PRK HULU SELANGOR : ZAID KETINGGALAN DI BELAKANG - KIT SIANG

Penasihat DAP berpendapat calon PKR, Zaid Ibrahim ketinggalan di belakang calon BN, Kamalanathan. Ini katanya berdasarkan kajian dalaman yang menurutnya BN sekarang mendahului disebabkan sokongan padu pengundi Melayu dan India.

Manakala pengundi Cina masih majoritinya menyokong Zaid tetapi belum cukup untuk memenangkan calon PKR itu.

Untuk menang menurut Lim, Zaid mesti memperolehi 85% sokongan pengundi Cina, di mana jumlah ini agak mustahil diperolehi oleh Zaid. Ini kerana menurut rekod setakat ini undi tertinggi yang diperolehi oleh calon PR ialah pada PRK Bukit Gantang di mana kira-kira 80% pengundi Cina memberikan undi kepada calon PAS, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Namun demikian kalangan pemerhati politik merasakan PKR masih mempunyai peluang untuk menambahkan undi di kalangan pengundi Melayu dan India berdasarkan kepada beberapa perkembangan terkini antaranya pengumuman pengurniaan tapak rumah untuk generasi kedua Felda yang bakal diumumkan esok oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Perkara diramalkan akan memberikan impak yang besar kepada pengundi Melayu di kawasan Felda yang berjumlah kira-kira 7,000 orang.

Selain itu Kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga dilihat mampu mengubah 'mood' pengundi di kawasan tersebut.

Bagi pengundi India pula, gerakerja yang berterusan tanpa mengenal penat dan lelah di kalangan perayu undi PR dan calon sendiri sedikit sebanyak 'meluntur'kan sokongan kaum India kepada BN. Malah sebuah badan berkaitan BN yang menjalankan survey semalam mendapati seokongan kaum India kepada calon PKR semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Comments

budakHuluSelangor said…
majoriti kaum tua masih berfikiran BN.saya ada berbicara dgn seorang penduduk kg di kawasan hulu bernam...faktor dia memilih BN kerana dia bimbang DAP akan memerintah Malaysia......jadi di kalangan golongan tua sejarah di mana minda mereka telah ditanam dgn fahaman "komunisme" dan perkauman...jadi para perayu harus kuat semangat & berikan penerangan sebaik mungkin.Teruskan!