SOGOK WANG MAINAN MUSUH DAN MEDIA UNTUK BURUKKAN PAS

Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Imran Abdul Rahman berkata bahawa beliau tetap yakin bahawa di dalam PAS tidak ujud isu politik wang atau rasuah. Isu ini sengaja dimainkan oleh musuh politik PAS dan media bagi memburuk-buruk PAS di mata rakyat.

Imran berkata sejak beliau menyertai PAS secara sepenuh masa berpuluh tahun dahulu tidak pernah isu ini berlaku walaupun beliau sudah beberapa kali menjadi perwakilan yang mengundi pada Muktamar PAS Pusat.

"Ada pihak yang sengaja mengada-adakan cerita sehingga seolah-olah PAS sudah sama dengan Umno yang mengamalkan politik wang, sedangkan ianya tidak ujud".

"Saya pernah bertanding di peringkat cawangan dan kawasan serta sudah beberapa kali menjadi perwakilan di muktamar pusat tidak pernah sekalipun saya cuba dirasuah oleh calon-calon yang bertanding" katanya.

Menurut Imran media hari ini sengaja memainkan isu ini bagi memanaskan suasana pemilihan dalam PAS, malah media cuba memprovokasi pemimpin PAS supaya mengeluarkan kenyataan berhubung politik wang sehingga ada pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

"Media dengan pantas mengeksploitasi kenyataan tersebut sehingga meletakkan berita muka depan bahawa PAS DILANDA RASUAH, sedangkan pemimpin tersebut berkata jika ada rasuah ahli PAS yang terlibat mesti didakwa.

Kenyataan itu bukannya mengiyakan keujudan rasuah tetapi sekadar mengingat bahawa jika benar ujud gejala tersebut individu tersebut mesti dibawa ke muka pengadilan." Imran menggesa semua peringkat pimpinan PAS supaya menghentikan sebarang komen berkenaan isu ini kerana ternyata media mula memutarbelitkan isu ini demi kepentingan politik BN dan juga keuntungan masing-masing.

"Saya yakin bahawa unsur-unsur rasuah dan politik ini tidak pernah berlaku dalam PAS sehingga ke saat ini"

"Sebagai contoh semasa pemilihan peringkat cawangan dan Kawasan Masjid Tanah baru-baru ini ahli PAS bukannya berebut untuk bertanding jawatan tertentu malah berebut-rebut menolak untuk bertanding dan memberi laluan kepada sahabat-sahabat lain sehingga jawatan Yang Dipertua, Timbalan dan Naib Yang Dipertua dan kebanyakan jawatan Ketua Cawangan dimenangi tanpa bertanding.

"Saya sendiri diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah setelah tiada calon lain yang sanggup memegang amanah yang bakal dipersoal oleh Allah di akhirat kelak.

Berlainan dengan Umno yang mana mereka berebut-rebut untuk menjadi ketua sehingga sanggup berbelanja ratusan ribu malah jutaan ringgit untuk mendapatkan sesuatu jawatan yang besar." kata Imran.

Beliau mengharapkan mana-mana media yang menuduh terdapatnya unsur-unsur rasuah dan politik wang supaya menarik balik laporan itu dan memohon maaf kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia

Comments

Anonymous said…
saya setuju dgn artikel ini masalahnya, bebrapa kerat pimpinan pas spt nik abduh, din tantawi dan ustaz daud ini seolah olah tak reti politik langsung bila membuat kenyataan yg akan di cedok dan di uli oleh pihak musuh utk buat ahli pas dan org ramai meluat dgn pas. salah siapa?
Anonymous said…
BETUL TU..PAS KAN PARTI YANG MAKSUM..MANA ADA RASUAH DALAM PAS...JAHAT SUNGGUH ORG YANG BERKATA2 TU...ITU MESTI SKRIP DARI ORG2 UMNO UNTUK MENJATUHKAN PAS?..AKU YAKIN INI SEMUA KERJA ORG UMNO...AKU YAKIN 200% NIK ABDUH, DIN TANTAWI DAN USTAZ DAUD TELAH MENERIMA HABUAN DARI UMNO UNTUK MENGELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT...JAHAT SUNGGUH ORG UMNO NI...INI SEMUA SALAH MEREKA WAHAI ANON...BAGI AKU SETAKAT BAGI BAJU ITUPUN DIKATAKAN RASUAH LAIN LA KALO BAGI DUIT MACAM UMNO TU...BETUL X?....MARI KITA SAMA BERJIHAD MEMBUNUH ORG2 UMNO...KERANA MEREKA L FITNAH INI MENULAR DALAM PAS....ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...
Anonymous said…
Bab menceduk tulisan dan ucapan pimpinan pas utk diputar belitkan dan dijadikan peluru utk tembak pas balik bukan isu baru....wujud sejak bertahun -tahun dahulu. kajilah...TGNA selalu kena...TGHH pun tak henti-henti kena, lebih dasyat lagi yg diterima hari ini...di mana kita ketika itu? kita teguh di belakang tuan guru....adakah tergugat sokongan ahli kpd pas ??

Saya tak sedih media putar belit cerita dan laga-lagakan pimpinan kita. Itu memang kerja depa, dan fahamilah...fitnah dan putar belit adalah makanan depa dan depa takkan berhenti utk satu isu saja..berlambak lagi utk masa kan datang...mengapa anda tidak bersedia ??

Saya sedih bila ada yg mengaku ahli pas yang terlebih terasa dan kembali mencela-cela dan bersikap kasar sesama kita...lebih-lebih lagi terhadap pemimpin tertinggi kita kerana tidak sabar dgn dgn ujian permainan kotor pihak pemberita.

Dulu-dulu ahli pas bukan begini sikap mereka....tak de yg termakan dgn cerita suratkhabar dan tak de yg tergugat dgn sensasi pihak media.

kalau sekecil ini lah jiwa kita.... ini bala besar kpd jemaah.
Kita boleh merasa "teguh' ketika ahli kita kurang, kenapa ketika jumlahnya berganda kita muudah sangat nak rebah...
media jentik sikit je....meraban-raban kita melatah...habis pimpinan kita pun kita marah-marah...
Anonymous said…
nampaknya...sudah banyak ameno yg buat provokasi...menulis seolah mereka ahli pas dan cuba utk lebih memanaskan suasana...hati-hati, kita patut kenal mereka ini...