BN PECAH REKOD : TAKUT UNTUK BERTANDING DI PENANTI

BN buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya Malaysia tidak berani meletakkan calon pada mana-mana pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil.
Alasan yang diberi adalah kerana Pilihanraya Kecil DUN Penanti adalah ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.

Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ia dipengerusikan oleh Bapak One Malaysia Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN.

Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Kekosongan ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak selesaikan masalah dalaman mereka. Ia satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.

“Oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha-usaha memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti,’’ katanya.
Keputusan ini membuktikan bahawa BN takut untuk menghadapi kenyataan bahawa mereka akan kalah sekali lagi setelah tewas pada semua pilihanraya kecil di Semenanjung selepas PRU ke 12 lalu.
BN jelas takut untuk berhadapan dengan rakyat walaupun mereka telah mempunyai 'kapten' baru iaitu Najib sendiri. Kalau sebelum ini mereka sering menyalahkan 'kapten' lama iaitu Pak Lah pada setiap kali BN kalah ini mereka juga kalah walaupun jentera mereka dikepalai oleh orang baru iaitu Najib dan Muhyiddin.
Hakikat inilah juga yang menyebabkan BN begitu takut DUN Perak dibubarkan kerana mereka tahu mereka akan kalah sebagaimana mereka kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Sesungguhnya keputusan BN tidak mahu bertanding di Penanti menjadikan dakwaan bahawa BN tidak lama lagi masuk kubur semakin hari semakin terserlah. Hanya menunggu masa sahaja untuk mereka ditalkinkan.

Comments