.

.

22 May 2009

MB VS MB : HUJAH DANGKAL LAWAN HUJAH KUAT

Melihat kepada laporan perbicaraan kes Nizar vs Zambry semalam ternyata ada pihak berhujah secara dangkal. Manakala di pihak satu lagi hujahnya jelas dan kukuh berdasarkan peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak. Sebab itulah Mahkamah Tinggi baru-baru ini menjatuhkan hukuman bahawa Nizar adalah MB yang sah.
Namun di Malaysia ini semua boleh berlaku dangkal atau kukuh ianya tidak persoalan. Sudah banyak kes yang menimbulkan keraguan.
Sama-sama kita tunggu keputusannya yang akan dibacakan oleh 3 panel Hakim Mahkamah Rayuan Putra Jaya jam 3.30 petang ini. Mari sama-sam kita berdoa semoga keadilan ditegakkan di bumi Malaysia ini.

PAK SU WEI (ADUN MANEK URAI) MENINGGAL

Baru sahaja saya membuka blog ini pagi ini tersentak dengan berita bahawa YB Pak Su Wei (Ismail Yaakob) ADUN Manek Urai meninggalkan kita semua subuh tadi kira-kira jam 5.55 pagi.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau yang banyak jasa kepada perjuangan Islam di Malaysia ini. Beliau merupakan pejuang gigih yang sukar untuk dicari ganti. Sering diamanahkan sebagai Ketua Keselamatan dan memang beliau menggunakan 'kegedebelan' untuk Islam bukan untuk mungkar.
Persoalannya adakah BN akan memulaukan Pilihanraya Kecil yang bakal berlangsung kerana alasan yang sama iaitu PR memperalatkan demokrasi????!!!!

SAHABAT-SAHABAT MARI KITA BERKAMPUNG DI STADIUM MELAWATI 4,5,6 DAN 7 JUN

Kepada sahabat-sahabat lama saya samada dari kampung, Jengka, Sekolah Menengah maupun USM mari sama-sama kita berkampung untuk mendengar amanat pimpinan kita pada Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada 4-7 Jun di Stadium Melawati Shah Alam.

Mari sama-sama kita tekadkan usaha dan bulatkan semangat untuk meneruskan kerja-kejar perjuangan warisan Rasulullah dan ulama’ serta pejuang terdahulu bagi menegakkan Islam yang kita cintai ini.

Rindu rasanya untuk bertemu kalian yang dahulunya begitu bersemangat terutama sahabat sekampus di USM dulu. Kalau dahulu kalian hebat berusrah, berdiskusi, bermesyuarat setiap malam dan bertamrin setiap cuti semester mengapa sekarang kita seperti dahulu.

Mengapa di masa kalian sudah senang lenang dengan kereta besar, isteri besar/cantik, duit banyak, harta banyak dan lain-lain kalian tidak betah dan tidak bersemangat untuk bersama-sama membantu pimpinan kita mengharung perjuangan yang penuh dengan onak, badai, duri dan taufan ini.

Adakah perjuangan kita hanya ketika belajar dan jika ada masa lapang sahaja.???

Mari kita mulakan tekad baru untuk sama-sama menggabungkan diri dalam perjuangan ini. Kalian orang berada dari segi wang ringgit, idea dan kebolehan. Mengapa tidak ianya disalurkan untuk perjuangan yang amat memerlukan tenaga kalian.

Masih banyak ruang dan lompang yang masih belum diisi. Orang seperti kalianlah yang dapat membantu mengatasi masalah itu.

Ayuh yang lepas biarkan ianya berlalu. Mari kita bina hidup baru dengan perjuangan ini.

Takbir!!!! Allahu Akhbar.

Jumpa di Stadium Melawati, Shah Alam.

MASA UNTUK MERANCANG DAN MENYEDIAKAN TAQWIM

Semua peringkat dalam PAS kecuali PAS Pusat dan Dewan-Dewan Peringkat Pusat sudahpun mengadakan mesyuarat agung masing-masing. Kepimpinan baru pun dipilih untuk menjalankan amanah memimpin setiap peringkat selama 2 tahun lagi (sepenggal lagi).

Kini tibalah masanya untuk kepimpinan ini menetapkan matlamat (KPI, Objektif, Target), merancang program/aktiviti dan taqwim tahunan masing-masing. Jangan berlengah lagi, masa tidak menunggu kita. Jangan ada yang memberikan alas an menunggu sehingga tamatnya Muktamar PAS Pusat baru program, objektif dan taqwim hendak disusun.

Selain itu MTD dan UPU mesti diperkemas dan disusun semula. Mana yang berlubang hendaklah ditampung, mana yang reput mesti diganti, mana yang liat dan keras mesti dilembutkan.

Selamat Berjuang. Takbir!!!! Allahu Akhbar.

21 May 2009

ULAMA PAS SEMAKIN LESU ? : SATU LAGI LAPORAN JAHAT MEDIA

Hari ini Bernama membuat laporan jahat dan negatif terhadap PAS terutama menjelang pemilihan PAS awal bulan depan.
Laporan itu dimulakan dengan melaga-lagakan Ulama dan Professional sedangkan sudah berulang kali kita nyatakan perkara sudah lama berlaku dan ianya tidak memberikan apa-apa kesan kerana PAS sendiri pernah di terajui oleh professional seperti Dr Burhanuddin Al Helmy dan Dr Abbas Alias.
Bernama menyebut di dalam laporan tersebut bahawa pemilihan pucuk pimpinan Pas bulan depan bukan sekadar menyaksikan pertembungan caloncalon daripada golongan ulama dan profesional, malah akan memperlihatkan juga sejauh mana kecenderungan parti itu terus mempertahankan perjuangannya menegakkan pemerintahan Islam.

Seterusnya Bernama mendakwa bahawa selepas menyedari bahawa pengaruh golongan profesional semakin meluas dalam parti, segelintir pemimpin Pas telah menekankan pentingnya golongan ulama menyandang dua jawatan tertinggi parti iaitu presiden dan timbalan presiden, namun ada juga yang membantah pandangan itu.

"Mereka termasuklah Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berpandangan bahawa golongan profesional dan ulama adalah sama kerana untuk memimpin, kedua-duanya harus mempunyai pengetahuan dunia dan akhirat." kata Bernama yang seringkali bertindak seolah-olah penulis upahan BN.

Dulu mereka berjuang untuk menegakkan ideologi tapi sekarang ideologi dah tipis," kata Prof Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilaporkan oleh Bernama.

Saya tidak nampak di mana tipisnya idelogi PAS sedangkan perlembagaan PAS tetap meletakkan Al-Qur'an, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai hukum tertinggi di dalam PAS. Malah Majlis Syura Ulama' tetap menjadi badan tertinggi yang menerajui PAS.

Bernama juga memetik pendapat seorang Pensyarah Pusat Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi yang berkata Pas kini berbaik-baik dengan parti politik yang didominasi bukan Islam berlandaskan satu matlamat iaitu untuk menumbangkan BN.

"Sekarang rakyat pelbagai kaum dapat menerima pendekatan Pas, jadi mereka akan kekalkan pendekatan sederhana ini selagi mereka dapat sokongan," katanya.

Sekalipun kehadiran golongan profesional ini, yang turut dikenali sebagai kelompok Erdogan, memberi manfaat kepada Pas daripada segi sokongan masyarakat, hakikatnya kata Mohamad Agus, mereka juga membawa bibit-bibit kurang sihat dalam parti seperti perebutan kuasa.
Adakah Agus tidak belajar sejarah Rasulullah S.A.W di mana Rasulullah mengadakan tahaluff dengan bukan Islam dalam beberapa perkara yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Tidak ada salahnya kita bekerjasama untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang rasuah, zalim dan tidak telus. Di mana selepas tumbangkan kerajaan tersebut PR akan menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih baik seperti yang ditunjukkan di Selangor, Perak, Kedah, Perak dan Kelantan.
Laporan itu terus mempopularkan istilah kumpulan Erdogan, ulama, profesional dan sebagainya. Semua itu tidak lain dan tidak bukan untuk mengharu birukan PAS dan mengujudkan perasaan tidak sihat dikalangan ahli dan pemimpin PAS.
Demikianlah busuk dan jahatnya media hari ini yang cuba melaga-lagakan pemimpin PAS.

PILIHANRAYA UMUM KE 13 SETAHUN LAGI : MELAKA BAKAL JATUH KE TANGAN PR

Pilihanraya Umum ke 13 bakal diadakan lebih awal. Paling lewat ianya akan diadakan dalam masa 2 tahun lagi. Paling awal ianya akan diadakan pertengahan tahun depan.
Najib sebenarnya sudah tidak mampu untuk bertahan dengan keadaan sekarang di mana 4 buah (5 termasuk Perak ) dikuasai PR. Negeri termaju juga iaitu Selangor dan Pulau Pinang dikuasai oleh PR.

Jadi untuk menunggu lebih lama sehingga 4 tahun lagi, Najib tidak sanggup. Mungkin agaknya beliau selesa BN masuk kubur lebih awal.
Najib sebenarnya serba salah kerana semakin lama beliau tunggu BN semakin parah. Apa yang amat dibimbangi oleh Najib ialah rakyat Sarawak dan Sabah akan berubah. Riak-riak ini memang jelas terutama kesanggugan pengundi Batang Ai memberikan undi yang memberangsangkan pada Pilihanraya Kecil DUN Batang Ai tidak berapa lama dahulu.
Bagi menyelamatkan BN Najib terpaksa berkorban dengan mengadakan Pilihanraya umum lebih awal supaya sekurang-kurangnya BN masih dapat memerintah di peringkat pusat walaupun beliau tahu BN bakal kehilangan Negeri Sembilan, Johor hatta Melaka.

Najib benar-benar berada dalam keadaan tersepit ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Mau tidak mahu Najib terpaksa membuat pilihan samada hendak telan atau luahkan sahaja kahaknya.
Ibarat ditelan kerajaan pusat terlepas, diluah beberapa negeri lagi akan dikuasai PR.

KBSM PERLU DIAKTIFKAN

Saya yakin semua ahli parti dan penyokong parti bersetuju dengan saya bahawa aktiviti KBSM perlu diaktif dan disemarakkan.
KBSM yang saya maksudkan bukannya Kurikulum Baru Sekolah Menengah tetapi ianya adalah Kenduri, Beranak, Sakit dan Mati. Semua itu adalah perkara yang dilalui oleh semua orang di dunia ini.
Kenduri ada macam-macam kenduri. Ada kenduri yang disambut dengan gembira dan ada kenduri yang berduka seperti kenduri kematian dan sebagainya.
Beranak pula sememangnya sesuatu yang mengembirakan keluarga kecuali beranak anak haram (ooops ...maaf ). Itupun bukan salah anak tersebut tetapi salah ibu dan bapaknya yang berzina.
Sakit memang lumrah dialami oleh sesiapa sahaja kecuali Firaun. Orang sakit amat gembiran dan berbesar hati jika diziarahi dan dilawati.
Ziarah jenazah juga dituntut oleh agama. Keluarga si mati sudah tentu terubat dengan kata-kata semangat yang kita berikan.
Oleh itu mari kita semarakkan program KBSM ini. Namun bila hendak lakukan KBSM ......ongkosnya kena ada. Jadi cari ongkos pun kena buat juga ..........

HUSAM JANGAN TARIK DIRI, BERI PELUANG KEPADA PERWAKILAN TENTUKAN PIMPINAN

Saya mencadangkan kepada Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa supaya tidak menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden. Bagi saya pertandingan tersebut adalah sihat dan baik untuk membuktikan bahawa demokrasi ujud dalam PAS.
Selain itu saya yakin ianya akan memberi peluang kepada perwakilan yang mewakili ahli akar umbi membuat keputusan siapa pemimpin yang mereka amanahkan untuk memegang jawatan penting tersebut.
Tidak timbul masalah seperti yang dibangkitkan sesetengah pihak bahawa Jika Husam menang, Ustaz Nasa kalah bermakna ulama' ditolak di dalam PAS. Atau sebaliknya jika Ustaz Nasa menang, Husam dan Mat Sabu kalah, bermakna professional ditolak oleh ahli PAS. Jika ahli berfikiran sedemikian ini bermakna ahli dan pimpinan PAS telah masuk perangkap Umno dan media bahawa berlaku pertembungan di antara Ulama' dan Professional. Bagi saya semua yang bertanding sebenarnya menyokong kepimpinan Ulama'.
Tiada siapa mempertikaikan bahawa Ulama' iaitu Majlis Syura Ulama' adalah kuasa tertinggi di dalam PAS. Tidak kira siapa yang menang sekalipun Ulama' tetap menjadi peneraju jemaah yang kita sayangi ini.

LILIN TAK BOLEH DIBAKAR DI MALAYSIA

Sehari dua ini, kerajaan Malaysia seolah-olah menguatkuasakan undang-undang baru iaitu tidak dibenarkan rakyat Malaysia membakar lilin di tempat awam. Mungkin takut asap lilin akan mencemarkan udara takut-takut indeks pencemaran udara meningkat.
Malam ini 16 orang pembakar lilin ditangkap di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Teratai, Jenice Lee. YB Jenice Lee juga turut ditahan.
Semua yang ditahan atas kesalahan 'mencemarkan udara' itu di bawa e Balai Polis Panan Indah. Ketua Polis Daerah Jalil Hassan mengesahkan penahanan tersebut kerana di dakwa tidak mempunyai permit untuk berhimpun.
Kepada rakyat Malaysia saya ingin menasihatkan mereka supaya jangan memasang atau membakar lilin kerana ianya 'salah' di sisi undang-undang.

MAHKAMAH RAYUAN : MASIH ADAKAH KETELUSAN?

Hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang hari ini dalam kes rayuan Menteri Besar HARAM yang merayu mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukum bahawa Nizar MB yang sah, akan memutuskan keputusannya jam 3.30 petang esok.

Keputusan esok bakal menyaksikan samada Nizar atau Zambry adalah MB yang sah.

Persoalannya masih adakah ketelusan dan keadilan Mahkamah kita?

20 May 2009

PASANG LILIN SALAH, PAKAI BAJU HITAM PUN SALAH

Semuanya serba salah dalam negara One Malaysia. Kerajaan bukannya mengambil pendekatan lunak bila berhadapan dengan rakyat sebaliknya bertindak ganas dan zalim kepada rakyat yang membuat bantahan secara aman.

Apa nak jadi dengan negara One Malaysia ini. Ingatkan Perdana Menteri baru akan membuka lembaran baru dengan mengambil pendekatan terbuka, lunak dan berhemah bila berhadapan dengan isu rakyat. Namua semuanya meleset, malah kerajaan One Malaysia lebih ganas dan rakus dari kerajaan Islam Hadhari.

Malam tadi seorang Ahli Parlimen dan seorang ADUN yang sepatutnya dihormati dengan gelaran Yang Berhormat ditangkap.

Ketika menyertai acara nyalaan lilin sebagai "tanda berkabung matinya demokrasi" dua wakil rakyat DAP iaitu ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee ditahan ketika mengadakan nyalaan lilin di Seputeh pada jam 8.20 malam tadi.

Nyalaan lilin itu - yang diadakan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok - disertai berpuluh-puluh mereka yang memakai baju-T hitam.Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak".

Mereka sebelum itu berkumpul di luar satu kawasan kosong yang terletak berhadapan dengan bangunan pejabat DAP serta membawa poster mendesak supaya DUN Perak dibubarkan.

Ketika mereka hendak melancarkan kempen mengumpul tandatangan, mereka dikepung oleh ramai anggota polis.Seorang pegawai polis kemudiannya mengarahkan mereka supaya bersurai kerana mengikutnya ia adalah satu perhimpunan haram.

Nampaknya negara One Malaysia ini sudah tidak bebas dan selamat. Bila-bila masa sahaja rakyat yang tidak diketahui dosa dan kejahatan mereka boleh ditangkap.

Adakah ini corak negara One Malaysia yang diidamkan Najib.????

RASUAH DALAM PAS & ULAMA VS PROFESSIONAL : MEDIA HENTIKAN FITNAH KOTOR SERTA MERTA

Saya menggesa media pembodek dan kaki fitnah supaya menghentikan serta merta kerja jahat mereka memfitnah bahawa ujudnya wabak rasuah dan pertembungan antara ulama dan professional di dalam PAS.
Dari dahulu, kini dan selamanya saya yakin tidak pernah ujudnya wabak rasuah di dalam PAS kerana semua ahli PAS ditarbiah bahawa pemberi dan penerima rasuah adalah berdosa. PAS adalah sebuah parti yang mementingkan dosa dan pahala serta sangat takut kepada Allah berbeza dengan BN khususnya Umno di mana rasuah sudah menjadi darah daging mereka samada di dalam parti ataupun pentadbiran.

Saya tidak bercakap kosong, buktikan sejak PAS memerintah Kelantan 19 tahun dahulu tidak seorang pun pemimpin dan pegawai kerajaan negeri disabitkan dengan kesalahan rasuah. Berbeza dengan pegawai dan pemimpin kerajaan BN yang yang cukup ruang untuk saya tuliskan mereka yang terlibat dengan rasuah. Malah pemimpin tertinggi mereka pun terlibat dengan rasuah seperti Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali juga menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang aduan samada rasmi atau tidak berhubung dakwaan politik wang dalam pemilihan PAS.

Malah Mustafa menafikan berlakunya amalan itu memandangkan PAS adalah sebuah parti yang tidak mengamalkan politik wang sejak dahulu.

Beliau juga menyatakan akan menolak aduan jika pengadu tidak mengemukakan bukti atau hanya membuat aduan secara 'hear say'.

Menyokong kenyataan itu bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri pula menegaskan tidak pernah berlaku dalam PAS amalan tersebut.

Malah isu itu katanya hanya sengaja disensasikan oleh media arus perdana bagi memberi persepsi negatif kepada PAS tatkala sokongan kepada parti semakin meningkat.
Begitu juga dalam isu ulama vs professional yang jelas ianya menjadi isu yang sengaja dimainkan oleh media setiap kali adanya pemilihan kepimpinan PAS. Ulama dan Professional memang sudah lama menjadi pemimpin PAS dan ini tidak menjadi masalah cuma media sahaja yang sengaja menggunakan isu ini untuk memecahkan perpaduan di dalam PAS. Dr Burhanuddin Al Helmy bekas Presiden PAS merupakan seorang professional. Dr Abas Alias yang pernah memangku jawatan Presiden PAS adalah juga seorang professional.
Sudah lama professional dan ulama memimpin PAS dan ianya tidak pernah menimbulkan masalah dalam PAS. Jadi tidak timbul pertentangan dan pertembungan hebat seperti yang digembar-gemburkan oleh media.
Saya menggesa media terutama TV3 (Suku), Utusan (Meloya), Berita (Hairan) dan lain-lain supaya berhenti memainkan fitnah dan kerja jahat ini. Takutlah akan siksaan Allah terhadap fitnah dan tohmahan sebegini. Ketua Pengarang, Pengarang, Editor, wartawan dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan oleh Allah selagi fitnah tersebut melekat di kepala para pembaca.

Bertaubatlah sebelum terlambat!!!!!!!!!!!!!!!!!!

DUN PERAK BUBAR ? : MUHYIDDIN 'WARNING' PEMIMPIN BN JANGAN BUAT KENYATAAN

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada pemimpin BN supaya tidak mengeluarkan kenyataan peribadi tentang isu Perak. Terbukti BN begitu takut isu ini memakan diri mereka sendiri.
Kemelut politik Perak yang semua tahu adalah angkara BN semakin merimaskan kem BN. Ini kerana ianya ternyata memakan diri BN sendiri yang begitu tamak kepada kuasa. Mereka silap percaturan. Anggapan mereka bahawa rampasan kuasa yang mereka buat itu berjalan dengan baik dan 'smooth' akhirnya membongkar kebodohan mereka sendiri yang seolah-olah buta undang-undang.
Akhirnya kini BN tersepit. Hendak bubar DUN takut kalah, hendak terus pemerintahan Mahkamah jadi penghalang. Yang jadi mangsa ialah rakyat dan negara, di mana imej negara tercalar teruk lantaran kebodohan dan kebiadapan BN.
Kini pemimpin BN tidak senang duduk. Masing-masing mengeluarkan pandangan peribadi masing-masing yang bercanggah antara satu sama lain.
Kini mereka semua diarahkan menutup mulut masing-masing.

SOKONGLAH KEMPEN SEJUTA POSKAD MANSUHKAN PPSMI

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia menyokong dengan sepenuh hati kempen sejuta poskad bantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang diusahakan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Kita semua sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Bahasa Melayu/Malaysia dan Bahasa Ibunda mesti bangkit untuk menggesa kerajaan One Malaysia memansuhkan dasar kolot ini.

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.

"Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI," katanya kepada Malaysiakini.Hasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

HARAPAN AGAR USTAZ NASA DAN DATO' HUSAM BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN

Saya menyokong penuh tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS kerana ingin menumpukan perhatian kepada amanah beliau sebagai Menteri Besar Kedah.
Selain itu saya juga turut bersetuju dengan pendirian Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Beliau dilaporkan telah menghantar surat persetujuan untuk bertanding jawatan tersebut.
Adalah diharapkan Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Naib Presiden, Dato' Husam Musa supaya mengikuti jejak langkah Mat Sabu untuk bertanding jawatan tersebut. Saya harap demokrasi di dalam PAS terus dipelihara dengan adanya pertandingan yang sihat ini. Berilah peluang kepada perwakilan dan ahli PAS memilih siapa calon yang benar-benar layak untuk membantu Datuk Seri Presiden menerajui PAS.
Jangan ada sentimen ulama vs professional kerana semua pemimpin yang dicalonkan bersetuju dengan kepimpinan Ulama' yang dipertahankan oleh PAS sejak tahun 1982 lagi. Sesiapa sahaja yang dipilih nanti sudah pasti akan tetap tertakluk kepada peraturan dan undang-undang tubuh PAS di mana Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi di dalam jemaah Islam yang kita sayangi ini.

BOIKOT PILIHANRAYA : DULU PR PROTES, KINI BN PULA PROTES?

PR atau dulunya Barisan Alternatif pernah memboikot Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam atas alasan SPR berat sebelah, tidak telus, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya. Akhirnya PRK itu dilangsungkan dengan BN ditentang oleh calon Bebas, Ng Chee Pang yang berhadapan dengan calon BN Abdul Aziz Md Kiram.
Kini suatu fenomena baru pula terjadi iaitu BN buat pertama kalinya memboikot pilihanraya. Suatu perkara yang tidak pernah terfikir oleh kita sebelum ini. BN mengumumkan semalam bahawa mereka memboikot PRK Penanti atas alasan PR mempermainkan demokrasi dan mempunyai agenda sendiri untuk memalukan BN.
Ketua Pemuda Umno yang lembik dan longlai, Khairy Jamaluddin pula membuat kenyataan bahawa keputusan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei ini bukan kerana takut kalah, tetapi protes terhadap pembangkang yang memperalatkan sistem demokrasi di negara ini.
Saya ingin bertanya kepada Khairy jika ADUN PR di Perak, Negeri Sembilan atau Kedah meletakkan jawatan atas apa juga sebab adakah BN juga akan memboikot PRK itu atas alasan PR memperalat demokrasi.
Bagi saya semua alasan yang diberikan oleh Najib, Muhyiddin, Khairy dan sesiapa juga pemimpin BN adalah pembohong. Sebab utama BN tidak mahu bertanding adalah kerana TAKUT KALAH 5-0.

BN UBAH FIKIRAN INGIN TANDING SEMULA DI PENANTI?

Penamaan calon PRK DUN Penanti akan berlangsung Sabtu ini 23 Mei. BN sudah pun mengumumkan untuk tidak bertanding pada PRK tersebut. Alasannya cukup dangkal, kononnya PR memperalatkan demokrasi untuk kepentingan politiknya.
Namun masih ada 3 hari lagi untuk BN mengubah fikiran. Tidak mustahil dalam masa sehari dua ini Najib mendapat ilham untuk bertanding semula. Keputusan tersebut walaupun dikatakan muktamad tetapi Presiden Umno yang juga Pengerusi BN mempunyai kuasa veto dan tidak boleh disanggah oleh sesiapa. Jika beliau ingin BN bertanding maka BN sudah pasti kena bertanding.
Mungkin dalam masa sehari dua ini, Najib terfikir bahawa imejnya akan lebih tercalar jika BN tidak bertanding. Ini bermakna fakta untuk menguatkan hujah bahawa beliau layak digelar Bapa Kegagalan bertambah satu lagi iaitu BN gagal bertanding dalam Pilihanraya, suatu fakta yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri BN terdahulu.
Tidak mustahil Najib akan berubah fikiran dan mengerahkan 'bala tentera'nya turun menggempur Penanti habis-habisan.

19 May 2009

PEMILIHAN PEMUDA : ZAKI DAN NASRUDDIN BERKOMPROMI?

Dewan Pemuda PAS akan melangkah ke era baru selepas Muktamar Dewan itu pada awal Jun depan. Era baru ini ialah era pasca Salahuddin Ayub menjadi Ketua Pemuda selepas beberapa penggal beliau menerajui Dewan Pemuda ini.

Ada 2 calon yang akan 'berentap' untuk menduduki kerusi tersebut yang sebenarnya menjadi medan untuk melatih kepimpinan masa depan.

YB Mohd Zaki Ibrahim, mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan yang juga Bendahari DPP Pusat dan penyandang jawatan Timbalan Ketua DPP Pusat masing-masing layak bertanding jawatan tersebut.

Ada pihak mengusulkan supaya mereka berdua berkompromi. Namun saya secara peribadi berpendapat tidak salah untuk kedua-dua pemimpin tersebut bertanding pada muktamar nanti. Biar perwakilan yang mewakili akar umbi menentukan siapa yang layak untuk menjadi Ketua Pemuda.

Mereka berdua adalah pemimpin yang sememangnya layak untuk memimpin pemuda. Zaki seorang pemimpin yang sudah teruji dan banyak pengalaman sehingga mendapat kepercayaan Tuan Guru Nik Aziz menjawat amanah sebagai Timbalan Speaker DUN Kelantan.

Manakala Nasruddin atau lebih dikenali dengan Ustaz Tantawi merupakan seorang ulama muda yang komited, rajin dan istiqamah dalam kerja-kerja tarbiah dan parti. Beliau telah diasuh sebagai Timbalan Ketua Pemuda sejak 2 tahun lepas. Sebelum itu pernah memimpin Pemuda Pahang.

Sesiapa sahaja yang dipilih bagi saya Insya Allah akan berjaya membawa Pemuda PAS ke era yang lebih gemilang mewarisi perjuangan yang dirintis oleh mantan Ketua-ketua Pemuda terdahulu seperti Ustaz Jais Anwar, Mustafa Ali, Abdul Halim Arshad, Abu Bakar Chik, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Takbir!!!

KERAJAAN SAMBIL LEWA TANGANI WABAK SELSEMA BABI

Hari ini Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menasihati baki penumpang penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAs) MHO91 dan AirAsia AK5358 pada 13 Mei lepas yang menaiki pesawat bersama dua pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1) supaya tampil mendapatkan rawatan.

"Saya berharap mereka yang berada dalam penerbangan itu supaya tampil demi keselamatan dan kesihatan mereka," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Laporan hari ini mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan masih mencari baki penumpang yang menaiki pesawat bersama dua pesakit yang dijangkiti virus selesema H1N1 itu.

Saya masih kurang percaya bagaimana seorang pemimpin yang dikatakan cerdik boleh mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik sebegini.
Malah kementerian serta agensi kerajaan yang hebat dengan fasiliti yang canggih sepatutnya menjejaki semua penumpang terbabit bukan meminta penumpang terbabit 'menyerah diri' di hospital berdekatan.

Bukankah semua penumpang mempunyai pasport dan pengenalan diri sudah tentu mereka boleh dicari dan dijejaki. Bukankah ini penyakit yang amat bahaya dan boleh merebak dengan mudah. Kerajaan tidak boleh lepas tangan dan mengambil jalan mudah seperti meminta mereka 'menyerah diri'.

Sepatutnya seluruh agensi kerajaan seperti kementerian kesihatan, Jabatan Imigresen, Polis dan agensi kerajaan lain mengerah sepenuh tenaga menjejaki mereka ini bukannya menanti dan menanti seperti menunggu buah yang tidak gugur.

Timbul tanda tanya di dalam diri saya apakah kerajaan One Malaysia ini benar-benar serius menangani wabak ini atau sekadar melepaskan batuk ditangga.

Kalau wabak berbahaya seperti ini pun kerajaan ambil mudah bagaimana dengan perkara lain yang tidak melibatkan wabak dan kematian?????

Fikir-fikirlan wahai rakyat Malaysia.

TIMBALAN PRESIDEN : NASA DAPAT LEBIH 80 PENCALONAN, HUSAM DAN MAT SABU DAPAT 40 PENCALONAN ?

Media yang sentiasa mencari peluang untuk memecahbelahkan pemimpin PAS tidak jemu-jemu membuat spekulasi dan tuduhan terhadap PAS lebih-lebih pada musim pemilihan sekarang ini.


Antara isu yang hangat di perkatakan ialah tentang jumlah pencalonan yang diperolehi oleh calon Timbalan Presiden. Antara nama-nama yang disebut ialah Nasaruddin Mat Isa, Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Bagi saya jumlah pencalonan ini tidak penting kerana sesiapa sahaja yang layak bertanding boleh bertanding asalkan masing-masing mengesahkan untuk menerima pencalonan tersebut. Samada Nasa, Husam atau Mohamad juga calon-calon lain menerima banyak pencalonan itu hak mereka dan mereka boleh menilai sokongan akar umbi kepada diri masing-masing.

Apa yang pasti jumlah pencalonan tidak menggambarkan undi sebenar yang bakal mereka terima kerana perwakilan kawasan yang jumlanya minima 5 orang setiap kawasan bebas membuat pemilihan masing-masing.

Saya sendiri yang akan menjadi perwakilan pada muktamar pusat awal Jun nanti mungkin tidak akan mengikut keputusan PAS Kawasan yang mencalonkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden. Mungkin saya akan mengundi calon lain yang menjadi pilihan saya. PAS Kawasan saya memberikan kebebasan untuk perwakilan memilih siapa yang mereka rasakan paling warak, berkarisma, berpandangan jauh, berintegriti dan lain-lain sifat mahmudah.

Jadi samada Nasa mendapat 80 pencalonan, Husam dan Mat Sabu hanya mendapat 40 pencalonan tidak memberikan impak yang besar. Perwakilan sudah matang dan akan sentiasa menepuk dada dan bertanya kepada iman mereka untuk memilih pemimpin. Tidak seperti Umno yang suka bertanya nafsu iaitu siapa yang beri lebih dia yang akan diundi..

SAH NAJIB PERDANA MENTERI PALING LEMAH, WAJAR LETAK JAWATAN ATAU BUBAR PARLIMEN

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Najib adalah Perdana Menteri kerajaan BN paling lemah pernah dilahirkan. Belum pernah sebelum ini BN atau Perikatan tidak bertanding pada mana-mana pilihanraya kecil atau umum. Tetapi Najib memecahkan rekod ini apabila mengumumkan semalam bahawa BN tidak akan meletakkan calon di Penanti.
Suatu kenyataan yang boleh diibaratkan tidak masuk akal kalau hendak dibandingkan dengan keangkuhan dan kebiadapan BN sebelum ini.
Terbukti Najib seorang yang pengecut, penakut dan berjiwa kecil tidak berani berhadapan dengan mahkamah rakyat yang sering menghukum BN kerana kegagalan dan kelemahan serta kezaliman BN dalam memerintah negara 'One Malaysia' ini.
Sepatutnya Najib sebagai Perdana Menteri baru sudah tentu ingin menguji populariti dan penerimaan rakyat kepada pentadbirannya. Namun ternyata Najib takut kepada bayang-bayang sendiri.
Isu-isu dalaman dan luaran yang membelenggu kerajaan pimpinan Najib dan imej dirinya sendiri yang tercalar teruk menjadi mimpi ngeri buat Najib untuk dihakimkan dalam mahkamah rakyat.
Tidak syak lagi bahawa Najib wajar digelar Bapa Kegagalan memimpin BN menemui kegagalan pada setiap kali pilihanraya kecil.
Saya menggesa Najib supaya meletakkan jawatan atau membubarkan parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih baik, telus, berintegriti dan berkebajikan.

MELAKA BEBAS MENINGITIS TAPI BELUM BEBAS RASUAH

Hari ini kerajaan negeri Melaka mengumumkan bahawa Melaka bebas wabak meningitis yang meragut nyawa seorang pelatih akademi JPJ minggu lalu.

Pengumuman itu diisytihar sendiri oleh exco kesihatan negeri Norpipah Abdol. Beliau berkata Melaka bebas daripada wabak meningitis apabila tiada lagi pesakit yang dirawat di Hospital Melaka.

Tiga pelatih terakhir Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua yang dirawat di wad pengasingan hospital itu dibenarkan pulang pada pukul 8 pagi ini, lapor Bernama.

"Empat pelatih akademi itu yang dirawat di wad sama dibenar pulang semalam," kata Norpipah selepas mengiringi tiga pelatih berkenaan keluar dari hospital berkenaan hari ini.

Kes meningitis itu mula dikesan apabila seorang pelatih akademi berkenaan meninggal dunia pada 4 Mei lepas, dan 41 yang lain dirawat di hospital.Norpipah berkata arahan kuarantin yang dikenakan terhadap pelatih lain di akademi berkenaan juga telah ditarik balik dan aktiviti di akademi itu pulih seperti biasa.

Namun walaupun kerajaan negeri mendakwa wabak itu sudah tiada tetapi mereka tidak sedar bahawa satu lagi wabak yang juga amat berbahaya masih melanda Melaka dan rakyatnya.

Wabak itu ialah wabak rasuah dan ianya amat berbahaya kerana ia sedang dihidapi oleh Ketua Menteri Melaka sendiri. Jika Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak meletakkan jawatan dan seterusnya didakwa oleh SPRM saya bimbang wabak ini terus merebak dan merosakkan pentadbiran kerajaan negeri. Ini kerana seseorang pemimpin sewajibnya mestilah bersih, berintegriti, berakhlaq, telus dan berjiwa besar.

Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab seseorang itu mesti meletakkan jawatan jika ianya dituduh dan didakwa melakukan kesalahan seperti rasuah, salah laku dan sebagainya. Dalam kes Mohd Ali bukannya dituduh tetapi telahpun disabitkan dengan kesalahan tesebut.

Amat malang bagi rakyat negeri Melaka jika Ketua Menteri rasuah seperti ini masih memegang jawatan tersebut.

Takziah buat rakyat negeri Melaka.

PAS KOTA MELAKA : RAHIM YDP BARU, KAPTEN MAT DAN AHMAD SAIDIN DILANTIK TYDP DAN NYDP

PAS Kawasan Kota Melaka mendapat Yang Dipertua Baru apabila Saudara Rahim dilantik menggantikan Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahim yang tidak mempertahankan jawatannya. Beliau memenangi jawatan tersebut selepas mengenepikan bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Mohd Yusof Wahab pada Mesyuarata Agung PAS Kawasan tersebut Sabtu lalu.
Timbalan Yang Dipertua pula di sandang oleh Kapten Mohamad manakala Ahmad Saidin kekal sebagai Naib Yang Dipertua.

PAS JASIN : YDP LAMA KEKAL, TYDP DAN NYDP BARU

Jasin : Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jasin kali ke 42 telah selamat dilangsungkan Sabtu lalu di Kompleks PAS Kawasan Jasin di Simpang Kemendor dekat sini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Pusat, Tn Haji Muhamad bin Sabu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin sessi lalu, Mejar (B) Jasme Tompang (gambar) mengekalkan jawatannya tanpa bertanding manakala 2 muka baru dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua iaitu Yuhaizad Abdullah dan Ustaz Kamaruddin Sidek. Turut hadir pada majlis perasmian mesyuarat tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.

Dalam ucapan perasmiannya Haji Mohamad Sabu mengingatkan seluruh jentera PAS supaya yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS yang meletakkan Al Qur'an, Sunnah,Ijmak dan Qias sebagai tunggak perjuangan.

"Sebab itulah PAS berjaya meneruskan kesinambungan perjuangan ini kerana PAS berpegang teguh kepada Islam dan ianya tidak akan berkubur sampai bila-bila, ianya berbeza dengan parti-parti lain yang diasaskan atas dasar nafsu dan fikiran manusia"

"PAS akan terus maju dan gemilang kerana meletakkan Islam di atas ditambah lagi dengan kepimpinan ulama' yang dipertahankan sejak era kepimpinan ulama' tahun 1982. Tidak timbul bahawa PAS sudah berubah hala tuju dan agenda perjuangannya kerana PAS sentiasa di kawal dan diselia oleh Majlis Syura Ulama'. Jadi walau sesiapa pun yang menerajui PAS ianya pasti dijaga oleh ulama'" tegas Mohamad dengan semangat.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Mejar (B) Haji Jasme Tompang dalam ucapan penangguhannya bersyukur kerana diamanahkan sekali lagi untuk memimpin PAS Kawasan tersebut.

Beliau mengharapkan mereka yang terpilih menjadi pemimpin dan semua ahli PAS Jasin supaya komited dalam gerakerja parti dan Islam kerana dengan cara itu sahajalah syiar Islam dapat ditegakkan di bumi Melaka ini.

PENDUDUK BANTAH PEMBINAAN JIRAT CINA

Jasin : Beberapa orang penduduk di sekitar Jasin menyuarakan rasa tidak puashati dengan tindakan Kerajaan BN Melaka yang membenarkan pembinaan kawasan jirat cina di Kampung Pondok Kempas, Bemban dekat sini.

Yassim Musa (gambar), 56 dari Paya Dalam kesal kerana kerajaan negeri tidak peka dengan sensitiviti penduduk melayu berikutan kelulusan projek Tanah Perkuburan Cina yang melibatkan keluasan 77 ekar di kawasan tersebut.

"Kita bukan anti Cina atau mengamalkan dasar perkauman tetapi biarlah ianya sesuai dengan tempat dan keadaan di mana ianya hendak didirikan, kampung Pondok Kempas terdiri dari 99 % orang Melayu dan jaraknya sangat berdekatan dengan penempatan penduduk kampung".

"Kerajaan negeri sepatutnya mencari kawasan lain yang lebih sesuai dan jaraknya tidak begitu hampir dengan perkampungan" ujar Yassim seorang pesara.

Yuhaizad Abdullah, 35 pula berpendapat projek ini dianggap tidak munasabah memandangkan terdapat banyak lagi kawasan lain yang lebih sesuai untuk dibina tapak perkuburan ini.

"Saya mengharapkan kerajaan negeri supaya memikirkan semula kelulusan tapak ini kerana ianya melibatkan kawasan yang luas yang boleh diusahakan untuk projek-projek lain, malah kampung itu juga adalah kampung tradisi orang Melayu".

"Adalah lebih baik kawasan perkuburan sesuatu kaum di bina di kawasan kaum masing-masing bagi memudahkan pengangkutan dan pengurusan tanah perkuburan tersebut, kalau kerajaan negeri boleh buat bandar untuk orang-orang Sepanyol dan Arab takkan tanah kubur untuk orang Cina tidak boleh dicari tempat yang sesuai" ujar Yuhaizad yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Syamsul Iskandar Md Akin berkata kerajaan negeri Melaka nyata tidak menjalankan kajian yang terperinci dan mendalam sebelum melaksanakan sesuatu projek yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Sepatutnya kerajaan negeri peka kepada sensitiviti rakyat yang tidak selesa tinggal di kawasan yang berhampiran dengan tanah perkuburan bahkan ianya sangat luas sehingga 77 ekar, malah kawasan tersebut adalah kawasan orang Melayu, mana mungkin mereka akan selesa tinggal berdekatan jirat Cina".

Syamsul juga meminta ketua pembangkang Melaka YB Goh Leong San (ADUN Kesidang) membawa perkara pada Sidang Dun Melaka akan datang.

Beliau turut menjelaskan kemungkinan Ali Rustam mendapat faedah daripada projek tersebut memandangkan Ali tidak langsung memikirkan kesan terhadap penduduk setempat.

Shamsul berkata demikian pada program Forum Menjana Gelombang 13 di Simpang Kemendor Jasin anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka baru-baru ini.

Gambar : Ihsan dari Nada Rakyat

DUN PERAK AKAN DIBUBARKAN BILA-BILA MASA?

Itulah yang menjadi hajat seluruh rakyat Malaysia yang inginkan kemelut di Perak berakhir dengan kemenangan rakyat. Parti-parti politik tidak sepatutnya mendera rakyat demi kepentingan politik dan nafsu serakah mereka.
Rakyat negeri Perak sudah lama didera dengan zalim dan kejam oleh BN yang tamak dan gila kuasa. Sudah sampai masanya rakyat diberikan hak untuk menentukan masa depan mereka sendiri.
Negeri Perak bukan hak mutlak BN atau PR. Ianya adalah hak rakyat yang mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan mereka dengan memilih kerajaan yang adil, telus, berkebajikan dan berdaulat.
Samada DUN akan dibubarkan atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan. Namun bagi saya jika hendak diharapkan kepada kerajaan HARAM BN untuk membubarkan DUN ianya seolah-olah mustahil. Bukan kerana apa, kerajaan HARAM BN sedar bahawa mereka tidak ada kuasa untuk menasihat Sultan supaya memperkenankan pembubaran DUN kerana kerajaan pimpinan Zambry sendiri adalah kerajaan HARAM yang tidak ada kuasa dan tidak sah disisi undang-undang.
Mahkamah sendiri minggu dahulu telah memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Zambry cuma dapat menagguhkan keputusan itu sahaja, hakikatnya Nizar masih Menteri Besar yang SAH.

BN TAK BERANI BERSELINDUNG DI SEBALIK CALON BEBAS?

BN yang takut untuk kalah buat kali kelima pada Pilihanraya Kecil didakwa cuba berselindung disebalik calon Bebas.
Ramai mendakwa BN akan membantu calon Bebas pada kali. Ada yang berpendapat BN akan mengeluarkan belanja untuk membantu calon tersebut memberikan tentangan habis-habisan kepada PR. Jika calon Bebas kalah pun ianya tidak memberikan sebarang bekas kepada BN kerana yang kalah bukan BN tetapi Bebas. Itulah stail politik baru BN bagi mengelakkan imej dan kredibiliti BN terus tercalar.
Untuk itu calon PR tidak boleh berpeluk tubuh dan 'over confident' kerana jika calon Bebas berjaya mendapat undi yang besar sudah tentu BN akan memukul canang bahawa PR semakin hilang pengaruh walaupun bertanding di kubu kuatnya.
Tidak mustahil jentera kerajaan, SPR, Polis dan sebagainya akan terus memainkan perana hakiki mereka bagi memberikan kelebihan kepada calon lawan PR. Semua ini sudah terbukti pada setiap kali Pilihanraya umum atau kecil dilangsungkan.

Oleh itu petugas PR mesti sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang penipuan dan penyelewengan dari sekarang sehingga ke saat keputusan diumumkan. Penipuan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja hatta ke saat akhir.
Kepada pemimpin dan penyokong BN oleh kerana anda tidak bertanding maka tidak perlulah kamu semua sibuk-sibuk di Penanti. Berikan peluang kepada parti-parti yang bertanding untuk berkempen.

H1N1 DAN 1MALAYSIA SAMA-SAMA BAHAYA?

Virus H1N1 adalah antara virus paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut kepada manusia. Apabila bala Allah menimpa manusia dengan bala H1N1 manusia menjadi tidak tentu arah, hendak keluar rumah takut, hendak bekerja takut, hendak makan angin takut dan macam-macam lagi ketakutan yang jelas menyebabkan aktiviti manusia menjadi terbatas. Semua itu merupakan bala Allah kepada manusia yang tidak serik-serik menentang kekuasaan Allah.
Di Malaysia juga ada sejenis virus yang dinamakan 1Malaysia. Virus ini mungkin tidak membawa maut kepada manusia.
Namun virus ini boleh menyebabkan kefahaman seseorang kepada agama menjadi caca marba dan haru biru. Manakan di dalam negara yang mengamalkan 1Malaysia ini judi, arak, pelacuran, undang-undang tidak Islam, konsert liar, pergaulan lelaki & perempuan, buka aurat, riba dan lain-lain dihalalkan oleh negarar 1Malaysia sedangkan di dalam Islam semua itu jelas haram.
Jadi saya mengharapkan pelopor dan pengasas 1Malaysia supaya mengkaji semula dasar ini dan mengubahnya dengan segera supaya sesuai dengan Islam.

ADA BERANI KA?






Siapa yang berani mengikut jejak jurukamera ini. Saya tidak pasti samada gambar ini asli atau superimpose. Diberitakan gambar ini diambil oleh seorang lagi jurukamera di pergunungan Grand Kanyon, Amerika Syarikat.



BN PECAH REKOD : TAKUT UNTUK BERTANDING DI PENANTI

BN buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya Malaysia tidak berani meletakkan calon pada mana-mana pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil.
Alasan yang diberi adalah kerana Pilihanraya Kecil DUN Penanti adalah ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.

Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ia dipengerusikan oleh Bapak One Malaysia Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN.

Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Kekosongan ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak selesaikan masalah dalaman mereka. Ia satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.

“Oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha-usaha memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti,’’ katanya.
Keputusan ini membuktikan bahawa BN takut untuk menghadapi kenyataan bahawa mereka akan kalah sekali lagi setelah tewas pada semua pilihanraya kecil di Semenanjung selepas PRU ke 12 lalu.
BN jelas takut untuk berhadapan dengan rakyat walaupun mereka telah mempunyai 'kapten' baru iaitu Najib sendiri. Kalau sebelum ini mereka sering menyalahkan 'kapten' lama iaitu Pak Lah pada setiap kali BN kalah ini mereka juga kalah walaupun jentera mereka dikepalai oleh orang baru iaitu Najib dan Muhyiddin.
Hakikat inilah juga yang menyebabkan BN begitu takut DUN Perak dibubarkan kerana mereka tahu mereka akan kalah sebagaimana mereka kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Sesungguhnya keputusan BN tidak mahu bertanding di Penanti menjadikan dakwaan bahawa BN tidak lama lagi masuk kubur semakin hari semakin terserlah. Hanya menunggu masa sahaja untuk mereka ditalkinkan.

18 May 2009

SEKALI LAGI RAKYAT GESA NAJIB SAMAN AKHBAR LUAR NEGARA

Buat kesekian kalinya saya nukilkan gesaan ini di blog ini. Kali ini gesaan ini dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bad ketika berceramah di Pejabat PAS Bukit Baru Sabtu lalu.
Dalam ceramah tersebut Cikgu Bad dengan lantang dan berani menuduh Najib sebagai pengecut dan penakut tidak berani berdepan dengan akhbar-akhbar luar yang menuduh beliau terlibat dengan kes Altantuya.
Antara akhbar yang terlibat ialah Liberation dari Perancis dan lain-lain.
"Kami malu menjadi rakyat Malaysia yang Perdana Menterinya didakwa oleh akhbar luar sebagai jahat dan zalim'.
"Najib sewajibnya menyaman akhbar tersebut bukannya berdiam diri yang akhirnya menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat dan seluruh dunia" ujar Cikgu Bad.
Oleh itu saya sekali lagi merayu kepada Datuk Seri Najib supaya menyaman akhbar-akhbar tersebut dan sebagaimana yang dinyatakan dulu bahawa rakyat Malaysia sanggup bergolok bergadai untuk membiayai wang guaman dan kos saman tersebut. Datuk Seri tidak perlu bimbang kami sanggup untuk berada di belakang Datuk Seri bagi membersihkan nama Perdana Menteri kami.

SOGOK WANG MAINAN MUSUH DAN MEDIA UNTUK BURUKKAN PAS

Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Imran Abdul Rahman berkata bahawa beliau tetap yakin bahawa di dalam PAS tidak ujud isu politik wang atau rasuah. Isu ini sengaja dimainkan oleh musuh politik PAS dan media bagi memburuk-buruk PAS di mata rakyat.

Imran berkata sejak beliau menyertai PAS secara sepenuh masa berpuluh tahun dahulu tidak pernah isu ini berlaku walaupun beliau sudah beberapa kali menjadi perwakilan yang mengundi pada Muktamar PAS Pusat.

"Ada pihak yang sengaja mengada-adakan cerita sehingga seolah-olah PAS sudah sama dengan Umno yang mengamalkan politik wang, sedangkan ianya tidak ujud".

"Saya pernah bertanding di peringkat cawangan dan kawasan serta sudah beberapa kali menjadi perwakilan di muktamar pusat tidak pernah sekalipun saya cuba dirasuah oleh calon-calon yang bertanding" katanya.

Menurut Imran media hari ini sengaja memainkan isu ini bagi memanaskan suasana pemilihan dalam PAS, malah media cuba memprovokasi pemimpin PAS supaya mengeluarkan kenyataan berhubung politik wang sehingga ada pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

"Media dengan pantas mengeksploitasi kenyataan tersebut sehingga meletakkan berita muka depan bahawa PAS DILANDA RASUAH, sedangkan pemimpin tersebut berkata jika ada rasuah ahli PAS yang terlibat mesti didakwa.

Kenyataan itu bukannya mengiyakan keujudan rasuah tetapi sekadar mengingat bahawa jika benar ujud gejala tersebut individu tersebut mesti dibawa ke muka pengadilan." Imran menggesa semua peringkat pimpinan PAS supaya menghentikan sebarang komen berkenaan isu ini kerana ternyata media mula memutarbelitkan isu ini demi kepentingan politik BN dan juga keuntungan masing-masing.

"Saya yakin bahawa unsur-unsur rasuah dan politik ini tidak pernah berlaku dalam PAS sehingga ke saat ini"

"Sebagai contoh semasa pemilihan peringkat cawangan dan Kawasan Masjid Tanah baru-baru ini ahli PAS bukannya berebut untuk bertanding jawatan tertentu malah berebut-rebut menolak untuk bertanding dan memberi laluan kepada sahabat-sahabat lain sehingga jawatan Yang Dipertua, Timbalan dan Naib Yang Dipertua dan kebanyakan jawatan Ketua Cawangan dimenangi tanpa bertanding.

"Saya sendiri diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah setelah tiada calon lain yang sanggup memegang amanah yang bakal dipersoal oleh Allah di akhirat kelak.

Berlainan dengan Umno yang mana mereka berebut-rebut untuk menjadi ketua sehingga sanggup berbelanja ratusan ribu malah jutaan ringgit untuk mendapatkan sesuatu jawatan yang besar." kata Imran.

Beliau mengharapkan mana-mana media yang menuduh terdapatnya unsur-unsur rasuah dan politik wang supaya menarik balik laporan itu dan memohon maaf kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia

GURU PASTI : JASAMU TAK DAPAT KAMI BALAS

Kesemua anak saya dihantar ke PASTI untuk pra-sekolah mereka. Memang tidak dapat dinafikan PASTI adalah pra-sekolah terbaik jika dibandingkan dengan pra-sekolah lain.

Dengan fasiliti yang serba kekurangan Guru-gurunya gigih mendidik anak-anak kita menjadi insan terbaik dari peringkat awal persekolahan lagi.


Kita semua sedar akan jerih payah guru-guru PASTI mendidik anak-anak kita. Tidak ada perkataan yang dapat saya ungkapkan untuk membalas jasa guru-guru PASTI yang sanggup berkorban untuk anak-anak kita.

Saya cuma dapat mendoakan mereka diberikan rahmat dan keampunan oleh Allah serta mendapat keredhaan dariNya. Penat lelah mereka memang tidak berbaloi dengan imbuhan yang kita berikan.
Semoga jihad dan pengorbanan mereka diterima Allah dan dinilai di hari yang dinyatakan 'Hari yang tidak berguna lagi harta dan anak pinak kecuali orang-orang yang datang menemui Allah dengan hati yang sejahtera'.

SELAMAT HARI GURU.

SELAMAT HARI GURU

Maaf kerana terlambat mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru yang mengajar saya secara formal dan tidak formal.

Sudah tentu guru pertama saya ialah Ayah dan Ibu yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar sejak saya mula melihat dunia sehinggalah ke hari ini.

Tahun 1975 saya melangkah ke alam persekolahan formal di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit Kuala Lipis. Guru-guru saya yang banyak berjasa antaranya Cikgu Omar, Cikgu Nik, Cikgu Wan dan lain-lain.


Saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Jengka 16, Bandar Jengka pada tahun 1978 iaitu ketika darjah 4. Saya masih antara cikgu-cikgu saya ialah Cikgu Rosni, Cikgu Latif, Cikgu Latiffi, Cikgu Hamdan dan lain-lain.

Tahun 1979 saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jengka 18. Antara guru-guru saya ialah Cikgu Mat, Cikgu Hamdan, Cikgu Jasni, Cikgu Jalil, Cikgu Krishnan, Cikgu Fong, Cikgu Fauzi dan lain-lain.

Saya mula memasuki Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Jengka 18. Sebuah sekolah yang baru dibuka dengan segala kekurangan. Namun ianya tidak mematahkan semangat guru-guru untuk mengajar. Antara guru-guru saya ialah Cikgu Sadon, Cikgu Fauzi, Ustaz Zainuddin, Cikgu Putih Halimah, Cikgu Zainuddin, Cikgu Kadmi, Cikgu Manan, Cikgu Halimaton dan lain-lain.

Selepas SPR saya berpindah sekolah lagi iaitu ke Sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis, balik kampong. Cikgu-cikgu saya di sana ialah Cikgu Chuali, Cikgu Zainon, Cikgu Fatimah, Cikgu Leong, Cikgu Mohd Arib, Cikgu Cheah, Cikgu Chai Mun dan lain-lain.

Tahun 1985 Alhamdulillah berkat kesungguhan guru-guru saya lulus SPM dengan cukup makan dan meneruskan pengajian di peringkat Matrikulasi USM di Sekolah Sultan Mohd Jiwa, Sg Petani pada bulan Jun 1986. Masih saya ingat Cikgu-cikgu yang banyak berjasa memberikan tunjukajar kepada ku. Antaranya Cikgu Choo, Cikgu Phua, Cikgu Toe, Cikgu Kulwant dan lain-lain.

Tahun 1986 saya meneruskan pengajian di Matrikulasi 2. Antara guru-guruku ialah Dr Syed Nor, Dr Haslan, Dr Nawawi, Puan Che Su, Puan Shanthi lain-lain.

Tahun 1987 saya menjejaki tahun satu kursus Teknologi Indsutri di USM. Antara guru-guru yang banyak berjasa adalah Allahyarham Prof Dr Mohd Nasir Zainal Arif, Prof Dr Zainal Ariffin Ishak, Prof Dr Azanam, Encik Abu Samah, Dr Teng, Dr Chin, Prof Dr Omar, Dr Norita, Dr Zakaria, Dr Zainal dan lain-lain. Tidak ketinggalan Dr Sivamany dll.

Tahun 1993 saya menamatkan pengajian di USM dan meneruskan pengajian secara tidak formal di kuliah-kuliah maghrib dan sebagainya.
Semasa di bangku sekolah ramai sekali Ustaz-ustaz yang mengajar saya antaranya Ustaz Abdullah, Ustazah Raudhah dan lain-lain.

Manakala Ustaz-ustaz lain yg sangat berjasa kepada saya antaranya Allahyarham Ustaz Kassim Yahya, Allahyarham Ustaz Yusof Ismail, Allahyarham Ustaz Ghazali Din, Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, Allahyarham Ustaz Shauki Ibrahim, Allahyarham Ustaz Suhaimi Ahmad dan lain-lain. Ustaz-ustaz yang masih ada antaranya Ustaz Yahaya Othman, Ustaz Hassan Razak, Ustaz Salleh Man, Ustaz Khalid Man, Ustaz Abd Wahab Awang Kecik, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Syahid, Ustaz Khaidir dan lain-lain yang tak sempat nak dituliskan disini.

Semoga mereka semua dirahmati Allah dan mendapat keredhaan didunia dan akhirat.

RAKYAT SANGGUP BIAYAI PILIHANRAYA NEGERI PERAK

Jika benar BN takut duit rakyat hangus untuk belanja menguruskan Pilihanraya Kecil DUN Perak, rakyat Malaysia sanggup mengeluarkan duit sendiri bagi menjayakan pilihanraya tersebut.

Haji Ab Rahhim Idris dari Lorong Pandan berkata, beliau sanggup bergolok bergadai untuk mengeluarkan duit poket sendiri bagi menampung perbelanjaan pilihanraya tersebut.

"Saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia juga sanggup mendermakan duit mereka untuk tujuan tersebut". katanya

Seorang rakannya Mat Yani Ismail dari Bukit Pulau pula berkata saya sanggup mendermakan duit saya demi menegakkan kebenaraan dan menyelesaikan kemelut politik yang amat memalukan negara.

"Satu dunia tahu betapa buruknya demokrasi di negara kita, jadi untuk menutup malu tersebut lebih baik saya keluarkan duit sendiri untuk derma kepada SPR sebab nampaknya BN dan SPR menggunakan alasan membazir untuk tidak mengadakan pilihanraya" jelas Yani.

Sementara itu Che Saidi Ismail dari Ayer Keroh juga menyokong usaha mengumpul derma untuk menampung pilihanraya tersebut.

"Jika benar SPR dan BN tak mahu duit rakyat dibazirkan elok rasanya rakyat kumpul derma dan serahkan pada SPR untuk uruskan Pilihanraya negeri Perak' ujar beliau seorang pekerja swasta.
Rata-rata mereka yang saya temui bersetuju dengan gesaan rakyat negeri Perak supaya DUN Perak dibubarkan malah mereka juga rela untuk mendermakan duit mereka jika benar SPR dan BN tidak mahu duit rakyat dibazirkan jika Piliharaya diadakan.

DR KJ DAN HAJJAH SOFIAH KEKAL KETUAI MUSLIMAT MELAKA

Ayer Molek : Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka sessi lalu mengekalkan jawatan masing-masing pada Muktamar dewan itu Ahad lalu.

Dr Khatijah Jumangat dan Hajjah Sofiah Ahmad masing-masing menang tanpa bertanding pada Muktamar tersebut yang dirasmikan oleh YB Senator Mumtaz Mohd Nawi.

Naib Ketua pula juga dimenangi tanpa bertanding oleh Hajjah Aziah Mohd Saad yang juga merupakan penyandang jawatan tersebut sessi lalu.

KERAJAAN TIDAK SERIUS TANGANI WABAK H1N1

Kerajaan Malaysia tidak serius dalam menangani wabak H1N1. Gesaan supaya penumpang yang menaiki pesawat yang sama dengan pesakit yang disahkan mengalami wabak ini merupakan suatu sikap lepas tangan dan main-main. Sepatutnya kerajaan menjejaki mereka ini secepat mungkin bukannya menunggu mereka melaporkan diri ke hospital berdekatan.
Bukankah semua penumpang mempunyai pasport dan data lengkap. Sudah tentu kerajaan dengan segala kelengkapan dan fasiliti dapat menjejaki mereka dari data tersebut.
Wabak ini adalah wabak yang amat bahaya dan tindakan kerajaan 1 Malaysia ini sungguh tidak bertanggungjawab.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter