.

.

09 June 2012

PTPTN : UMNO/bn TIKAM DIRI SENDIRI, TERPAKSA TARIK BALIK PEMBEKUAN PINJAMAN

Akhirnya kesombongan Umno/BN yang menghentikan pemberian PTPTN kepada pelajar UNISEL dan KUIS ditarik balik. Kalau sebelum ini pembekuan pinjaman itu sebab politik kini penarikan balik tindakan kejam itu pun sebab politik.

Umno/BN baru sedar bahawa tindakan mereka menyebabkan rakyat marah khasnya keluarga pelajar-pelajar yang mengaji di UNISEL dan KUIS. Semua orang tahu pelajar-pelajar itu datang dari berbagai latarbelakang keluarga iaitu Umno, PAS. PKR dan sebagainya.

Tindakan kebudak-budakan Umno/BN sebenarnya menggambarkan sifat hasad dengki, bongkak dan adu domba mereka. Rakyat hari ini sebenar sudah dapat menilai siapa yang jahat dan baik. PTPTN adalah dibawah tanggungjawab kerajaan pusat. PR sudah tentu boleh memberikan pendidikan percuma jika mereka memerintah pusat. Sekarang PR memerintah negeri, hasil pendapatannya terhad. Sudah tentu mereka tidak berupaya merealisasikan hasrat ingin menurunkan harga minyak, pendidikan  percuma, hapsukan tol dan lain-lain.

Akhirnya Umno/BN sedar bahawa rakyat marah dengan tindakan PTPTN membekukan pinjaman tersebut.

Malaysiakini melaporkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).


Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.

Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.

08 June 2012

UNISEL : ADUN SELANGOR SANGGUP KORBAN PERUNTUKAN

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor sanggup menyalurkan peruntukan bahagian masing-masing jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan sekatan pinjaman ke atas pelajar-pelajar baru Universiti Selangor (Unisel).

Pendirian itu dilahirkan oleh Speaker Dun, Datuk Teng Chang Khim menerusi laman sosial Facebook dan mesej Twitter malam tadi, yang ditujukan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tan Sri, sekiranya perlu, setiap Adun PR sudi menggunakan peruntukan kawasan untuk menaja seorang pelajar Unisel," kata beliau di sebalik kontroversi terbaru berkaitan dengan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel.

PR ada 35 Adun di Selangor. PTPTN, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengesahkan langkah itu diambil tetapi menegaskan hanya bersifat sementara ekoran pendirian PR mahu memperkenalkan pendidikan percuma.


Inilah sikap terpuji Adun negeri PR. Mereka bukannya berusaha mengaut kekayaan sebaliknya sanggup menggunakan peruntukan Dun masing-masing untuk rakyat khususnya para pelajar. Tahniah...........Adun BN sanggup tak melakukan perkara sama?

07 June 2012

PEMIMPIN BERMEWAH, RAKYAT SUSAH

Pemimpin bermewah, rakyat susah. Tengok bagaimana pemimpin dan isteri berbelanja

HALAL DAN HARAM UTK UMNO

Gambar ini menjawab segalanya.

ANAK-ANAK JADI MANGSA POLITIK SEMPIT BN

PTPTN ternyata menafikan hak para pelajar yang layak mendapat pinjaman untuk mengikuti pengajian di UNISEL sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan tersebut.

Antara objektif penubuhan PTPTN ialah memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

Malangnya oleh kerana berlainan 'bendera' dan juga kerana dendam kesumat terhadap kerajaan PKR Selangor pihak PTPTN atas arahan orang atasan menganaktirikan pelajar-pelajar baru UNISEL.

Adalah amat mendukacitakan sekiranya polemik ini terjadi akibat dari amalan budaya politik tidak matang serta menggambarkan mentaliti politik yang rendah serta memualkan yang diamalkan oleh Umno/BN.

Menteri yang bertanggungjawab tidak patut melakukan penganayaian sebegini jika benar ianya adalah atas arahan beliau.

Inilah yang kita katakan politik membawa rebah, politik menjahanamkan bangsa sendiri.

06 June 2012

BN PARTI LONGKANG : INI BUKTINYA!


BN adalah parti longkang. Buktinya bendera BN hanya layak dipacakkan di dalam longkang atau terusan ini.

Gambar ini diambil di Batu 8 Jalan Alor Setar-Sg Petani berhampiran Kompleks PAS Kedah.

Memang layak bendera BN dipacakkan dalam longkang kerana perangai pemimpin mereka yang suka kepada benda kotor, politik lucah, adu doba, fitnah, rasuah dan sebagainya.

POLITIK SEMPIT BN : ILMU DAN MASA DEPAN ANAK-ANAK DIPERJUDIKAN


Pelajar UNISEL dilaporkan tidak diberikan pinjaman PTPTN. Alasannya pula tidak diumumkan. Namun pelbagai pihak merasakan semua itu adalah kerana politik sempit pemerintah yang dengki dan hasad kepada IPTS di bawah kelolaan kerajaan negeri Selangor ini.

Mungkin oleh kerana PR menjanjikan pendidikan percuma maka mereka mahu mendera kerajaan PR Selangor supaya menunaikan janji pendidikan percuma. Masa depan anak-anak bangsa diperjudikan oleh kerana politik sempit mereka. 

Beri PR memerintah pusat jika mahu melihat pendidikan percuma di Malaysia. 

Tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.

"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," kata Naib Canselor UNISEL Prof Dr Anuar Ahmad kepada Malaysiakini semalam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.

"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.

Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."
Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.

"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor.

05 June 2012

688 KELUAR PAS : NAJIB KENA TIPU, UMNO TAK HABIS-HABIS MENIPU DIRI SENDIRI

Umno terus menerus menipu diri mereka sendiri dengan menayangkan 'drama' lama mereka iaitu lakonan 'ahli PAS' keluar parti dan menyertai Umno. Jumlahnya pula bukan sedikit tetapi ramai. Terbaru Umno Perak cuba menipu Najib dan diri mereka sendiri apabila membuat drama 688 ahli dan penyokong PAS masuk Umno di Larut, Perak.

Hebat lakonan mereka sehingga Najib tersenyum lebar padahal yang masuk Umno itu adalah ahli Umno sendiri.

Perkara ini terbongkar apabila salah seorang yang dikatakan masuk Umno itu tampil menceritakan perkara sebenar kepada pimpinan PAS Larut hari ini. Harakahdaily melaporkan bahawa seorang warga emas Mohd Sulaiman Abd Wahab mendakwa dirinya menjadi mangsa dipergunakan Umno BN dalam drama '688 ahli PAS masuk Umno' di Larut kelmarin.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mat ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Larut semalam berkata, sebenarnya hanya dua orang sahaja yang menyertai Umno bukannya 688 seperti yang dilaporkan media Umno.

“Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno.

"Memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya 688 seperti yang dilaporkan," katanya mendedahkan perkara sebenar.

Malah, Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu ceramah dirumahnya bagi membongkarkan pembohongan Umno tersebut.

(Gambar: Pak Su Mat ketika menerima kehadiran Dewan Pemuda PAS Larut di rumahnya)
Kediamannya pula hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat berlangsungnya lakonan majlis penyerahan borang 688 ahli PAS menyertai Umno itu.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Larut, Mohd Akmal Kamaruddin berkata drama malam kelmarin itu adalah pembohongan terancang Umno dan pengulangan skrip lama bagi tujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu.

“Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa, mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat," katanya.

Menurut Akmal lagi, pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti.

Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.

Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka.

“Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi.

BN DALAM BAHAYA, MUHYIDDIN LANCAR PERANG PSIKOLOGI

Semalam media melaporkan bahawa, Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin berkata BN dalam bahaya di mana kemungkinan mereka tewas pada PRU 13 akan datang.

Pemerhati politik berpendapat ianya hanyalah perang psikologi yang dilancarkan oleh Muhyiddin bagi menaikkan semangat penyokong BN untuk bekerja lebih kuat pada PRU 13 nanti. Selain itu mereka merasakan kenyataan Muhyiddin itu juga bertujuan untuk melalaikan penyokong PR supaya 'over confident' dan merasakan mereka berada dalam keadaan selesa untuk menang dan tidak perlu bekerja kuat.

Apa yang pasti sebenarnya BN sedang bekerja kuat samada secara halal dan 'haram'. Dakwaan adanya konspirasi mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih; manipulasi sistem pilihanraya membuktikan bahawa BN sebenarnya sudah bersedia untuk menang dan tidak perlu bekerja kuat untuk menang percuma.

Walaupun BN begitu bobrok dan brutal menjalankan kerja-kerja terkutuk itu tetapi sehingga kini mereka masih belum benar-benar yakin untuk menang selesa.

Maka Muhyiddin cuba mengeluarkan kenyataan serampang dua mata itu sebagai strategi perang saraf. Pemimpin dan petugas PR tidak seharusnya terjerat dengan kenyataan ini.

04 June 2012

TOK GURU NIK AZIZ KEPADA GAYA HIDUP IBLIS?


Masya Allah. Berani Professor ini berkata demikian, menuduh Tok Guru Nik Abdul Aziz mengajak manusia kepada gaya hidup iblis. Mengapa marah betul Professor ini kepada Tok Guru Nik Aziz.

Ikuti ulasan Blogger MSO dalam blognya berkenaan keceluparan Professor ini di link ini.

Mengapa begitu marah Professor yang bernama Nasoha ini kepada Tok Guru kita pun tak tahu.

Dari mana dia mengaji agama sehingga dia berani berkata demikian. Lebih berani dan hebat dari Tok Guru Umno dan Ustaz-Ustaz Umno.

03 June 2012

PARTI SESAT ANGGOTANYA JUGA TOK GURU AJARAN SESAT

Umno Terengganu menuduh PAS Parti Ajaran Sesat. Tetapi yang peliknya tiada seorang pun pemimpin dan ahli PAS dituduh sebagai pemimpin atau penganut ajaran sesat dari dahulu hingga sekarang.

Tetapi tahukah anda bahawa Ayah Pin seorang Tok Guru Ajaran Sesat adalah AHLI UMNO. Orang yang menganut ajaran sesat biasanya masuk parti yang sesat.

TAHUKAH ANDA APAKAH ROMPAKAN PALING BESAR DALAM SEJARAH MALAYSIA?

Anda ingin tahu rompakan paling besar di Malaysia. Sila dengar klip video ini. Ianya berkaitan dengan kapal selam Scorpene.

Pendedahan dari Suaram ini sepatutnya sudah lama disiasat oleh SPRM dan Polis.

MUSTAPHA KAMAL DERMA UNTUK LEBUH RAYA MUSTAPHA MAMAT BILA LAGI?


Pelakon Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal turut memberi sumbangan kepada pembinaan lebuhraya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu yang sedang diusahakan kerajaan negeri.


Sumbang secara terus itu diberikan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu program dialog anak Kelantan di perantauan anjuran urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu kota semalam.

Ketika ditanya tentang sumbangan tersebut beliau memberitahu sebagai anak jati Kelantan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membantu dalam usaha melancarkan pembinaan lebuhraya tersebut bagi kemudahan seluruh rakyat negara ini terutama rakyat Negeri Kelantan.

Kalau Mustapha Kamal sudah mendermakan duit beliau kepada pembinaan Lebuh Raya rakyat, bila lagi Mustapha Mamat, Pengerusi Umno Kelantan hendak derma. Sebab beliau nanti akan menggunakan lebuh raya tersebut. Awang Adik juga dijemput untuk menderma. Mereka berdua duit banyak jangan malu dan segan untuk derma ..............

Sumber : Hdaily

NEGERI MAJU : RAKYAT TUNGGU BAS SAMPAI 2 JAM

Hebat sungguh negeri maju Melaka 2010. Buktinya ramai penumpang terpaksa menunggu sehingga 2 jam lebih untuk menaiki bas ke destinasi yang dituju.

Lebih teruk lagi banyak bas tersadai kerana rosak, tiada road tax dan tiada kelulusan Puspakom. Anak syarikat kerajaan negeri Melaka iaitu PM Cultural & Tourisme (PMCT) yang mengambilalih perkhidmatan bas henti-henti dalam negeri Melaka ternyata gagal memperbaiki sistem pengangkutan tersebut malah lebih teruk dari sebelum ini.

Penumpang bas merungut dan kecewa dengan situasi ini. Jelas sekali kerajaan negeri gagal menjaga kebajikan rakyat khususnya penumpang bas.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter