PENDUDUK TAMAN ANGKASA NURI PERLUKAN SURAU

Penduduk Taman Angkasa Nuri, dekat sini merayu kepada pihak-pihak tertentu supaya mendirikan suara untuk kemudahan mereka beribadat.

Menurut seorang penduduk yang tidak mahu disiarkan namanya Persatuan Penaja Penduduk taman tersebut sudah lama berusaha untuk mengumpul derma bagi membina surau tersebut namun hasil kutipan tersebut jauh dari mencukupi.
Menurutnya lagi, Persatuan Penaja Penduduk Taman Angkasa Nuri pernah memohon peruntukan dari MAIM untuk membina surau ini tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh agensi terbabit.
"Malah Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal pun pernah melawat tapak surau ini selepas Pilihanraya Umum lalu, namun sehingga sekarang tiada khabar berita yang kami terima" kata beliau.
Beliau juga mengharapkan pihak berwajib seperti Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan lain-lain dapat membantu penduduk taman tersebut untuk membina surau yang telah lama diidamkan mereka.

"Takkan kerajaan negeri dan agensi terbabit tidak ada peruntukan untuk membina surau, sedangkan program-program lain seperti konsert, karaoke dan sebagainya mereka boleh anjurkan".
Beliau membuat pengaduan tersebut kepada Penyelaras Pusat Aduan PAS Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh pagi ini. Beliau mengharapkan Pusat Aduan ini dapat membawa perkara ini kepada jabatan terbabit agar peruntukan untuk pembinaan surau dapat disegerakan.

"Jika tak dapat sepenuhnya peruntukan itu sebahagian pun tak apalah" tegas beliau yang tinggal di taman tersebut kira-kira 3 tahun lalu.

Difahamkan setakat ini hasil kutipan derma orang ramai yang dikutip berjumlah kira-kira RM10,000 sedangkan bajet asal pembinaan surau ini adalah Rm300,000.
Beliau berkata sebarang pertanyaan tentang pembinaan surau tersebut boleh diajukan kepada talian telefon nombor 019-6564078 atau 019-6254435.
Penyelaras Pusat Aduan PAS, Ustaz Khirul Che Salleh berkata, kerajaan negeri dan agensi-agensi yang berwajib haruslah menilai semula perancangan dan bajet untuk membina tempat ibadat di taman-taman baru bagi memastikan kebajikan umat Islam terbela.
"Surau bukan sahaja tempat untuk bersembahyang jemaah malah ianya boleh dijadikan tempat pengajian ilmu, kegiatan kemasyarakatan, tempat pertemuan, tempat menyelesaikan masalah dan sebagainya" ujar Khirul.
Surau katanya, sangat penting kepada penduduk setempat kerana ia merupakan institusi yang mampu menyatupadukan penduduk dan juga menjadi pusat khidmat masyarakat setempat.

Comments

Z said…
salam...
1. setuju jika ada surau kat tmn angkasa nuri.
2. sedih jika surau tu nanti kurang jemaahnya. Dikawasan yg berhampiran ada 1 Masjid di Tmn Merdeka, 1 surau bertaraf masjid di Tmn Merdeka Jaya dan 1 surau baru di Tmn Tamby chik karim. Masjid kampung gangsa pun tak berapa jauh. Rata2 kehadiran jemaah kecuali maghrib tidak memuaskan ( x sampai 1 saf )
3. PAS cawangan angkasa nuri kena kerja kuat sikit...
mek chabang4 said…
kalau boleh tapak surau itu di tempat tinggi jikalau tidak takut kena banjir nanti dan pasang alat pengawa dingin sekali jikalau tidak bau sampah dikrubung tidak tahan para jemaah,dan akhir sekali nak merasmikan surau berkenaan jangan lupa jemput mek sekali.
Anonymous said…
Psal surau da slesai. Skrg, kat tmn angksa nuri nie, da bnyk anjing berkeliaran. Tuan empunya anjing ske2 ati je mlepaskan anjing mreka berkeliaran. Perkara ini amat membahayakan kpd golongn yg fobia akn anjing. Hrp, phak yg brtnggungjwp, sila ambil tndakan.