MIC APA TUNGGU LAGI!!

MIC benar-benar dijatuhkan maruah oleh pemimpin Umno apabila calon pilihan mereka ditolak mentah-mentah pada PRK Hulu Selangor. Ini merupakan bukti yang kukuh bahawa MIC dipandang sebelah mata oleh UMno/BN.

Oleh itu saya mencadangkan kepada MIC supaya keluar dari BN dan sertai PR untuk masa depan masyarakat India yang sering ditindas dan dianakitirikan oleh BN

Jelas sekali MIC sebenarnya sudah tidak diperlukan oleh BN. Buktinya :-

1) Tindakan BN menolak calon pilihan MIC iaitu Palanivel, Timbalan Presiden MIC sendiri menunjukkan tiada langsung rasa hormat BN/Umno kepada MIC. Arang sudah diconteng ke muka MIC, maruah dan harga diri MIC sudah hilang

2) Umno membelakangkan MIC dalam strategi dan cara berkempen di Hulu Selangor hinggakan calon BN, Kamalanathan sendiri mengakui beliau kurang arif tentang kempen BN di Hulu Selangor.

3) Najib jelas mula memberikan kepercayaan kepada parti baru Makkal Sakhti dan telah merasmikan program parti itu tidak lama dulu.

4) Umno/BN membiarkan sahaja MIC terus mundur dan lemah dengan tidak membuat tindakan drastik dalam soal kepimpinan MIC, di mana Samy Vellu yang menjadi liabiliti kepada MIC/BN dibiarkan terus berkuasa menjadi Presiden MIC walaupun rakyat sudah menolak beliau.

5) Umno tidak mengiktiraf kepimpinan MIC sehingga Timbalan Presiden MIC, G Palanivel ditolak dari menjadi calon BN,

banyak lagi ................

Comments