Semalam media melaporkan bahawa, Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin berkata BN dalam bahaya di mana kemungkinan mereka tewas pada PRU 13 akan datang.
Pemerhati politik berpendapat ianya hanyalah perang psikologi yang dilancarkan oleh Muhyiddin bagi menaikkan semangat penyokong BN untuk bekerja lebih kuat pada PRU 13 nanti. Selain itu mereka merasakan kenyataan Muhyiddin itu juga bertujuan untuk melalaikan penyokong PR supaya 'over confident' dan merasakan mereka berada dalam keadaan selesa untuk menang dan tidak perlu bekerja kuat.
Apa yang pasti sebenarnya BN sedang bekerja kuat samada secara halal dan 'haram'. Dakwaan adanya konspirasi mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih; manipulasi sistem pilihanraya membuktikan bahawa BN sebenarnya sudah bersedia untuk menang dan tidak perlu bekerja kuat untuk menang percuma.
Walaupun BN begitu bobrok dan brutal menjalankan kerja-kerja terkutuk itu tetapi sehingga kini mereka masih belum benar-benar yakin untuk menang selesa.
Maka Muhyiddin cuba mengeluarkan kenyataan serampang dua mata itu sebagai strategi perang saraf. Pemimpin dan petugas PR tidak seharusnya terjerat dengan kenyataan ini.

Comments