PEMANDU TEKSI MUNGKIN DAPAT DURIAN RUNTUH DARI NAJIB

Malam tadi ribuan pemandu teksi hadir pada pertemuan bersama pimpinan PR termasuk Anwar, Nizar dan Ronnie Liu. Mereka kelihatan gembira dengan tawaran-tawaran yang digariskan oleh PR dalam manifestonya jika ditakdirkan gabungan parti tersebut merampas Putrajaya dari Umno/BN.

Antara tawaran PR ialah permit diberi kepada individu bukan konsortium atau syarikat. Selain itu penurunan harga minyak, penghapusan tol dan sebagainya sudah tentu meringankan beban pemandu teksi,


Malaysiakini melaporkan bahawa antara tuntutan pemandu teksi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya ke Putrajaya ialah permit persendirian diberikan berbanding kepada syarikat teksi, kata Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan.

Manoharan berkata, selain itu mereka turut meminta agar kad kesihatan untuk ke hospital kerajaan diwujudkan serta pemandu teksi menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO). 

"Kita harap kalau Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mereka dapat laksanakan ini semua. Bukan seperti kerajaan sekarang, kita minta permit dia kasi tayar.

"Tayar kita boleh beli di kedai. Permit kita boleh beli di kedai ke?" katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh pemandu teksi yang memenuhi Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena menghadiri majlis bersama permimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Kita tunggu dan lihat sehari dua nanti sudah tentu Najib dan kuncu-kuncunya akan 'counter' balik apa yang dilakukan oleh PR ini. Mungkin mereka akan mengadakan himpunan besar-besaran pemandu teksi seluruh Malaysia dan janji-janji yang belum tentu ditepati akan ditabur bagi memujuk pemandu-pemandu teksi supaya menyokong BN.
NONE
Najib dan kuncu-kuncunya jangan ingat pemandu teksi dan semua rakyat bodoh boleh diperkotak-katikan serta boleh termakan dengan janji 'manismu; untuk kesekian kalinya. Untuk kali ini Umno/BN akan tahu langit tinggi atau rendah. Dari gerak geri pemandu teksi pada program malam tadi amat jelas mereka sudah membuat keputusan untuk berubah kali ini. 'Ini kalilah' ......

Comments