KESIAN MUHYIDDIN KENA TIPU LAGI

Pemimpin tipu orang bawahan, orang bawahan 'kencing' pemimpin. Itulah yang berlaku dalam Umno. Semalam Muhyiddin sekali lagi ditipu. Kali ini oleh pemimpin Umno Terengganu yang mendakwa bahawa Hassan Tahir, 67 yang menyerah borang menyertai Umno adalah pendokong PAS tegar. Sedangkan Hassan bukanlah penyokong tegar PAS. Ha3 kena 'kencing' lagi.

Itu memang sudah menjadi amalan Umno, pemimpin selalu kencing ahli dan penyokong dengan macam-macam janji manakala ahli dan penyokong membodek dan memuji pemimpin malah sering menipu pemimpin semata-mata untuk mengambil hati dan mengampu pemimpin.


Najib Razak juga pernah kena 'kencing'  dengan ahli dan penyokongnya di Pekan menjelang PRU 1999. Bila Najib tanya macamana sokongan rakyat di Pekan, semua ahli dan pimpinan Umno Pekan menjawab beres Datuk Seri. Tetapi bila pengiraan undi dibuat, berpeluh Najib apabila undi biasa beliau kalah, terpaksa berpaut kepada undi pos dan undi orang asli. Kalau tidak 'bungkus' Najib pada masa itu. Selepas itulah Parlimen Pekan diubah di mana kem askar Kuantan pun masuk jadi sebahagian dari Parlimen Pekan.


Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa keluarga penyokong PAS yang dilaporkan menyerah borang menyertai Umno kepada Muhyiddin Yassin kelmarin menjelaskan Hassan Tahir, 67 bukan pendokong PAS tegar.


Anak saudaranya, Mohammad Faizal Che Yusoff berkata, Hassan bukanlah seorang penyokong tegar PAS seperti dilaporkan kebanyakan media semalam.

“Bapa saudara saya tidak pernah terlibat secara aktif dan konsisten dalam sebarang aktiviti PAS. Berbeza dengan datuk saya, Che Tahir Che Muda pendokong PAS yang dikenali ramai di Manir.

“Beliau lebih mesra dengan panggilan Tokki A. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara sebenar kerana telah dieksploit media Umno dengan gambaran Hassan penyokong tegar PAS,” katanya di sini.

Semalam akhbar Umno melaporkan lebih 300 penyokong PAS termasuk Hassan yang disifatkan penyokong tegar PAS menyerah borang menyertai Umno kepada Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu Muhyiddin menyifatkan gelombang kesedaran dalam kalangan penyokong PAS semakin meluas apabila mereka mendapati parti itu kononnya membohongi pengikutnya.

Faizal yang juga seorang peguam berkata, keluarga Tokki A di Kampung Pulau Bahagia tidak berpecah biar pun seorang ahli keluarga bertindak menentang arus.

“Usaha Umno Terengganu mahu memecahkan keluarga Tokki A pada saya hanya kerja sia-sia. Timbalan Perdana Menteri telah diberi maklumat salah penasihat-penasihat yang berkepentingan,” katanya yang juga seorang peguam.

Tahun lepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak juga mengunjungi Dun Manir dengan harapan dapat memecahkan kubu PAS di kawasan tersebut.

Malah Adun Manir, Datuk Harun Taib mendedahkan Umno mengumpankan anak-anak muda dengan wang ringgit bagi menarik mereka menyertai Umno.

Faizal berkata, taktik kononnya ahli dan penyokong PAS menyertai Umno seperti yang diuar-uarkan semula sekarang menggambarkan tarikh pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

“Di mana saja pemimpin utama Umno berkunjung, maka akan berlakulah penyerahan borang yang dikatakan secara besar-besaran menyertai Umno.

“Dalam keghairahan itu kadangkala pimpinan utama Umno diperdaya juak-juak mereka sendiri bagi mendapat habuan tertentu. Penduduk di Pulau Bahagia tidak boleh  diperdaya dengan lakonan itu,” ujarnya.

Comments