SOKONGLAH KEMPEN SEJUTA POSKAD MANSUHKAN PPSMI

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia menyokong dengan sepenuh hati kempen sejuta poskad bantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang diusahakan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Kita semua sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Bahasa Melayu/Malaysia dan Bahasa Ibunda mesti bangkit untuk menggesa kerajaan One Malaysia memansuhkan dasar kolot ini.

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.

"Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI," katanya kepada Malaysiakini.Hasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Comments

Hasbullah Pit said…
Walaupun saya pejuang bahasa, tapi rasanya untuk negeri kita ni kena ubahsuai sedikit poskad itu, kerana terlalu banyak "bangsa"
Anonymous said…
KAD TU KENE BELI KE?...KALO BLEH SAYA NAK BELI 500 RIBU KEPING...
SAYA SOKONG PPSMI DI MANSUHKAN...BUAT APA BELAJO BAHASA INGGERIS...BAHASA KAFIR..AKU NAK SARANKAN PADA KERAJAAN SUPAYA MATH DAN SAINS DIAJO DALAM BAHASA ARAB...KOME SEMUA SETUJU X?...
Anonymous said…
PASAL PPSMI MEMANG AKU X PUAS HATI BETUILA...NAPE MASA BANTAHAN ORG2 KITA JE YANG KEDEPAN...KAWAN2 KITA DARI DAP NGAN PKR MANE?...