ANAK-ANAK JADI MANGSA POLITIK SEMPIT BN

PTPTN ternyata menafikan hak para pelajar yang layak mendapat pinjaman untuk mengikuti pengajian di UNISEL sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan tersebut.

Antara objektif penubuhan PTPTN ialah memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

Malangnya oleh kerana berlainan 'bendera' dan juga kerana dendam kesumat terhadap kerajaan PKR Selangor pihak PTPTN atas arahan orang atasan menganaktirikan pelajar-pelajar baru UNISEL.

Adalah amat mendukacitakan sekiranya polemik ini terjadi akibat dari amalan budaya politik tidak matang serta menggambarkan mentaliti politik yang rendah serta memualkan yang diamalkan oleh Umno/BN.

Menteri yang bertanggungjawab tidak patut melakukan penganayaian sebegini jika benar ianya adalah atas arahan beliau.

Inilah yang kita katakan politik membawa rebah, politik menjahanamkan bangsa sendiri.

Comments