SEKALI LAGI RAKYAT GESA NAJIB SAMAN AKHBAR LUAR NEGARA

Buat kesekian kalinya saya nukilkan gesaan ini di blog ini. Kali ini gesaan ini dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bad ketika berceramah di Pejabat PAS Bukit Baru Sabtu lalu.
Dalam ceramah tersebut Cikgu Bad dengan lantang dan berani menuduh Najib sebagai pengecut dan penakut tidak berani berdepan dengan akhbar-akhbar luar yang menuduh beliau terlibat dengan kes Altantuya.
Antara akhbar yang terlibat ialah Liberation dari Perancis dan lain-lain.
"Kami malu menjadi rakyat Malaysia yang Perdana Menterinya didakwa oleh akhbar luar sebagai jahat dan zalim'.
"Najib sewajibnya menyaman akhbar tersebut bukannya berdiam diri yang akhirnya menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat dan seluruh dunia" ujar Cikgu Bad.
Oleh itu saya sekali lagi merayu kepada Datuk Seri Najib supaya menyaman akhbar-akhbar tersebut dan sebagaimana yang dinyatakan dulu bahawa rakyat Malaysia sanggup bergolok bergadai untuk membiayai wang guaman dan kos saman tersebut. Datuk Seri tidak perlu bimbang kami sanggup untuk berada di belakang Datuk Seri bagi membersihkan nama Perdana Menteri kami.

Comments