.

.

12 July 2008

PERALIHAN KUASA : TRADISI UMNO YANG MEMATIKAN DEMOKRASI

Dengar khabar Umno Melaka menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Imam Hadhari aka Abdullah Ahmad Badawi mengenai masa peralihan kuasa dan menamakan bakal penggantinya kepada Najib Tun Razak.

Pemimpin Umno Melaka berkata, peralihan itu sebenarnya mengambarkan keikhlasan Imam Hadhari no.1 dan no.2.
Tetapi sebenarnya peralihan kuasa tersebut mematikan demokrasi di dalam Umno kerana Imam Hadhari dalam kenyataannya mengharapkan tiada orang yang menentangnya dan Imam Hadhari no.2 pada pemilihan Umno Disember ini. Bukankah ini maknanya menutup peluang orang lain untuk bertanding sama.
Malah sistem kouta pencalonan untuk sesiapa yang ingin bertanding jawatan tertinggi Umno masih dikekalkan walaupun tidak satu parti politik pun di dunia ini mengamalkan sistem yang kolot dan kuno ini melainkan Umno.
Maka benarlah dakwaan sesetengah pemerhati politik bahawa Umno parti ketinggalan zaman dan autokratik.

11 July 2008

BPR DIBERI KUASA MENDAKWA : HARAP TIADA LAGI KES DI 'BAKULSAMPAH' KAN

Badan Pencegah Rasuah (BPR) diberi kuasa penuh untuk menjalankan pendakwaan di mahkamah. Ini bermakna, BPR kini boleh membuka kes siasatan dan meneruskannya sehingga dibawa ke mahkamah.
Pada masa ini, BPR perlu merujuk hasil siasatannya kepada pejabat peguam negara yang memutuskan sama ada kes itu boleh didakwa di mahkamah.Perubahan dramatik itu - bagi memperkukuhkan BPR dan meningkatkan lagi ketelusannya- diumumkan dalam satu kenyataan oleh BPR di Putraya.

Ia juga dijangka dapat mengikis persepsi negatif bahawa pejabat peguam negara yang melewat-lewatkan pendakwaan kes-kes berprofail tinggi yang membabitkan orang-orang politik.

Adalah diharapkan selepas ini tiada lagi kes yang akan ditutup tanpa siasat walaupun ianya mempunyai bukti kukuh. Sebelum ini rakyat telah hilang keyakinan kepada BPR kerana banyak kes yang melibatkan pemimpin Umno/BN tidak disiasat secara telus malah di'bakulsampah'kan samada oleh BPR atau Jabatan Peguam Negara.

PENDUDUK TAMAN ANGKASA NURI PERLUKAN SURAU

Penduduk Taman Angkasa Nuri, dekat sini merayu kepada pihak-pihak tertentu supaya mendirikan suara untuk kemudahan mereka beribadat.

Menurut seorang penduduk yang tidak mahu disiarkan namanya Persatuan Penaja Penduduk taman tersebut sudah lama berusaha untuk mengumpul derma bagi membina surau tersebut namun hasil kutipan tersebut jauh dari mencukupi.
Menurutnya lagi, Persatuan Penaja Penduduk Taman Angkasa Nuri pernah memohon peruntukan dari MAIM untuk membina surau ini tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh agensi terbabit.
"Malah Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal pun pernah melawat tapak surau ini selepas Pilihanraya Umum lalu, namun sehingga sekarang tiada khabar berita yang kami terima" kata beliau.
Beliau juga mengharapkan pihak berwajib seperti Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan lain-lain dapat membantu penduduk taman tersebut untuk membina surau yang telah lama diidamkan mereka.

"Takkan kerajaan negeri dan agensi terbabit tidak ada peruntukan untuk membina surau, sedangkan program-program lain seperti konsert, karaoke dan sebagainya mereka boleh anjurkan".
Beliau membuat pengaduan tersebut kepada Penyelaras Pusat Aduan PAS Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh pagi ini. Beliau mengharapkan Pusat Aduan ini dapat membawa perkara ini kepada jabatan terbabit agar peruntukan untuk pembinaan surau dapat disegerakan.

"Jika tak dapat sepenuhnya peruntukan itu sebahagian pun tak apalah" tegas beliau yang tinggal di taman tersebut kira-kira 3 tahun lalu.

Difahamkan setakat ini hasil kutipan derma orang ramai yang dikutip berjumlah kira-kira RM10,000 sedangkan bajet asal pembinaan surau ini adalah Rm300,000.
Beliau berkata sebarang pertanyaan tentang pembinaan surau tersebut boleh diajukan kepada talian telefon nombor 019-6564078 atau 019-6254435.
Penyelaras Pusat Aduan PAS, Ustaz Khirul Che Salleh berkata, kerajaan negeri dan agensi-agensi yang berwajib haruslah menilai semula perancangan dan bajet untuk membina tempat ibadat di taman-taman baru bagi memastikan kebajikan umat Islam terbela.
"Surau bukan sahaja tempat untuk bersembahyang jemaah malah ianya boleh dijadikan tempat pengajian ilmu, kegiatan kemasyarakatan, tempat pertemuan, tempat menyelesaikan masalah dan sebagainya" ujar Khirul.
Surau katanya, sangat penting kepada penduduk setempat kerana ia merupakan institusi yang mampu menyatupadukan penduduk dan juga menjadi pusat khidmat masyarakat setempat.

PERALIHAN KUASA : MUHYIDDIN DAN KU LI KECEWA?

Lain benar bunyinya kenyataan Muhyiddin ketika mengulas keputusan Imam Hadhari yang menunggu sehingga 2 tahun untuk menyerahkan kuasa kepada penggantinya.

Naib Presiden UMNO itu, berkata, sesetengah pihak berpendapat tempoh peralihan jawatan dalam UMNO yang dirancang pada 2010 adalah terlalu lama.

"Ada yang menyatakan kebimbangan kalau tempoh sepanjang itu keadaan tidak akan bertambah meyakinkan. Ini hal-hal yang perlu ambil kira," katanya lagi.

Oleh yang demikian, katanya, ada ahli UMNO yang berpendapat adalah lebih baik anggota-anggota parti sendiri yang memutuskan soal kepimpinan parti.

"Kita akan lihatlah. Tempoh pemilihan ini masih panjang. Kenapa tergesa-gesa untuk buat keputusan sekarang. Tetapi tidak mengapa, tempoh pemilihan bulan 10 (Oktober) maka waktu itu UMNO yang bersidang di tiap-tiap bahagian tentu akan menilai sama ada apa yang diputuskan suatu yang mereka sukai ataupun mereka ada pandangan masing-masing," katanya.

Muhyiddin, yang kini mengetuai misi perdagangan dan pelaburan selama enam hari ke Jepun, berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyerahkan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan 2010.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berharap sebarang keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO tidak mengongkong mana-mana pihak untuk membuat keputusan yang mereka fikir adalah yang terbaik untuk mereka.

Beliau berkata, sekiranya UMNO masih mengamalkan sistem demokrasi, ia pasti tidak akan menghalang anggota parti daripada menyuarakan apa yang terbaik untuk mereka dan parti.
Bagaimanapun, katanya, keputusan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi adalah sesuatu yang perlu dihormati.

"Tetapi yang tidak kurang pentingnya ialah pandangan setiap ahli UMNO yang diwakili di peringkat cawangan dan bahagian. Mereka ada kemahuan… mereka ada aspirasi… mereka juga ada harapan," katanya.
Jelas sekali dari kenyataannya itu beliau kecewa kerana Imam Hadhari tidak mahu melepaskan jawatannya dalam masa terdekat sedangkan beliau sudah ditolak secara terang-terang oleh ahli akar umbi Umno dan juga rakyat pada Plihanraya Umum ke 12 lalu.

Semua orang tahu bahawa Muhyiddin telah lama memasang angan-angan untuk menduduki sekurang-kurangnya jawatan Timbalan Presiden kalaupun bukan Presiden selepas pengunduran Imam Hadhari.

Muhyiddin mungkin merasakan bahawa apa-apa pun boleh terjadi dalam masa 2 tahun. Malah Muhyiddin sudah tentu arif dengan sepak terajang politik Umno di mana kebiasaannya Perdana Menteri baru akan melantik Timbalan Perdana di kalangan Naib Presiden yang paling lemah atau baru. Najib kemungkinan besar tidak melantik Muhyiddin kerana Muhyiddin adalah Naib Presiden paling senior dan sudah pasti ianya mampu menggugat kedudukan Najib jika dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Kemungkinan besar Najib akan memilih sepupunya iaitu Hishamuddin Hussein atau Naib Presiden baru yang akan dipilih pada pemilihan Umno pada Disember ini.

Selain Muhyiddin seorang lagi yang telah lama mengidam jawatan Presiden ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang sejak selepas Pilihanraya Umum lalu sibuk ke sana ke mari berkempen. Namun dijangkakan Ku Li akan sekali lagi kempunan disebabkan sistem demokrasi di dalam Umno sudah lama berkubur. Ku Li mesti mendapat sekurang-kurangnya 30 % pencalonan dari bahagian-bahagian Umno bagi membolehkan beliau mencabar Imam Hadhari. Ini mungkin sesuatu yang mustahil kerana Umno negeri-negeri sudah pun membuat keputusan (seolah-olah mengarahkan Umno Bahagian) untuk mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden secara sebulat suara. Setakat ini 3 negeri sudahpun sebulat suara mencalonkan Pak Lah iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Melaka.

10 July 2008

IMAM HADHARI BERSARA 2010 : MASIH PANJANG MASANYA UNTUK DIA BERUBAH FIKIRAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan tahun 2010.
Beliau membuat pengumuman tersebut selepas pertemuan dengan ketua-ketua bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.Sebelum ini, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno lebih dua jam mulai jam 3 petang tadi.
Namun jangkamasa 2 tahun lagi iaitu sehingga pertengahan 2010 itu masih panjang dan Imam Hadhari boleh mengubah fikiran beliau. Malah Najib sendiri belum tentu 'confirm' dapat menjadi Perdana Menteri disebabkan pelbagai kontroversi yang melanda beliau.
Saya berpendapat tindakan Imam Hadhari melepaskan jawatannya 2 tahun lagi merupakan jalan selamat baginya untuk memastikan empayar keluarganya terutama masa depan politik Khairy dan empayar perniagaan Kamaludin menjadi semakin kukuh sebelum beliau pencen.
Selain itu Imam Hadhari ini boleh pada bila-bila masa mengubah pendiriannya atas apa juga alasan seperti ingin meneruskan tugas kerana Umno belum stabil dan sebagainya. Malah Imam Hadhari boleh membubarkan Parlimen jika beliau yakin dapat mengembalikan kekuasaan Umno dengan lebih kukuh dan mengenepikan persefahaman beliau dengan Najib.
Apa pun ini hanyalah perancangan Umno kerana di sana terdapat sebuah parti yang sedang menunggu untuk menubuhkan kerajaan pusat yang baru iaitu Pakatan Rakyat.
Umno hanya boleh merancang dan berstrategi tetapi perancangan dan strategi Allah lebih baik dari perancangan Umno.

USUL UNDI TAK PERCAYA : SPEAKER BUAT KEPUTUSAN ISNIN DEPAN

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dibuat pakatan pembangkang pada Isnin ini.

Pandikar Amin berkata, beliau mempunyai pilihan untuk menolak usul itu ketika dalam kamarnya atau mengumumkan secara rasmi keputusan menerima atau menolak selepas sesi soal jawab Dewan pada pukul 11.30 pagi.

Jelas beliau, usul itu yang dikemukakan pakatan pembangkang di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) tidak akan melibatkan sebarang pengundian sebaliknya hanya perbahasan dibenarkan.

Nampak sangat Speaker ini 'bias'. Mengapa pengundian tidak buat. Perbahasan ini tidak akan memberikan apa-apa makna jika sekiranya tiada pengundian. Bagaimana kita ingin mengetahui samada hujah Ahli Parlimen yang mencadang dan membangkang diterima.

Bukankah sesuatu usul itu perlu diputuskan samada diterima atau ditolak. Namun sebenarnya dari segi maruah Pak Lah sudah tercalar kerana sebelum ini belum pernah Perdana Menteri menerima usul tidak percaya seperti ini.

UndurLAH jangan tunggu lagi. Kalau tidak mahu bagi jalan kepada pengganti dari Umno bubarkan sahaja Parlimen supaya rakyat boleh buat keputusan untuk memilih kerajaan baru.

SINGAPURA TURUNKAN HARGA MINYAK.MALAYSIA BILA LAGI?

Harga petrol di Singapura turun RM9 sen seliter

Singapura 10 Jul : SYARIKAT minyak di Singapura mengurangkan harga petrol sebanyak S$0.04 sen (RM0.09 sen) seliter untuk menggambarkan situasi pasaran semasa.
(Komen saya : Malangnya Malaysia masih belum berbuat demikian walaupun rakyat negara tidal putus-putus membantah kenaikan harga minyak tersebut. Kita pun hairan mengapa kerajaan Malaysia begitu angkuh dan zalim sehingga langsung tidak mahu mengambilkira keluhan dan rayuan rakyat miskin yang jumlahnya mungkin melebihi 25 % selepas kenaikan harga minyak ini.)

Syarikat Petroleum Singapura Limited (SPC) mengumumkan semalam bahawa harga untuk tiga gred minyak yang dijual di stesen minyak negara itu mula diturunkan pada pukul 3 petang.
Beberapa syarikat minyak yang lain iaitu Shell, Exxon-Mobile dan Caltex mula mengurangkan harga jualan minyak sejak pagi semalam.

Harga petrol baru tanpa diskaun di stesen minyak kini adalah S$2.32 (RM5.53) seliter untuk gred 98-oktana, S$2.246 (RM5.356) seliter untuk gred 95-oktana tanpa plumbum dan S$2.213 (RM5.276) satu liter untuk gred 92-oktana tanpa plumbum.

Diesel yang kini dijual pada S$2.033 (RM4.77) seliter tidak terjejas dengan perubahan itu.
Pada Sabtu lalu, keempat-empat syarikat minyak di negara itu menaikkan harga petrol sebanyak S$0.05 sen (RM0.12 sen) seliter.

Harga minyak dunia jatuh lebih AS$5 (RM16.22) kepada AS$136 (RM441.27) setong kelmarin selepas kelembapan ekonomi dunia dilaporkan memberi kesan terhadap permintaan(Bernama).
mstar

SATU LAGI SEJARAH TERCIPTA : UNDI TAK PERCAYA KEPADA PAK LAH DI PARLIMEN

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dijangka membentangkang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini - pukul 3 petang.Pada waktu yang sama, Majlis Tertinggi (MT) Umno juga akan mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Laporan terkini akan menyusul di radio Tko.fm pada 3.30 ptg - GB.
Walaupun kita belum mengetahui samada ianya mendapat persetujuan dari Speaker dan sokongan dari Ahli Parlimen, apa yang penting ialah sejarah baru tercatat dalam politik Malaysia apabila buat pertama kali seorang Perdana Menteri menghadapi usul tidak percaya dari Ahli-ahli Parlimen - ulasan dari Mutaligat

Dalam pada itu, watawan mStar Online melaporkan dari Parlimen bahawa Dr. Wan Azizah akan mengemukakan usul berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada pukul 3.30 petang.

Perkembangan membawa usul itu merupakan yang kedua dalam tempoh sebulan ini.
Tiga minggu lalu Parti Maju Sabah (SAPP) melahirkan pendirian tidak percaya kepimpinan Abdullah dan memutuskan untuk membawa usul yang serupa pada 23 Jun lalu apabila Dewan Rakyat mula bersidang selepas berehat selama tiga minggu.

Bagaimanapun usul berkenaan tidak menjadi kenyataan dan semalam SAPP mengulangi bahawa usul sedemikian akan diteruskan kelak.

Mstar & Tranungkite

PAK LAH SELAMATKAN NAJIB. AKAN BUAT KENYATAAN TIADA PERTANDINGAN UNTUK JAWATAN NO 1 & 2


Apa mainan politik Pak Lah sehingga 'announce' bahawa jawatan Timbalan Presiden tidak perlu atau tidak boleh dipertandingkan. Seolah-olah ia hak mutlak Najib. Sedangkan ramai lagi calon yang lebih bersih dan layak dari Najib yang penuh dengan kontroversi tu.


Pak Lah dilaporkan (dari sumber dalaman Umno) akan mengumumkan bahawa 2 jawatan tertinggi Umno tidak akan dipertandingkan selepas mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Kalau benar ianya terjadi maka hancurlah harapan Ku Li dan Muhyiddin untuk bertanding menentang kedua-dua pemimpin yang tamakkan kuasa ini. Juga Umno terus me'lacur'kan sistem demokrasi yang kononnya diperjuangkan oleh mereka.

TAKUT HILANG KUASA : PAK LAH TERUS MENERUS ANJURKAN TAKLIMAT UNTUK PIMPINAN UMNO SEMUA PERINGKAT

Presiden Umno ABDULLAH Ahmad Badawi atau saya panggil dengan nama mesra beliau Imam Hadhari terus menerus mengadakan taklimat khas dengan semua pimpinan Umno terdiri dari Ketua-ketua Bahagian ke atas.

Taklimat khas kepada kesemua 191 ketua UMNO bahagian dan kepimpinan empat sayap parti di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Apa isinya taklimat itu? Sudah tentu kita boleh mengagaknya. Apa lagi kalau bukan masalah politik Umno yang semakin goyah dek kerana kekalahan teruk pada Pilihanraya Umum lalu yang masih menghantui Umno. Juga masalah fitnah menfitnah yang menjadi budaya Umno sejak dari dahulu, kini dan selamanya.
Satu lagi tujuan taklimat ini tak lain tak bukan ialah untuk memastikan Imam Hadhari terus mendapat sokongan Umno Bahagian-bahagian untuk meneruskan tradisi tamakkan kuasa yang diwarisi dari Presiden-presiden Umno terdahulu.
Walaupun Imam Hadhari telah menerima 'bodekan' dari 3 buah negeri yang menyokong penuh pencalonan beliau sebagai Presiden beliau masih takut kalau-kalau Ku Li mendapat pencalonan dari Umno Bahagian-Bahagian. Kalau boleh beliau tidak mahu Ku Li dapat 1 pencalonan sekalipun.
Selain itu beliau juga takut kalau-kalau benar-benar terjadi pimpinan Umno, Ahli Parlimen dan ADUN Umno melompat menyertai Pakatan Rakyat. Semakin hari beliau semakin takut kepada bayang-bayang sendiri.

Mungkin juga taklimat khas digunakan oleh Imam Hadhari untuk mengembalikan keyakinan Ketua-ketua Umno Bahagian yang semakin sangsi dengan kepimpinan beliau dan Najib yang penuh dengan kontroversi.

Sejak akhir-akhir ini kepala Imam Hadhari semakin berserabut dengan masalah undi tidak percaya, provokasi Anwar bahawa Pakatan Rakyat akan merampas Putra Jaya selewat-lewatnya 16 September; kes li*at Anwar; akuan bersumpah Raja Petra dan Bala; Kes Altantuya; Keadaan ekonomi semakin teruk dan sebagainya.
Sejak kekalahan teruk BN pada PRU 12, 8 Mac lalu pendek kata Imam Hadhari tak lelap tidur. Sejak itu muka beliau tidak seceria dahulu. Namun beliau tetap tamakkan kuasa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. Beliau enggan berundur untuk memberi laluan kepada orang lain yang lebih berwibawa dan layak.

Media hari ini melaporkan bahawa Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) mengesahkan bahawa Taklimat Khas tertutup akan diadakan hari ini.

Ianya akan diadakan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti dipengerusikan oleh Imam Hadhari di Menara Datuk Onn.

Mesyuarat MT bermula pukul 3 petang sebelum diikuti dengan pertemuan itu dua jam kemudian.

"Selain semua ketua UMNO bahagian, turut akan hadir pada mesyuarat itu nanti ialah kesemua ahli MT termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib-Naib Presiden serta Ketua-Ketua Pemuda, Wanita, Puteri dan Putera,” kata Ku Nan ketika dihubungi Utusan Meloya semalam.

PASTIKAN ANDA BERADA DI DEPAN TV 9 MALAM 15 JULAI

Saya mengharapkan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama duduk di hadapan kaca TV masing-masing pada 9 malam 15 Julai Selasa minggu hadapan bagi menonton siaran langsung perdebatan isu harga minyak antara ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Dua saluran televisyen swasta, TV3 dan Astro Awani akan menyiarkan secara langsung rancangan itu.
Pihak Agendadaily.com selaku penganjur telah mengesahkannya. Namun difahamkan RTM1 berundur kebelakang apabila hanya membuat siaran tertunda debat yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak". Debat ini akan diadakan di auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.
Moderator 'berat sebelah' dalam rancangan perbincangan isu-isu semasa di RTM, Johan Jaaffar akan ditugaskan menjadi pengerusi debat tersebut. Prosedur debat iaitu Anwar dan Ahmad Shabery membawa seorang penyoal untuk mengemukakan soalan kedua-dua panelis itu.
Hanya 200 orang dibenarkan masuk termasuk 50 orang yang dijemput Anwar dan 50 lagi oleh Ahmad Shabery.
Saya mengharapkan pengerusi debat dapat menjadi pengerusi yang adil tidak sebagaimana cara beliau mempengerusikan rancangan isu-isu semasa di RTM di mana beliau sering memotong hujah ahli panel terutama panelis yang bukan penyokong kerajaan.
SAYA JUGA MENGHARAPKAN JANGAN ADA PEMBATALAN DI SAAT AKHIR SAMADA PEMBATALAN SIARAN LANGSUNG ATAU PEMBATALAN DEBAT ITU SENDIRI. JANGAN NANTI ADA PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA PULA MENGISYTIHARKAN DEBAT DIBATALKAN, MACAM NAK ISYTIHAR ANAK BULAN TIDAK KELIHATAN

SERTAI PAKATAN RAKYAT SEBELUM TERLAMBAT

Saya ingin mempelawa pemimpin Umno dan BN Melaka menyertai Pakatan Rakyat demi untuk kedaulatan Islam dan negara kita.

Sudah sampai masanya pemimpin Umno dan BN Melaka menyeberang menyertai parti-parti Pakatan Rakyat seperti PAS, PKR dan DAP kerana BN gagal memastikan negara berada dalam keadaan stabil dan berkembang pesat samada dari segi pembangunan dan ekonomi.

Tidak ada gunanya pemimpin-pemimpin Umno dan BN Melaka berpaut kepada pemimpin pusat mereka yang jelas gagal mentadbir negara dengan baik sehingga negara kita sekarang ini kucar kacir dari segi politik dan ekonomi.

Saya merujuk kepada blog Ketua Menteri yang memaklumkan bahawa Umno Bahagian-bahagian di Melaka sebulat suara menyokong pencalonan semula Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden.

Saya yakin bahawa Umno Melaka telah melakukan kesilapan kerana kedua-dua pemimpin ini gagal mentadbir negara dengan baik sehingga negara berada dalam situasi yang tidak menentu dari segi ekonomi dan politik.

Di bawah ini saya nyatakan kegagalan Pemimpin-pemimpin BN yang diterajui oleh Pak Lah yang boleh dijadikan penyebab mengapa saya mempelawa pemimpin Umno dan BN Melaka menyertai Pakatan Rakyat :-

1) Gagal mempertahankan kemenangan besar BN seperti PRU 12. Ini bermakna rakyat menolak BN terutama di Semenanjung dimana Pakatan Rakyat menang 82 kerusi Parlimen dan BN menang 85 kerusi, malah BN hilang kekuasaan di 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan. BN mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Ini merupakan kayu ukur paling penting yang sepatutnya menjadi alasan supaya Imam Hadhari digantikan dengan Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat.

2) Gagal memastikan ekonomi Malaysia berkembang atau dipertahankan. Indeks BSKL merudum seminggu dua ini. Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan gagal meyakinkan pelabur tentang kestabilan negara.

3) Menaikkan harga minyak dan gagal mengawal harga barangan menyebabkan inflasi meningkat, rakyat semakin susah dan sengsara. Pemimpin Kerajaan BN sudah ketandusan idea dan langkah untuk memastikan harga minyak tidak dinaikkan kalaupun tidak diturunkan. Sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat telah berulang kali melaungkan keyakinan bahawa harga minyak akan diturunkan sebaik sahaja Kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk.

4) Kedua-dua pemimpin utama iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di tuduh dengan pelbagai dakwaan melibatkan anak, menantu, isteri dan mereka sendiri tetapi malangnya tiada siasatan secara telus dibuat menyebabkan negara luar mula hilang keyakinan kepada Malaysia.

5) Gagal mempertahankan kedaulatan negara apabila Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura setelah Malaysia gagal menyediakan bukti-bukti kukuh untuk menyokong dakwaan kita bahawa Pulau Butih milik kita.

6) Perdana Menteri bercakap bohong dalam beberapa perkara besar antaranya tarikh pembubaran parlimen, kenaikan harga minyak dan lain-lain. Seseorang Perdana Menteri yang berbohong boleh dipertikaikan kredibiliti dan integritinya. Jadi sepatutnya pemimpin Umno dan BN Melaka menilai semula sokongan mereka kepada pucuk pimpinan mereka ini.

7) Gagal memastikan negara dalam keadaan selamat apabila indeks jenayah seperti bunuh, rompak, rogol dan sebagainya semakin meningkat. Sebagai contoh statistik rogol menunjukka hampir 7 orang dirogol setiap hari tahun lalu.
8) Gagal memastikan kedaulatan agama Islam apabila kes-kes murtad berlaku tanpa ditangani dengan serius dan berkesan.

8) Rasuah semakin parah apabila Indeks Rasuah Antarabangsa, CPI Malaysia merudum dengan teruk walaupun PM seringkali berjanji untuk membenteras rasuah

9) Gagal membendung gejala fitnah menfitnah dalam negara sehingga keadaan politik negara agak kelam kabut menyebabkan ekonomi negara turut terjejas. Dakwaan liwat yang amat memalukan timbul semula.

10) Gagal bertindak tegas dalam hal-hal berkaitan agama sehingga IFC berani bersuara dan anggota kabinetnya sendiri yang bukan Islam berani menghantar memo yang sensitif kepada Imam Hadhari

11) Meneruskan tindakan Zalim kepada tahanan ISA yang tidak dibuktikan bersalah di Mahkamah.

12) Meneruskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sehingga ranking dunia IPTA merudum teruk kerana IPTA lebih sibuk berpolitik dengan student daripada hal-hal akademik yang lain.

Sebenarnya banyak lagi alasan-alasan lain yang boleh disandarkan sebagai kayu ukur untuk menilai semula sokongan Umno dan BN Melaka kepada pemimpin mereka.

Saya menyeru kepimpinan Umno dan BN Melaka supaya bertindak cepat menyertai Pakatan Rakyat sebelum Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Pusat sebagaimana yang dinyatakan oleh Anwar.

Saya bimbang nanti kerajaan negeri Melaka menjadi kerajaan pembangkang setelah Putrajaya ditadbir oleh keraajaan Pakatan Rakyat.CEPAT SEBELUM TERLAMBAT

09 July 2008

ISU BAPA MINTA BANTUAN : MAIM JANJI AKAN BANTU

Saudara Mustafa Maiduni baru sahaja selesai mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Majlis Agama Islam (MAIM), Ustaz Abdul Halim Tawil di Pejabat MAIM sebentar tadi. Mustafa ketika dihubungi oleh blog ini melahirkan rasa syukur kerana pihak MAIM berjanji untuk membantu beliau.

Dalam pertemuan tersebut semua butiran mengenai Mustafa, isteri dan anak-anaknya telah diambil oleh pihak MAIM untuk tindakan selanjutnya. Tahniah diucapkan kepada Mustafa di atas kesudian MAIM membantu beliau.Esok pihak MAIM meminta Mustafa membawa isterinya, Erwina Md Nor, 33 ke Pejabat MAIM untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan mereka berdua.

Menurutnya, beliau melahirkan rasa terima kasih kepada PAS kerana sudi membantu beliau menyelesaikan perkara ini walaupun beliau merupakan ahli Umno dan pengundi setia BN sejak dahulu lagi.

Sementata itu Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Ustaz Khirul Che Salleh hairan mengapa MAIM tidak menyelesaikan perkara dari awal lagi iaitu ketika Mustafa mengadu kepada MAIM beberapa bulan lalu.

"Kini selepas kita 'GEGAU' baru mereka nak bertindak dan membantu Mustafa" tegas Khirul yang merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang Syariah.

Saya doakan hasrat Saudara Mustafa untuk membawa balik kedua-dua anaknya termakbul secepat mungkin. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abdul Halim Tawil di atas kerjasama beliau. Moga-moga bantuan MAIM ini akan dapat menyelesaikan semua masalah Saudara Mustafa.

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DAN PUSAT ADUAN

Pengumuman PENTING : Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Aduan untuk semua rakyat Melaka dan sesiapa sahaja tidak mengira agama, bangsa, keturunan, ideologi politik dan warna kulit.
Pihak kami bersedia untuk menerima apa juga aduan, masalah dan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat. Insya Allah kami akan sedaya upaya membantu tuan-tuan dan puan-puan.

Sekiranya tuan-tuan ingin membuat aduan sila telefon talian kami di 06-284 1780 fax : 06-282 7205 atau emailkan ke penjana@gmail.com atau ibnuj@yahoo.com
Tuan-tuan dan Puan-puan juga menghantar pesanan di ruangan sembang bermanfaat/info blog http://mutaligat.blogspot.com atau http://pasmelaka.blogspot.com

MAIM 'RESPONSE' SERTA MERTA

Pendedahan saya tentang masalah seorang bapa, Mustafa Maiduni yang ingin mengambil anaknya di Indonesia mendapat perhatian serta merta dari pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Setiausaha MAIM sendiri, Ustaz Abdul Halim Tawil menghubungi pihak kami dan menjelas beberapa perkara berkenaan isu ini.
Difahamkan pada jam 3.00 petang tadi Mustafa berkunjung ke pejabat MAIM untuk berbincang tentang masalahnya. Diharapkan pihak MAIM dapat memberikan bantuan semaksima mungkin demi untuk menyelamatkan 2 orang anak yang berada dalam kesusahan di Indonesia sekarang.
Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera sehingga kedua-dua anak Mustafa di bawa ke Melaka.
Pendedahan ini telah saya 'posting' pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi. Saya akan melaporkan perkembangan isu ini dari masa ke semasa.
Untuk makluman, pihak kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan dari NGO yang boleh membantu Mustafa Maiduni andaikata pihak MAIM tidak dapat membantu beliau.

ISU ANWAR MEREKA TELAH BERJAYA ........

Sejak budak Saiful tu membuat laporan Polis mendakwa Anwar 'menyodom' beliau ......ada golongan yang sangat gembira kerana :-
1) rakyat lupa isu kenaikan minyak dan barangan ....media tiap-tiap menyiarkan isu 'sodom'
2) Anwar terpaksa tangguh berapa perancangan politik asalnya
3) terdapat rakyat yang termakan dengan isu ini terutama rakyat yang pekat Umno dan atas pagar
4) Anwar terpaksa menumpukan perhatian untuk membela diri dan mengurangkan masa untuk merancang langkah politik seterusnya
5) kegawatan dalam pemilihan parti-parti komponen BN ditutup dengan isu ini

SAIFUL GEMBIRA, RAKYAT MERANA?

Di kala ini, Saiful agaknya sedang bergembira kerana namanya sedang meniti di bibir rakyat Malaysia. Sehinggakan ruang dapur majlis kenduri saudara saya malam tadi begitu sarat dengan gossip yang bertemakan ‘Saiful, Anwar & Liwat’. Tenggelam sudah kisah ‘minyak’ yang beberapa minggu lalu begitu rancak didebatkan oleh kami.

Sebagai insan biasa, saya terasa amat sedih bila nama-nama saudara seagama saya dilemparkan dengan pelbagai pertuduhan yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Ada pihak yang menyatakan dakwaan Saiful itu benar dan ada pihak pula yang menyatakan Anwar difitnah. Inilah natijahnya apabila kebanyakan dari kita lebih mudah mempercayai spekulasi daripada mencari jalan untuk menegakkan kebenaran.Lebih malang lagi apabila percanggahan pendapat mufti turut dijadikan modal untuk memenangkan pihak masing-masing.

Sedarlah wahai saudaraku, itu bukan caranya untuk mencari kebenaran. Kita sepatutnya berusaha mencari pahala dan bukannya berusaha menambah dosa kerana nyawa yang dipinjamkan oleh Allah SWT kepada kita boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Entah esok atau lusa, kita akan dipanggil mengadapNya.

Untuk kebaikan semua pihak dan mengelakkan daripada rakyat terus membuat dosa terpijak, saya nasihatkan agar Saiful pergilah berjumpa dengan mana-mana tokoh agama, mufti atau yang seumpama dengannya.

Jika anda benar-benar di pihak yang benar, anda harus berani menyatakan kebenaran sepertimana anda pergi ke balai polis untuk membuat laporan dahulu. Anda harus berani untuk mengaku samada anda diliwat secara paksa ataupun anda merelakan perbuatan terkutuk itu dilakukan terhadap anda. Jika anda tidak dapat menyediakan saksi, anda perlu bermubahalah terlebih dahulu.

Tidak perlulah acara mubahalah itu disensasikan kerana jika kebenaran yang anda mahukan, jalan yang terbaik ialah dengan anda melakukannya terlebih dahulu sebab anda yang memulakan kisah liwat ini. Anda harus ingat bahawa kebenaran tidak semestinya popular dan yang popular tidak semestinya benar.

Tidak perlu cabar-mencabar dalam kes awak ini.Selepas anda melakukan mubahalah itu, tibalah pula giliran Anwar untuk menjawab mubahalah anda itu. Anwar tidak lagi boleh bertangguh untuk melakukan mubahalah itu kerana ianya akan mengundang reputasi buruk terhadap kerjaya politiknya. Urusan siapa yang benar dan siapa yang salah dalam mubahalah itu akan ditentukan oleh Allah SWT.

Saya sarankan kepada semua pihak agar menghentikan isu ini setelah anda dan Anwar melakukan mubahalah itu. Atas nama Allah SWT, marilah kita semua kembali kepada ajaranNya demi kesejahteraan hidup di dunia dan juga akhirat.

UNESCO IKTIRAF MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA : TAHNIAH BUAT ORANG MELAKA

Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat negeri Melaka atas pengiktirafan badan dunia UNESCO terhadap usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka mengekal dan memulihara bangunan serta tapak warisan sejarah sejak 500 tahun lalu. Pengiktirafan ini sudah tentu mengembirakan semua pihak kerana ia akan meletakkan nama Melaka dan Malaysia dalam senarai peta dunia sebagai Bandaraya Warisan Dunia, setanding dengan bandaraya lain di seluruh dunia.

Saya mengharapkan selepas ini tidak ada tempat-tempat bersejarah seperti Padang Pahlawan, Bandar Hilir (tempat kemerdekaan diisytiharkan) dikuburkan oleh kerajaan negeri Melaka atas alasan pembangunan. Hari ini Padang Pahlawan tersebut hanya tinggal nama sahaja kerana di atasnya telah dibina Mega Mall dan lain-lain.

Janganlah kita mendabik dada mendapat pengiktirafan UNESCO tetapi pada masa yang sama kita merobohkan warisan nenek moyang kita.

Di bawah ini saya nukilkan sedikit sejarah tentang Padang Pahlawan :

Di padang inilah, pada 20 Februari 1956 Tunku Abdul Rahman mengistiharkan bahawa tarikh kemerdekaan telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Setelah pulang daripada rundingan selama 3 minggu dengan pihak British, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaiki konvoi kereta daripada Ayer Keroh ke Padang Merdeka di Melaka sebelum mengumumkan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka bahawa Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu secara rasminya pada 31 Ogos tahun 1957.

NAMUN KINI PADANG INI HANYA TINGGAL NAMA DEK KERANA KERAKUSAN KERAJAAN BN. MERCU TANDA KEMERDEKAAN KITA PUN DIRENTAP DAN DIKUBURKAN OLEH KERAJAAN BN!!!!!!!!!!
Gambar Padang Pahlawan DALAM KENANGAN

MELAKA TIRU SELANGOR & PERAK ATAU SEBALIKNYA

YAB Ketua Menteri nampaknya memberikan 'response' yang baik kepada tulisan saya dalam blog saya.
Hari ini YAB membuat 'posting' di dalam blognya bertajuk SELANGOR DAN PERAK MENIRU CARA KERAJAAN BN. Tak apalah siapa tiru siapa yang penting rakyat dapat pembelaan.

YAB menyiarkan di dalam blognya bahawa pemberian air percuma dan bantuan pelajar miskin telah pun dibuat di banyak negeri di bawah Barisan Nasional (BN) termasuk Melaka. Di Melaka semua keluarga miskin diberi bantuan wang tunai bulanan daripada RM 190 hingga RM 430 termasuk bil air dan letrik. Komen saya : Sebelum ini tidak pernah pula kita dengar kerajaan Melaka beri bantuan untuk bil elektrik dan air tetapi bila Selangor dan Perak beri air percuma cepat-cepat pula tajuk bantuan ditukar.

Manakala pelajar yang masuk universiti dibantu RM 400 untuk Ijazah, RM 300 untuk Diploma dan RM 200 untuk sijil. Setiap pelajar boleh pinjam RM 1000 bagi permulaan masuk universiti. Semua anak Melaka boleh meminjam Tabung Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) untuk belajar di universiti dalam Negara. Komen Saya : Selangor dan Perak bagi RM1,000 Dato' Seri bukan RM200 - RM400. Mana banyak RM1,000 dan RM400 Dato' Seri? Lepas tu, Perak dan Selangor bagi terus duit tu bukan PINJAMAN macam Melaka buat ni. Mana bagus Dato' Seri kerajaan Pakatan Rakyat atau Kerajaan BN Melaka.

TENTANG SKIM TAKAFUL ARMALAH DAN KIFAALAH MACAM KELANTAN TU BILA DATO' SERI NAK BUAT DI MELAKA. TAKKAN YANG TU PUN KELANTAN TIRU MELAKA KOT?

Jadi saya harap Dato' Seri dapat tiru kerajaan Perak dan Selangor untuk kesejahteraan rakyat.

BAPA MOHON BANTUAN AMBIL ANAK DI INDONESIA

Malam tadi saya bersama Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Ustaz Khirul Che Salleh telah menziarahi seorang bapa, Mustafa Bin Maiduni, 42 yang amat memerlukan bantuan orang ramai untuk membawa pulang 2 orang anaknya yang tinggal di Indonesia.

Menurutnya, anaknya itu telah ditinggalkan bersama Ibu Mertuanya di Indonesia selama lebih 4 tahun lalu. Kedua-dua anaknya Mohd Ridzuan Mustafa, 6 tahun dan Ferry Aditya Mustafa, 4 tahun kini tinggal dengan neneknya di Tangjung Pura, Langkat, Medan, Indonesia. Kedua-dua mereka sekarang berada dalam keadaan susah disebabkan nenek mereka tidak mempunyai pendapatan tetap selepas kematian suami dan anaknya beberapa tahun lalu.

Anak pertamanya Mohd Ridzuan lahir di Melaka manakala anak keduanya Ferry Aditya lahir di Medan. Selain dari kedua-dua anaknya ini, beliau mempunyai seorang lagi anak dengan isterinya sekarang dan 6 orang anak dengan isteri pertama yang telah diceraikan oleh beliau.

Mustafa yang bekerja sendiri sangat bimbang dengan keadaan anaknya kerana menurut maklumat yang beliau perolehi, anaknya berada di dalam keadaan tertekan dan tidak menentu.

"Anak saya terutama yang tua seringkali berkurung di dalam bilik dan tiap-tiap beliau akan menunggu saya datang bersama adiknya berhampiran jalan di rumah mertua saya".

"Bila tanya siapa yang beliau tunggu, anak saya menjawab tunggu ayah, setiap kali kereta berhenti di jalan tersebut beliau akan memberitahu orangramai bahawa ayahnya sudah sampai",kata Mustafa dengan sayu.

Mustafa memberitahu, beliau memerlukan kira-kira RM7,000 untuk tambang pergi balik beliau dan isterinya mengambil anak-anaknya. Selain itu wang itu juga diperlukan untuk mendapatkan Kartu Tanda Pengenalan (KTP) Indonesia untuk kedua-dua anaknya yang sehingga kini tidak mempunyai apa-apa sijil kelahiran akibat kesempitan hidup. Selain itu juga beliau terpaksa membayar bil tunggakan hospital anak pertamanya di sebuah hospital swasta di Melaka bagi membolehkan anak pertama yang lahir di sini didaftarkan. Sehingga kini pihak hospital tidak mengeluarkan surat akuan kelahiran anaknya itu kerana beliau gagal membayar bayaran sebanyak RM2,000 kepada hospital tersebut. Bayaran itu dikenakan kerana isterinya terpaksa menjalani pembedahan semasa bersalin.

Menurutnya sebelum ini beliau telah bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi memohon bantuan, namun Mohd Ali meminta beliau berusaha sendiri mengumpulkan wang sebanyak RM7,000 tersebut.

Beliau juga pernah berjumpa dengan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) iaitu Ustaz Abdul Halim Tawil bagi memohon bantuan namun hanya RM700 sahaja yang diluluskan kepada beliau melalui agensi di bawah MAIM.
Menurutnya wang RM700 tersebut tidak cukup untuk urusan tambang pergi balik dan perbelanjaan memohon KTP serta urusan-urusan lain.

"Saya telah berusaha sedaya upaya berjumpa dengan Ketua Menteri dan MAIM tetapi saya kecewa kerana mereka tidak dapat membantu saya sepenuhnya".

"Saya tiada kerja tetap dan tidak mampu untuk menyimpan sebanyak itu, kalau saya mampu tidak perlulah saya berjumpa mereka" ujar Mustafa kecewa.

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khirul Che Salleh dalam kenyataannya kecewa dengan tindakan Ketua Menteri dan MAIM yang tidak dapat membantu Mustafa.
Menurut beliau, Mustafa berhak untuk mendapat bantuan samada dari kerajaan negeri atau MAIM bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.

"Saya mencadangkan pihak kerajaan Negeri dan MAIM dapat mempertimbangkan permohonan Mustafa, wang zakat atau Baitul Mal boleh diberikan kepada beliau".

"Kalau tak mahu bagi wang zakat dan Baitul Mal pun sekurang-kurangnya mereka boleh melancarkan tabung untuk membantu Mustafa" kata Khirul.

Mustafa Bin Maiduni yang memegang Kad Pengenalan bernombor 660609-05-5073 sangat mengharapkan bantuan orang ramai untuk mengambil anaknya di Indonesia dan menyelesaikan semua masalah perdaftaran kelahiran anaknya di sana.
Beliau memohon sudi kiranya para pembaca menghulurkan derma untuknya dengan menghubungi talian 016-6537473 atau talian 017-9002958 (Ustaz Khirul Che Salleh) atau 06-2841780 (Pejabat Perhubungan PAS Negeri).
Sesiapa yang ingin berjumpa dengan beliau boleh juga datang sendiri ke rumahnya di alamat Bt 3 1/2, Kampung Bukit Pulau, 75150 Bukit Baru Melaka.
Gambar atas : Saya sedang mengambil keterangan dari Mustafa
Gambar bawah : Saya bersama Mustafa dan Aktivis PAS Kampung Bukit Pulau Md Zin AFP Mangkuta

DEMOKRASI BERKUBUR DALAM UMNO: KU LI KECUNDANG LAGI?

Kini sudah 2 negeri sebulat suara mencalonkan Imam Hadhari sebagai Presiden Umno pada pemilihan Umno Disember ini. Maka sudah nampak bahawa Ku Li akan kecundang sebelum bertanding akibat sistem pemilihan Umno yang paling tidak demokratik di dalam dunia.

Nampaknya kempunan lagi Ku Li untuk menjadi pemimpin Umno. Memang sukar untuk menentang penyandang jawatan kerana bahagian-bahagian sudah pasti diugut dan ditakut-takutkan untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang menentang pendatang.

Walaupun Ku Li menjelajah hampir kesemua negeri tetapi beliau hanya mendapat sambutan dari veteran-veteran Umno kerana pemimpin-pemimpin Umno Bahagian dan Cawangan diugut supaya tidak menghadiri perjumpaan dengan Ku Li. Inilah Umno satu parti yang busuk lagi membusukkan. Tidak ada demokrasi dalam Umno, apatah lagi Islam yang sudah lama dihinjak-hinjak oleh Umno.

Kasihan Ku Li. Ingin membuat perubahan dalam Umno tetapi tidak kesampaian dek kerana penyandang yang tamakkan kuasa yang menggunakan seluruh saluran dan jentera untuk mengekang musuh samada musuh dalaman atau luaran. Ku Li seharusnya memikirkan semula samada sesuai atau tidak beliau duduk dalam Umno yang busuk lagi membusukkan.

Semalam Ku Li sendiri sudah mengakui sukar untuknya memperolehi kouta 30% pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding mencabar Presiden Umno yang seakan-akan mahu mati di dalam Pejabat yang tidak sedar bahawa golongan akar umbi mula meluat kepada beliau.

Ku Li akui sukar dapat 30% pencalonan (Laporan Malaysiakini)

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui sukar untuknya mendapatkan 30 peratus pencalonan bagi melayakkannya bertanding jawatan presiden Umno Disember ini."Memang benar sukar untuk mendapat 30 peratus. Apabila saya melawat ke bahagian-bahagian, ada ketua bahagian sendiri yang telefon ketua cawangan jangan hadir bertemu saya. "Ada juga yang sabotaj kata saya tak jadi datang," katanya dalam temubual dengan Agendadaily kelmarin.
Calon untuk jawatan presiden perlu memperolehi 30 peratus pencalonan (58 dari 191 bahagian Umno), timbalan presiden 20 peratus (38 bahagian), naib presiden 10 peratus (19 bahagian) dan majlis tertinggi 5 peratus (10 bahagian).

Umno cawangan akan mula bermesyuarat 17 Julai hingga 24 Ogos depan, manakala mesyuarat pemilihan bahagian pula 9 Oktober hingga 9 November. Pemilihan di perhimpunan agung akan berlangsung pada 16 hingga 21 Disember.

Ditanya mengenai bahagian-bahagian yang menyokongnya, ahli Parlimen Gua Musang itu berkata: "Tak banyak yang secara terbuka nak calonkan. Yang kata nak sokong banyaklah."Menurutnya, sistem kuota tersebut menyalahi undang-undang iaitu Akta Pertubuhan 1966. "Sepatutnya, pendaftar sudah mansuhkan peraturan ini. Ia juga bertentangan dengan demokrasi Umno."Pemegang jawatan memanglah mahukan kuota ini diteruskan, tetapi kena ingatlah ada kemungkinan juga merekapun takkan dapat," katanya.Kod etika Tengku Razaleigh juga berkata, 'sangat susah' berhadapan dengan kod etika (pemilihan parti).

"Susah nak jumpa sesiapapun. Kod etika sekarang lagi susah, ada 23 mukasurat, dahulu pada 2001 hanya 7 muka sahaja."Kalau kita tidak buat perubahan, dalam pilihanraya umum akan datang, kerusi yang adapun kita akan hilang…. "Dah ada yang kata akan bubarkan cawangan (Umno) jika saya tak lepas kuota," tambahnya.Menjawab soalan, Tengku Razaleigh berkata sistem kuota yang menjadi masalah utama dan bukannya pertandingan."Dari segi perjuangan tanpa kuota… saya dah menang dah…
"Saya dah ada jentera sendiri. Ada penyelaras bagi setiap bahagian."Rakyat dan pemimpin Umno di peringkat negeri ramai yang dah tak mahu pada yang ada sekarang. Orang nak perubahan kerana mereka takut pada masa depan. "Kalau orang merasa masih boleh berpayung…takkan mereka lari. Cuma kita tidak faham membaca signal yang diberikan," tambahnya.

Semua bahagian di S'gor calon Pak Lah (Laporan Malaysiakini)

Selepas Pulau Pinang, kini Selangor pula memutuskan semua bahagian Umno di negeri itu akan mencalonkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.Manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula kekal sebagai timbalan presiden Umno. Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam satu kenyataan yang diedarkan di Pusat Media Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Umno bahagian seluruh Selangor bersetuju supaya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dicalonkan untuk mengekalkan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini. Katanya, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat ketua-ketua bahagian Umno seluruh Selangor dengan Badan Perhubungan Umno Selangor di Shah Alam malam tadi.Umno Selangor mempunyai 22 bahagian. Setiap bahagian akan menghantar 13 perwakilan yang terdiri daripada enam pemegang jawatan di peringkat bahagian dan tujuh lagi dipilih dalam mesyuarat.

Mesyuarat cawangan Umno akan bermula 17 Julai ini, manakala mesyuarat bahagian bermula pada 9 Oktober depan. Perhimpunan agung yang akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan Umno akan berlangsung pada 16-21 Disember depan.Sebelum ini, Umno Pulau Pinang yang mempunyai 13 bahagian, telah menyatakan sokongan serupa kepada Abdullah dan Najib.

Menurut sistem kuota dalam Umno, calon untuk jawatan presiden perlu memperolehi 30 peratus pencalonan (58 dari 191 bahagian Umno), timbalan presiden 20 peratus (38 bahagian), naib presiden 10 peratus (19 bahagian) dan majlis tertinggi 5 peratus (10 bahagian).Setakat ini, ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan kesediaannya untuk dicalonkan mencabar Abdullah bagi jawatan presiden Disember ini.

Negeri-negeri yang menjadi tumpuan kerana mempunyai jumlah perwakilan teramai ialah Johor - yang mempunyai 25 bahagian, Sabah (25), Perak (24), Kedah (15), Pahang (14) dan Kelantan (14).

08 July 2008

AIR PERCUMA & SKIM TAKAFUL : JANGAN MALU TIRU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

Saya mencadangkan kerajaan negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri Selangor dan Perak yang memberikan kemudahan air percuma berjumlah 20 meter padu kepada rakyatnya. Langkah kedua-dua negeri Pakatan Rakyat ini patut dicontohi kerana ianya jelas dapat membantu meringankan beban rakyat negeri Melaka yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga minyak dan harga barangan keperluan.

Kerajaan negeri Melaka tidak perlu malu atau segan untuk mencontohinya kerana apa yang penting rakyat mesti dibantu bagi meringankan beban mereka. Rakyat negeri Melaka bukannya kaya sebagaimana kayanya pimpinan kerajaan negeri yang memerintah Melaka sekarang. Masih terdapat 785 buah keluarga yang miskin di dalam negeri Melaka. Angka ini berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang lama iaitu sebelum inflasi meningkat akibat kenaikan harga minyak dan barangan lain. Jika PGK ini dinaikkan dan memang sepatutnya dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM1,500 sudah tentu bilangan orang miskin meningkat menjadi 25 % di dalam negeri Melaka.Rakyat miskin inilah mesti dibantu. Maka jika kerajaan negeri dapat memberikan air percuma 20 meter padu seperti kerajaan Selangor dan Perak sudah tentu dapat meringankan beban mereka.

Kerajaan Selangor memulakan skim pemberian 20 meter padu secara percuma bermula 1 Jun manakala Kerajaan Perak melaksanakannya pada 1 Ogos ini.

Selain itu saya juga mencadangkan kerajaan negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri Perak dan Selangor yang memberikan ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Saya juga mencadangkan kerajaan Negeri Melaka mencontohi Kelantan yang menjalankan Skim Takaful Kifaalah dan Takaful Armalah. Takaful Kifaalah ialah skim takaful untuk warga emas di mana seseorang warga emas yang meninggal keluarga mereka akan mendapat RM500 pada hari kematian dan bakinya RM2,000 selepas itu. Jumlah keseluruhannya RM2,500.

Sejak dilancarkan 7 Februari 2007, jumlah pendaftaran telah mencecah 83,091 orang atau 60 peratus daripada 139,000 warga emas seluruh Kelantan dan setakat ini 370 wasi (pewaris) kepada warga emas yang telah meninggal dunia mendapat pampasan masing-masing sebanyak RM2,000.00.

Skim Takaful Armalah pula ialah Program Takaful bagi membantu ibu tunggal yang menyediakan bayaran manfaat sehingga RM2,500 terhadap kematian atau kemalangan kepada ibu tunggal. Jadi saya mengharapkan kerajaan negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat terutama rakyat miskin.

Tidak syak lagi pemberian air percuma 20 meter padu, insentif untuk pelajar-pelajar yang memasuki IPTA, Skim Takaful Armalah dan Kifaalah serta lain-lainnya amat bermanfaat kepada rakyat.

Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Melaka boleh meniru dan menggunapakai sistem tersebut untuk diamalkan di negeri ini. Pegawai-pegawai kerajaan Selangor, Perak dan Kelantan boleh dipanggil untuk memberikan taklimat kepada kerajaan Negeri Melaka bagaimana untuk menjalankan skim-skim tersebut.

MAMPUIH UMNO ....................!!!$#%%%$

Mampuih Umno ........itulah ungkapan yang terpancar dibenak saya bila mendapat tahu bahawa Kerajaan Perak meneladani kerajaan Selangor dengan memberikan air percuma untuk 20 meter padu kepada rakyatnya yang berpendapatan kurang dari RM750. Ianya akan bermula pada 1 Ogos ini.

Pengumuman ini di buat oleh YAB Dato' Seri IR Mohd Nizar Jamaluddin di Ipoh semalam. Perkembangan ini ternyata mengembirakan rakyat Perak.Pengumuman ini juga menjawab spekulasi yang dimainkan oleh setengah pihak kononnya Pakatan Rakyat berbohong dalam manifesto PR ke 12 yang lepas. Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang DUN Perak yang lepas.

Dato' Seri IR Mohd Nizar berkata seramai 15,000 penduduk miskin di negeri ini dikenal pasti menerima kemudahan itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) berjumlah RM2 juta sebulan.

“Pemberian air percuma ini adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat,” katanya kepada pemberita di Ipoh semalam.

Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.

Apa lagi yang Umno nak kata. Satu persatu janji Pakatan Rakyat ditunaikan oleh kerajaan mereka. Kerajaan BN di negeri-negeri mereka pula sibuk untuk membuat projek-projek besar dan kecil sebab bila ada projek ada 'masyuk'. Mereka bukannya memikirkan penderitaan rakyat. Yang mereka fikir apa projek lagi nak dibuat, apa projek lagi yang boleh diberikan pada kroni mereka............mampuih Umno.....

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Semasa sidang DUN yang lepas pihak pembangkang bertanyakan mengenai perkara yang sama dan dijawab oleh Exco Teknologi maklumat, YB. Thomas Su bahawa pihak kerajaan akan memberikan ganjaran ini sekiranya keadaan kewangan kerajaan mengizinkan.

MB menjelaskan bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco Pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.

Mampuih Umno .........

Tranungkite .....Cina Islam

UTUSAN MELOYA TERUS PUTAR BELITKAN FAKTA

Seperti dijangka Utusan Meloya terus menggunakan isu penyanyi rock dibelasah dalam program Protes Ahad lalu sebagai 'senjata' utama. Mungkin berminggu-minggu malah berbulan-bulan isu ini akan dimainkan untuk mengabui mata rakyat. Malah aksi ini mesti ditayangkan kembali jika ada kempen pilihanraya kecil atau umum. Memang ini taktik lapuk BN yang masih tidak faham bahawa rakyat sudah cerdik. Mereka tidak sedar kita sekarang berada di dalam zaman 'langit terbuka'. BN tertinggal jauh ke belakang.

Tajuk berita yang mereka gunakan untuk mengulas isu ini iaitu "Pakatan pembangkang bawa budaya liar dibidas" sudah cukup untuk menggambarkan bahawa isu ini akan digunakan sebagai senjata untuk 'menembak' Pakatan Rakyat sehari dua ini.

Hari ini Menteri Kementerian ZALIM, Syed Hamid Albar dengan sinis berkata (dipetik dari Utusan Meloya), ''Saya tak tahu sama ada mereka nak galakkan budaya tunjuk punggung ini, apa manfaat yang kita peroleh daripadanya.

''Pakatan pembangkang cubalah disiplinkan orang yang mereka ajak ke situ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di Putra Jaya semalam.

Kita hairan mengapa pemimpin BN begitu cepat menuding jari kepada insiden ini, sedangkan kerajaan BN membiarkan budaya konsert liar, filem-filem yang menjolok mata dan sebagainya terus disiarkan oleh stesyen-stesyen TV tempatan seperti Astro, TV3 dan lain-lain.

Pakaian-pakaian penyanyi, pelakon-pelakon terutama dari barat yang ditayangkan di TV tiap-tiap hari tidak pula mereka komen.

Insiden Ahad lalu memang tidak dijangka dan Pemuda PAS awal-awal lagi sudah membuat bantahan kepada slot nyanyian tersebut namun penganjur tetap mahu meneruskannya. Akhirnya Pemuda PAS terpaksa menarik diri dari program tersebut dengan mengarahkan semua Unit Amal pulang sebelum tamat program.

07 July 2008

BEKAS TYT MELAKA MENINGGAL. TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM

Bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin meninggal dunia hari ini.

Baru minggu lepas saya membuat posting tentang Makam Pahlawan, hari ini Insya Allah Makam ini akan berpenghuni.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.
Latarbelakang Allahyarham
Tun Syed Ahmad Shahabudin yang meninggal dunia hari ini pada usia 83 tahun kerana sakit tua adalah Yang Dipertua Negeri Melaka kelima dari 1984 hingga 2004 dan merupakan seorang pemimpin yang disegani dalam bidang politik, pentadbiran, sukan dan kebajikan.
Tun Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabudin dilahirkan pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah, juga pernah menjadi Menteri Besar Kedah dari tahun 1967 hingga 1978.
Anak ketiga daripada lima adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim dari 1932 hingga 1935 sebelum melanjutkan pelajarannya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, sehingga beliau lulus peperiksaan Senior Cambridge pada 1947.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Kewangan Negeri di Alor Star pada 1947 dan berkhidmat sehingga 1955.Syed Ahmad mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Sharifah Haniffah Syed Alwi pada 1950 dan dikurniakan seramai enam orang anak.
Sharifah Haniffah, isteri pertamanya, meninggal dunia pada 1993 di Kuala Lumpur.
Pada 1960, beliau bertemu jodoh dengan Toh Puan Sharifah Marfuza Sheikh Mohd Osman dan dikurniakan empat orang cahaya mata.Minat beliau dalam bidang politik berputik sejak menuntut di kolej dan mula aktif setelah berkhidmat dengan kerajaan.
Syed Ahmad memenangi pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 mengalahkan calon PAS dan Parti Negara dengan majoriti 27,000 undi bagi kawasan Kedah Utara (Padang Terap dan Kubang Pasu), dan beliau dilantik sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco).
Kewibawaan beliau terserlah ketika dilantik sebagai Menteri Besar Kedah selama 10 tahun dari 1967, dan pada 1978, Syed Ahmad telah bertanding pula kerusi Parlimen Padang Terap dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sehingga 1980.
Selepas itu, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura dan berkhidmat selama empat tahun.Ketika bergiat cergas dalam politik, Syed Ahmad memegang pelbagai jawatan penting di Kedah.Beliau pernah menjadi Penolong Setiausaha Umno Kedah (1951-1954), Setiausaha Umno Kedah (1954-1967), Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan Barisan Nasional Kedah (1967-1978), Anggota Majlis Tertinggi Umno (1968-1978) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan Barisan Nasional Kedah (1978-1984).
Dalam bidang kemasyarakatan pula, beliau pernah menerajui Majlis Kebangsaan Persatuan Jaksa Pendamai Malaysia selain menjadi Pengerusi Persatuan Jaksa Pendamai Negeri Kedah, Pengerusi St. John Ambulans Kedah dan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kedah.
Berdasarkan pengalaman dan semangat kepimpinannya yang penuh dedikasi, Syed Ahmad dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka pada 4 Dis 1984, menggantikan Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan.
Sejak beliau menjadi Yang Dipertua Negeri Melaka (1984-2004), Melaka semakin maju dan pesat membangun sehingga terkenal sebagai destinasi pelancongan terkemuka di rantau ini.
Syed Ahmad minat membaca dan beliau mempunyai rekod cemerlang dalam sukan dan olahraga pada zaman mudanya.Sukan golf merupakan sukan kegemarannya dan beliau pernah melibatkan diri dalam Kejohanan Senior Golf Malaysia.
Pada 2003, Syed Ahmad dilantik sebagai Canselor Kolej Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) yang kini dikenali Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).Antara kegemaran unik Syed Ahmad ialah menyimpan koleksi topi dan beliau memiliki beratus jenis topi dari seluruh negara.

Al Fatihah

KERAJAAN NEGERI GAGAL ATASI MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN SISWAZAH

Statistik yang dikeluarkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka di dalam blognya dan dipetik oleh Sinar Harian hari ini berkaitan dengan pengangguran membuktikan bahawa bilangan penganggur di negeri ini masih ramai iaitu keseluruhannya 4,800 orang. Lebih menyedihkan kira-kira 3,200 orang atau 66.7 % penganggur adalah lepasan Institut Pendidikan Tinggi samada Awam atau Swasta.
Saya merasakan angka ini adalah besar kerana negeri Melaka sendiri penduduknya tidaklah ramai berbanding dengan negeri-negeri lain. Jadi angka 3,200 lepasan IPT ini adalah tinggi. Saya kesal kerana kerajaan negeri gagal menangani masalah pengangguran terutama membabitkan lepasan IPT ini. Kerajaan Pusat dan mungkin kerajaan negeri melalui PTPTN dan wang Yayasan Negeri membelanjakan sejumlah wang sangat besar untuk pelajar-pelajar terbabit dalam bentuk pinjaman.

Maka jika sekiranya mereka tidak bekerja sudah tentu pembayaran balik pinjaman PTPTN ini akan tergendala. Saya juga kesal kerana kerajaan Melaka membina pusat pelacongan, pusat reakreasi, menjalankan program bersifat hiburan dan sebagainya dengan belanja besar (membazir duit rakyat) atas alasan untuk memberikan peluang pekerjaan. Tetapi statistik yang diumumkan sendiri oleh YAB Ketua Menteri ini membuktikan projek-projek dan program-program tersebut tidak memberikan banyak faedah untuk penganggur apabila bilangan mereka masih besar.Antaranya projek seperti Eye On Melaka, Pesta Sungai Melaka dan sebagainya.
Saya mencadangkan kerajaan negeri memupuk semangat ingin menceburi bidang perniagaan kepada semua penganggur terutama lepasan IPT ini supaya mereka tidak hanya berminat untuk makan gaji sedangkan peluang pekerjaan semakin terhad lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi negara yang semakin teruk sekarang. Kerajaan Negeri dicadangkan supaya menyediakan latihan, 'workshop' dan bantuan modal kepada penganggur-penganggur ini bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan.

Perniagaan-perniagaan berasaskan IT, kemahiran, peruncitan dan sebagainya memang sesuai untuk Siswazah dan ianya sangat berdaya maju. Selain itu kerajaan negeri mesti memberikan penerangan dan hebahan tentang program-program perniagaan dan peluang-peluang untuk memulakan perniagaan.

Antaranya Skim yang dianjurkan PROSPER, Tekun, MARA dan sebagainya. Kita melihat bahawa sebenarnya ramai dikalangan penganggur-penganggur ini terutama siswazah berminat untuk berniaga tetapi masalah besar mereka ialah mereka tiada pengalaman dan modal. Jadi sudah sampai masanya kerajaan negeri memantap lagi program melahirkan usahawan ini demi untuk membasmi pengangguran.

MEMALUKAN!!!!!!!!! 51 TAHUN MERDEKA MASIH ADA KAMPUNG DI JOHOR TIADA BEKALAN ELEKTRIK

Memalukan .........tiap-tiap kali menjelang Pilihanraya akan dipukul canang bahawa Kelantan negeri miskin, tiada pembangunan, rakyat susah dan sebagainya.
Tetapi tuduhan dan fitnah Umno/BN kepada Kelantan rupakan memakan diri sendiri apabila sebuah kampung di Johor (antara negeri yang paling kuat Umno) masih belum mempunyai kemudahan elektrik.

Harakahdaily menyiarkan berita hari ini bahawa kira-kira 2,000 penduduk dari 500 keluarga yang mendiami Kampung Semangat Batu 7 Tampoi, dekat sini, terpaksa menggunakan generator diesel berikutan ketiadaan bekalan elektrik di kampung tersebut.

Penduduk terpaksa mengeluarkan wang antara RM70.00 hingga RM100.00 sebulan bagi membayar kos penggunaan dua buah generator diesel yang membekalkan elektrik ke rumah penduduk.

LAIN KALI KALAU NAK TUDUH NEGERI LAIN MUNDUR DAN DHAIF 'CHECK' NEGERI YANG BN PERINTAH DULU .........MEMALUKAN TAUKEH AJE!!!!!!!!!!!!!

BANG MAT DATANG LAGI

Abang Mat datang lagi!!!!!!!!!
Abang Mat @ Hj. Mohd Sabu akan berceramah pada 11 Julai 08 (Jumaat) jam 09.00 mlm di Dataran Hamas, Spg. Kemendor Jasin. Kali ini beliau akan berceramah bersama Pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Kesidang YB Goh Leong San.
Di jemput seluruh rakyat Melaka hadir mendengar kupasan isu-isu semasa dari kedua-dua pemimpin rakyat ini.

SIAPA KATA HIMPUNAN SEMALAM TAK DAPAT SAMBUTAN

Gambar ini menjawab tohmahan dan fitnah golongan tertentu yang mendakwa himpunan memprotes kenaikan minyak semalam tidak mendapat sambutan. Lihat sahaja gambar ini, padang bola stadium ini dipenuhi oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Cuma ada beberapa program yang disusun oleh penganjur tidak sesuai dan perlu diperbaiki pada masa hadapan. Selain itu ramai beranggapan berdemo di stadium tidak mencapai matlamat untuk menyedarkan rakyat akan kezaliman kerajaan BN. Mereka merasakan jalanraya tetap tempat yang paling baik dan sesuai untuk menyuarakan apa-apa juga bantahan melalui demonstrasi.

KES 3 YB DITUDUH CURI BESI DAN SERTAI HIMPUNAN HARAM DITANGGUH LAGI

Berapa lama mau tunggu lagi. Mungkin itu yang bermain di dalam minda tiga orang Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; YB iaitu ADUN Kesidang, YB Goh Leong San; ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong apabila dakwaan mereka terlibat dalam perhimpunan haram dan 'curi besi' di tangguhkan sebulan lagi.

Mereka masih belum didakwa, masih dalam siasatan Polis. Blogger Damian 'Baba' Yeo dalam blognya (http://damianslyeo.blogspot.com) menulis yang beliau mula sangsi dengan keberkesanan Polis menyiasat kes ini dan juga pada yang sama beliau mempersoalkan keupayaan Pejabat Peguam Negara membuat pendakwaan kepada 3 orang hero tempatan ini.


Sekarang menurutnya, selepas 3 bulan kes ini berlaku tanpa pendakwaan di mahkamah, kemungkinan pasukan peguam akan mengemukakan saman terhadap OCPD, kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan kekejaman Polis dan penyalahgunaan kuasa terhadap ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong yang dipukul.

Gambar-gambar sidang akhbar yang dibuat sebaik sahaja YB Lim Jak Wong dibebaskan oleh Polis dalam kes itu dan juga gambar Forum 'Polis atau Samseng' yang dianjurkan oleh DAP.
Sumber : http://damianslyeo.blogspot.com

06 July 2008

MELAKA GAGAL ATASI 5 CABARAN NEGARA MEMBANGUN

Ketua Menteri YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggariskan 5 cabaran bagi negara membangun iaitu :

1. Bekalan Air bersih yang belum dapat diselesaikan
2. Pelupusan sampah yang sempurna
3. Sistem pembentugan berpusat
4. Pengurusan banjir kilat
5. Sistem pengankutan yang cekap

Ternyata kelima-lima cabaran tersebut masih GAGAL ditangani oleh Ali Rustam bagi merealisasikan angan-angannya Melaka Maju 2010. Maka adalah agak sukar untuk Melaka mencapai status tersebut kerana kelima-lima cabaran fizikal ini masih jauh untuk dicapai. Itu kita belum bercakap soal pendapatan perkapita, bilangan orang miskin, pertumbuhan ekonomi, jenayah, maksiat dan sebagainya.

Ali Rustam rupanya sedar bahawa angan-angannya untuk mengisytiharkan Melaka sebagai Negeri Maju hanyalah omongan kosong yang masih jauh untuk dicapai.

1) Bekalan air masih gagal dicapai. Rumah saya sendiri sebagai contoh, memang saya memakai penapis air. Tetapi penapis air itu menjadi tersangat kotor selepas 2 minggu dicuci. Karat, keladak dan sebagainya menjadi minuman penduduk Melaka terutama yang tidak memakai penapis atau yang memakai penapis murah macam saya. Kekotoran ini sebenarnya bertambah teruk selepas banjir Disember 2006.

2)Tempat pembuangan sampah yang terus tidak diuruskan dengan baik menghantui penduduk Taman Angkasa Nuri, penduduk Krubong dan sebagainya . Malah pembinaan taman-taman penduduk berhampiran dengan tempat pelupusan sampah ini dipertikaikan. Bagaimana pihak berwajib meluluskan pembinaannya sedangkan tempat pelupusan sampah ini sudah tentu memberikan kesan yang tidak baik kepada penduduk. Antaranya pencemaran bau yang busuk, gatal-gatal dan lain-lain.
3) Sistem pembentungan di Melaka juga tidak baik. Di mana masih ada rumah di taman perumahan yang dibina sangat hampir dengan sistem pembetungan. Malah sistem pembetungan yang ada di Melaka masih tidak dijalankan secara berpusat ianya bertebaran merata-rata.

4) Banjir kilat terus menghantui beberapa kawasan di dalam negeri Melaka. Antaranya di Kampung Tun Razak, Bukit Katil. Malah banjir yang berlaku pada Disember 2006 benar-benar mengejutkan penduduk Melaka. Ianya gagal diuruskan dengan baik. Langkah pencegahan yang lemah, sistem pengurusan mangsa banjir yang lemah, pusat perpindahan banjir yang tidak terurus dan sebagainya. Malah sekarang ini beberapa taman di sekitar Lapangan Terbang Batu Berendam seperti Taman Merdeka, Taman Angkasa Nuri, Taman Thamby Chik Karim dan sebagainya masih trauma bila hujan lebat turun. Ini kerana kawasan tersebut menjadi rendah selepas pembesaran Lapangan Terbang tersebut. Sistem perparitan di kawasan tersebut dilihat tidak baik. Penduduk khuatir banjir Disember 2006 akan berulang lagi.

5) Sistem Pengangkutan awam memang jauh panggang dari api kalau hendak dikatakan cekap. Bas-bas awam yang dhaif masih beroperasi; jadual yang tidak menentu; layanan yang tidak mesra dan sebagainya. Saya sendiri pernah menunggu bas dari Batu Berendam ke Melaka Sentral. Saya menunggu hampir 30 jam, bas belum kelihatan. Kalau beginilah keadaannya sudah pasti ramai yang terpaksa menaiki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja masing-masing.

Kesimpulannya, Melaka masih jauh lagi untuk mencapai status negeri maju berdasarkan kelima-lima faktor yang digariskan oleh YAB Ketua Menteri sendiri. Persoalannya apakah sasaran YAB Ketua Menteri bahawa Melaka akan menjadi negeri maju 2010, adalah sasaran yang realistik dan berpijak di bumi nyata. Atau apakah Ketua Menteri mahu mengikuti jejak langkah bekas Menteri Selangor yang mengisytiharkan Selangor Negeri Maju berdasarkan 'standard' dia sendiri tidak bersandarkan 'standard' antarabangsa.

Kepada YAB Ketua Menteri saya mengharapkan kerajaan negeri terus berusaha dan merancang segala langkah dan strategi untuk mencapai status negeri maju kalaupun tidak tahun 2010 mungkin tahun-tahun seterusnya. Yang penting jangan gadaikan agama Islam, kedaulatan rakyat dan akhlaq rakyat Melaka dalam usaha untuk mengejar Melaka Maju. Elakkan pemborosan dan pembaziran demi kesejahteraan rakyat dan negeri. Tidak lupa juga jangan abaikan rakyat yang sedang 'sesak nafas' akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian.

Gambar hiasan : Menara Taming Sari

DEMO PROTES : PESERTA DEMO KURANG PUASHATI

Saya berkesempatan bersama-sama dengan Pimpinan dan ahli-ahli PAS Bukit Katil bersama-sama menyertai Demo PROTES membantah kenaikan harga minyak di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Namun rata-rata peserta demo tidak berpuashati dengan Demo ini. Di sebelah paginya ia dipenuhi dengan nyanyian oleh para penyanyi yang berambut panjang, berseluar koyak rabak dan bertatoo. Apa ni...........ini konsert ke? Tanya sahabat-sahabat saya.

Mereka mengeluh kerana demo sama seperti karnival sehari anjuran Persatuan Taman Penduduk atau mungkin seakan-akan Jom Heboh (Sure Heboh). Langsung tak best.....ini bukan Demo ini bersuka ria dan bershopping ...komen seorang lagi sahabat yang memang tak pernah miss berdemo di mana sahaja ia diadakan.

Orang kalau nak demo kena demo di tempat-tempat yang 'crowded' atau boleh dilihat oleh rakyat. Ini dalam Stadium semua orang kita sahaja yang lihat" , kata seorang lagi.

Akhirnya kami balik awal jam 3.15 petang dan bertolak balik ke Negeri Hang Tuah. Kami hanya berada di sana 4 jam lebih sahaja......dalam bas masing-masing merungut dan bertekad untuk menganjurkan sendiri DEMO di Melaka ini ............BILA TUNGGU LAH
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter