TAKUT HILANG KUASA : PAK LAH TERUS MENERUS ANJURKAN TAKLIMAT UNTUK PIMPINAN UMNO SEMUA PERINGKAT

Presiden Umno ABDULLAH Ahmad Badawi atau saya panggil dengan nama mesra beliau Imam Hadhari terus menerus mengadakan taklimat khas dengan semua pimpinan Umno terdiri dari Ketua-ketua Bahagian ke atas.

Taklimat khas kepada kesemua 191 ketua UMNO bahagian dan kepimpinan empat sayap parti di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Apa isinya taklimat itu? Sudah tentu kita boleh mengagaknya. Apa lagi kalau bukan masalah politik Umno yang semakin goyah dek kerana kekalahan teruk pada Pilihanraya Umum lalu yang masih menghantui Umno. Juga masalah fitnah menfitnah yang menjadi budaya Umno sejak dari dahulu, kini dan selamanya.
Satu lagi tujuan taklimat ini tak lain tak bukan ialah untuk memastikan Imam Hadhari terus mendapat sokongan Umno Bahagian-bahagian untuk meneruskan tradisi tamakkan kuasa yang diwarisi dari Presiden-presiden Umno terdahulu.
Walaupun Imam Hadhari telah menerima 'bodekan' dari 3 buah negeri yang menyokong penuh pencalonan beliau sebagai Presiden beliau masih takut kalau-kalau Ku Li mendapat pencalonan dari Umno Bahagian-Bahagian. Kalau boleh beliau tidak mahu Ku Li dapat 1 pencalonan sekalipun.
Selain itu beliau juga takut kalau-kalau benar-benar terjadi pimpinan Umno, Ahli Parlimen dan ADUN Umno melompat menyertai Pakatan Rakyat. Semakin hari beliau semakin takut kepada bayang-bayang sendiri.

Mungkin juga taklimat khas digunakan oleh Imam Hadhari untuk mengembalikan keyakinan Ketua-ketua Umno Bahagian yang semakin sangsi dengan kepimpinan beliau dan Najib yang penuh dengan kontroversi.

Sejak akhir-akhir ini kepala Imam Hadhari semakin berserabut dengan masalah undi tidak percaya, provokasi Anwar bahawa Pakatan Rakyat akan merampas Putra Jaya selewat-lewatnya 16 September; kes li*at Anwar; akuan bersumpah Raja Petra dan Bala; Kes Altantuya; Keadaan ekonomi semakin teruk dan sebagainya.
Sejak kekalahan teruk BN pada PRU 12, 8 Mac lalu pendek kata Imam Hadhari tak lelap tidur. Sejak itu muka beliau tidak seceria dahulu. Namun beliau tetap tamakkan kuasa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. Beliau enggan berundur untuk memberi laluan kepada orang lain yang lebih berwibawa dan layak.

Media hari ini melaporkan bahawa Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) mengesahkan bahawa Taklimat Khas tertutup akan diadakan hari ini.

Ianya akan diadakan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti dipengerusikan oleh Imam Hadhari di Menara Datuk Onn.

Mesyuarat MT bermula pukul 3 petang sebelum diikuti dengan pertemuan itu dua jam kemudian.

"Selain semua ketua UMNO bahagian, turut akan hadir pada mesyuarat itu nanti ialah kesemua ahli MT termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib-Naib Presiden serta Ketua-Ketua Pemuda, Wanita, Puteri dan Putera,” kata Ku Nan ketika dihubungi Utusan Meloya semalam.

Comments