BPR DIBERI KUASA MENDAKWA : HARAP TIADA LAGI KES DI 'BAKULSAMPAH' KAN

Badan Pencegah Rasuah (BPR) diberi kuasa penuh untuk menjalankan pendakwaan di mahkamah. Ini bermakna, BPR kini boleh membuka kes siasatan dan meneruskannya sehingga dibawa ke mahkamah.
Pada masa ini, BPR perlu merujuk hasil siasatannya kepada pejabat peguam negara yang memutuskan sama ada kes itu boleh didakwa di mahkamah.Perubahan dramatik itu - bagi memperkukuhkan BPR dan meningkatkan lagi ketelusannya- diumumkan dalam satu kenyataan oleh BPR di Putraya.

Ia juga dijangka dapat mengikis persepsi negatif bahawa pejabat peguam negara yang melewat-lewatkan pendakwaan kes-kes berprofail tinggi yang membabitkan orang-orang politik.

Adalah diharapkan selepas ini tiada lagi kes yang akan ditutup tanpa siasat walaupun ianya mempunyai bukti kukuh. Sebelum ini rakyat telah hilang keyakinan kepada BPR kerana banyak kes yang melibatkan pemimpin Umno/BN tidak disiasat secara telus malah di'bakulsampah'kan samada oleh BPR atau Jabatan Peguam Negara.

Comments