.

.

06 March 2010

YB ZUL ELOK MASUK UMNO?

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya Saifuddi Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini. Bagi baik juga kalau YB Zul masuk Umno kerana sejak akhir-akhir ini kenyataan beliau banyak yang sehaluan dengan Umno.

05 March 2010

GST : UNTUNGKAN ORANG KAYA, SI MISKIN DERITA

PAS nekad bantah GST, pengurangan cukai pendapatan hanya untungkan orang kaya

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membantah cadangan Kerajaan Barisan Nasional yang nekad melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dilaksanakan menjelang pertengahan 2011 bagi mengantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia.

Pada masa ini kedua-dua cukai itu masing-masing berada 10 peratus dan lima peratus, tetapi hanya meliputi barang mewah sahaja dan bukannya barangan keperluan utama. Walaupun GST hanya 4 peratus tetapi ia akan melibatkan ke semua jenis barang termasuk barangan keperluan utama yang dikawal.

Strategi Kerajaan yang mahu mengurangkan cukai pendapatan dan korporat secara beransur-ansur bagi mengurangkan beban pengguna ini juga dilihat tidak logik kerana pembayar cukai pendapatan dan syarikat hanya melibatkan mereka yang berkemampuan, sedangkan cukai GST akan melibatkan semua lapisan rakyat termasuk mereka yang tidak berkemampuan.

GST akan menyusahkan ibubapa yang mahu membeli susu untuk anak-anak mereka, peniaga restoran juga terpaksa menaikan harga makanan jika beras, ikan, daging, ayam dan sayuran dikenakan cukai. Mereka yang hidup diluar bandar pasti akan lebih terasa kerana barangan keperluan yang dihasilkan dikilang akan meningkat dalam pasaran.

PAS juga melihat pembatalan cadangan penstrukturan semula subsidi Petroleum tidak memberi apa-apa makna, kerana bila GST 4 peratus dilaksanakan, kemungkinan harga minyak bercukai ini akan naik sebanyak 10 sen seliter atau lebih dari itu.

Harga tambang perkhidmatan juga kemungkinan akan berubah dengan peningkatan sebanyak 4 peratus. Bayangkanlah nasib pengguna perkhidmatan Komuter, LRT, Bas dan kapal terbang dimasa depan dengan cukai ini.

Bagi barangan yang dihasilkan dalam kilang pengguna berkemungkinan menerima cukai GST 8 peratus kerana 4 peratus dikenakan oleh pengilang dan 4 peratus dikenakan melalui pemborong atau penjual dipasaran.

Rakyat harus membuka mata terhadap isu ini dan PAS nekad membantah dasar GST demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

MENGGILA CARI 2/3 MAJORITI

Menggila mencari 2/3 majoriti kerusi di Parlimen. Itulah ungkapan yang boleh saya ucapkan terhadap tindakan BN yang dituduhkan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan beberapa kerusi lagi bagi mencapai hasrat mereka mendapat majoriti 2/3 di parlimen.
Matlamat menghalalkan cara. Jadi apa juga cara yang boleh dilakukan akan mereka lakukan yang penting hasrat dan kehendak nafsu yang bergejolak mesti ditunaikan. Tidak kira apa impak dan kesan yang penting kehendak mesti diperolehi.

Walaupun ianya berlawanan dengan Islam, demokrasi dan undang-undang. Itu semua tidak penting, aku punya kuasa, apa aku suka aku boleh buat.
Ramai pihak menuduh tindakan 3 orang Ahli Parlimen PKR keluar parti dan konon-kononnya menjadi BEBAS didalangi orang tertentu yang menjadi budak suruhan (wok yek) pihak atasan. Ada yang menuduh mereka disuap dengan wang jutaan ringgit manakala yang mendakwa mereka itu adalah pimpinan yang bermasalah dari segi kewangan, perniagaan maupun integriti.
Apapun bagi saya semua itu adalah pengajaran kepada kita dan sebagai orang Islam kita mesti menerimanya dengan redha dan sudah tentu ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. Yang pasti tindakan melompat parti ini adalah proses pembersihan kotoran dari PR. Pemimpin seperti itu yang terpalit dengan kotoran sudah tentu akan mencari parti-parti dan pemimpin-pemimpin yang juga kotor.

LOMPAT PARTI : BELI MEMBELI JUAL MENJUAL

Heboh satu 'Malaya' bahawa PKR akan hancur akibat 2,3 kerat Ahli Parlimennya keluar parti dan menjadi bebas (yang sebenarnya jadi BN bukan bebas).
Maka bermacamlah cerita kita dengar dari penganalisa politik yang professional dan tidak professional. Ada yang menuduh mereka ini memang ikhlas berjuang untuk kepentingan negara dan rakyat bukan kepentingan diri sebab itu mereka keluar dan jadi bebas (BN).
Namun bagi saya tindakan mereka keluar dari PKR (PR) ini adalah upacara pembersihan PR dari pemimpin yang tiada integriti dan ketahanan diri. Kita tidak pasti samada mereka ini dibeli atau disuap tetapi yang pasti mereka yang melompat parti ini adalah individu yang tidak bermaruah dan penyangak politik.
Orang seperti ini memang layak jadi bebas dan sokong Umno kerana Umno itu sendiri adalah tempat untuk menternak pemimpin-pemimpin yang rasuah, korup, tidak berakhlaq, penuh skandal dan sebagainya.
Jadi janganlah kita sedih dan hairan kerana pemimpin seperti ini lambat laun akan kembali mencari kawan dan rakan yang perangainya sama macam mereka.

KESAL DENGAN TINDAKAN DUN MELAKA, TOLAK USUL

Saya kesal dengan tindakan DUN Melaka yang awal-awal lagi menolak semua usul-usul yang di bawa oleh ADUN Pakatan Rakyat negeri Melaka pada Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka yang akan berlangsug bermula Isnin hingga Khamis ini.

Kesemua soalan-soalan yang dikemukakan oleh ADUN PR itu telah dihantar kepada Setiausaha DUN mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Malangnya jawapan yang diterima amat mengecewakan apabila kesemua soalan tersebut ditolak.

Antara usul yang dikemukakan ialah mendesak Ketua Menteri dan semua exco-exco kerajaan negeri Melaka mengisytiharkan harta masing-masing; menggesa kerajaan negeri memperincikan perancangan membina pulau buatan yang dinamakan Pulau Jalur Gemilang.

Tindakan DUN Melaka menolak usul-usul ini jelas membuktikan DUN Melaka tidak demokratik dan membelakangkan kepentingan rakyat kerana semua soalan yang dikemukakan oleh ADUN PR adalah berkaitan dengan kepentingan rakyat.

Mengapa kerajaan negeri takut untuk membahaskan isu tersebut jika mereka telus dan professional. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Rakyat Melaka berhak mengetahui semua perancangan dan projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan kerana ianya melibatkan duit rakyat sebagai pembayar cukai.

Kita tidak mahu kerajaan negeri membelanjakan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya tanpa dipertanggungjawabkan.

Selain itu rakyat juga berhak mengetahui kekayaan Ketua Menteri dan Exco-exconya kerana jika didapati kekayaan mereka tidak munasabah dan sepadan dengan pendapatan mereka maka sudah pasti rakyat akan berasa sangsi dengan integriti pemimpin mereka.

Pemimpin itu sendiri berhak membebaskan diri mereka dari tuduhan dan syak wasangka rakyat dengan mengisytiharkan harta mereka secara jujur dan telus.

SEMUA USUL ADUN PR DITOLAK

Semua usul ADUN PR di tolak oleh Speaker DUN Melaka pada persidangan DUN yang dijadualkan Isnin ini.
Speaker menolak semua usul yang dihantar kepada pejabatnya.
Semua usul-usul itu melibatkan kepentingan negeri dan rakyat. Keputusan ini merupakan keputusan yang tidak demokratik dan jelas tidak adil.
Usul-usul yang dihantar itu akan saya paparkan secara detail sehari dua ini.

03 March 2010

LETAK JAWATAN

RAKYAT MESTI DESAK WAKIL RAKYAT KELUAR PARTI LETAK JAWATAN

Saya mengesyorkan kepada seluruh rakyat di kawasan yang diwakili oleh Ahli Parlimen PKR yang keluar parti supaya mendesak mereka meletakkan jawatan masing-masing serta merta. Ini kerana wakil rakyat tersebut sudah tidak mempunyai ingeriti lagi lebih-lebih lagi kemenangan mereka pada PRU 12 lalu adalah bukan kerana faktor peribadi tetapi adalah kerana faktor parti yang mereka wakili.

Sudah pasti mereka yang terlibat akan tewas jika mereka bertanding atas kapasiti peribadi kerana rakyat sebenarnya memilih parti bukannya memilih peribadi.

Jadi atas dasar tersebut maka amat wajar mereka meletakkan jawatan serta merta kerana mereka sudah tidak mempunyai integriti lagi.

Saya menyokong gesaan Tuan Guru Nik Aziz yang menggesa semua ahli parlimen yang keluar dari PKR menjadi bebas supaya meletakkan jawatannya serta merta.

PR MELAKA DAPAT SAMBUTAN HEBAT

Pakatan Rakyat negeri Melaka melipatgandakan usaha mendekati rakyat pelbagai lapisan masyarakat dengan mengadakan pelbagai program. Minggu lepas Pemuda PR Melaka mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina bertempat di Taman Sin Hoe Bukit Baru. Lokasi rumah terbuka itu terletak di dalam DUN Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil di mana ADUN Bukit Baru adalah Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


Program anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Pemuda DAPSY Negeri Melaka dan Angkatan Muda Keadilan Negeri Melaka berjaya menarik seramai kira-kira 1000 orang pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.


Kehadiran pengunjung yang bertali arus membuktikan bahawa PR Melaka semakin diterima oleh rakyat Melaka khasnya masyarakat Tionghua.


Pelbagai acara telah diadakan antaranya tarian singa, ucapan pimpinan PR dan lain-lain.


Antara pimpinan PR yang hadir pada program tersebut ialah Ketua DAPSY yang juga Ahli Parlimen Rasah,YB Anthony Loke Siew Fook; Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Selat Kelang, YB Dr Hajah Halimah Ali, Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishan, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari, Pengerusi DAP Melaka YB Goh Leong San dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.


Dalam ucapannya kepada hadirin, YB Anthony Loke berkata bahawa beliau optimis PR akan mendapat sokongan yang lebih hebat pada Pilihanraya Umum 13 nanti berdasarkan situasi dan isu-isu semasa yang jelas memihak kepada PR.


“Saya sudah kenal siapa Umno, MCA, MIC dan Gerakan, mereka akan membuat perubahan secara total dengan menolak BN yang sudah semakin lemah sekarang”.


“PR juga akan mendapat kemenangan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor di mana berdasarkan keputusan Pilihanraya Umum ke 12 ketiga-tiga negeri itu sudahpun menunjukkan prestasi yang membanggakan” tegas Siew Fook yang juga merupakan ADUN Lobak dan Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan.


Beliau berkata BN sudah semakin lemah dan tenat sekarang kerana krisis dalaman parti-parti komponen BN semakin meruncing khasnya MCA dan PPP.


Siew Fook juga gembira dengan semangat kerjasama yang erat antara DAP, P AS dan PKR di Melaka di mana program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina ini membuktikan bahawa kerjasama itu semakin erat dan mantap.


Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata DUN Bukit Baru sengaja dipilih sebagai lokasi program Rumah Terbuka ini kerana ianya melambangkan bahawa kepimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditolak oleh rakyat kerana kes rasuah, pembaziran dan kelemahan pemerintahan kerajaan negeri pimpinannya.


“Kita ingin menghantar mesej kepada Ali Rustam bahawa rakyat di dalam DUNnya sendiri bangkit menentang beliau dan kerajaan BN Negeri Melaka”.


“Rakyat sudah muak dan bosan dengan sikap Ali Rustam yang tidak malu dan tidak bermaruah sehingga masih sanggup memegang jawatan Ketua Menteri wakaupun terbukti beliau mengamalkan rasuah” tegas Ustaz Kamaruddin.


Beliau seterusnya sekali lagi mendesak Ali Rustam supaya berundur dari jawatannya dengan serta merta sebelum rakyat Melaka menghukum beliau pada Pilihanraya Umum akan datang.


Beberapa pimpinan lain juga turut berucap antaranya Dr Halimah Ali, Gobalakrishnan dan Goh Leong San.


Salah seorang pengunjung yang ditemui, Ah Xi Xen, 35 dari Bachang berkata program rumah terbuka tahun baru Cina anjuran PR ini benar-benar melambangkan perpaduan dan hubungan erat masyarakat pelbagai kaum yang menyokong PR.


“Saya sangat gembira dengan program ini sebab semua kaum datang merayakan rumah terbuka ini tanpa rasa malu”.


“Ini merupakan contoh terbaik kepada rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum” kata Ah Xie Xen.


Muniandy, 42 dari Bukit Baru pula mengucapkan terima kasih kepada PR kerana berjaya mengadakan program seumpama ini yang pertama kali diadakan oleh ketiga-tiga dalam PR.


Beliau mengharapkan kerjasama erat dalam PR dapat ditingkatkan bagi memastikan PR dapat memerintah negeri Melaka selepas Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

PR TERGUGAT, BN TAK TERGUGAT KE?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu menunjukkan ahli dan pemimpinnya semakin hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR.

Menurut Perdana Menteri, keadaan itu merupakan asas yang menunjukkan keretakan dalam PKR bukan perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku.

Bagaimana pula dengan pimpinan dan bekas pimpinan BN yang masuk PR, adakah BN juga tergugat.???

Antara pimpinan BN yang masuk PR ialah Chua Jui Meng, Fauzi Rahman dan lain-lain.

KALAU ORANG BUAT SALAH GUNA KUASA, KALAU DIA BUAT??

Kuasa yang diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menamatkan kontrak syarikat yang melaksanakan projek di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan, boleh dianggap sebagai salah guna kuasa.

Perdana Menteri, Najib Tun Razak berkata, sebarang kontrak tidak boleh ditamatkan melainkan kontraktor atau pemborong projek itu melanggar syarat-syarat utama tender kerana merupakan perjanjian antara pihak berkenaan dan kerajaan.

Bagi saya mudah sahaja jika kontrak dan perjanjian dilanggar, orang yang dianiaya boleh membawa kes tersebut ke mahkamah, biar mahkamah tentukan siapa yang benar dan salah.

02 March 2010

MUFTI: APA HUKUM ALI RAIKAN PERAYAAN KUIL

Pekarangan Kuil Sri Sannasi Malai Andavai di sini serta kawasan persekitarannya berubah menjadi bagaikan suasana karnival apabila lebih 50,000 penganut berkumpul merayakan perayaan kuil berkenaan yang ke-150 semalam.

Dianggap sebagai perayaan penganut Hindu yang kedua terbesar selepas Thaipusam, ia bukan sahaja disertai penganut dari Melaka, tetapi juga beberapa negara lain.

Pengerusi Perhubungan MIC Negeri, Datuk R Raghavan berkata, kemeriahan acara sambutan membuktikan Malaysia merupakan sebuah negara mengamalkan demokrasi, di mana penganut agama lain turut diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan mereka.

Menurutnya, keunikan inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara contoh.

“Ini adalah selaras dengan konsep 1Malaysia, di mana perbezaan kita menjadi sumber kekuatan negara. Inilah yang perlu kita kekalkan pada setiap masa,” katanya ketika ditemui pada upacara berkenaan.

:Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Timbalan Pengerusi Perhubungan MIC Negeri, S Mahadevan ; Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron; Pengerusi Jawa�tankuasa Negeri Pelan�congan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Seet Har Cheow dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Rumput, Dvatuk Tahir Hassan.

Sementara itu, seorang pelancong, Gunther Haas, 56, berkata, beliau amat teruja dengan apa yang disaksikan semasa upacara keagamaan berkenaan, terutamanya semasa acara membawa kavadi oleh penganut.

“Sebelum ini, saya hanya mendengar mengenai acara sebegini, tetapi hari ini, saya berkesempatan melihatnya dengan mata saya sendiri,” katanya.

Kewujudan pelbagai gerai jualan di sepanjang jalan menuju ke kuil berkenaan turut menyumbang kepada suasana karnival, di mana ratusan penganut serta pengunjung mengambil kesempatan untuk mengunjunginya.

UTAMAKAN KAKITANGAN KONTRAK BUKAN JADI ALAT UMNIO

PAS mahu SPA utamakan kakitangan kontrak, Kerajaan bukan alat Umno

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencadangkan agar pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memberi keutamaan kepada kakitangan kontrak bagi mengisi 50 ribu jawatan baru bagi tahun ini seperti yang diumumkan oleh Setiausahanya, Datuk Lamien Sawiyo semalam.

Sebelum ini PAS telah menerima banyak maklumbalas berhubung penamatan perkhidmatan kakitangan kontrak yang mula berkuatkuasa bulan ini. Dianggarkan lebih 60 ribu kakitangan kontrak akan diberhentikan bagi menyelaraskan dasar berjimat cermat kerajaan.

PAS melihat bahawa sebahagian besar kakitangan ini mempunyai kemampuan dan pengalaman yang melayakan mereka untuk meneruskan perkhidmatan sebagai kakitangan tetap dan ini adalah tanggungjawab SPA untuk memastikan negara tidak mengalami begitu banyak kerugian serta dapat membantu mereka.

Dalam masa yang sama, PAS berharap agar Kerajaan dapat meningkatkan intergriti kakitangannya bagi mengelakkan gejala rasuah yang dilakukan oleh pegawai SPRM baru-baru ini menular ke jabatan lain. PAS juga menyeru agar Ketua Setiausaha Negara meningkatkan kredibiliti organisasi kerajaan disemua peringkat dan tidak membiarkan jentera Kerajaan menjadi alat tunggangan Umno-BN seperti yang berlaku dalam kes siasatan terhadap 37 orang guru di Pulau Pinang akhir bulan lepas dan juga beberapa siri Pilihanraya Kecil tahun lepas.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

01 March 2010

UMNO TEMPAH MAUT

Umno benar-benar menempah maut di Kelantan apabila bertindak menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.

Tindakan ADUN Umno ini sudah tentu akan dikenang sampai bila-bila kerana ia membuktikan bahawa Umno lebih mementingkan emosi dan kepentingan politik dari kepentingan rakyat. Mengapa dalam hal kepentingan rakyat sebegini pun Umno tidak mahu bersama dengan rakyat Kelantan. Semua orang tahu orang Kelantan sangat menyanjung tinggi semangat mempertahankan hak mereka dan tindakan Umno ini amat bertentangan dengan sifat dan perangai orang Kelantan.

Malah dalam kajian yang dibuat baru-baru ini kira-kira 85 % rakyat Kelantan menyokong tuntutan royalti ini. Jadi sah Umno menempah maut di Kelantan.

INILAH CONTOH SEMANGAT 1MALAYSIA

Seorang anggota exco kerajaan Kelantan melahirkan rasa kecewanya dengan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi kerana membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata apa yang berlaku di majlis pelepasan itu di hadapan Istana Balai Besar pagi tadi adalah sesuatu memalukan.

"Ia tidak menghormati tok guru selaku menteri besar dan tuan rumah yang sepatutnya melakukan pelepasan itu," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia itu memulakan peringkat pertama dari Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5km.

Mengulas perkara itu, Abdul Fatah berkata nama Nik Aziz, selaku tetamu kehormat untuk melepaskan peserta, dimaklumkan kepada beliau pada malam tadi.

"Sepatutnya saya dimaklumkan terlebih dahulu jika ada perubahan tetapi ini tidak dan keadaan ini sangat memalukan," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur terhadap insiden itu.

LTdL kali ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 kilometer untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.

NAJIS DAN YANG BUSUK PATUT DITAPIS KELUAR

Najis dan apa sahaja yang busuk dalam PR patut ditapis keluar agar ianya tidak menjadi pengacau dan duri dalam daging.
Sejak akhir-akhir ini individu-individu pengacau ini menggunakan kedudukan mereka sebagai ahli parlimen menghentam PR dari segenap segi dan mereka ini diberikan ruang seluas-luasnya oleh media kerana ianya memberikan kelebihan kepada BN.
Niat dan tujuan BN hanya satu iaitu untuk memburuk-burukkan PR di mata rakyat. Persepsi rakyat kepada PR juga bertambah buruk, maka mudahlah untuk BN menang pada PRU 13 akan datang.

28 February 2010

ANWAR CERAMAH DI PULAI SERKAM 5 MAC

Ceramah Anwar Ibrahim
Tarikh : 5 Mac 2010
Tempat : Markaz PAS Pulai, Serkam, Jasin

Semua dijemput hadir.

JANGAN SERTAI GEROMBOLAN PEROMPAK ROYALTI

Mahukah kamu menyertai gerombolan perompak jika kamu dipelawa menyertainya. Sudah pasti kita tidak mahu malah akan menjauhi gerombolan mereka.
Sehari dua ini kepala perompak wang royalti minyak Kelantan mempelawa wakil kerajaan negeri Kelantan untuk sama-sama bersekongkol 'merompak' royalti hak rakyat Kelantan.
Kepala perompak itu yang bernama Awang Songel dengan muka tidak malu mengajak orang lain sama-sama merompak tidakkah kerja yang amat memalukan. Sudahlah diri sendiri hendak merompak wang rakyat Kelantan kini mahu pula mengajak orang lain melakukan dosa yang mereka hendak lakukan.
Saya setuju sangat kalau kerajaan negeri Kelantan mengharamkan sesiapa juga dari pegawai kerajaan negeri atau ahli PR untuk bersekongkol dengan Awang Songel membuat kerja haram ini.

Kerajaan negeri dan rakyat negeri Kelantan sudah pasti tidak akan redha dengan kerja merompak ini.
Dulu rompak kuasa kerajaan negeri Perak, kini rompak wang royalti kerajaan negeri dan rakyat negeri Kelantan.
Memang mereka kaki rompak merompak ................

NAJIB CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Perdana Menteri berkata, destinasi akhir bagi media untuk memberi tumpuan ialah "sebuah negara Malaysia yang makmur, harmoni, bersatu padu, lebih baik dan kuat."

Beliau berharap dalam melaksanakan perbezaan dasar masing-masing, media mesti menyedari bahawa mereka perlu mendekatkan hubungan di kalangan rakyat dan bukan memecah belahkan mereka.
Ucapan itu beliau ungkapkan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran Sin Chew Media Group di ibu pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.
Namun bagi saya apa yang Najib ucapkan itu ibarat Cakap Tak Serupa Bikin.
Sebagai kalau benar Najib ingin mengujudkan sebuah negara yang bersatu padu mengapa kerajaan pimpinannya masih mengamalkan diskriminasi terhadap keraajaan negeri-negeri PR sedangkan negeri tersebut juga tergolong dalam Malaysia dan didiami oleh rakyat Malaysia. Jelas semangat federalisme dirobohkan oleh Najib dan kerajaannya.
Contoh paling baru ialah isu royalti apabila kerajaan Najib secara terbuka melanggar perjanjian Petronas dan kerajaan negeri Kelantan apabila enggan membayar royalti dan ianya ditukar dengan wang ihsan.
Begitu juga dalam hal penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di semua negeri PR yang bertindak menjadi badan yang menguruskan peruntukan dan bantuan dari kerajaan pusat sedangkan kerajaan negeri sudah sedia ada. JPP juga ditubuhkan untuk mengambilalih tugas JKKK di bawah kerajaan negeri. APAKAH INI SEMANGAT PERPADUAN YANG NAJIB MAHUKAN.
Banyak sekali tindakan yang dilakukan oleh kerajaan pusat yang jelas menghancurkan semangat perpaduan dan kerjasama. Maka benarlah dakwaan ramai pihak bahawa kerajaan dan pimpinan kerajaan CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

MELAYU TOLAK ISLAM, BUKAN ISLAM MAHU ISLAM

Ketua Pemuda Kelab Penyokong PAS, Vincent Lee hairan dengan sikap orang Melayu Islam yang mengaku Islam tetapi tidak mahu menyokong parti Islam seperti PAS yang jelas berjuang untuk menegakkan Islam di negara ini.
"Macamana orang Islam yang mengaku Islam tetapi menolak negara Islam dan undang-undang Islam yang diperjuangkan PAS'.
"Saya orang Bukan Islam pun menyokong parti Islam, hairanlah" kata beliau.
Vincent berkata PAS terbukti menunaikan apa yang dijanjikan oleh mereka apabila tidak seorang pun pemimpin PAS Kelantan ditangkap kerana rasuah walaupun sudah 20 tahun memerintah Kelantan berbanding dengan negeri-negeri BN yang mana ramai sekali pemimpin dan pegawainya disiasat dan disabitkan dengan kesalahan rasuah.
"Itupun kalau tidak dilindungi oleh pihak-pihak tertentu sudah tentu ramai lagi yang akan disabitkan dengan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa" kata Vincent.
Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Bukit Katil dan Pemuda PR di Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

PERTAHAN HAK MELAYU ATAU UMNO?

Media hari ini melaporkan bahawa sebanyak 76 NGO Melayu bergabung hari ini bagi menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini.

Antara NGO yang menyertai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali Al-lompati yang bertindak sebagai wakil pertubuhan itu berkata, peranan MPM adalah sebagai pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu, kedudukan agama Islam dan ketuanan Raja-Raja Melayu di negara ini
Bagus niat MPM ini tetapi pada pandangan saya penubuhan MPM tidak sejajar dengan semangat 1Malaysia yang digagaskan oleh Imam 1Malaysia Najib Razak kerana jelas MPM bersemangat Melayu sempit dan tinggi semangat perkaumannya, sedangkan Najib mahu kita semua jadi 1Malaysia bukan 1Melayu.
Satu lagi persoalan saya ialah MPM apakah MPM mempertahankan Melayu atau Umno kerana tindak tanduk Ibrahim dan rakan-rakan sewaktunya nampaknya sentiasa menyokong apa juga yang Umno buat walaupun bertentangan dengan agama dan demokrasi.

BATU API TAK PERNAH SERIK

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah jujur dalam hubungan de- ngan Pas termasuk Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ezam mendakwa, pemimpin PKR itu hanya menggunakan Pas untuk meraih sokongan bagi menyelesaikan masalah peribadinya yang kini berhadapan perbicaraan mahkamah berhubung tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Terbukti kuda tunggangan Umno yang semakin dilupakan ini tidak pernah serik mengadu domba dan menjadi batu api kepada PAS dan PKR.
Kepada Ezam saya harap hentikanlah tindakan bodoh dan jahat ini buatlah kerja lain yang lebih berfaedah. Jangan cari dosa kering macam ini. Duduk diam-diam lebih baik dan berkata-kata. Jika fitnah dan tohmahan ini melekat selamanya di dalam kepada otak rakyat maka selama itulah dosa itu akan didokong oleh kamu wahai Ezam.

ALI RUSTAM : KATA HENDAKLAH DIKOTA

Rakyat diingatkan tidak menyalahgunakan fahaman politik sebagai landasan memecahbelahkan masyarakat.

Tindakan itu dianggap sebagai langkah kurang sihat dan tidak wajar dilakukan umat Islam.

Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam berkata, perbalahan mengenai perkara bukan asas hanya merugikan rakyat di negara ini.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri, Tahun 1431H di Stadium Tun Fatimah, di Bandaraya Melaka semalam.

Saya sangat bersetuju dengan saranan Ketua Menteri Melaka itu. Jika beliau benar-benar merealisasikan apa yang beliau sarankan saya yakin masyarakat di negeri Melaka ini akan lebih harmoni dan bersatu padu.
Namun saya harapkan beliau memikirkan insiden di bawah ini supaya tidak berlaku lagi demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat negeri ini :-
  • Bebaskan insititusi masjid, intitusi masyarakat seperti JKKK, Persatuan Penduduk dan sebagainya dari kepentingan politik Umno. Sehingga ini semua AJK masjid dilantik oleh pihak berkuasa dengan meminggirkan mereka yang layak kerana bukan ahli Umno. Lantik mereka yang layak tanpa mengira warna kulit dan ideologi politik
  • Bebaskan agensi kerajaan negeri dari politik sempit Umno di mana mereka yang hendak bekerja di agensi terbabit mesti ahli Umno seperti yang terjadi kepada 20 orang pekerja baru SAMB baru-baru yang diminta menyertakan sijil ahli Umno sebagai syarat untuk diterima bekerja di situ.
  • Tender-tender dan projek kerajaan negeri hendaklah diberikan secara adil dan bebas dari politik kepartian. Ramai kontraktor yang baik gulung tikar kerana tidak mendapat projek kerana dikatakan bukan penyokong dan ahli Umno.
  • Semua jawatan-jawatan penting agensi kerajaan negeri diberikan kepada kroni-kroni Umno walaupun tidak layak yang akhirnya menyebabkan syarikat-syarikat tersebut gulung tikar seperti Eye On Malaysia dan lain-lain.

Banyak lagi sebenarnya insiden dan buktikan menunjukkan saranan Ketua Menteri itu hanyalah retorik semata-mata di mata hakikatnya Umno/BN yang menggalakkan perpecahan di dalam masyrakat dengan meminggirkan terus rakyat tidak sehaluan dengan mereka walaupun mereka ini lebih layak, berakhlak, berintegriti dan professional.

Jika perkara terus diamalkan saya pasti perpaduan ini akan hanya tinggal angan-angan kosong.

SEMUA AHLI PAS DAN PKR MASUK UMNO

Kalau kita berpandukan berita dalam Utusan Meloya saya pasti PAS dan PKR sudah tidak ada ahli lagi yang tinggal hanya Tuan Guru Haji Hadi dalam PAS dan Anwar Ibrahim dalam PKR yang lain semua sudah masuk Umno. Manakan tidak setiap kali menjelang Pilihanraya Umum sudah tentu Utusan akan menyiarkan berita puluhan ahli parti komponen PR masuk Umno. Ahli DAP masuk MCA atau Gerakan.
Begitulah hebatnya Umno di mata Utusan sehingga semua rakyat hendak masuk Umno.

Namun hakikatnya jika seorang ahli PAS atau PKR masuk Umno akan dilaporkan 10 orang kalau 10 orang akan dilaporkan 100 orang dan begitulah seterusnya.
Sebagai contoh di 2 orang ahli PAS termasuk Senin Tompang di Kg Musai, Bukit Baru, Melaka masuk Umno dikatakan 40 orang masuk Umno beberapa bulan lalu. Itupun kerana Senin ini memang bermasalah dan PAS gembira beliau masuk Umno.
Semalam sekali lagi Utusan dan Umno main wayang dan sandiwara.
Utusan melaporkan bahawa seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan semalam.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Jika kita merujuk kepada laporan ini kemungkinan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Mansor Othman akan hilang deposit pada PRU ke 13 jika mereka terus bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan DUN Penanti. Jadi eoklah mereka cari kerusi lain kerana barangkali semua ahli PAS dan PKR di kawasan tersebut akan masuk Umno semuanya menjelang PRU 13.

Namun adakah tuan-puan percaya dengan laporan Utusan ini??????

PEMUDA UMNO 'CEROBOH' MASJID

Malam tadi seorang yang mengaku pimpinan Pemuda Umno Bahagian Bukit Katil tanpa diundang cuba 'merampas kuasa' untuk menjadi imam solat di Masjid Balai Panjang, Melaka.
Tanpa diundang pemuda tersebut parking di hadapan masjid dan terus masuk menemui Imam masjid berkenaan memohon untuk menjadi imam. Imam masjid berkenaan tidak bersetuju dan menjawab bahawa masjid berkenaan sudah mempunyai 3 Imam dan tidak memerlukan orang luar yang dikenali seperti itu menjadi Imam.
Pemuda tersebut dengan angkuh memberitahu bahawa Ketua Menteri Melaka mengarahkan beliau datang ke masjid itu dan menjadi Imam.
Sebaik sahaja selesai iqamah, pemuda tersebut terus hendak naik menjadi Imam tetapi dihalang oleh seorang ahli kariah berkenaan sambil beliau mengarah penceramah undangan program maulid di masjid itu naik menjadi Imam.
Begitulah biadapnya Pemuda Umno mahu merampas hak Imam masjid berkenaan. Kalaupun hendak menjadi Imam mintalah dengan sopan dan tidak perlulah menyebut nama Ketua Menteri. Kalau Imam Masjid tidak benarkan janganlah pula kita pandai-memandai untuk menjadi Imam kerana masjid berkenaan sudah ada Imam yang dilantik pihak berwajib.
Seorang ahli kariah masjid berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan di sini melahirkan rasa kesal dengan tindakan pemuda Umno berkenaan yang mencemarkan institusi masjid.
"Sudahlah Umno/BN mempolitik masjid dengan melantik mereka yang tidak layak menjadi AJK Masjid kini mereka pula cuba 'menceroboh' masjid kami"
"Saya harap perkara sebegini tidak berulang lagi di masa depan" ujar beliau yang sememangnya sentiasa bersolat 5 waktu di masjid itu.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter