.

.

23 December 2012

KETUA PENERANGAN ANAK DITANGKAP DAN DIIKAT

Insiden ini bermula di Felda Kampung Awah, apabila Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda (gambar) telah ditangkap dan diikat oleh polis bantuan di Felda terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai pihak hingga dia dibebaskan akhirnya. 


Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, walaupun konvoi mereka bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, Bera, namun keadaan itu tidak berkekalan apabila mereka bergerak ke Felda Kampung Awah.

"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan.

"Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau juga memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka 12.

Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan.

"Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada.

"Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar disuruh pihak tertentu," katanya lagi.

Malam tadi pihak terbabit menghalang rakyat untuk pergi ke lokasi ceramah di Jengka 11. Ini menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk ke lokasi ceramah.



No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter