SAH NAJIB PERDANA MENTERI PALING LEMAH, WAJAR LETAK JAWATAN ATAU BUBAR PARLIMEN

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Najib adalah Perdana Menteri kerajaan BN paling lemah pernah dilahirkan. Belum pernah sebelum ini BN atau Perikatan tidak bertanding pada mana-mana pilihanraya kecil atau umum. Tetapi Najib memecahkan rekod ini apabila mengumumkan semalam bahawa BN tidak akan meletakkan calon di Penanti.
Suatu kenyataan yang boleh diibaratkan tidak masuk akal kalau hendak dibandingkan dengan keangkuhan dan kebiadapan BN sebelum ini.
Terbukti Najib seorang yang pengecut, penakut dan berjiwa kecil tidak berani berhadapan dengan mahkamah rakyat yang sering menghukum BN kerana kegagalan dan kelemahan serta kezaliman BN dalam memerintah negara 'One Malaysia' ini.
Sepatutnya Najib sebagai Perdana Menteri baru sudah tentu ingin menguji populariti dan penerimaan rakyat kepada pentadbirannya. Namun ternyata Najib takut kepada bayang-bayang sendiri.
Isu-isu dalaman dan luaran yang membelenggu kerajaan pimpinan Najib dan imej dirinya sendiri yang tercalar teruk menjadi mimpi ngeri buat Najib untuk dihakimkan dalam mahkamah rakyat.
Tidak syak lagi bahawa Najib wajar digelar Bapa Kegagalan memimpin BN menemui kegagalan pada setiap kali pilihanraya kecil.
Saya menggesa Najib supaya meletakkan jawatan atau membubarkan parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih baik, telus, berintegriti dan berkebajikan.

Comments