.

.

29 December 2012

'AMANAT' : BERANIKAH UMNO/BN BERI PELUANG TUAN GURU HJ ABD HADI JAWAB DALAM TV?

Harakahdaily melaporkan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersedia menjawab isu 'amanat' jika diberi ruang untuk beliau keluar siaran langsung di televisyen perdana.

"Minta beri saya ruang sejam secara langsung dalam TV1 dan TV3 untuk saya jelaskan tentang amanat dan tuan-tuan boleh tanya saya lepas tu," katanya.

Beliau yang baru sahaja pulang dari luar negara berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru di Terengganu hari ini.

Pada tanggapan anda beranikah Umno/BN membenarkan Tuan Guru bercakap secara 'live' TV. Nampak gayanya 'mati balik hidup' pun takkan berani. Umno/BN pernah melakukan debat olok-olok antara Umno vs PAS, ternyata pendebat Umno tidak dapat menjawab isu dan fakta yang dikemukakan pendebat 'PAS'. 

Mereka sudah pasti tidak berani untuk memberikan peluang kepada Tuan Guru bercakap kepada rakyat kerana Umno/BN tahu rakyat sudah cerdik dan matang untuk berfikir tentang fitnah Umno/BN serta jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

KASIHAN : TOK GURU NIK AZIZ TIADA SOKONGAN LAGI?


"Pas hilang sokongan" atau "Makan malam bersama TG Nik Aziz kena Pulau"...

Itulah yang akan keluar dalam blog pencacai Umno Haprak kalau puak-puak Syaitan yang dikenali ini dapat gambar paling atas sekali beb...sudah pasti gegak gempita di alam maya UmnoBn menceritakan sokongan semakin kurang terhadap TG Nik Aziz..

..Yang penting bagi puak-puak syaitan yang dikenali ini bagi mereka " Fitnah Dulu bayar kemudian.."


Gambar Ini adalah jamuan makan malam PAS Nogori Sembilan bersama TG Dato' Nik Aziz,sambutan diluar dugaan dengan semua meja yang ditaja habis di jual,yang hadir pula dari pelbagai kaum..malah masih ada yang menunggu di luar untuk berjumpa TG Dato' Nik Aziz..Tahniah Pas Nogori 9..Ucapkan kepada AC Mizal dan Umno Nogori 9..engko boleh Jalannnnnnn....Betulkah Tuan Guru telah hilang sokongan. 

Lihat gambar di atas nyonya, aso dan auntie pun ramai yang hadir ..........


Sumber : Bus Man
Photo: fb Kak Leha

28 December 2012

YANG MANA SATU PILIHAN KALBU

Jika anda seorang pemandu Teksi yang mana satu pilihan kalbu. Tayar atau Permit .........

Tayar diberi oleh Umno/BN (dah beri pun), manakala Permit Teksi bakal diberi oleh kerajaan baru PR jika mereka menang pada PRU 13 nanti.

Tepuk dada tanya Iman dan akal.

Sumber : FB PAS Selangor

(TERKINI) ISA PENGECUT TAKUT TERIMA MEMORANDUM

Kasihan dan tua-tua kena 'rotan'. Kalau kena rotan dah di usia emas ini buruk rupanya. Itulah yang terjadi kepada 'Isa Samad' yang dirotan oleh masyarakat Felda pada Himpunan Oren yang sedang berlangsung di hadapan Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur sekarang.

Jumlah yang hadir semakin ramai dan dianggarkan sekarang sudah lebih dari 2,000 orang yang hadir. Patung Isa Samad dirotan sebagai simbolik kepada tindakan Isa yang tidak mengendahkan desakan peneroka dan rakyat Malaysia supaya beliau berundur.

Isa Takut

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pengerusi ANAK kecewa kerana Pengerusi Felda, Isa Samad takut untuk menerima memorandum yang diserahkan oleh Anak dan Peneroka petang ini.

"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.

Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan.

"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum.

"Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.

Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.


Sebelum itu Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.

Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.

Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.


2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.

Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.

Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.

Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.

"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.

"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.

"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.

Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.

Pada jam 2,20 petang tadi Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.

Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.

Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

'AMANAT' HAJI HADI : PAS PATUT ADAKAN KEMPEN SEBARKAN AMANAT INI


Setiap kali menjelang Pilihanraya Umum, Umno akan memainkan isu lama antaranya 'Amanat' Haji Hadi. Pelbagai tuduhan dan fitnah diulangi semata-mata untuk memburuk-burukkan imej PAS di mata umat Melayu Islam guna untuk menjauhkan mereka dari PAS.


Blog ini mencadangkan kepada PAS supaya membuat penjelasan besar-besaran tentang pembohongan, fitnah Umno tentang isu 'amanat' ini. Antara perkara yang mesti dijelaskan kepada rakyat berkaitan dengan amanat ini ialah :

1) Dokumen yang dikatakan sebagai 'amanat' itu sebenarnya BUKAN AMANAT tetapi ianya sekadar ucapan biasa Tuan Guru Presiden PAS pada tahun 1981 di Banggol Peradong, Terengganu. Ianya dikumpul dan dicetak oleh ahli PAS yang berjiwa muda dan bersemangat ketika itu tiada arahan dari parti pun.

2) Dalam 'amanat' itu Presiden PAS tidakpun menuduh orang Umno Kafir tetapi beliau berkata secara umum iaitu "KITA menjadi Kafir jika mengatakan politik suku agama suku" yakni mengatakan politik tiada dalam agama, politik tiada kaitan dengan agama. Maksudnya sesiapa sahaja boleh menjadi kafir jika beriktikad bahawa politik tidak ada kena mengena dengan agama tidak kira orang PAS, Umno, PKR atau DAP.

3) Sesiapa sahaja yang menentang orang yang tidak mahu kepada Islam, tidak mahu menjalankan hukum Islam, menghina hudud dan Islam sudah tentu mereka akan diberi ganjaran oleh Allah. Persoalannya adakah Umno MAHU KEPADA ISLAM??????? PAS mesti menerangkan kepada rakyat siapa parti Umno dan BN sebenarnya. (Parti Umno dan orang Umno adalah berbeza).

4) PAS tidak pernah mengarah, menyuruh dan mengalakkan ahli-ahlinya memulaukan kawan-kawan dari Umno malah PAS telah lama mendokong slogan meMASYARAKATkan PAS sejak dari dahulu. Bagaimana PAS hendak mendapat sokongan rakyat jika ahli PAS memulaukan rakyat tidak kira parti dan agama. Malah sekarang PAS mengamalkan slogan PAS for ALL. Ternyata 'amanat' sudah TIDAK RELEVAN lagi.

Blog ini menyokong saranan Timbalan Ketua Dewan Ulama Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Ustaz Hassan Mahmood (gambar) yang menyarankan supaya 'amanat' itu dikeluarkan semula.

Hassan berkata saranan itu dibuat  memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.


“Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya  amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang),” katanya, semalam.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk mufti mendesak Presiden Pas itu menarik balik amanat dikeluarkan pada tahun 1981 itu yang didakwa boleh memecahkan perpaduan umat Islam.

Bagaimanapun, pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  mempertahakan tindakan Hadi dan mahu amanat itu tidak ditarik balik.

Hassan yang juga Adun Tawang berkata, Umno secara jelas menolak pelaksanaan hukum Islam sedangkan ia sebagai cara hidup manusia termasuk melibatkan pemerintahan dalam negara.

Dakwanya, Umno sehingga kini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan, bererti parti itu menolak tuntutan Islam.

”Jika diteliti dengan pengalaman pemerintahan Umno di peringkat pusat, mereka yang menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

"Apabila Umno tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang Islam sejak 50 tahun lalu sebenarnya umno telah mengkhianati umat Melayu Islam yang sebelum ini berpegang kepada undang-undang Islam,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Hassan berkata, pihaknya  bersedia untuk berdebat dan berhujah supaya semua pihak jelas dengan isu berkenaan. 

“Sekiranya Umno mahu dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam, Dewan ulama Pas Kelantan sudi berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama parti itu, dan ditayangkan di media kerajaan agar rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya,” katanya.


WANG DERMA PALESTIN TIDAK DISERAHKAN : PAS MELAKA DESAK ALI RUSTAM


Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari mendesak agar dana Palestin sebanyak RM680,747.00 yang dipungut pada tahun 2009 oleh kerajaan Melaka diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Palestin dengan segera. 


"PAS Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang sehingga kini masih gagal meyerahkan dana berjumlah RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 kepada Palestin".

"Kita mendesak kerajaan negeri supaya meyerahkan dana tersebut dengan segera, perbuatan mereka menyimpan dana ini selama 3 tahun adalah perbuatan khianat" ujar Adly dalam blog peribadinya,

Adly berkata laporan Ketua Audit Negara mendapati sejumlah RM680,747.00 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan Jabatan/Agensi kerajaan dan orang awam.

"Namun laporan itu mendapati bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011"

"Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan terperinci terhadap perkara ini yang dikira amat memalukan negeri dan negara kita.

Menurutnya Ketua Menteri mesti menjelaskan bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin kerana sehingga kini kita tidak mendapat maklumat sahih tentang perkara itu.

"Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama"? soal Adly.

Adly berkata penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai.

PEMANDU TEKSI MUNGKIN DAPAT DURIAN RUNTUH DARI NAJIB

Malam tadi ribuan pemandu teksi hadir pada pertemuan bersama pimpinan PR termasuk Anwar, Nizar dan Ronnie Liu. Mereka kelihatan gembira dengan tawaran-tawaran yang digariskan oleh PR dalam manifestonya jika ditakdirkan gabungan parti tersebut merampas Putrajaya dari Umno/BN.

Antara tawaran PR ialah permit diberi kepada individu bukan konsortium atau syarikat. Selain itu penurunan harga minyak, penghapusan tol dan sebagainya sudah tentu meringankan beban pemandu teksi,


Malaysiakini melaporkan bahawa antara tuntutan pemandu teksi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya ke Putrajaya ialah permit persendirian diberikan berbanding kepada syarikat teksi, kata Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan.

Manoharan berkata, selain itu mereka turut meminta agar kad kesihatan untuk ke hospital kerajaan diwujudkan serta pemandu teksi menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO). 

"Kita harap kalau Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mereka dapat laksanakan ini semua. Bukan seperti kerajaan sekarang, kita minta permit dia kasi tayar.

"Tayar kita boleh beli di kedai. Permit kita boleh beli di kedai ke?" katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh pemandu teksi yang memenuhi Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena menghadiri majlis bersama permimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Kita tunggu dan lihat sehari dua nanti sudah tentu Najib dan kuncu-kuncunya akan 'counter' balik apa yang dilakukan oleh PR ini. Mungkin mereka akan mengadakan himpunan besar-besaran pemandu teksi seluruh Malaysia dan janji-janji yang belum tentu ditepati akan ditabur bagi memujuk pemandu-pemandu teksi supaya menyokong BN.
NONE
Najib dan kuncu-kuncunya jangan ingat pemandu teksi dan semua rakyat bodoh boleh diperkotak-katikan serta boleh termakan dengan janji 'manismu; untuk kesekian kalinya. Untuk kali ini Umno/BN akan tahu langit tinggi atau rendah. Dari gerak geri pemandu teksi pada program malam tadi amat jelas mereka sudah membuat keputusan untuk berubah kali ini. 'Ini kalilah' ......

KERAJAAN KEDAH ZALIMI SEKOLAH AGAMA RAKYAT?

Macam-macam tuduhan dilemparkan oleh Umno dan pencacainya terhadap kerajaan negeri Kedah. Ketua Dewan Pemuda Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya berkata kalau sebelum memerintah PAS Kedah memperjuangkan kebajikan Sekolah-sekolah Agama takkanlah selepas PAS memerintah SAR ini dianaktirikan dan tidak mendapat bantuan langsung.

Selepas PAS dan PR memerintah Kedah, satu badan yang dinamakan badan Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat HESA ditubuhkan bagi menguruskan semua 71 SAR di Kedah.

Ikuti penjelasan dibuat oleh Ustaz Ahmad Yahaya dalam klip video dalam posting ini.


PENCACAI UMNO GANGGU HIMPUNAN OREN PETANG INI?

Konvoi Oren Felda di Pahang dan Negeri Sembilan baru-baru ini diganggu oleh pencacai Umno. Pelbagai perangai ganas dan tidak bertamadun dilakukan oleh mereka termasuk membaling objek keras, memukul kereta dan orang.

Hari ini masyarakat Felda dan rakyat Malaysia bangkit memprotes tindakan kerajaan BN, Felda dan kepimpinannya yang melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri mereka.

Apakah himpunan hari ini diganggu dan diprovok oleh pihak-pihak yang sentiasa membuat kacau dan pihak yang diupah untuk mengacau setiap himpunan aman rakyat. Masyarakat Felda bukannya menuntut intan dan permata mereka hanya menuntut hak dan kebajikan mereka. Masyarakat Felda tidak sanggup terus diperbodoh dan dizalimi dengan sewenang-wenangnya.

Kita tunggu dan lihat petang ini samada Isa Samad dan mereka-mereka yang menjadi sekutu beliau berani bertemu dengan masyarakat felda dan rakyat petang ini. Jika Isa Samad seorang berjiwa besar dan ikhlas menjaga kepentingan Felda sudah tentu beliau berani bersemuka dengan mereka.

Tengoklah petang ini  ...........

ISA SAMAD PUCAT GIGI

Esok warga Felda dan rakyat Malaysia akan turun ramai-ramai mendesak Pengerusi Felda, Isa Samad supaya meletakkan jawatannya.

Walaupun Isa Samad seolah-olah tidak menghiraukan bantahan rakyat tetapi dalam hati beliau cukup gundah gulana lebih-lebih masyarakat Felda sudah ramai yang sedar siapa sebenarnya Isa Samad. Orang yang tidak ada kena mengena dengan Felda tiba-tiba 'disuntik' masuk dalam Felda dan dapat saham FGVH ratusan ribu dengan percuma.

Masyarakar Felda mempertikaikan perlantikan Isa Samad dari dahulu lagi kerana beliau terbukti kaki rasuah dan tidak bermaruah.

Esok Isa Samad pasti pucat gigi ............

27 December 2012

PASUKAN BOLA SOLAT JEMAAH, CONTOH TERBAIK

Pemain juga penyerang utama pasukan Mesir Abu Terika, mengimamkan pasukan kebangsaan Mesir beserta jurulatih dan pembantu sewaktu menjalani latihan di luar negara.

Rakyat akan mencontohi agama dan perangai pemimpinnya.

Kita doakan pemain-pemain bolasepak kita juga mencontohi pemain-pemain Mesir ini.

Sumber : FB Pilihanraya Mesir.

BEZA DUA PEMIMPIN LAWAT MANGSA BANJIR

ANTARA 2 PEMIMPIN..! 

Melihat suasana banjir, beza antara Pemimpin Kerajaan Rakyat dan Pemimpin Kerajaan Bangsawan . 

Anda fikirkanlah sendiri, mahu rakyat yang memerintah atau kaum bangsawan terus memerintah Malaysia?

Sumber : FB - Mazhar Yusof - Page

PEMIMPIN MESTI TELUS DAN BERANI

Pemimpin PR mesti telus dan berani dalam apa juga tindakan mereka. Sesuai dengan matlamat dan prinsip perjuangan PR yang tidak menyembunyikan yang batil dan hak. Apa yang hendak ditakutkan, jika kita bersalah kita mesti bertanggungjawab tidak seperti pemimpin BN walaupun terbukti bersalah tetapi masih tidak ada bermaruah terus memegang jawatan dan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan dan ahli.

Sebab itulah Mursyidul Am PAS seringkali mengulangi pendiriannya bahawa pejabatnya dan seluruh kepimpinannya di Kelantan terbuka 24 jam untuk siasatan SPRM bagi memastikan beliau tidak menternak anggota-anggota yang terpalit dengan najis rasuah. Ini membuktikan prinsip dan matlamat perjuangan beliau jelas dan telus tidak menyembunyi atau mempertahankan unsur-unsur negatif dan kotor.

Bersesuaian dengan prinsip ini adalah diharapkan semua pimpinan tidak kira parti mana mesti membuat pengisytiharan harta masing-masing kepada rakyat bagi mencerminkan ketelusan mereka. Tidak perlu takut jika harta dan kekayaan seseorang itu diperolehi dengan cara halal dan betul. Mungkin ramai ahli-ahli politik yang kaya raya atas usaha sendiri. Contohnya peguam, kontraktor, doktor dan Juruperunding, mereka ini mungkin mempuanyai perniagaan sendiri dan kaya raya. Yakni bukan kekayaan disebabkan amalah rasuah, menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dan kronisme.

Ayuh pemimpin semua beranikan diri anda isytihar harta sekarang. Anwar, Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain tunggu apa lagi rakyat sedang menanti ............

26 December 2012

UMNO AKAN BUAT KECOH 1 JAN?

Apakah Umno akan buat kecoh pada program Pra-Himpunan 12 Jan. Program anjuran SAMM itu akan berlangsung pada 1 Jan 2013 di Kg Bukit Pulau, Bukit Baru bermula jam 8.45 malam menampilkan Cikgu Bard, Adly Zahari, Hishamuddin Rais, YB Sivakumar, aktivis pelajar dan lain-lain.

Semua rakyat Melaka dijemput hadir ramai-ramai.

‘Umno-BN dalang kekecohan Konvoi Oren’


JEMPOL: Umno-Barisan Nasional (BN) merupakan dalang kekecohan yang berlaku pada hari Ahad lepas di Felda Bukit Rokan Utara, dakwa Timbalan Pengarah Konvoi Oren ‘Selamatkan Felda’ peringkat Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh.
“Dari lokasi pertama kami singgah iaitu di Felda Kepis, seterusnya Felda Bukit Rokan Barat sehinggalah ke Felda Bukit Rokan Utara, mereka yang menghalang kami masuk kebanyakkannya memegang bendera BN dan Umno.
“Bukan sahaja Umno-BN, malah pihak pengurusan Felda juga terbabit menghalang konvoi kami. Saya mendapat maklumat bahawa memang terdapat arahan daripada ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur yang meminta pengurusan Felda setempat tidak membenarkan kami masuk ke penempatan Felda yang kami rancang lebih awal.
“Dalam sebuah pemidang yang dipegang oleh mereka di simpang masuk Felda Bukit Rokan Barat jelas tertera nama Umno dan pengurusan Felda. Malah sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Felda turut kelihatan berada di lokasi mereka mengadakan sekatan jalan.
“Jelas di sini memang terdapat penglibatan Umno-BN dan Felda dalam mewujudkan suasana tegang ketika Konvoi Oren Negeri Sembilan berlangsung.
Sepanduk tersebut berbunyi:
“Maaf…Kami penduduk Felda Bukit Rokan Barat sepakat tidak mengizinkan konvoi “NGO Anak” untuk masuk ke kampung kami.
“Kami bermuafakat kerana Felda kami berkampung. Di sini aman harmoni.
“Dari JKKR, Umno, Belia, Wanita dam Pengurusan Felda Bukit Rokan Barat”.
Betulkah peneroka Felda tidak suka Konvoi Oren?
Karip juga mempertikaikan kononnya kumpulan yang membantah kehadiran Konvoi Oren itu merupakan peneroka-peneroka Felda terbabit.
“Di Felda Kepis dan Felda Bukit Rokan Utara, kumpulan yang menghalang kami tidak sampai 100 orang. Di Felda Bukit Rokan Barat kira-kira  80 orang dan di Felda Jelai dalam 50 orang.
“Persoalannya kalau betul apa yang dikatakan oleh mereka yang kononnya seluruh peneroka Felda terbabit tidak suka kehadiran kami kenapa hanya sekerat sahaja yang muncul di jalan utama menghalang kami masuk?
“Terdapat sekurang-kurangnya  2, 000 penduduk di setiap Felda terbabit yang terdiri daripada peneroka, isteri peneroka dan anak-anak peneroka. Tetapi yang membuat kekecohan menghalang kami masuk paling ramai pun lebih kurang 100 orang sahaja.
“Malah penglibatan remaja termasuk remaja bawah umur lebih ramai daripada peneroka Felda itu sendiri.
“Ada diantara remaja-remaja ini turut memegang kayu. Kita mempunyai bukti bergambar.
“Ini jelas menunjukkan Umno-BN dan pengurusan Felda menggunakan apa jua cara termasuk mempergunakan remaja untuk kepentingan diri sendiri tanpa mengambil kira hak asasi pihak lain,” katanya.
Kereta saya disepak, polis hanya melihat keganasan
Sementara itu Karip yang juga merupakan ketua cabang PKR Jempol, turut melahirkan kekesalan terhadap pihak polis yang hanya sekadar menjadi penonton keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan pro-BN yang menimbulkan provakasi.
“Ketika saya dan sahabat saya memandu kereta di Jalan Jelai (dekat dengan simpang masuk Felda Jelai) menuju ke Bandar Seri Jempol, lebih kurang 50 pemuda menahan kereta saya dan melakukan provokasi dengan menyepak dan memukul kereta saya.
“Terdapat kira-kira12 anggota polis Unit Rusuhan Ringan di situ tetapi mereka hanya melihat dan tidak langsung membantu meleraikan provokasi itu.
“Saya amat kesal dengan sikap pihak polis sepanjang Konvoi Oren berlangsung di Felda Kepis, Felda Bukit Rokan Barat dan Felda Bukit Rokan Utara yang jelas menyebelahi pihak pro-BN walaupun tindakan yang dilakukan itu jelas menyalahi undang-undang seperti memukul peserta konvoi, merosakkan kenderaan dan membuat sekatan jalan di jalan utama yang merupakan jalan awam,” kata Karip.
Ahad lepas Konvoi Oren Negeri Sembilan yang disertai lebih 200 peserta terpaksa dibatalkan serta merta selepas dua peserta konvoi tersebut cedera di kepala dan kening setelah dipukul dengan kayu oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh.
Cermin depan dan tingkap sebuah kenderaan pacuan empat roda milik peserta konvoi turut dipecahkan oleh kumpulan terbabit yang membuat sekatan jalan menghalang konvoi tersebut.
Sumber : FMT

25 December 2012

BANJIR : BALA ALLAH UJIAN KEPADA MANUSIA


Setiap tahun negeri-negeri Pantai Timur pasti dilanda banjir. Tahun ini banjir melanda di hujung Disember tidak sebagaimana biasa.

Bala Allah turun dalam pelbagai bentuk. Kita hambaNya mestilah redha dengan ketentuanNya. Samada diuji dengan kesenangan atau kesusahan dan musibah kita mesti bersedia dengan keimanan dan ketaqwaan.

Media hari melaporkan bahawa keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.

    
Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
    
Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang.
    
Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam). 
    
Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang kini masih melepasi paras bahaya walaupun dilaporkan susut sedikit berikutan tiada hujan sejak malam tadi.
    
Bacaan di sungai-sungai utama lain bagaimanapun masih bertahan di paras amaran.
    
Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini. Cuaca di Kelantan ketika ini mendung.
    
Di Terengganu, mangsa paling ramai dipindahkan ialah di daerah Besut melibatkan 1,096 orang diikuti Setiu (461), Dungun (317), Kemaman (251), Marang (224), Hulu Terengganu (154) dan Kuala Terengganu (91).
    
Kemaman merupakan daerah terakhir mengalami banjir petang semalam berikutan kawasan rendah dinaiki air.
    
Sebanyak 52 pusat pemindahan banjir kini dibuka di seluruh Terengganu.
    
Sementara itu, jalan dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu di kilometer 78.5 berdekatan Kampung Guntong Luar di Setiu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam 0.3meter.
    
Laluan sepanjang dua kilometer di km 68.1 hingga km70.1 Bandar Permaisuri pula ditenggelami air sedalam 0.35m juga ditutup kepada kenderaan ringan.
    
Jalan Jerangau-Jabor di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi, Dungun ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air sedalam 0.6m.

24 December 2012

UMI HAFILDA DAH NAK KAHWIN.....MELEPAS AKU!!!!!

Umi Hafilda sudah mahu kahwin. Melepas aku .............mungkin itu yang didetik di dalam hati seseorang bila membaca berita, Umi Hafilda, pencacai Umno hendak kahwin. Pulak tu kahwin dengan 'bollywood'....ha3. Mungkin itu yang diidamkan oleh Umi. Baginda yang pernah berkawan dengan Umi tak jealous ke?

Umi bukan tidak cantik ....putih melepak lagi .....itu kata seorang sahabat aku bila dia bertembung dengan Umi disebuah restoran di Muar tidak lama dahulu.

"Siap pasang bodyguard lagi, tapi cantik juga ye, putih melepak" kata sahabatku disambut dengan ketawa oleh kawan-kawan yang lain.

Media melaporkan semalam bahawa pencacai Umno, pembohong dan pemfitnah itu akan berkawan dengan seorang  pakar terapi kecantikan, Dr Zaman Khan tidak lama lagi.

Menurut Mingguan Malaysia, Zaman Khan, 33, berasal dari Pakistan dan perkahwinan tersebut bakal dihadiri pembesar-pembesar negara.

Umni adalah adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengacara terkenal Azwan Ali. Kedua-dua mereka dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Umi lantaran Umi yang sering membuat fitnah dan berbohong dalam isu-isu yang berkaitan dengan politik dan keluarga.




KESIAN MUHYIDDIN KENA TIPU LAGI

Pemimpin tipu orang bawahan, orang bawahan 'kencing' pemimpin. Itulah yang berlaku dalam Umno. Semalam Muhyiddin sekali lagi ditipu. Kali ini oleh pemimpin Umno Terengganu yang mendakwa bahawa Hassan Tahir, 67 yang menyerah borang menyertai Umno adalah pendokong PAS tegar. Sedangkan Hassan bukanlah penyokong tegar PAS. Ha3 kena 'kencing' lagi.

Itu memang sudah menjadi amalan Umno, pemimpin selalu kencing ahli dan penyokong dengan macam-macam janji manakala ahli dan penyokong membodek dan memuji pemimpin malah sering menipu pemimpin semata-mata untuk mengambil hati dan mengampu pemimpin.


Najib Razak juga pernah kena 'kencing'  dengan ahli dan penyokongnya di Pekan menjelang PRU 1999. Bila Najib tanya macamana sokongan rakyat di Pekan, semua ahli dan pimpinan Umno Pekan menjawab beres Datuk Seri. Tetapi bila pengiraan undi dibuat, berpeluh Najib apabila undi biasa beliau kalah, terpaksa berpaut kepada undi pos dan undi orang asli. Kalau tidak 'bungkus' Najib pada masa itu. Selepas itulah Parlimen Pekan diubah di mana kem askar Kuantan pun masuk jadi sebahagian dari Parlimen Pekan.


Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa keluarga penyokong PAS yang dilaporkan menyerah borang menyertai Umno kepada Muhyiddin Yassin kelmarin menjelaskan Hassan Tahir, 67 bukan pendokong PAS tegar.


Anak saudaranya, Mohammad Faizal Che Yusoff berkata, Hassan bukanlah seorang penyokong tegar PAS seperti dilaporkan kebanyakan media semalam.

“Bapa saudara saya tidak pernah terlibat secara aktif dan konsisten dalam sebarang aktiviti PAS. Berbeza dengan datuk saya, Che Tahir Che Muda pendokong PAS yang dikenali ramai di Manir.

“Beliau lebih mesra dengan panggilan Tokki A. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara sebenar kerana telah dieksploit media Umno dengan gambaran Hassan penyokong tegar PAS,” katanya di sini.

Semalam akhbar Umno melaporkan lebih 300 penyokong PAS termasuk Hassan yang disifatkan penyokong tegar PAS menyerah borang menyertai Umno kepada Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu Muhyiddin menyifatkan gelombang kesedaran dalam kalangan penyokong PAS semakin meluas apabila mereka mendapati parti itu kononnya membohongi pengikutnya.

Faizal yang juga seorang peguam berkata, keluarga Tokki A di Kampung Pulau Bahagia tidak berpecah biar pun seorang ahli keluarga bertindak menentang arus.

“Usaha Umno Terengganu mahu memecahkan keluarga Tokki A pada saya hanya kerja sia-sia. Timbalan Perdana Menteri telah diberi maklumat salah penasihat-penasihat yang berkepentingan,” katanya yang juga seorang peguam.

Tahun lepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak juga mengunjungi Dun Manir dengan harapan dapat memecahkan kubu PAS di kawasan tersebut.

Malah Adun Manir, Datuk Harun Taib mendedahkan Umno mengumpankan anak-anak muda dengan wang ringgit bagi menarik mereka menyertai Umno.

Faizal berkata, taktik kononnya ahli dan penyokong PAS menyertai Umno seperti yang diuar-uarkan semula sekarang menggambarkan tarikh pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

“Di mana saja pemimpin utama Umno berkunjung, maka akan berlakulah penyerahan borang yang dikatakan secara besar-besaran menyertai Umno.

“Dalam keghairahan itu kadangkala pimpinan utama Umno diperdaya juak-juak mereka sendiri bagi mendapat habuan tertentu. Penduduk di Pulau Bahagia tidak boleh  diperdaya dengan lakonan itu,” ujarnya.

23 December 2012

ADNAN YAAKUB NAK KELENTONG RAKYAT LAGI

Oleh kerana PR Pahang berjanji untuk memberikan keluluasan tanah dengan segera kepada rakyat Pahang yang layak jika PR menang PRU 13, tak semena-mena Kerajaan BN Pahang memberi jaminan akan menyelesaikan permohonan pemilikan tanah oleh rakyat negeri ini selepas selesai pilihan raya ke-13.

 Menteri Besar, Adnan Yaakob berkata di kebanyakan tempat, permohonan tanah telah diselesaikan oleh jawatankuasa permohonan tanah pejabat daerah.

“Ada tempat yang 100 memohon, semua dapat. Tapi ada juga kebanyakan tempat hanya 30 peratus yang selesai, 70 peratus lagi masih dalam proses. Ini akan kita selesaikan selepas pilihan raya nanti,” katanya dipetik dari FMT.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia di Kampung Labu, dekat Jerantut, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga dalam proses memperincikan projek pembinaan jalan raya bagi menghubungkan kawasan Sungai Lembing di Kuantan dan Jerantut melibatkan jarak kira-kira 40km.

Pada masa kini, jarak dari Sungai Lembing ke Jerantut yang dihubungkan melalui Lebuhraya Pantai Timur ialah kira-kira 180km.

Rakyat sudah muak dengan janji BN dan Adnan. Setiap kali sebelum PRU pemimpin BN akan berjanji untuk menyelesaikan isu tanah di Pahang, tetapi selepas PRU selesai semua janji tinggal janji sahaja. Ada yang sudah puluhan tahun memohon tetapi tidak diberi kelulusan. Semuanya hanya Janji DiCAPATI sahaja.

Kali ini Adnan sekali lagi berjanji. Apakah Adan menyangka rakyat akan mudah diperbodohkan sekali lagi. Sorry lah Adnan .......rakyat sudah yang mana syaitan yang mana malaikat......

REFERENDUM MESIR : RAKYAT DAN MORSI MENANG

CAIRO: Sehingga pukul 05.40 WIB, Ahad (23/12/2012) pagi ini, hasil perhitungan sementara Referendum Pusingan Kedua yang meliputi 17 provinsi menunjukkan PRO MURSI Pendukung Konstitusi MENANG MUTLAK dengan perolehan: yang setuju dengan Konstitusi Baru (Yes) 75% dan yang menolak (NO) 25%.

Ini membuktikan rakyat mahukan pembaharuan, hanya puak-puak sekular dan ada kepentingan sahaja yang masih mahu mempertahankan warisan diktator Hosni Mubarak.

Allahu Akhbar!!!!!!!!!!!!!!!!

KETUA PENERANGAN ANAK DITANGKAP DAN DIIKAT

Insiden ini bermula di Felda Kampung Awah, apabila Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda (gambar) telah ditangkap dan diikat oleh polis bantuan di Felda terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai pihak hingga dia dibebaskan akhirnya. 


Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, walaupun konvoi mereka bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, Bera, namun keadaan itu tidak berkekalan apabila mereka bergerak ke Felda Kampung Awah.

"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan.

"Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau juga memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka 12.

Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan.

"Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada.

"Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar disuruh pihak tertentu," katanya lagi.

Malam tadi pihak terbabit menghalang rakyat untuk pergi ke lokasi ceramah di Jengka 11. Ini menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk ke lokasi ceramah.



MANTAN PENGURUS FELDA SUDAH SEDAR, PENEROKA BILA LAGI?


Hj Mohammad Nasarudin Salleh, 64 th, kakitangan Felda yang berkhidmat selama 34 th menyertai PAS baru2 ini. Berkhidmat di 6 kawasan Felda sebelum pencen pada tahun 2003 sebagai Pengurus Felda Kg Awah, Temerloh.

Hadir dalam Kembara Oren Selamatkan Felda bagi negeri Pahang semalam dan mengecam keras penyenaraian FGVH yang menurut beliau memberi kesan buruk terhadap perjalanan Felda.

Tuan Hj Mad dianggap pegawai yang mempunyai hubungan sangat baik dengan pemimpin2 Umno, namun jelak melihat telatah pemimpin Umno masakini yg sanggup menggadai hak rakyat sendiri.

Kehadiran Hj Mad dalam persinggahan Kembara Oren di Felda Kg Awah amat mengejutkan, kerana beliau telah berkhidmat di situ selama 7 tahun. Puak2 Umno yang mendengar dari jauh dlm sesi ucapan, 'terkejut beruk', bila Hj Mad menyatakan sokongan kpd usaha menyelamatkan Felda yg kacau bilau pada waktu ini. 

Bukan itu sahaja, beliau menggesa warga Felda mengundi Pakatan Rakyat jika mahu mengembalikan semula hak dan kepentingan orang melayu. Pemimpin Umno adalah pengkhianat sebenar orang melayu.

Secara gimik, saya dan Dato' Tn Ibrahim, menyarungkan t shirt Oren untuk beliau.


Sumber : FB Mazlan Aliman.

ROSMAH AKAN JAWAB PENDEDAHAN DEEPAK? TAPI BILA?

Macam-macam pendedahan dibuat oleh Taukeh Karpetm Deepak Jaikishan kesayangan FLOM Rosmah Mansor. Semua cerita 'dalam kain' dia tahu. Ini membuatkan Kak Mah FLOM tak senang duduk. Namun sehingga ke hari ini FLOM masih berdiam diri seribu bahasa. Mungkin FLOM sedang mencari idea dan helah untuk menjawab semua cerita rakan baiknya itu.

Jika FLOM terus berdiam diri sudah pasti ini akan menimbulkan tanda tanya dan prasangka yang lebih dahsyat. Sudah tentu ada malah ramai rakyat membuat andaian cerita-cerita hero Bollywood itu benar dan tepat belaka. Apakah FLOM serba salah. Bercakap salah diam salah, semua serba salah. 

Apa yang penting sekarang FLOM boleh menafikan apa yang dihamburkan oleh Deepak tetapi bukan sekadar penafian. Rakyat mahu melihat penafian beserta dengan bukti dan fakyat bukan penafian bodoh yang selama ini menjadi budaya pemimpin parti suami FLOM.

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa Pemuda PKR akan menganjurkan pengiriman massa poskad kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengenakan tekanan terhadapnya  yang berdiam diri terhadap siri pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.


"Kami fikir Rosmah perlu menjawab pendedahan Deepak, dia tidak harus hanya berdiam diri.
mediarakyat talkshow 160312 lee khai loon
"Dia adalah wanita yang paling berkuasa di negara ini, jadi kita berharap dia akan tampil menjawab soalan-soalan ini, rakyat mahu tahu kebenarannya," kata ketua penerangan pemuda PKR, Lee Khai Loon (kanan) ketika dihubungi.

Deepak, antara lain, mendakwa Rosmah meminta bantuannya untuk mendapat penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah (SD) kedua, untuk menyangkal SD pertama yang mengaitkan perdana menteri dengan warganegara Mongolia Altantuya Shariibbuu.

Bagi tujuan ini, Lee berkata, Pemuda PKR telah dicetak poskad khas untuk isteri perdana menteri, yang memaparkan kartunnya dengan perkataan Tanya Rosmah dan tiga soalan dalam ruang dialog.

Ianya berbunyi: Benarkah sumpah Najib yang menyatakan tidak kenal Altantuya? Benarkah Deepak diarah untuk paksa PI Bala batal akuan bersumpah yang kait hubungan Najib dengan Altantuya? dan Kenapa hingga sekarang diam diri daripada sebarang komen selepas pendedahan Deepak?

Lee berkata cetakan pertama 50,000 poskad yang dilancarkan di Petaling Jaya semalam, akan diedarkan di pantai barat.

Menurutnya, lebih banyak lagi akan dicetak kemudian untuk diedarkan ke seluruh negara dan pada perhimpunan mega Pakatan Rakyat pada 12 Januari.

"Orang ramai boleh menulis soalan mereka sendiri pada poskad tersebut apa yang mereka mahu tanya kepada Rosmah dan kami akan mengumpulnya pada 12 Januari dan menghantarnya kepada beliau.

"Mereka juga boleh mengeposkannya sendiri," katanya.

DUIT DERMA PALESTIN PUN NAK REMBAT KE?


  • Merujuk kepada Laporan Audit 2010, kerajaan Negeri Melaka telah mewujudkan akaun Amanah Tabung Kemanusiaan Palestin pada 2009. 
  • Jabatan audit negara mendapati sejumlah RM680,747.00 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan Jabatan/Agensi kerajaan dan orang awam.
  • Namun Jabatan audit menemui bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011 (tarikh audit dilakukan).
  • Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan berikut :-
  • Pertama : Bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin.?
  • Kedua : Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama?
  • Penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai.

Perkara di atas kita cedok dari Blog Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

Takkanlah duit derma Palestin pun nak rembat kot.? Baru-baru ini seseorang bersuara menjawab isu ini. Katanya sebahagian dari derma itu telah diserahkan dan sebahagian lagi disimpan. Takkan begitu lama disimpan nak buat apa. Nak makan bunga ke?

Inilah sifat pemimpin Umno/BN duit derma orang ramai pun dia buat macam itu. Jangankan duit derma, duit zakat pun ada yang berani sebat dan songlap. 

KUNJUNGAN KU KE KELANTAN : INDAH RUPA DARI KHABAR

Sebenarnya, sejak setahun lalu, selepas menjadi penulis sepenuh masa, saya begitu ingin ke Kota Bharu, Kelantan untuk menikmati suasana di sana. Kali terakhir – juga pertama kali – saya ke sana pada 1995 sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional di Kem Kijang.

Baru-baru ini, pihak tertentu sibuk mengeluarkan kenyataan betapa miskin dan mundur negeri Kelantan. Pasti sahaja segala kenyataan itu bertujuan politik; apatah lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.

Maka, pada akhir Februari lalu, saya mengambil keputusan untuk ke Kelantan – khususnya Kota Bharu – untuk melihat sendiri segala “kemunduran” dan “kemiskinan” yang diperkatakan pihak berkenaan.

Bagi saya, daripada bergantung serta percaya bulat-bulat pada apa yang dikatakan orang, lebih baik saya pergi sendiri untuk melihat, mengalami serta merasai sendiri suasana sebenar di sana.

Sebaik sahaja saya menyatakan keinginan untuk ke Kota Bharu menerusi ruangan status di Facebook, reaksi positif yang diterima amat memberangsangkan.

Begitu ramai rakan-rakan di ruang siber – kebanyakannya belum pernah saya temui secara bersemuka – tampil “mempersilakan” saya melakukan kunjungan yang dirancang.

Mereka yang bukan anak Kelantan juga menyokong cadangan saya untuk ke Kota Bharu; khususnya apabila saya sudah menyatakan sejak awal bahawa saya mahu menulis siri artikel berdasarkan pengalaman saya ke tempat berkenaan.

Harus saya akui bahawa sebelum saya membeli tiket bas ekspres untuk ke Kota Bharu, saya sudah pun dapat merasai kemesraan, kesantunan serta segala nilai positif yang terdapat dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan.

Begitu ramai rakan-rakan di Facebook yang mencadangkan tempat-tempat yang perlu dilawati dan makanan yang perlu dicuba. Begitu juga beberapa frasa penting dalam loghat tempatan yang wajar saya ketahui untuk memudahkan komunikasi.

Maka, saya tidak was-was untuk pergi ke Kota Bharu walaupun saya tidak ada kenalan atau saudara-mara di sana. Saya pergi sebagai “orang luar” untuk mendapatkan pengalaman baru secara objektif.

Rombongan besar

Saya tidak pernah menyangka bahawa segala urusan akan menjadi begitu mudah. Amy Suzani Mohd Ainuddin, salah seorang mangsa royalti teks Komsas, menawarkan untuk mengatur tempat penginapan dan perjalanan sepanjang saya di Kota Bharu.

Begitu juga, Nur Hidayah dari Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Yaatim) tampil menyatakan kesediaan untuk mengatur program yang sesuai sepanjang saya berada di sana.

Seorang lagi mangsa royalti teks Komsas, Rohani Deraman yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Johor Bahru turut melahirkan keinginan untuk ke Kota Bharu.

Maka, akhirnya, kami semua bertemu di Kota Bharu pada 11 Mac 2012 untuk sama-sama merasai suasana yang dilabelkan sebagai “mundur” dan “miskin” oleh pihak tertentu atas kepentingan politik.

Pada masa sama, Nik Faridah Mamat yang menyertai Bengkel Penulisan Cerpen anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada 26 Februari lalu mencadangkan supaya saya tidak melepaskan peluang bertemu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tentu sahaja saya mahu bertemu Tok Guru! Saya pernah dibawa mengunjungi beliau pada 1995 dan saya dapat melihat serta merasai sendiri sifat-sifat mulia yang dimiliki pemimpin itu.

Hasil maklumat yang diberikan Nik Faridah, saya berjaya menghubungi Wan Nik Wan Yussof, setiausaha politik kepada Menteri Besar Kelantan. Dipendekkan cerita, beliau bersedia mengatur pertemuan seperti yang dihajati.

Sekitar seminggu sebelum saya bertolak ke Kota Bharu, Tasya iaitu anak Amy Suzani dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan. Nur Hidayah mengambil alih “tugas” untuk mengatur aktiviti sepanjang saya dan rakan-rakan penulis berada di Kota Bharu.

Nur Hidayah juga mendapatkan bantuan adik angkatnya, Abdul Mutalib Awang untuk menjadi pemandu kereta dan pemandu pelancong selama empat hari saya di sana. Pemuda berumur 23 tahun itu sanggup mengambil cuti bagi memastikan tetamu mendapat layanan yang sempurna.

Turut sama dalam “rombongan” ini ialah Zainab Ngah, seorang penulis dari Perak yang kini menetap di Terengganu. Walaupun kesihatannya agak terjejas, beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama saya dan Rohani untuk meninjau sendiri segala “kemiskinan” dan “kemunduran” yang diperkatakan pihak tertentu.

Cikgu Roshidayu Che Mat yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Shah Alam turut datang bersama suami dan anaknya untuk sama-sama meninjau keadaan di Kota Bharu.

Saya turut berpeluang bertemu Wan Asyeah Wan Nawang, seorang penulis yang sebelum ini saya kenali berikutan komen negatif yang beliau berikan terhadap saya berhubung kontroversi novel Interlok Edisi Murid dan Kamus Dewan.

Beliau segera meminta maaf dan mengakui bahawa komen negatif yang beliau berikan di Facebook pada tahun lalu adalah terlalu emosional dan “terikut-ikut cakap orang”.

Bagi saya, tidak menjadi masalah kerana saya bersedia menerima apa sahaja komen yang mahu dikemukakan.

Agak menarik bahawa hubungan kami berdua menjadi rapat dan mesra. Pasti orang tidak akan percaya bahawa Wan Asyeah pernah menulis komen negatif mengenai saya sebelum ini!

Murah dengan senyuman

Ada suatu perkara yang meninggalkan kesan dalam hati saya. Dalam perjalanan ke rumah Wan Asyeah, beliau singgah untuk membeli murtabak. Beliau membeli murtabak daging (lembu) untuk dihidangkan kepada rakan-rakan penulis yang datang.

Saya sangat tersentuh – secara positif – kerana beliau membeli sekeping murtabak ayam khusus untuk saya kerana beliau tahu dan sedar bahawa saya tidak makan daging lembu.

Insiden kecil ini amat bermakna kerana walaupun majoriti penduduk di Kelantan adalah orang Melayu beragama Islam, mereka amat sensitif terhadap budaya kaum/agama lain.

Semua yang saya paparkan ini berlaku dalam masa tidak sampai 24 jam saya berada di Kota Bharu. Orang ramai yang saya temui di tempat awam pula murah dengan senyuman.

Menceritakan pengalaman di Kota Bharu, Roshidayu berkata, pertemuan itu amat istimewa dan sukar dilupakan.

“Istimewa kerana berpeluang bertemu beberapa penulis yang sebelum ini hanya saya kenali melalui karya atau bersembang menerusi Facebook. Saya juga gembira kerana dapat sama-sama memberikan maklumat sebenar mengenai Kelantan kepada golongan penulis,” katanya.

Zainab Ngah pula melahirkan kekaguman melihat segala kemajuan – fizikal, sosial dan rohani – di Kota Bharu berbanding di Terengganu.

“Kalau nak suruh bandingkan antara Terengganu dan Kelantan, saya lebih kagum dengan Kelantan, baik dari segi pusat membeli-belah, rangkaian jalan raya dan bangunan tinggi. Terengganu Cuma berbangga dengan Taman Tamadun Islam yang tersergam indah Masjid Kristal yang tidak diiktiraf untuk solat Jumaat, serta replika masjid-masjid seluruh dunia. Kalau Kelantan dikatakan mundur, ternyata Terengganu pula lebih mundur,” katanya.

Bagi Rohani Deraman, beliau pernah tinggal di Kota Bharu pada tahun 1980-an. Melihat akan segala pembangunan di sini sekarang, beliau melahirkan rasa kagum dan bangga.

“Kota Bharu membangun sejajar bandar-bandar lain; termasuk di Lembah Klang. Rasa-rasanya tidak ada beza dengan segala kemudahan yang ada di Johor Bahru. Cuma, apa yang tiada di sini adalah pusat-pusat hiburan, panggung wayang dan kedai nombor ekor.

Mungkin itulah ‘kemajuan’ dan ‘pembangunan’ yang dimaksudkan pihak tertentu apabila melabel Kelantan sebagai negeri yang mundur,” kata penulis sepenuh masa itu.

Saya akan menulis lagi mengenai pengalaman saya di Kota Bharu; khususnya mengenai “kemunduran” dan “kemiskinan” yang dihebohkan pihak tertentu.

Sama-samalah kita buat kesimpulan sama ada keadaan di Kota Bharu, Kelantan “indah khabar dari rupa” atau “indah rupa dari khabar”. -FMT

(Ditulis oleh Penulis Uthaya Sankar SB @ uthayasb.blogspot.com)
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter