UNESCO IKTIRAF MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA : TAHNIAH BUAT ORANG MELAKA

Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat negeri Melaka atas pengiktirafan badan dunia UNESCO terhadap usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka mengekal dan memulihara bangunan serta tapak warisan sejarah sejak 500 tahun lalu. Pengiktirafan ini sudah tentu mengembirakan semua pihak kerana ia akan meletakkan nama Melaka dan Malaysia dalam senarai peta dunia sebagai Bandaraya Warisan Dunia, setanding dengan bandaraya lain di seluruh dunia.

Saya mengharapkan selepas ini tidak ada tempat-tempat bersejarah seperti Padang Pahlawan, Bandar Hilir (tempat kemerdekaan diisytiharkan) dikuburkan oleh kerajaan negeri Melaka atas alasan pembangunan. Hari ini Padang Pahlawan tersebut hanya tinggal nama sahaja kerana di atasnya telah dibina Mega Mall dan lain-lain.

Janganlah kita mendabik dada mendapat pengiktirafan UNESCO tetapi pada masa yang sama kita merobohkan warisan nenek moyang kita.

Di bawah ini saya nukilkan sedikit sejarah tentang Padang Pahlawan :

Di padang inilah, pada 20 Februari 1956 Tunku Abdul Rahman mengistiharkan bahawa tarikh kemerdekaan telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Setelah pulang daripada rundingan selama 3 minggu dengan pihak British, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaiki konvoi kereta daripada Ayer Keroh ke Padang Merdeka di Melaka sebelum mengumumkan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka bahawa Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu secara rasminya pada 31 Ogos tahun 1957.

NAMUN KINI PADANG INI HANYA TINGGAL NAMA DEK KERANA KERAKUSAN KERAJAAN BN. MERCU TANDA KEMERDEKAAN KITA PUN DIRENTAP DAN DIKUBURKAN OLEH KERAJAAN BN!!!!!!!!!!
Gambar Padang Pahlawan DALAM KENANGAN

Comments