.

.

26 May 2017

SATU DEMI SATU SYARIKAT CHINA BERTAPAK DI MALAYSIA. APA MUSLIHATNYA???

2 hari lepas kita menerima berita sedih apabila Proton hampir ditelan oleh syarikat China apabila 49.9% saham syarikat sah dijual kepada Syarikat China, Geely.
Semalam satu lagi syarikat China bertapak di Malaysia iaitu Beijing Enterprise Water Group Ltd. 
Perdana Menteri Najib Razak dengan rasa bangga dan tidak ada rasa bimbang dan ragu, meluahkan rasa terima kasihnya terhadap kontraktor berpangkalan di China yang membina loji kumbahan air mesra alam di Kuala Lumpur.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Beijing Enterprise Water Group Ltd kerana menyiapkan projek ini tepat pada masanya.
“Saya difahamkan mereka bersama-sama rakan kongsi tempatan sentiasa fokus pada projek bersama-sama,” katanya semasa merasmikan pembukaan loji rawatan kumbahan Pantai 2 (Pantai2 STD) di ibu negara petang ini.
Beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air serta Jabatan Perkhidmatan Pembetungan atas peranan mereka dalam projek itu.
Projek RM983 juga itu dibina oleh BEWG(M) Sdn Bhd, milik penuh anak syarikat Beijing Enterprise Water Group Ltd, bermula pada tahun 2011.
Syarikat itu dikehendaki membina Pantai2 STD, pusat rawatan air bawah tanah jenis itu yang pertama dan terbesar di Asia Pasifik, dalam tempoh 72 bulan.
Menurut New Straits Times, Beijing Enterprise Water Group Ltd, syarikat yang tersenarai di bursa Hong Kong itu, adalah anak syarikat kepada Beijing Enterprise Holdings Ltd (BEHL).

Khazanah Nasional Bhd melabur RM486 juta untuk mendapatkan 4.95 pegangan dalam Beijing Enterprise Water Group, menjadikannya pemegang saham ketiga terbesar dalam syarikat itu.
Kita tidak tahu apa muslihat dan agenda di belakang 'penaklukan' syarikat China dan di Malaysia. Sebagai rakyat kita berhak untuk bimbang dan rasa takut dengan dasar baru kerajaan ini kerana sejarah telah membuktikan negara Zimbabwe pernah mengalami perkara yang sama di mana akhirnya ekonomi Zimbabwe dikawal dan ditakluk oleh China.

25 May 2017

PARTI AMANAH MUNCUL TEPAT PADA MASANYA

Amanah

Amanah adalah nama parti politik paling indah pernah muncul di persada politik tanahair. Ia muncul pada ketika nama2 lain seperti Umno, Pas, Berjasa atau BN sudah mula hilang releven.

Ada orang bertanya kenapa perlu memilih Amanah?

Kepada orang yang cenderung mahu menegakkan Perlembagaan Islam atau merindukan pelaksanaan hukum-hakam Islam akan bertanya adakah Amanah memenuhi ciri-ciri sebuah perjuangan Islam?

Amanah muncul tepat pada masanya.

Ketika Umno menghadapi masalah paling rumit dalam sejarahnya, iaitu penyelewengan wang 1MDB melalui manipulasi akaun bank Presidennya sendiri, Amanah muncul untuk menyambung perjuangan menggantikan BN dengan sebuah kerajaan baru yang lebih ta'lut rasuah.

Kemunculan Amanah juga bertepatan dengan sikap dan trend baru Pas yang mesra Najib dan mahu mengambil jalan baru mengambil alih negara dengan menagih pengundi2 Umno selain pengundi2 tradisionalnya.

Kehadiran Amanah memberi ruang kepada pendukung2 dan penyokong2 perjuangan Islam di dalam Pas yang tidak selesa dengan sikap baru Pas itu untuk terus istiqomah mengalahkan Umno dan BN melalui satu wadah baru.

Amanah juga adalah pilihan terbaik untuk ahli2 NGO Islam seperti Abim, Jim atau Ikram yang merasakan sudah sampai masa untuk mereka berkecimpung aktif dalam dunia politik tanahair dan menyatakan bangkangan secara terang-terangan terhadap segala kerosakan dan kemungkaran yang melanda negara serta institusi-institusi penting negara akibat tangan-tangan pemimpin-pemimpin rasuah.

Sebahagian besar NGO2 Islam sudah mengambil keputusan untuk keluar dari mode "sirriyah" dan menyertai gerakan "jahriyyah" (terbuka menyatakan pendirian).

Kepada mereka Amanah adalah wadah terbaik yang masih suci dari sebarang kotoran.

Pemimpin-pemimpin yang membentuk Amanah adalah orang-orang yang sama yang mempopularkan Pas suatu ketika dahulu kepada orang-orang non-Muslim. Slogan Pas For All dan Negara Kebajikan sebagai slogan alternatif yang dicadangkan bakal-bakal pemimpin Amanah itu telah membolehkan Pas meraih undi non-Muslim dalam jumlah terbesar dalam sejarahnya lalu memenangi berpuluh-puluh kerusi mixed-voters yang ditandinginya semasa PRU13.

Pas yang langsung tidak pernah ada harapan di Selangor tiba-tiba boleh memenangi berbelas2 kerusi Dun dan beberapa kerusi Parlimen di negeri terkaya itu! Adakah ini boleh berlaku secara semulajadi tanpa perlu melakukan sebarang perancangan? Adakah logik "kalau Allah menghendaki orang bukan Islam mengundi parti Islam maka mereka akan mengundi parti Islam" boleh terpakai dalam situasi ini?

Logiknya, segala sesuatu yang berlaku adalah bersebab. Manusia merancang sebab-sebabnya, Allah akan mendatangkan pertolonganNya.

Sewaktu saya menyertai perarakan penamaan calon DS Nizar di bandar Taiping untuk PRK Changkat Jering beberapa tahun lepas, saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri bagaimana ribuan orang-orang Melayu, Cina dan India bersatu-padu menyokong Parti Islam. T-shirt berlogo Parti Islam dipakai oleh non-Muslim tanpa segan silu lagi malah mereka berbangga berbuat demikian. Ini hanyalah kerana Parti Islam telah dilihat seiring dan sejalan dengan mood orang ramai dari semua bangsa yang mahu BN digantikan.

DS Nizar menang dengan jumlah majoriti undi memberangsangkan dalam PRK tersebut.

Selepas PRU13 juga menyaksikan orang bukan Melayu mengibarkan bendera bulan dan orang Melayu berani memegang bendera roket sewaktu demonstrasi bersiri Blackout membantah penipuan kiraan undi dalam PRU13. Adalah suatu fenomena tidak terfikirkan bagaimana senario itu boleh berlaku. Ianya menunjukkan jika orang beriman mengambil pendirian dan pendekatan yang mengalu-alukan orang bukan Islam kepada Islam, pertolongan Allah akan tiba jua.

Malang melanda ketika macai-macai BN sendiri pun sudah kehabisan peluru untuk berentap mempertahankan BN dan memburuk-burukkan kesatuan Pakatan Rakyat dalam media-media sosial,  tiba-tiba beberapa orang pemimpin generasi kedua Pas berminat untuk menukar imej Pas menjadi parti eksklusif. Entah atas resolusi Muktamar mana tiba-tiba seorang dua pemimpin tertinggi Pas mengkritik Langkah Kajang yang dilhamkan Rafizi Ramli untuk maslahat PKR di Selangor secara terbuka tanpa mengambil jalan musyawarah dengan rakan-rakan dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Alasannya kerana PKR sendiri pun tidak musyawarahkan Langkah tersebut, maka Pas selaku "abang besar" dalam PR mula bertindak marah-marah.

Trend marah-marah dan pendekatan eksklusif yang diambil Pas itu menyebabkan pecah-belah pada 9 skala richter hingga menyebabkan tsunami kepada Pakatan Rakyat.

Pas isytihar putus tahalluf siyasi dengan DAP dan mencantas pemimpin-pemimpin Pas For All dalam parti dengan harapan mahu menjadi parti Islam yang bebas membuat keputusan tanpa perlu berunding dengan sesiapa pun.

Ketika tribulasi menukar TS Khalid Ibrahim selaku MB Selangor, sekali lagi Pas mengambil haluan berbeza. Wan Azizah yang mahu dicalonkan PKR selaku pengganti TS Khalid tidak dipersetujui, dan Pas berdolak-dalik dengan beberapa nama termasuk nama PJ Pas Selangor.

Selepas beberapa pergolakan, Pas hanya dapat diamankan pabila nama Azmin Ali dipersetujui.

Episod-episod Langkah Kajang terbawa-bawa hingga ke Muktamar Pas 2015 membawa kepada setandan pemimpin-pemimpin Amanah digugurkan daripada Pas.

18 pemimpin teruji dari saf kepimpinan Pas itu kemudian membentuk gagasan Gerakan Harapan Baharu dalam satu perjumpaan di Johor lalu menubuhkan Parti Amanah Negara beberapa bulan kemudian.

Antara perkembangan-perkembangan menarik selepas penubuhan Amanah yang belum pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia adalah:

1. Tuduhan menjadi khadam DAP yang sebelumnya digunakan BN memburukkan Pas kini berpindah kepada Amanah. Yang menariknya, sama seiring sejalan dengan BN melabelkan Amanah sebagai khadam DAP ialah penyokong-penyokong Pas sendiri.

2. Pemimpin-pemimpin pertengahan Pas menyelar pemimpin-pemimpin Amanah sebagai pengkhianat dan pencuri membawa lari kerusi-kerusi Pas.

3. Pas berkerat rotan dengan Amanah dan secara lantang menyatakan pendiriannya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ada hubungan dengan Amanah dan DAP. Pendirian tegas ini direalisasikan dalam Muktamarnya di Kota Sarang Semut baru-baru ini apabila Muktamar diikuti Majlis Syura memutuskan hubungan dengan PKR.

4. Menyedari tindakannya memutuskan hubungan dengan DAP bakal menyebabkan Pas kehilangan puluhan ribu undi sokongan dari masyarakat Cina yang diperolehinya semasa PRU13, Pas terdesak untuk menggantikan undi tersebut dengan undi masyarakat Melayu-Islam. Atas desakan itu Pas mula sinonimkan pendiriannya dengan Umno demi meraih undi Melayu. Isu-isu Islam seperti Rohingya dan RUU355 menjadi senjata bersama Pas-Umno demi memikat hati masyarakat Melayu yang sensitif dengan usaha-usaha pemerkasaan Islam. Dalam isu Rohingya umpamanya, Pas sudah tidak segan-segan lagi untuk naik sekapal dengan Umno demi membuktikan kesungguhannya bagi mendapatkan sokongan masyarakat Melayu tradisional.

5. Entah apakah anginnya, tindakan Pas memutuskan pula hubungan dengan PKR baru-baru ini membawanya bertembung pula dengan isu integriti. Pas yang berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP dalam kerajaan Selangor didesak melepaskan kerusi Exco dan semua jawatan-jawatan politik yang dipegangnya kerana Pas sudah tidak lagi ada apa-apa hubungan dengan PKR dan DAP. Status Pas sudah berubah menjadi pembangkang maka sewajarnyalah kerusi-kerusi Pas di DUN Selangor berpindah bersebelahan kerusi-kerusi Umno. Noh Omar tentu amat mengalu-alukan jiran baru itu demi memperkuatkan pembangkang di Selangor. Namun Pas berkeras enggan melepaskan jawatan-jawatan kerajaan tersebut hingga memaksa PKR mengadakan Mesyuarat Biro Politik dan hampir-hampir menyebabkan PKR berpecah-belah akibat isu itu. Azmin akhirnya terpaksa membuat keputusan luar tabie dengan mengekalkan Exco-Exco Pas demi menjaga kestabilan kerajaan Selangor di saat-saat PRU14 boleh diumumkan oleh Najib pada bila-bila masa.

6. Yang paling lucu ialah sebutan nama Amanah untuk Parti Amanah Negara enggan disebut dengan nama Amanah tetapi menggunakan akronim PAN oleh pencinta-pencinta Pas dan BN. Entah apa mesej yang mahu disampaikan oleh pencinta-pencinta itu dengan terus-terusan memanggil Amanah dengan nama PAN, hanya Allah yang lebih mengetahui.

Kesimpulannya, kalau mengikut sunnah Rasulullah, Islam adalah gerakan massa yang berkembang dari kecil kepada besar. Sewaktu Islam bermula di Mekah sokongan kepada Islam terhad kepada sekumpulan kecil pengikut-pengikut setia. Tetapi sebaik sahaja Rasulullah dan pengikut-pengikut kecilnya berhijrah ke Madinah, Islam berkembang dengan pantas melalui berbagai-bagai tahaluf siyasi antara Rasulullah dan pihak-pihak yang mahukan perlindungan dari pemerintahan Madinah. Dalam tempoh 8-9 tahun selepas Hijrah, pengaruh Islam telah merebak ke seluruh Semenanjung Arab.

Kebijaksanaan Rasulullah memelihara semua hubungan baik dengan berbagai pihak itu wajar dijadikan pengajaran.

Akhirnya Rasulullah menamatkan misi kerasulannya dengan memasuki Kota Mekah secara aman dan Quraisy tunduk malu mengaku kalah.

Kelebihan Amanah berbanding parti-parti politik lain di Malaysia ialah posisinya dalam berhadapan kerajaan gergasi BN. Sebagai sebuah gerakan termuda tetapi dipenuhi pejuang-pejuang yang telah lama teruji, Amanah berpotensi menjadi gerakan masa hadapan.

Di saat-saat BN tidak mampu lagi menutup rasuah besar yang dilakukan Pengerusinya, Amanah dan rakan-rakan dalam Harapan mesti memelihara 3 perkara, iaitu:

1. PH yang dianggotai Amanah, PKR, DAP dan PPBM mesti sepakat memperjuangkan kepentingan majoriti rakyat Malaysia. Rakyat massa perlu diyakinkan untuk keluar dari kemelut failed state akibat salah urus pemerintahan BN PH satu-satunya harapan rakyat.

2. Provokasi macai-macai pro BN mesti ditangani secara bijaksana. Jangan termakan dengan provokasi menamakan nama PM sebelum memenangi pilihanraya. Tukarkan chaos menjadi opportunity setiapkali diacah pihak-pihak yang mahu mengekalkan Najib.

3. Menuruti sunnah Rasulullah dengan merancang program mengembangkan dakwah supaya meliputi semua manusia, dan selebihnya pertolongan Allah akan datang dari punca-punca yang tidak disedari.

Dari Ahli Pas yang menyokong Amanah.

SATU LAGI ASET NEGARA TERGADAI

Satu demi satu asset negara tergadai. Terbaru syarikat kereta nasional kebanggaan negara yang diasaskan oleh Tun Mahathir juga tergadai. 
Keputusan syarikat DRB -Hicom menjual ekuti dalam Proton Holding kepada syarikat pembuat kereta China Kumpulan Geely Holding menyebabkan Proton tidak lagi menjadi kereta nasional, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, kereta keluaran Proton yang selama ini menjadi kereta kebanggaan rakyat dan icon negara akan menjadi sebuah kereta asing dengan termeterainya persetujuan Perjanjian Definitif pada Julai 2017 nanti.
"Sudah jual proton kepada orang asing.
"Ia akan menjadi kereta asing dan kita kehilangan satu daripada ikon negara
"Yang sedihnya kereta nasional milik kita tidak lagi jadi kereta nasional kita.
"Apabila kita membeli kereta proton di masa depan kita sebenarnya membeli kereta asing kerana kereta nasional kita sudah dijual.
"Harus kita bertanya apa lagi yang kita nak jual?," ujarnya ketika berucap pada Siri Jelajah Semarak yang diadakan di padang Kelab
Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi.
Semalam dalam satu kenyataan Pengarah Urusan DRB-Hicom Datuk Seri Syed Faisal Albar dipetik berkata, pemeteraian perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.
Perjanjian itu juga akan menyaksikan Proton menjual keseluruhan ekuitinya dalam Lotus kepada Geely Holding, yang akan melihat kumpulan itu tidak lagi akan berkecimpung dalam segmen kereta sport.
Dengan keputusan itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan oleh Dr Mahathir pada 1983 ketika beliau menjadi perdana menteri.
Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.
Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lagi, setelah 30 tahun Proton menjadi pengeluar kereta tempatan, sudah banyak mengalami perubahan dalam model-model terkini keluarannya.
"Hakikatnya tidak ada negara membangun dalam dunia mampu mengeluarkan kereta sendiri.
"Dalam jangka masa 30 tahun rakyat yang dulu hanya tahu pandu kereta sudah belajar macam mana membuat kereta sendiri. Mereka belajar dalam jangka masa pendek kerana negara lain ambil masa 50 hingga 100 tahun untuk mengeluarkan sebuah kereta.
"Walaupun ramai yang kritik kerana proton keluarkan kereta kurang bermutu tinggi.Itu cerita lama... tidak ada satu industri yang kekal ke tahap itu sahaja sehingga tidak boleh dimajukan lagi.
"Ialah kita tekan butang tak naik sekarang pergilah dekat butang itu, 10 kali tekan 10 kali naik butang.
"Ia memang ada kelehaman tetapi sudah diatasi tidak perlu ke negara China untuk mendapatkan teknologi untuk membuat kereta seperti Proton.
"Kalau nak beli cubalah Saga, Persona dan Perdana ..tiga buah kereta yang dijual serentak dalam satu tahun.
"Dahulu satu model dikelurkan dalam tempoh tiga tahun tetapi kali ini kita mampu mengeluarkan tiga model dalam satu tahun," ujarnya.
Gambar hanya sekadar hiasan. 

24 May 2017

MANA NAK DAPAT WANG KATA NAJIB

Perdana Menteri Najib mempersoalkan daripada mana akan memperolehi pendapatan sekiranya sifar GST dilaksanakan, yang akan menyebabkan kekurangan sebanyak RM42 bilion dalam pendapatan kerajaan.
"Lalu saya nak bertanya, kalau begitulah sifir pembangkang, daripada hasil sumber manakah yang mereka hendak dapatkan RM42 bilion itu?
Itulah mentaliti Najib yang langsung tidak menyedari atau buat-buat tidak sedar bahawa keborosan, rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa menjadi penyebab kerajaannya tidak cukup wang untuk mentadbir negara sehingga mendera rakyat dengan GST.
Apabila kerajaan tersepit rakyatlah yang menjadi mangsa. Sedangkan PH dulunya PR telah dengan menggariskan perancangan bagaimana untuk menguruskan wang negara dalam manifesto PRU 13 dan buku jingga juga dalam bajet tahunan PH(PR) yang dibentangkan setiap tahun.
PH dalam manifestonya dengan jelas menyatakan bukan sahaja tidak mengenakan cukai kpd rakyat malah PH berupaya memberikan pendidikan percuma dan lain-lain insentif kebajikan. 
Najib sudah tentu tidak dapat berfikir malah tidak mampu berfikir cara untuk membantu rakyat kerana baginya cara untuk mendapatkan wang ialah 'memaksa' rakyat menderma melalui GST.
Masalah terbesar Najib sebenarnya ialah keborosan, ketirisan dan rasuah. Jika semua ini tidak diselesaikan selagi itulah masalah ini tidak selesai. 

POLITIK SELANGOR: KUASA DAN PANGKAT LEBIH PENTING DARI MASA DEPAN PH?

Ini pandangan saya bukan pandangan rasmi parti

Saya tidak bersetuju dgn keputusan PKR dan Azmin Ali yang tetap mengekalkan Exco2 PAS dlm kerajaan Selangor.

PAS setiap hari menghentam PH. PAS sudah mengumumkan untuk bertanding di kerusi2 PKR dan PH di Selangor dan seluruh negara.

PAS akan menggunakan kuasa mereka di peringkat Exco, GLC, PBT, JKKK, Masjid dan sebagainya menghentam PH.

Kalau alasannya pilihanraya tidak lama maka adalah lebih baik Exco2 PAS digugurkan supaya mereka tidak menggunakan kedudukan untuk menguatkan PAS.

Apakah kuasa dan pangkat mengatasi kepentingan masa depan PH. Mohon keputusan ini dikaji semula.

23 May 2017

PASTIKAN NEGARA KITA TIDAK DICEROBOH

Peristiwa pencerobohan negara kita memang sering berlaku. Kedaulatan negara kita sering dicemari dengan tindakan pihak luar yang begitu mudah memasuki kawasan atau perairan tanahair. Peristiwa terakhir ialah insiden Lahad Datu dan terbaru peristiwa di Sedili, Johor.

Pencerobohan sering berlaku di kawasan perairan kita di mana nelayan asing bebas menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan kita sehingga nelayan kita sendiri kadang-kadang terpaksa beralah kerana nelayan asing menggunakan bot yang besar dan canggih dan lebih bahaya mereka majoritinya bersenjata.

Peristiwa kehilangan anggota keselamatan kita 2 hari (alhamdulillah) telah ditemui ketika menjalankan tugas menghalau penceroboh membuktikan bahawa perairan kita sering diceroboh. Kita menggesa kerajaan mengambil tindakan drastik bagi memastikan kedaulatan negara. Pencerobohan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi rakyat dan negara malah yang lebih penting kedaulatan dan keselamatan negara mesti dipertahankan.

Perairan Sedili yang kaya dengan pelbagai hasil laut didakwa sering diceroboh nelayan asing.
Anggota Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili, Bidin Sulong berkata kehadiran nelayan asing itu dikesan lebih kerap berlaku sejak lima tahun kebelakangan ini dengan menggunakan pukat tunda untuk mengaut hasil laut.
"Sistem tundaan bot nelayan asing ini bukan seperti sistem yang digunakan nelayan tempatan. Nelayan asing menggunakan bot ganding berserta dua atau tiga pukat yang ditunda dengan kabel, berbanding nelayan tempatan yang menggunakan tali untuk menunda.
"Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mengancam spesies ikan malah merosakkan rumah ikan, bubu dan tukun nelayan tempatan," katanya kepada pemberita.
Beliau yang berpengalaman sebagai nelayan sejak 40 tahun lepas berkata nelayan asing turut bersikap agresif malah ada yang pernah bertindak menyemburkan pam air berkelajuan tinggi ke arah nelayan tempatan yang cuba menghampiri mereka.
"Mereka berani bertindak agresif sebab mereka ramai, sekurang-kurangnya 30 orang dalam 12 atau 13 bot berbanding nelayan tempatan yang hanya ada lima orang dalam satu bot.
"Ada ketikanya usaha nelayan tempatan turun ke laut bagaikan tidak pulang modal apabila hasil tangkapan mereka kurang memuaskan. Perkara ini sudah bertahun berlaku dan kami tidak tahu berapa lama lagi daripada kami mampu bertahan," kata Bidin.
Beliau menggesa pihak berwajib supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap bot ganding warga asing.
Beliau tidak menolak kemungkinan nelayan asing tersebut menggugat anggota keselamatan yang bertugas di sekitar perairan tersebut.
Menurutnya, terdapat lebih 1,000 nelayan di sekitar perairan Sedili, namun hanya 574 orang daripadanya berdaftar dengan PNK Sedili.
Isu nelayan asing turut melibatkan kehilangan sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) ketika mengusir mereka di perairan Sedili pada Sabtu lepas.
Sumber : Mdateline.

22 May 2017

EXCO PAS : SUDAH ADA KEPUTUSAN PECAT?

Sudah ada keputusan tentang kedudukan Exco PAS di Selangor. Itu yang menjadi tandatanya sehingga kini. Komgress PKR sudah berakhir semalam, Azmin pun dilihat mengadakan pertemuan dengan Azmi Ali pagi ini.
Bola sekarang ini di kaki Azmin Ali kerana PAS sudahpun menyatakan bahawa mereka tetap akan 'mati berdiri' dalam pejabat Exco. 
Media hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, dilihat mengadakan perbincangan serius dengan pemimpin PAS negeri itu di Sekinchan, pagi tadi.
Azmin dan pemimpin kerajaan negeri berada di situ sempena lawatan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke bandar berkenaan yang terkenal dengan sawah padi.
Pemimpin PAS yang kelihatan duduk bersama Azmin ialah pesuruhjaya bagi Selangor, Sallehin Mukhyi, serta tiga exco negeri iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Iskandar adalah pesuruhjaya PAS Selangor sebelum tempatnya digantikan oleh Sallehin selepas muktamar parti itu berakhir 1 Mei lalu.
Ketika menyedari Azmin sedang duduk bersama pemimpin PAS Selangor wartawan cuba medekat, namun Azmin meminta supaya mereka tidak menghampiri, sebelum beliau meneruskan perbincangan.
Perbincangan itu dilihat hanya dihadiri Azmin dan pemimpin PAS walaupun beberapa exco dan pimpinan PKR serta DAP turut hadir pada majlis berkenaan.
Ia diadakan sebelum ketibaan Sultan Sharafuddin dan berlangsung kira-kira 20 min.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter