IMAM HADHARI BERSARA 2010 : MASIH PANJANG MASANYA UNTUK DIA BERUBAH FIKIRAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan tahun 2010.
Beliau membuat pengumuman tersebut selepas pertemuan dengan ketua-ketua bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.Sebelum ini, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno lebih dua jam mulai jam 3 petang tadi.
Namun jangkamasa 2 tahun lagi iaitu sehingga pertengahan 2010 itu masih panjang dan Imam Hadhari boleh mengubah fikiran beliau. Malah Najib sendiri belum tentu 'confirm' dapat menjadi Perdana Menteri disebabkan pelbagai kontroversi yang melanda beliau.
Saya berpendapat tindakan Imam Hadhari melepaskan jawatannya 2 tahun lagi merupakan jalan selamat baginya untuk memastikan empayar keluarganya terutama masa depan politik Khairy dan empayar perniagaan Kamaludin menjadi semakin kukuh sebelum beliau pencen.
Selain itu Imam Hadhari ini boleh pada bila-bila masa mengubah pendiriannya atas apa juga alasan seperti ingin meneruskan tugas kerana Umno belum stabil dan sebagainya. Malah Imam Hadhari boleh membubarkan Parlimen jika beliau yakin dapat mengembalikan kekuasaan Umno dengan lebih kukuh dan mengenepikan persefahaman beliau dengan Najib.
Apa pun ini hanyalah perancangan Umno kerana di sana terdapat sebuah parti yang sedang menunggu untuk menubuhkan kerajaan pusat yang baru iaitu Pakatan Rakyat.
Umno hanya boleh merancang dan berstrategi tetapi perancangan dan strategi Allah lebih baik dari perancangan Umno.

Comments