menjadi RM1000 daripada RM738.30 melalui sumbangan JAIS dan MAIS.

HAL EHWAL BUKAN ISLAM – Kini ia disertai oleh 7 badan agama. Majlis Bukan Islam Selangor dirundingi lebih kerap (6 kali berbanding 2 kali sebelum 2008). 
Mempercepat proses semakan permohonan keperluan tanah dan tempat ibadat. 90 tanah untuk tempat ibadat diluluskan. Peruntukan yang sesuai berjumlah kira-kira RM4.8 juta bagi penganut Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh di 43 tempat.

ORANG ASLI DAN OKU – Menyelesaikan isu tanah orang asli melalui pembentukan Jawatankuasa Bertindak Tanah Orang Asli pada tahun 2009. Membatalkan semakan isu tanah di mahkamah dalam kes Bukit Tampoi, Dengkil untuk tidak menyusahkan orang Temuan di sana. OKU dilibatkan dalam Kerajaan Tempatan, bantuan dan kemudahan diberikan termasuk peluang kerja yang mampu.

MEMBASMI KEMISKINAN – Falsafah tindakan ialah untuk menjadikan mereka yang perlukan bantuan akan berdikari kemudian. 30% penduduk miskin dengan garis kemiskinan RM1500 ke bawah. Pelarasan dibuat untuk bantuan. Sejak 2008: 265 rumah dibina semula dan 300 rumah dibaik pulih. Bantuan lain: kesihatan, latihan sumber manusia, bantuan sekolah.

ALAM SEKITAR DAN PENGGUNA– Pelbagai undang-undang dan kempen dibuat untuk mengajak rakyat mendokong prinsip pembangunan mapan. Ini meliputi penggazetan hutan, kempen hari tanpa beg plastik, jimat elektrik dan larangan pembakaran terbuka serta usaha meningkatkan litupan hutan kepada 32% berbanding kini sekitar 30.5%. 
Pendidikan pengguna bijak diluaskan untuk mendidik hak mereka serta keperluan belanja berhemat.

TANAH, PERUMAHAN, KAMPUNG BARU/BAGAN/TERSUSUN DAN KILANG TANPA KEBENARAN – RM4.2 juta untuk 101 projek di 53 kampung. Pengenalan borang 5A untuk jaminan hak tanah dipercepat tanpa mengira agama, bangsa dan politik. Sasaran 100 ribu tanah TOL diluluskan bagi 2010. 
Lebih 2000 kilang haram yang sedia ada didaftarkan melalui Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran untuk menjamin hak pekerja dan mengutip cukai yang sah.

WANITA DAN BELIA – Kumpulan pengurusan dan profesional (Gred 41 ke atas) dalam kerajaan negeri Selangor ialah 35.45%. 10 Pusat Komuniti Wanita DUN telah ditubuhkan. Program belia dalam bidang kepimpinan, seni, sukan, pendidikan dan keusahawanan. Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) menyelaras dan menggerakkan program belia negeri melalui Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di setiap Kerajaan Tempatan dengan peruntukan khas.

SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI), PEMODENAN PERTANIAN DAN PEKERJA LADANG – RM2.2 juta untuk 101 petani, peladang, penternak dan nelayan dalam bentuk kemudahan dan maksimum RM25 ribu bagi pemohon yang layak. Pekerja ladang dibantu dalam bentuk skim perumahan dan hal ehwal pendidikan.

PEMBANGUNAN MENYELURUH, PENDIDIKAN, BUDAYA DAN KESIHATAN -Program SPIES (Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emotional dan Sosial) – dibentuk juga merumus masalah sosial. Tuisyen Rakyat di 115 pusat. Peruntukan RM3.45 juta. Bantuan untuk 146 sekolah agama, 80 sekolah Cina dan 97 sekolah Tamil berjumlah RM15.4 juta. Tanah juga diluluskan untuk keperluan sekolah yang tidak cukup. Pelbagai program budaya juga bicara tokoh. Usaha mewujudkan persekitaran bersih, selamat dan sihat termasuk membantu keperluan rawatan dan perubatan.

1MALAYSIA : NAJIB MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI

Perdana Menteri, Najib Razak jelas sekali 'masuk bakul, angkat sendiri'. Oleh kerana tidak ramai yang mahu memuji 1Malaysia maka terpaksalah Najib memuji diri sendiri semalam.

Najib berkata demikian di bilik gerakan BN Hulu Bernam malam semalam.

Malah Najib mendakwa 1Malaysia lebih popular dari Milo, KFC dan sebagainya. Hebat betul 1Malaysia ini.

Saya yakin Najib terpaksa memuji diri sendiri kerana BN berada dalam keadaan tertekan di Hulu Selangor. Oleh sebab itulah Najib terpaksa turun padang berkempen di Hulu Selangor.

MP KOTA BELUD CUBA SAMAKAN PAS DENGAN SEBUAH PARTI YAHUDI

Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahalan, mendakwa bahawa PAS adalah sama dengan sebuah parti Yahudi. Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menghadapkan Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pagi ini.

Setelah didesak oleh Ahli-ahli Parlimen PR akhirnya beliau menarik balik dakwaan tersebut.

UNDI POS HARI INI, BN SIANG-SIANG LAGI DAPAT SEKURANG-KURANGNYA 916 UNDI

Proses pengundian pos berlangsung hari ini. Ianya melibatkan 1016 pengundi dimana 622pengundi di kalangan Polis, 170 anggota Tentera dan pengundi berada di luar negeri seramai 7 orang. Selain itu petugas pilihanraya seramai 217 orang.

Saya yakin BN sudah pasti mendahului PR melalui undi pos ini. Ramalan saya BN akan memperolehi sekurang-kurangnya 600 undi dari anggota Polis, 160 undi dari kalangan anggota tentera dan 150 undi dari petugas pilihanraya. Sementara 6 undi dari pengundi luar negeri.

Dengan itu BN awal-awal lagi sudah memperolehi sekurang-kurangnya 916 undi sebelum hari pengundian lagi. Jadi untuk menang PR mesti memperolehi majoriti yang besar dari kalangan pengundi biasa.

NAJIB ATAU KAMALANATHAN YANG BERTANDING?

Jika kita meninjau ke serata tempat di seluruh kawasan Parlimen Hulu Selangor, kita akan dapat melihat bahawa poster dan gambar Najib jauh berlipat kaliganda banyaknya berbanding gambar calon mereka, Kamalanathan.

Persoalannya siapa yang bertanding, Najib atau Kamalanathan????

BN TERDESAK : NAJIB TERPAKSA TURUN KE HULU SELANGOR

Jarang sekali Presiden Umno yang juga Perdana Menteri turun berkempen pada mana-mana pilihanraya kecil. Namun sejak Najib menjadi Perdana Menteri beliau sering turun berkempen pada pilihanraya kecil termasuk di Hulu Selangor ini.

Terbukti bahawa Najib benar-benar terdesak sehingga terpaksa turun berkempen di Hulu Selangor. Ini adalah dalil menunjukkan bahawa BN berada dalam keadaan yang tidak selesa. Jika BN berada di depan sudah tentu Najib tidak akan turun berkempen.

Sudah pasti pelbagai janji manis telah, sedang dan akan ditaburkan oleh Najib kepada rakyat Hulu Selangor, namun kita yakin rakyat sudah matang dan bijak untuk membuat pilihan.

MIC APA TUNGGU LAGI!!

MIC benar-benar dijatuhkan maruah oleh pemimpin Umno apabila calon pilihan mereka ditolak mentah-mentah pada PRK Hulu Selangor. Ini merupakan bukti yang kukuh bahawa MIC dipandang sebelah mata oleh UMno/BN.

Oleh itu saya mencadangkan kepada MIC supaya keluar dari BN dan sertai PR untuk masa depan masyarakat India yang sering ditindas dan dianakitirikan oleh BN

Jelas sekali MIC sebenarnya sudah tidak diperlukan oleh BN. Buktinya :-

1) Tindakan BN menolak calon pilihan MIC iaitu Palanivel, Timbalan Presiden MIC sendiri menunjukkan tiada langsung rasa hormat BN/Umno kepada MIC. Arang sudah diconteng ke muka MIC, maruah dan harga diri MIC sudah hilang

2) Umno membelakangkan MIC dalam strategi dan cara berkempen di Hulu Selangor hinggakan calon BN, Kamalanathan sendiri mengakui beliau kurang arif tentang kempen BN di Hulu Selangor.

3) Najib jelas mula memberikan kepercayaan kepada parti baru Makkal Sakhti dan telah merasmikan program parti itu tidak lama dulu.

4) Umno/BN membiarkan sahaja MIC terus mundur dan lemah dengan tidak membuat tindakan drastik dalam soal kepimpinan MIC, di mana Samy Vellu yang menjadi liabiliti kepada MIC/BN dibiarkan terus berkuasa menjadi Presiden MIC walaupun rakyat sudah menolak beliau.

5) Umno tidak mengiktiraf kepimpinan MIC sehingga Timbalan Presiden MIC, G Palanivel ditolak dari menjadi calon BN,

banyak lagi ................

KAMALANATHAN ATAU UMNO YANG BERTANDING?

Kempen PRK Hulu Selangor yang sedang rancak berlangsung sekarang menyaksikan seolah-olah Umno yang bertanding bukan calon MIC, Kamalanathan. Ini kerana petugas-petugas dan pimpinan Umno kelihatan lebih kuah dari sudu.

Strategi kempen dan semua perkara dilakukan oleh jentera Umno sehinggakan calon BN Kamalanathan sendiri tidak tahu menahu apa yang dirancang dan dilakukan oleh jentera Umno. Dalam wawancara dengan media Kamalanathan mengaku akan hakikat ini.

Pertarungan ini seolah-olah bukan pertandingan PKR dengan MIC tetapi sebaliknya PKR dengan Umno. Parti perkauman Melayu sempit ini benar-benar tersepit dengan pelbagai isu yang menggugat mereka sebab itulah 'by hook or by crook' mereka mesti mahu memenangkan BN kali ini bagi menutup isu yang hebat melanda Umno dan BN.

Sebab itu Umno melakukan pelbagai taktik tanpa menghiraukan halal atau haram samada dari segi undang-undang, demokrasi hatta agama Islam sekalipun.


Namun saya yakin Umno/BN akan tersungkur sekali lagi walaupun kita lihat serangan jentera BN khasnya Umno sudah sampai ke peringkat melampaui batas. Ini menyebabkan rakyat semakin meluat dan menyampah kepada Umno/BN.

21 April 2010

LEBIH 50 TAHUN DI BAWAH BN, RAKYAT MASIH FAKIR MISKIN. BN TERUS MUNGKIN JANJI

Walaupun diperintah lebih 50 tahun oleh BN, rakyat berbangsa India yang tinggal di estet terus miskin walaupun pelbagai janji dilakukan oleh bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor, Palanivel.

Setiap kali pilihanraya sejak 4 penggal lalu, Palanivel dan pimpinan BN akan terus berjanji untuk membantu pekerja estet ini tetapi selepas pilihanraya batang hidung mereka pun tidak nampak.

Itulah perangai pemimpin BN. Malah janji mereka semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Batang Ai, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Manek Urai, Bagan Pinang, Penanti dan lain-lain masih belum ditunaikan oleh BN.

TAK ADA PEMIMPIN UTAMA UMNO BEBAS DARI DOSA - MUSTAFA ALI

Tidak ada seorang pun pemimpin utama yang bebas dari salah satu amalan berikut iaitu judi, rasuah, perempuan dan arak.

Demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustaffa Ali.

"Saya tidak pernah sebut perkara ini tetapi oleh kerana pemimpin Umno melampau melemparkan fitnah kepada Dato Zaid maka saya sebut lah".

"Kita tidak teragak-agak membongkar perkara ini jika pemimpin Umno terus menggunakan isu ini secara melampau" tegas Mustaffa lagi.

KWSP : SILA SIASAT BETULKAH PENDEDAHAN INI

Shocking!!!

Remember during Budget 2008 announcement last yr, our Finance Minister cum PM) announced that in order to assist KWSP members to reduce the burden in housing load repayment, KWSP will allow monthly withdrawal from members' A/C II for the purpose?
Sounds like a nice goodies!

When you apply for the monthly withdrawal, you only need to provide KWSP yr housing loan & installment details from yr bank and the bank a/c # you like KWSP to bank the monthly withdrawal into it. KWSP will approve yr application based on the available amt in yr A/C II and compute the withdrawal period by dividing the approved amt with the monthly installment amt.

Application process takes about a month and you will receive the monthly payout promptly into yr bank a/c!

Well everything appear to be nice and good. It was indeed a noble plan until you take to close look at yr KWSP Statement!

This is how the so-called KWSP SCAM works.......

Assuming you have RM100,000 in yr A/C II and yr housing loan's monthly installment is RM2000/mth.. .
KWSP will approve yr application of withdrawal from yr A/C II of RM100,000 and pay you Rm2000/mth for the next 50mths.

Everything appears to be in order BUT.......
What KWSP didn't highlight to you is that when the application was approved, the TOTAL AMT (RM100,000) is removed from A/C II! It appears to be transferred to an unknown a/c to effect the monthly payment from therein.

The impact to the member are as follows :-
1. You just lost RM100,000 from yr A/C II. Assuming the KWSP Dividend is 5%, you will lose RM4,000 in dividend during the 1st year. Based on the above example you will lose RM10,000 over the 50 mths period!

2. There is no statement to account for the amt approved vs... amt paid, hence you would need to keep the monthly payment voucher to reconcile against the approved amt over the 50mths period to ensure there is no missing amt!

Assuming there are 100,000 members who innocently fell prey to this SCAM, based on the above example, KWSP would have cheated the members of 100,000 X RM10,000 = RM1,000,000, 000 (that's RM1 BILLION) over the period!


Furthermore, if you discovered this SCAM early and intend to stop the plan, KWSP would not allow any cancellation of the plan until at least 1 year. That would mean, once the application is approved, based on the above example, you would have lost RM4,000.

100,000 members would have lost 100,000 X RM4,000 = RM400,000,000( RM400 MILLION) in One Year!!!

If you're a victim of this KWSP SCAM, would suggest you call yr MP to raise it up in Parliament!

For others who have not fallen into this SCAM, pls continue to watch out and alert yr family & friends about this.

HOW COULD THE GOVERNMENT ALLOW ITS AGENCY TASKED WITH SAFEGUARIDNG ITS CITIZEN'S HARD EARNED MONEY TO CHEAT ITS MEMBERS IN THIS MANNER???

20 April 2010

PRK HULU SELANGOR : SEMUA AHLI PKR MASUK UMNO

Kalau diikutkan laporan akhbar PKR kini hanya tinggal Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja. Yang lain semua sudah melompat menyertai Umno atau bebas.

Sejak dari awal penubugan PKR sehingga menjadi PKR sudah ribuan ahli PKR melompat menyertai Umno seperti yang Umno dakwa. Tetapi yang peliknya PKR tidak pernah lumpuh dan goyah.

Begitulah hebatnya media pengampu BN yang tidak habis-habis melaporkan ahli dan pimpinan PKR keluar parti. Tiap-tiap hari ada sahaja yang keluar parti. Malah kadang-kadang laporan itu cukup menggelikan hati kerana bilangan ahli yang keluar parti jauh lebih besar dari jumlah ahli yang ada.

Saya hairan bagaimana bangang pemimpin dan ahli Umno serta media pengampu yang terus menerus menipu rakyat dengan berita-berita masuk guna sebagai Psywar kepada PR. Tidakkah pemimpin Umno/BN sedar bahawa rakyat Malaysia sudah semakin cerdik dan sukar ditipu. Mereka bukannya seperti rakyat pada era 60-an atau 70-an dulu.

Mengapa pemimpin Umno/BN begitu 'bangang' dalam hal ini.

Rakyat sebenarnya semkin meluat dengan BN yang menipu dan memperbodoh-bodohkan rakyat pada setiap kali Pilihanraya Kecil atau umum. Insya Allah kebongkakan dan ego BN ini akan diajar oleh rakyat pada 25 Mei ini.

Oleh kerana tiada isu yang hendak dimainkan maka terpaksalah skrip tahun 60-an dan 70-an ini digunakan sejak sekian lama.

Ternyata BN benar-benar tertekan dengan serangan politik PR yang penuh berhemah tetapi menusuk kalbu pengundi.

PEMIMPIN UMNO SEMUA MAKSUM

Saya 'yakin' pemimpin semuanya maksum, bersih dan suci. Tidak ada seorang pun yang minum arak, main judi dan kaki betina. Ini kerana pemimpin-pemimpin Umno yang ada sekarang semuanya mengikut contoh tauladan Presiden Umno sekarang Najib Razak yang bersih dan suci dari sebarang kontroversi. Betul kan!!!??

Jadi saya harap semua pemimpin dan ahli Umno dapat mempertahankan kemaksuman dan kesucian mereka ini sesuai dengan gelaran parti mereka iaitu Parti Islam terbesar di dunia. Sebab itulah mereka perasan bahawa mereka bersih, suci dan maksum sehingga berani membuat tuduhan Zaid Ibrahim kaki botol, kaki judi dan lepas ini mungkin dituduh kaki betina pula.

PRK HULU SELANGOR : ZAID PATUT BUAT 'STATEMENT INI' TENTANG ISU ARAK

Saya cadangkan kepada calon PR, Dato Zaid Ibrahim supaya mencadangkan kepada kerajaan BN supaya menjalankan undang-undang Islam kepada peminum arak (beragaam Islam). Ini penting supaya semua peminum yang terbukti bersalah meminum arak dihukum mengikut hukum Islam.

Jika benar Umno ikhlas mahukan rakyat tidak meminum arak tidak seperti Dato Zaid (Umno yang tuduh) maka Umno/BN mesti ikhlas menjalankan hukum Islam terhadap peminum arak yang beragama Islam. Jangan hanya membuat tuduhan kepada Dato Zaid tetapi tidak berusaha untuk memastikan maksiat arak ini terus-terusan berlaku.

Jadi saya syorkan kepada Dato Zaid supaya segera membuat press statement seperti yang saya cadangkan ini. Selepas itu kita lihat apa reaksi Najib, Muhyiddin, Jamil Khair, Mashitah dan lain-lain.

PRK HULU SELANGOR : PR TERLEPAS BALA ALLAH

Pengumuman Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat menyertai Umno benar-benar mengembirakan saya. Mengapa? Mungkin pertanyaan spontan dari tuan-puan semua.

Memang ianya disambut dengan syukur kepada Allah kerana PR terlepas dari bala. Apa akan terjadi jika Dr Halili yang dipilih menjadi calon PKR bukannya Dato Zaid. Sudah tentu ada yang lemah jantung boleh meninggal. Mungkin pimpinan PKR sudah dapat menghidu niat dan gelagat Dr Halili yang mungkin melompat parti juga jika dipilih jadi calon, sebab itu mereka memilih Dato Zaid. Jika tidak alamatlah PR kehilangan satu kerusi parlimen lagi sebelum turun gelanggang.

Tahniah kepimpinan PKR dan PR serta takziah buat Dr Halili.

JELAJAH 6 NEGERI DALAM 3 HARI

Sungguh memenatkan. Itu ungkapan yang dapat saya nukilkan apabila terpaksa menjelajah 5 negeri dalam masa 3 hari kerana tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Bermula dengan Melaka kemudian Negeri Sembilan, Selangor dan Perak pada hari Khamis dan Jumaat. Kemudian pada Jumaat dan Sabtu ke Pahang dan Kelantan. Selepas pulang berpatah balik ke Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka pada hari Ahad.

Penat memang penat tetapi syukur kerana berjaya menunaikan tanggungjawab terhadap jemaah dan keluarga dalam satu masa.

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana perjalanan selamat dan tiada apa-apa masalah. Anak-anak dan isteri semuanya memberikan kerjasama yang baik.

Kepada bapa mertuaku ku pohon doa semoga cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala.

Syukur kepada Allah.

PEMIMPIN UMNO TAK PERNAH MENGAKU BERTAUBAT

Pernahkah tuan-puan mendengar pemimpin Umno mengaku bertaubat walaupun telah melakukan kezaliman kepada rakyat.

Pernahkah tuan-puan mendengar pemimpin Umno bertaubat di atas kekejaman dan kesilapan mereka :-

1) Membunuh rakyat di Memali
2) Menyodok dan menghalau rakyat dari rumah-rumah setinggan tanpa belas kasihan
3) Menyodok dan meruntuhkan masjid dan surau
4) Meluluskan lesen arak dan judi
5) Membiarkan rakyat hidup dhaif dan miskin
6) Memakan harta rakyat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain
7) Merompak wang royalti minyak Kelantan dan Terengganu
8) Merampas tanah rakyat dengan pampasan tidak munasabah
9) Memperkenalkan dasar PPSMI yang menyebabkan ramai pelajar tercicir
10)Mengamalkan kronisme dan nepotisme
11)Mengaut kekayaan sedangkan rakyat menderita
12)Memenjarakan rakyat tanpa bukti dengan ISA
13)Menzalimi rakyat pada semua demonstrasi aman
14) Dan banyak lagi tak larat hendak menaip.....

Sebaliknya calon PR di Hulu Selangor secara terbuka mengakui kesilapan lampau dan memohon maaf kepada manusia dan memohon ampun serta bertaubat kepada Allah S.W.T.

Mereka yang telah bertaubat tidak wajar dihukum dan terus diaibkan.

Sebaliknya mereka yang sanggup mengakui kesilapan dan berazam untuk kembali ke jalan yang benar harus diberi sokongan, demikian menurut Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin.

“ Sebenarnya adalah satu kesalahan apabila seseorang itu telah mengaku dia telah bertaubat, taubat nasuha tidak mahu lagi melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah, maka perkara itu tidak lagi boleh diungkit-ungkit, diuar-uarkan apatah lagi orang yang mengungkit itu sendir telah pun mengangkat pihak yang berkenaan atau saudara Zaid sebagai menteri pada suatu ketika dahulu” katanya kepada Tv Selangor.

Malah ujar Ghani, tindakan kerajaan UMNO-BN mengaibkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim adalah bermatlamatkan politik semata-mata.

Ibarat menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri, kerajaan UMNO-BN seolah-olah lupa tentang kredibiliti Zaid ketika beliau diangkat oleh kerajaan sebagai Menteri Undang-Undang.

“ Ini menunjukkan bahawa pengaiban yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk matlamat politik yang sempit, yang tidak berasaskan akhlak dan moral Islam" katanya lagi.

Sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, Zaid sewajarnya diberi peluang untuk memberikan khidmatnya.

Selain sanggup melepaskan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana kecewa dengan tindakan kerajaan mengenakan tahanan ISA ke atas tiga rakyat Malaysia yang disifatkannya sebagai menyalahi undang-undang, beliau juga merupakan seorang pemimpin dermawan dan berhati mulia.

Zaid merupakan pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) yang beroperasi sejak 1998.

Menyifatkan Zaid sebagai seorang pemimpin yang telus dan berani mengakui kesilapan lampau, Ghani turut membidas tindakan sesetengah pimpinan UMNO yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain tanpa mencermin diri sendiri terlebih dahulu.

“ Oleh kerana sifat mereka tidak iltizam dengan Islam, hanya dengan mendakwa mereka orang Islam tetapi tidak mahu iltizam dengan Islam, bahkan tidak mahu mengikut perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan mereka masih lagi dalam kepompong asabiah, faham kemelayuan, yang sangat ekstrem dan sangat tidak adil. Orang seperti ini apa sahaja yang terlintas di hati mereka, mereka akan lakukan”.

Dipetik dari TV Selangor

Muhyiddin Pembohong Besar, PAS Buktikan BN Memang Zalim

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan Timbalan Presiden Umno sebagai pembohong besar kerana cuba menafikan kezaliman yang dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini.

PAS mempunyai banyak bukti yang nyata tentang kezaliman BN itu. Rakyat kini semakin bijak.Mereka tidak akan lupa apa yang berlaku pada penduduk Berembang di Selangor, Kg Paya Bunga, Kuala Terengganu, Kg Denai Pinggiran, Kempas Johor dan terbaru di Kg. Bakau, Likas Sabah.

Rumah-rumah rakyat marhaien yang selama ini mengundi BN telah dirobohkan oleh jentolak-jentolak yang diarahkan oleh Kerajaan BN. Mereka akhirnya duduk menumpang dirumah saudara mara, malah yang lebih menyedihkan ada kalangan mereka yang merempat dikhemah-khemah sementara seperti pelarian perang.

Begitulah zalimnya BN, rumah-rumah rakyat menjadi mangsa pembangunan yang selalu diwar-warkan oleh BN semasa kempen pilihanraya.

Perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku di kawasan Hulu Selangor kerana BN hanya melakukan pembangunan untuk kepentingan mereka.

PAS menasihatkan agar pengundi Hulu Selangor berfikir banyak kali. Mereka telah mengundi BN sejak pilihanraya pertama lagi, malah telah memberikan BN 3 kerusi DUN pada pilihanraya ke-12. Tapi apa mereka dapat?

BN datang dalam Pilihanraya kecil kali ini tapi masih cerita soal pembangunan sedangkan selama 12 penggal mereka tidak berbuat apa-apa yang besar untuk kawasan ini. Itu zalim namanya kerana Pakatan hanya tadbir Selangor dua tahun pula yang dituduh gagal membangunkan Hulu Selangor.

Kezaliman BN hanya akan berhenti jika rakyat menolak mereka secara total dalam Pilihanraya. Maka pengundi Hulu Selangor perlu berani menolak BN untuk menidakkan kezaliman mereka.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

2 CALON BEBAS DAH KENA BELI?

Pemerhati politik menyifatkan tindakan 2 calon bebas iaitu V S Chandran dan Johan Mohd Diah menarik diri dari bertanding pada Piluhanraya Kecil Hulu Selangor adalah kerana terdapatnya unsur rasuah dan ugutan.

Walaupun kedua-duanya dilihat begitu bersemangat pada hari penamaan calon Sabtu lalu, tetapi akhirnya terkulai layu pada hari ini (19 April 2010).

Apa yang menyebabkan mereka menarik diri secara tiba-tiba. Ada yang mendakwa mereka di'beli' dan diugut oleh pihak tertentu bagi memberikan kelebihan kepada parti tertentu. Parti mana yang bertindak begitu PKR atau BN. Sama-sama kita fikirkan???

Bernama melaporkan, Johan menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam ini (19 April 2010).

V S Chandran pula menarik diri siang tadi (19 April 2010).

Dengan itu maka Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad ini akan menyaksikan perebutan satu lawan satu antara calon PKR dan BN iaitu Dato Haji Zaid Ibrahim dan 'Haji' Kamal.

19 April 2010

DR.HALILI CIPTAAN PENGARAH TPM UMPAMA SEMALU DALAM PERJUANGAN KEBENARAN

Sungguh memeranjatkan walau tiada kejutan umpama tsunami begitulah skrip drama terbaru arahan UMNO untuk menayangkan filem pengeluaran seorang lagi ahli PKR iaitu Dr Halili Rahmat yang juga Bendahari PKR Hulu Selangor dan bekas calon P094 Hulu Selangor dan masuk pula ke dalam UMNO. Hebat sungguh drama oleh pengarah UMNO dalam menyusun watak, masa, tarikh dan pelakon sempena musim pilihanraya Hulu Selangor ini. Betul kata pengarah drama TPM yang mengatakan esok atau hari ini akan ada ahli PKR keluar parti jadi memang skrip sudah dihafal tetapi terlanjur kata menampakkan kebodohan drama yang dicipta.

Sama ada kecewa tidak terpilih menjadi calon, atau terlalu sibuk dengan tugasan doktor professional, ataupun telah merancang lama dengan pengarah UMNO hanya Allah jua yang mengetahui. Kita pun tak dapat menelah niat sebenar beliau sepertimana yang berlaku terhadap mereka-mereka sebelum ini. Terima kasih atas Dr.Halili selama mana ia bersama PKR dan selamat juga bila berada dalam UMNO daripada digoda kilauan nafsu ciptaan UMNO kelak. Tapi apa niat Dr.Halili masuk UMNO? Untuk bedah UMNO jadi parti baik? Untuk Islamkan UMNO? Untuk dapat projek? Semuanya bermain difikiran pengundi di sana.

Soalan untuk kita, mana yang lebih mulia dari seorang UMNO masuk PKR dan mengaku kesilapan lalu dan memohon keampunan Ilahi dengan seorang yang dianggap baik masuk pula ke dalam jerangkap jahat UMNO semasa kempen piliharaya Hulu Selangor? Lagi pelik di zaman Datuk Zaid dalam UMNO PM Pak Lah lantik jadi Menteri tak tanya pun pasal kes peribadi beliau jadi dalam UMNO semua baik keluar UMNO semua jadi buruk.

Keduanya siapakah pelakon selepas ini yang akan keluar PKR? Sama-samalah kita nantikan drama arahan pengarah TPM ini. Buat semua petugas PR di Hulu Selangor teruskan saf perjuangan sebarkan dakwah terbaik buat semua pengundi, isu yang melanda PKR umpama terpijak daun semalu untuk kita meneruskan perjalanan ke hadapan. Jangan berhenti membuka semalu kuncup untuk kembang semula sebaliknya teruskanlah langkahmu untuk mencapai kemanisan erti perjuangan ini.

Putera Melaka.

Pembelot Pakatan Rakyat Perak kini bergelar “DATUK”

Hee Yit Fong kini bergelar “DATUK” begitulah ganjaran yang beliau dapat di atas pengorbanan beliau menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Setelah berbelas tahun bergelumang dengan DAP tanpa apa pun penganugerahan dari mana-mana institusi maka pada hari ini beliau tentulah dipersetujui oleh MB Zamry pengecut untuk menerima darjah kebasaran istana. Kita tak mempertikaikan anugerah istana kerana hak ekslusif badan tersebut tetapi apabila ianya dicalonkan oleh MB Zamri yang juga UMNO kepada seorang YB Bebas seperti Hee Yit Fong tentulah bersebab ataupun untuk membalas budi beliau menjatuhkan kerajaan PR di Perak sedikit masa dulu. Tahniah buat Hee Yit Fong dari para pengundi kamu dan kita akan berjumpa pada PRU13 untuk mengukur langit tinggi ataupun rendah.

Yang peliknya kena YB Jamaluddin Jailu dan YB Osman tidak dapat gelaran “DATUK”. Tidak samakah pengorbanan mereka bersama Hee Yit Fong untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak dahulu? Atau nama mereka tersangkut kerana masih belum bersih dengan skandal rasuah dan skandal seks dulu? Atau menunggu senarai pada sesi tahun depan? Mereka berdua ini pun pengkhianat kepada amanah rakyat yang mengundi mereka entah mereka berada sekarang ini. Moga mendapat nasib yang baik seperti pengkhianat Hee Yit Fong pada masa akan datang.

Putera Melaka

ZAID SILA SOKONG PELAKSANAAN IUNDANG-UNDANG ISLAM BAGI PEMINUM ARAK

Saya mencadangkan supaya calon PKR Parlimen Hulu Selangor, Dato Zaid Ibrahim supaya menyokong pelaksanaan UNDANG-UNDANG ISLAM bagi pesalah arak. Kita semua ingin melihat adakah Umno/BN akan menyokong saranan Dato Zaid supaya peminum arak dihukum dengan hukum Islam.

Jika Umno/BN tidak menyokong saranan Dato Zaid maka benarlah bahawa Umno tidak mahu kepada Islam tetapi hanya menggunakan Islam untuk menjatuhkan Dato Zaid dengan menuduh beliau kaki botol.

Geli hati saya bila mereka menuduh Dato Zaid kaki botol sedangkan semua orang tahu bahawa ramai pemimpin Umno juga kaki botol.

MIC PARTI KELAS DUA DALAM BN

Tindakan pimpinan BN menolak calon pilihan MIC untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor membuktikan bahawa MIC adalah parti kelas dua dalam BN.

Maruah MIC diconteng oleh pimpinan BN apabila menolak Datuk G Palanivel dan memilih Kamalanantan menjadi calon BN. Lebih malang lagi Palanivel adalah Timbalan Presiden MIC. Penolakan Palanivel bermakna penolakan terhadap MIC oleh pimpinan MIC.

Di mana MIC hendak letakkan muka apabila calon 'favourite' mereka ditendang begitu sahaja.

Saya dengan ini mengajak seluruh ahli MIC supaya bangkit menolak calon pilihan Umno iaitu Kamalanantan dengan mengundi Datuk Zaid bagi memberikan isyarat supaya pimpinan Umno/BN tidak memperkecilkan MIC lagi.

Saya yakin jika Kamalanantan menang kali ini sudah pasti pimpinan Umno/BN akan berani membelakangkan MIC pada masa depan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter