Pelajar UNISEL dilaporkan tidak diberikan pinjaman PTPTN. Alasannya pula tidak diumumkan. Namun pelbagai pihak merasakan semua itu adalah kerana politik sempit pemerintah yang dengki dan hasad kepada IPTS di bawah kelolaan kerajaan negeri Selangor ini.
Mungkin oleh kerana PR menjanjikan pendidikan percuma maka mereka mahu mendera kerajaan PR Selangor supaya menunaikan janji pendidikan percuma. Masa depan anak-anak bangsa diperjudikan oleh kerana politik sempit mereka.
Beri PR memerintah pusat jika mahu melihat pendidikan percuma di Malaysia.
Tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.
"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," kata Naib Canselor UNISEL Prof Dr Anuar Ahmad kepada Malaysiakini semalam.
"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," kata Naib Canselor UNISEL Prof Dr Anuar Ahmad kepada Malaysiakini semalam.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.
"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.
"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.
Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."
Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.
"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor.
Comments