PEMIMPIN MESTI TELUS DAN BERANI

Pemimpin PR mesti telus dan berani dalam apa juga tindakan mereka. Sesuai dengan matlamat dan prinsip perjuangan PR yang tidak menyembunyikan yang batil dan hak. Apa yang hendak ditakutkan, jika kita bersalah kita mesti bertanggungjawab tidak seperti pemimpin BN walaupun terbukti bersalah tetapi masih tidak ada bermaruah terus memegang jawatan dan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan dan ahli.

Sebab itulah Mursyidul Am PAS seringkali mengulangi pendiriannya bahawa pejabatnya dan seluruh kepimpinannya di Kelantan terbuka 24 jam untuk siasatan SPRM bagi memastikan beliau tidak menternak anggota-anggota yang terpalit dengan najis rasuah. Ini membuktikan prinsip dan matlamat perjuangan beliau jelas dan telus tidak menyembunyi atau mempertahankan unsur-unsur negatif dan kotor.

Bersesuaian dengan prinsip ini adalah diharapkan semua pimpinan tidak kira parti mana mesti membuat pengisytiharan harta masing-masing kepada rakyat bagi mencerminkan ketelusan mereka. Tidak perlu takut jika harta dan kekayaan seseorang itu diperolehi dengan cara halal dan betul. Mungkin ramai ahli-ahli politik yang kaya raya atas usaha sendiri. Contohnya peguam, kontraktor, doktor dan Juruperunding, mereka ini mungkin mempuanyai perniagaan sendiri dan kaya raya. Yakni bukan kekayaan disebabkan amalah rasuah, menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dan kronisme.

Ayuh pemimpin semua beranikan diri anda isytihar harta sekarang. Anwar, Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain tunggu apa lagi rakyat sedang menanti ............

Comments