SINGAPURA TURUNKAN HARGA MINYAK.MALAYSIA BILA LAGI?

Harga petrol di Singapura turun RM9 sen seliter

Singapura 10 Jul : SYARIKAT minyak di Singapura mengurangkan harga petrol sebanyak S$0.04 sen (RM0.09 sen) seliter untuk menggambarkan situasi pasaran semasa.
(Komen saya : Malangnya Malaysia masih belum berbuat demikian walaupun rakyat negara tidal putus-putus membantah kenaikan harga minyak tersebut. Kita pun hairan mengapa kerajaan Malaysia begitu angkuh dan zalim sehingga langsung tidak mahu mengambilkira keluhan dan rayuan rakyat miskin yang jumlahnya mungkin melebihi 25 % selepas kenaikan harga minyak ini.)

Syarikat Petroleum Singapura Limited (SPC) mengumumkan semalam bahawa harga untuk tiga gred minyak yang dijual di stesen minyak negara itu mula diturunkan pada pukul 3 petang.
Beberapa syarikat minyak yang lain iaitu Shell, Exxon-Mobile dan Caltex mula mengurangkan harga jualan minyak sejak pagi semalam.

Harga petrol baru tanpa diskaun di stesen minyak kini adalah S$2.32 (RM5.53) seliter untuk gred 98-oktana, S$2.246 (RM5.356) seliter untuk gred 95-oktana tanpa plumbum dan S$2.213 (RM5.276) satu liter untuk gred 92-oktana tanpa plumbum.

Diesel yang kini dijual pada S$2.033 (RM4.77) seliter tidak terjejas dengan perubahan itu.
Pada Sabtu lalu, keempat-empat syarikat minyak di negara itu menaikkan harga petrol sebanyak S$0.05 sen (RM0.12 sen) seliter.

Harga minyak dunia jatuh lebih AS$5 (RM16.22) kepada AS$136 (RM441.27) setong kelmarin selepas kelembapan ekonomi dunia dilaporkan memberi kesan terhadap permintaan(Bernama).
mstar

Comments