.

.

21 November 2013

AZALINA KANTOIKAN KERJAAN BN

Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said membocorkan 'rahsia' dengan menyatakan bahawa lawatan Rosmah Mansor ke Qatar adalah lawatan peribadi. Tetapi katanya penggunaan jet kerajaan diluluskan oleh Muhyiddib Yassin.

Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa kerajaan BN tanpa segan silu menggunakan duit rakyat untuk kegunaan peribadi dan ianya diluluskan pula oleh TPM. Bukankah ini bertentangan dengan undang-undang.

Azlina berkata demikian semasa sessj perbahasan Dewan Rakyat semalam.

20 November 2013

SIARAN LANGSUNG MUKTAMAR DEWAN PEMUDA ......

Klik di sini untuk menonton siaran langsung majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan MPPJ sekarang.

Ucap utama Ketua Dewan Pemuda YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan ucapan Perasmian oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

AHLI PARLIMEN BN TERUS MEMBODEK ROSMAH


Dewan Rakyat sekali lagi kecoh apabila Ahli-Ahli Parlimen BN terus menerus membodek isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang dikatakan keluar negara menggunakan duit rakyat atas misi negara.


Ini mendapat bantahan hebat dari Ahli-Ahli Parlimen PR seperti Dr Hatta dan Ir Khalid Samad membangun mencelah dan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Antara Ahli Parlimen BN yang bercakap ialah Azalina Othman Said dan Noh Omar. Dewan menjadi kecoh berkenaan isu ini. Sudah banyak kali dewan kecoh apabila isu ini dibangkitkan.

Gambar hanya sekadar hiasan.

LEBIH 50 TAHUN MASIH ADA KAWASAN BELUM ADA AIR DAN ELEKTRIK

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato Mahfuz Omar bangun membidas Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar di mana masih terdapat banyak kampung di kawasan Lenggong tiada bekalan elektrik.

'Malang sungguh dah 50 tahun pun tak dak air dan elektrik, ' celah Mahfuz bangun membidas hujah-hujah Shamsul pada Sidang Parlimen sebentar tadi.

Inilah antara bukti kegagalan kerajaan BN. Itu belum lagi dilihat kepada Sabah dan Sarawak.

Gambar sekadar hiasan.

19 November 2013

SIARAN LANGSUNG SIDANG PARLIMEN ..........JANGAN JADI PERTUNJUKKAN SARKAS LAGI

Ikuti siaran langsung Sidang Dewan Rakyat di SINI . Kita harap sidang hari ini dan seterusnya tidak jadi macam pertunjukkan sarkas.

18 November 2013

SEMOGA DR MAHATHIR CEPAT SEMBUH

Semoga bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir yang dimasukkan ke IJN cepat sembuh bagi terus menyumbangkan tenaga dan ideanya kepada negara. Sesuai dengan doa Almarhum Dato' Fadzil Noor agar Dr Mahathir panjang umur bagi melihat sendiri jasa beliau kepada negara pada masa hadapan.

Bernama hari ini melaporkan bahawa Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada.

Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.

"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.

Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter