ANWAR BAKAL TERIMA HUKUMAN BERAT?

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bakal menerima hukuman berat jika Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau bersalah.

Sebentar tadi Parlimen meluluskan usul yang dibentangkan oleh Menteri DiJabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang mengusulkan supaya Anwar dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kesalahan.

Usul tersebut yang berbunyi:

Bahawa pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 Apco menasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib 1Malaysia”.

Bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan.

Ianya diluluskan setelah diperdebatkan oleh 4 wakil BN iaitu :-

1. Nur Jazlan (Umno-Pulai)
2. Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud)
3. Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau)
4. Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas)

dan

4 Wakil dari Pakatan rakyat iaitu:-

1. Azmin Ali (PKR- Gombak)
2. Anthony loke (DAP-Rasah)
3. Marfuz Omar (PAS-Pokok Sena)
4. Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh)

Comments

Anonymous said…
Orang orang BN hajat mereka nak kebumikan terus DSAI tu itulah busuknya hati orang orang BN ni
azman kamarul said…
Puak-puak pemimpin umno ni dah jadi serupa macam moshe dayan israel tu, kalau pun tak seiras tetapi mereka masih kembar tak seiras