BN UBAH FIKIRAN INGIN TANDING SEMULA DI PENANTI?

Penamaan calon PRK DUN Penanti akan berlangsung Sabtu ini 23 Mei. BN sudah pun mengumumkan untuk tidak bertanding pada PRK tersebut. Alasannya cukup dangkal, kononnya PR memperalatkan demokrasi untuk kepentingan politiknya.
Namun masih ada 3 hari lagi untuk BN mengubah fikiran. Tidak mustahil dalam masa sehari dua ini Najib mendapat ilham untuk bertanding semula. Keputusan tersebut walaupun dikatakan muktamad tetapi Presiden Umno yang juga Pengerusi BN mempunyai kuasa veto dan tidak boleh disanggah oleh sesiapa. Jika beliau ingin BN bertanding maka BN sudah pasti kena bertanding.
Mungkin dalam masa sehari dua ini, Najib terfikir bahawa imejnya akan lebih tercalar jika BN tidak bertanding. Ini bermakna fakta untuk menguatkan hujah bahawa beliau layak digelar Bapa Kegagalan bertambah satu lagi iaitu BN gagal bertanding dalam Pilihanraya, suatu fakta yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri BN terdahulu.
Tidak mustahil Najib akan berubah fikiran dan mengerahkan 'bala tentera'nya turun menggempur Penanti habis-habisan.

Comments