TANAH 200 EKAR UNTUK ATASI MASALAH LEMBU BERKELIARAN DI HULU SELANGOR

Penternak lembu akan dibantu mengatasi masalah lembu berkeliaran di Hulu Selangor. Kerajaan negeri bersetuju meluluskan satu kawasan seluas 200 ekar di Rasa untuk ditempatkan lembu-lembu bagi mengelakkan ianya berkeliaran di dalam kawasan taman perumahan.

Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari berkata kelulusan ini sudah pasti akan memberikan kemudahan dan kelegaan kepada penternak-penternak di kawasan itu yang telah lama memohon tanah untuk penternakan mereka.


Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Exco Kerajaan negeri Selangor di Shah Alam semalam.


Yaakub berkata kawasan tersebut akan ditadbir oleh Jabatan Veterinar dan penternak akan dipelawa untuk menyertainya.

Comments