HUSAM JANGAN TARIK DIRI, BERI PELUANG KEPADA PERWAKILAN TENTUKAN PIMPINAN

Saya mencadangkan kepada Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa supaya tidak menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden. Bagi saya pertandingan tersebut adalah sihat dan baik untuk membuktikan bahawa demokrasi ujud dalam PAS.
Selain itu saya yakin ianya akan memberi peluang kepada perwakilan yang mewakili ahli akar umbi membuat keputusan siapa pemimpin yang mereka amanahkan untuk memegang jawatan penting tersebut.
Tidak timbul masalah seperti yang dibangkitkan sesetengah pihak bahawa Jika Husam menang, Ustaz Nasa kalah bermakna ulama' ditolak di dalam PAS. Atau sebaliknya jika Ustaz Nasa menang, Husam dan Mat Sabu kalah, bermakna professional ditolak oleh ahli PAS. Jika ahli berfikiran sedemikian ini bermakna ahli dan pimpinan PAS telah masuk perangkap Umno dan media bahawa berlaku pertembungan di antara Ulama' dan Professional. Bagi saya semua yang bertanding sebenarnya menyokong kepimpinan Ulama'.
Tiada siapa mempertikaikan bahawa Ulama' iaitu Majlis Syura Ulama' adalah kuasa tertinggi di dalam PAS. Tidak kira siapa yang menang sekalipun Ulama' tetap menjadi peneraju jemaah yang kita sayangi ini.

Comments

sememangnya pas memerlukan pendekatan yang memesrai rakyat..kalau dilihat di masyarakat aktivity mas tidak merakyat ia hanya tertumpu oleh gerakan ahli.. sy takut pas akan ditinggalkan jika pas gagal merakyatkan kegiatannya.. apa kata perbanyakkan aktivity kemasyarakatan seperti yang tuan sarankan kbsm diatas.

dan jangan lupa tuan blog tautkan kembali link bawean di blog rakan rakan terimakasih