.

.

03 June 2012

MUSTAPHA KAMAL DERMA UNTUK LEBUH RAYA MUSTAPHA MAMAT BILA LAGI?


Pelakon Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal turut memberi sumbangan kepada pembinaan lebuhraya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu yang sedang diusahakan kerajaan negeri.


Sumbang secara terus itu diberikan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu program dialog anak Kelantan di perantauan anjuran urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu kota semalam.

Ketika ditanya tentang sumbangan tersebut beliau memberitahu sebagai anak jati Kelantan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membantu dalam usaha melancarkan pembinaan lebuhraya tersebut bagi kemudahan seluruh rakyat negara ini terutama rakyat Negeri Kelantan.

Kalau Mustapha Kamal sudah mendermakan duit beliau kepada pembinaan Lebuh Raya rakyat, bila lagi Mustapha Mamat, Pengerusi Umno Kelantan hendak derma. Sebab beliau nanti akan menggunakan lebuh raya tersebut. Awang Adik juga dijemput untuk menderma. Mereka berdua duit banyak jangan malu dan segan untuk derma ..............

Sumber : Hdaily

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter