(TERKINI) ISA PENGECUT TAKUT TERIMA MEMORANDUM

Kasihan dan tua-tua kena 'rotan'. Kalau kena rotan dah di usia emas ini buruk rupanya. Itulah yang terjadi kepada 'Isa Samad' yang dirotan oleh masyarakat Felda pada Himpunan Oren yang sedang berlangsung di hadapan Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur sekarang.

Jumlah yang hadir semakin ramai dan dianggarkan sekarang sudah lebih dari 2,000 orang yang hadir. Patung Isa Samad dirotan sebagai simbolik kepada tindakan Isa yang tidak mengendahkan desakan peneroka dan rakyat Malaysia supaya beliau berundur.

Isa Takut

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pengerusi ANAK kecewa kerana Pengerusi Felda, Isa Samad takut untuk menerima memorandum yang diserahkan oleh Anak dan Peneroka petang ini.

"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.

Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan.

"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum.

"Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.

Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.


Sebelum itu Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.

Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.

Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.


2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.

Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.

Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.

Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.

"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.

"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.

"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.

Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.

Pada jam 2,20 petang tadi Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.

Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.

Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

Comments