Rakyat diingatkan tidak menyalahgunakan fahaman politik sebagai landasan memecahbelahkan masyarakat.
Tindakan itu dianggap sebagai langkah kurang sihat dan tidak wajar dilakukan umat Islam.
Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam berkata, perbalahan mengenai perkara bukan asas hanya merugikan rakyat di negara ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri, Tahun 1431H di Stadium Tun Fatimah, di Bandaraya Melaka semalam.
Saya sangat bersetuju dengan saranan Ketua Menteri Melaka itu. Jika beliau benar-benar merealisasikan apa yang beliau sarankan saya yakin masyarakat di negeri Melaka ini akan lebih harmoni dan bersatu padu.

Namun saya harapkan beliau memikirkan insiden di bawah ini supaya tidak berlaku lagi demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat negeri ini :-
- Bebaskan insititusi masjid, intitusi masyarakat seperti JKKK, Persatuan Penduduk dan sebagainya dari kepentingan politik Umno. Sehingga ini semua AJK masjid dilantik oleh pihak berkuasa dengan meminggirkan mereka yang layak kerana bukan ahli Umno. Lantik mereka yang layak tanpa mengira warna kulit dan ideologi politik
- Bebaskan agensi kerajaan negeri dari politik sempit Umno di mana mereka yang hendak bekerja di agensi terbabit mesti ahli Umno seperti yang terjadi kepada 20 orang pekerja baru SAMB baru-baru yang diminta menyertakan sijil ahli Umno sebagai syarat untuk diterima bekerja di situ.
- Tender-tender dan projek kerajaan negeri hendaklah diberikan secara adil dan bebas dari politik kepartian. Ramai kontraktor yang baik gulung tikar kerana tidak mendapat projek kerana dikatakan bukan penyokong dan ahli Umno.
- Semua jawatan-jawatan penting agensi kerajaan negeri diberikan kepada kroni-kroni Umno walaupun tidak layak yang akhirnya menyebabkan syarikat-syarikat tersebut gulung tikar seperti Eye On Malaysia dan lain-lain.
Banyak lagi sebenarnya insiden dan buktikan menunjukkan saranan Ketua Menteri itu hanyalah retorik semata-mata di mata hakikatnya Umno/BN yang menggalakkan perpecahan di dalam masyrakat dengan meminggirkan terus rakyat tidak sehaluan dengan mereka walaupun mereka ini lebih layak, berakhlak, berintegriti dan professional.
Jika perkara terus diamalkan saya pasti perpaduan ini akan hanya tinggal angan-angan kosong.
Comments