KIT SIANG RAYU PENGUNDI CINA SOKONG ZAID KERANA 7 SEBAB

Penasihat DAP merayu kepada pengundi Cina Hulu Selangor supaya memberikan undi semaksima mungkin bagi memenangkan calon PKR.

Lim dalam kenyataannya hari ini memberikan 7 alasan mengapa pengundi Cina mesti memberikan undi kepada Zaid Ibrahim. Alasan tersebut ialah :-

1. Hegemoni Umno di dalam BN sebagaimana ditunjukkan pada perbahasan parlimen ketika usul menghadapkan Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen, di mana hanya ahli Parlimen Umno sahaja dibenarkan mewakili BN.

2. Usul Bekas Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat Transport Minister Ong Tee Keat ditolak kerana berlakunya pilihanraya kecil Hulu Selangor

3. Timbalan Perdana Menteri menyatakan Melayu pertama (Malay First), namun tiada pemimpin MCA yang menentang.

4. Tiada seorang pun pemimpin MCA bangun menentang PERKASA yang mengamalkan perkauman sempit.

5. Kerajaan Pusat (BN) menolak penambahan sekolah jenis kebangsaan Cina.

6. Kerajaan Pusat (BN) tidak mahu mengiktiraf 'Unified Examination Certificate' yang dikeluarkan oleh Sekolah Persendirian Cina.

7. Penerbit rancangan 'talkshow' NTV7, Joshua Wong meletakkan jawatan kerana memprotes campurtangan politik yang mencemarkan kebebasan media.


Sumber : Malaysiakini

Comments

Jati Diri said…
Tak payah 7 sebab. 1 sebab sahaja, Zaid dengan Cina boleh yamseng sama-sama.

PAS & anda telah berkompromi di dalam hal ini.
Anonymous said…
x adil nak kata zaid sorang yg peminum.pemimipin umno pun banyak yg kaki botol tp x pernah di ungkitkan.
Anonymous said…
Apalah yang nak diharapkan dari si pencacai macam Jati Diri ni? Dahlah sombong, akal kurang pulak. Kalau DZ cakap dia dah bertaubat, kita terima dengan baik sangka. Kalau yang lebih mengetahui (faham mengenai taubat) seperti TGNA sendiri sanggup menerima DZ sebagai calon PR, mengapa yang lain keberatan. Pada aku, yang bukan Islam itu sudah tentu lebih dari arak yang diteguknya. Kawasan majoriti Islam, pilihlah orang Islam. rasanya PR tak akan meletakkan calon Islam di kawasan majoriti kafir dan begitu juga sebaliknya kecuali dengan strategi. Harap Jati Diri muhasabah diri kerana mengata orang lain sebagai tak baik itu sudah berdosa dan lebih-lebih lagi kalau dia sudah bertaubat.