PRK HULU SELANGOR : DAH PENCEN PUN MASIH BANGANG

Saya hairan spesies yang bernama Umno memang susah untuk menerima kebenaran. Walaupun kita hidang dan bentangkan fakta dan hujah yang kukuh dan utuh mereka masih tidak mahu menerima kebenaran. Benarlah bahawa hidayah itu hanya datang dari Allah kita manusia hanya mampu berusaha untuk menyedarkan manusia.

Kisah Abu Talib mengingatkan kita semua bahawa Nabi juga tidak dapat memberikan hidayah kepada bapa saudaranya itu. Jika Allah telah menutup pintu hatinya dari kebenaran maka sudah tentu seseorang itu tidaka akan dapat hidayah.

Begitu juga yang berlaku kepada Perdana Menteri Pencen kita, Mahathir Mohamad. Walaupun kita lihat secara zahirnya beliau seorang negarawan yang cerdik dan pintar tetapi beliau masih tidak dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Beliau tetap menyokong dan mendokong BN dan Umno pimpinan Najib walaupun kadangkali mengkritik Najib dan BN.

Apa lagi yang beliau cari, segala kemewahan dan kenikmatan dunia telah beliau perolehi.

Semalam beliau seara terbuka berkempen untuk Kamalanathan. Yang sedihnya cara beliau berkempen masih di takuk lama iaitu berkisar kepada isu pembangunan. Pembangunan, pembangunan, kebendaan, material dan lain-lain, itu sahaja yang ada dalam kotak pemikiran beliau.

Tidak adakah dalam lubuk hati beliau kerisauan tentang kedurjanaan BN mengundang APCO, masalah rasuah, jenayah yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa, ketirisan wang negara, kesusahan dan penderitaan rakyat, janji manis BN tidak ditunaikan, masalah ekonomi, masalah maksiat yang membarah dan lain-lain.

Sebagai orang yang disebut negarawan beliau sepatutnya tidak lagi membincangkan isu pembangunan fizikal semata-mata tetapi jauh dari dari itu umpamanya tentang kedaulatan negara, persepsi negara luar kepada Malaysia, hubungan dengan negara luar, sikap pemimpin BN yang melutut kepada Amerika dan Yahudi, masalah negara Islam seperti Iraq, Afghanistan, ekonomi negara yang kian meruncing dan lain-lain.

Comments

Anonymous said…
Memang laaa....orang yang dah nak mampus ni... memang mcm tu.... yang dok pi Hulu Selangor ni pun, pasai anak dia Mukhriz dok heret...
JIka harap kat Muhyiddin, dah tutup habis maskaz depa
zuhairy said…
Memang Mahathir akan pertahankan UMNO-BN sehabis baik.Kalau la ditakdirkan BN jatuh, tentu segala rahsia dia semasa memerintah negara 22 thn akan terbongkar. Terutama isu berkaitan sistem kehakiman, pendakwaan DSAI dan pembahagian kontrak kepada anak dan kroni.

Kena ingat, walaupun semasa PRU-12 Mahathir banyak menghentam BN, tapi tujuannya adalah tak nak tengok BN jatuh. Sebab tu tak pelik kalau dia masuk balik dalam UMNO lepas Pak Lah berhenti jadi PM.

Saya mendoakan agar Mahathir dipanjangkan usia, dikuatkan ingatan, tak nyanyok.Supaya dia dapat melihat sendiri kehancuran UMNO-BN..