SEMOGA DR MAHATHIR CEPAT SEMBUH

Semoga bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir yang dimasukkan ke IJN cepat sembuh bagi terus menyumbangkan tenaga dan ideanya kepada negara. Sesuai dengan doa Almarhum Dato' Fadzil Noor agar Dr Mahathir panjang umur bagi melihat sendiri jasa beliau kepada negara pada masa hadapan.

Bernama hari ini melaporkan bahawa Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada.

Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.

"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.

Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga

Comments