DEMOKRASI BERKUBUR DALAM UMNO: KU LI KECUNDANG LAGI?

Kini sudah 2 negeri sebulat suara mencalonkan Imam Hadhari sebagai Presiden Umno pada pemilihan Umno Disember ini. Maka sudah nampak bahawa Ku Li akan kecundang sebelum bertanding akibat sistem pemilihan Umno yang paling tidak demokratik di dalam dunia.

Nampaknya kempunan lagi Ku Li untuk menjadi pemimpin Umno. Memang sukar untuk menentang penyandang jawatan kerana bahagian-bahagian sudah pasti diugut dan ditakut-takutkan untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang menentang pendatang.

Walaupun Ku Li menjelajah hampir kesemua negeri tetapi beliau hanya mendapat sambutan dari veteran-veteran Umno kerana pemimpin-pemimpin Umno Bahagian dan Cawangan diugut supaya tidak menghadiri perjumpaan dengan Ku Li. Inilah Umno satu parti yang busuk lagi membusukkan. Tidak ada demokrasi dalam Umno, apatah lagi Islam yang sudah lama dihinjak-hinjak oleh Umno.

Kasihan Ku Li. Ingin membuat perubahan dalam Umno tetapi tidak kesampaian dek kerana penyandang yang tamakkan kuasa yang menggunakan seluruh saluran dan jentera untuk mengekang musuh samada musuh dalaman atau luaran. Ku Li seharusnya memikirkan semula samada sesuai atau tidak beliau duduk dalam Umno yang busuk lagi membusukkan.

Semalam Ku Li sendiri sudah mengakui sukar untuknya memperolehi kouta 30% pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding mencabar Presiden Umno yang seakan-akan mahu mati di dalam Pejabat yang tidak sedar bahawa golongan akar umbi mula meluat kepada beliau.

Ku Li akui sukar dapat 30% pencalonan (Laporan Malaysiakini)

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui sukar untuknya mendapatkan 30 peratus pencalonan bagi melayakkannya bertanding jawatan presiden Umno Disember ini."Memang benar sukar untuk mendapat 30 peratus. Apabila saya melawat ke bahagian-bahagian, ada ketua bahagian sendiri yang telefon ketua cawangan jangan hadir bertemu saya. "Ada juga yang sabotaj kata saya tak jadi datang," katanya dalam temubual dengan Agendadaily kelmarin.
Calon untuk jawatan presiden perlu memperolehi 30 peratus pencalonan (58 dari 191 bahagian Umno), timbalan presiden 20 peratus (38 bahagian), naib presiden 10 peratus (19 bahagian) dan majlis tertinggi 5 peratus (10 bahagian).

Umno cawangan akan mula bermesyuarat 17 Julai hingga 24 Ogos depan, manakala mesyuarat pemilihan bahagian pula 9 Oktober hingga 9 November. Pemilihan di perhimpunan agung akan berlangsung pada 16 hingga 21 Disember.

Ditanya mengenai bahagian-bahagian yang menyokongnya, ahli Parlimen Gua Musang itu berkata: "Tak banyak yang secara terbuka nak calonkan. Yang kata nak sokong banyaklah."Menurutnya, sistem kuota tersebut menyalahi undang-undang iaitu Akta Pertubuhan 1966. "Sepatutnya, pendaftar sudah mansuhkan peraturan ini. Ia juga bertentangan dengan demokrasi Umno."Pemegang jawatan memanglah mahukan kuota ini diteruskan, tetapi kena ingatlah ada kemungkinan juga merekapun takkan dapat," katanya.Kod etika Tengku Razaleigh juga berkata, 'sangat susah' berhadapan dengan kod etika (pemilihan parti).

"Susah nak jumpa sesiapapun. Kod etika sekarang lagi susah, ada 23 mukasurat, dahulu pada 2001 hanya 7 muka sahaja."Kalau kita tidak buat perubahan, dalam pilihanraya umum akan datang, kerusi yang adapun kita akan hilang…. "Dah ada yang kata akan bubarkan cawangan (Umno) jika saya tak lepas kuota," tambahnya.Menjawab soalan, Tengku Razaleigh berkata sistem kuota yang menjadi masalah utama dan bukannya pertandingan."Dari segi perjuangan tanpa kuota… saya dah menang dah…
"Saya dah ada jentera sendiri. Ada penyelaras bagi setiap bahagian."Rakyat dan pemimpin Umno di peringkat negeri ramai yang dah tak mahu pada yang ada sekarang. Orang nak perubahan kerana mereka takut pada masa depan. "Kalau orang merasa masih boleh berpayung…takkan mereka lari. Cuma kita tidak faham membaca signal yang diberikan," tambahnya.

Semua bahagian di S'gor calon Pak Lah (Laporan Malaysiakini)

Selepas Pulau Pinang, kini Selangor pula memutuskan semua bahagian Umno di negeri itu akan mencalonkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.Manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula kekal sebagai timbalan presiden Umno. Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam satu kenyataan yang diedarkan di Pusat Media Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Umno bahagian seluruh Selangor bersetuju supaya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dicalonkan untuk mengekalkan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini. Katanya, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat ketua-ketua bahagian Umno seluruh Selangor dengan Badan Perhubungan Umno Selangor di Shah Alam malam tadi.Umno Selangor mempunyai 22 bahagian. Setiap bahagian akan menghantar 13 perwakilan yang terdiri daripada enam pemegang jawatan di peringkat bahagian dan tujuh lagi dipilih dalam mesyuarat.

Mesyuarat cawangan Umno akan bermula 17 Julai ini, manakala mesyuarat bahagian bermula pada 9 Oktober depan. Perhimpunan agung yang akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan Umno akan berlangsung pada 16-21 Disember depan.Sebelum ini, Umno Pulau Pinang yang mempunyai 13 bahagian, telah menyatakan sokongan serupa kepada Abdullah dan Najib.

Menurut sistem kuota dalam Umno, calon untuk jawatan presiden perlu memperolehi 30 peratus pencalonan (58 dari 191 bahagian Umno), timbalan presiden 20 peratus (38 bahagian), naib presiden 10 peratus (19 bahagian) dan majlis tertinggi 5 peratus (10 bahagian).Setakat ini, ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan kesediaannya untuk dicalonkan mencabar Abdullah bagi jawatan presiden Disember ini.

Negeri-negeri yang menjadi tumpuan kerana mempunyai jumlah perwakilan teramai ialah Johor - yang mempunyai 25 bahagian, Sabah (25), Perak (24), Kedah (15), Pahang (14) dan Kelantan (14).

Comments