MUFTI: APA HUKUM ALI RAIKAN PERAYAAN KUIL

Pekarangan Kuil Sri Sannasi Malai Andavai di sini serta kawasan persekitarannya berubah menjadi bagaikan suasana karnival apabila lebih 50,000 penganut berkumpul merayakan perayaan kuil berkenaan yang ke-150 semalam.

Dianggap sebagai perayaan penganut Hindu yang kedua terbesar selepas Thaipusam, ia bukan sahaja disertai penganut dari Melaka, tetapi juga beberapa negara lain.

Pengerusi Perhubungan MIC Negeri, Datuk R Raghavan berkata, kemeriahan acara sambutan membuktikan Malaysia merupakan sebuah negara mengamalkan demokrasi, di mana penganut agama lain turut diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan mereka.

Menurutnya, keunikan inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara contoh.

“Ini adalah selaras dengan konsep 1Malaysia, di mana perbezaan kita menjadi sumber kekuatan negara. Inilah yang perlu kita kekalkan pada setiap masa,” katanya ketika ditemui pada upacara berkenaan.

:Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Timbalan Pengerusi Perhubungan MIC Negeri, S Mahadevan ; Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron; Pengerusi Jawa�tankuasa Negeri Pelan�congan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Seet Har Cheow dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Rumput, Dvatuk Tahir Hassan.

Sementara itu, seorang pelancong, Gunther Haas, 56, berkata, beliau amat teruja dengan apa yang disaksikan semasa upacara keagamaan berkenaan, terutamanya semasa acara membawa kavadi oleh penganut.

“Sebelum ini, saya hanya mendengar mengenai acara sebegini, tetapi hari ini, saya berkesempatan melihatnya dengan mata saya sendiri,” katanya.

Kewujudan pelbagai gerai jualan di sepanjang jalan menuju ke kuil berkenaan turut menyumbang kepada suasana karnival, di mana ratusan penganut serta pengunjung mengambil kesempatan untuk mengunjunginya.

Comments