SEMUA AHLI PAS DAN PKR MASUK UMNO

Kalau kita berpandukan berita dalam Utusan Meloya saya pasti PAS dan PKR sudah tidak ada ahli lagi yang tinggal hanya Tuan Guru Haji Hadi dalam PAS dan Anwar Ibrahim dalam PKR yang lain semua sudah masuk Umno. Manakan tidak setiap kali menjelang Pilihanraya Umum sudah tentu Utusan akan menyiarkan berita puluhan ahli parti komponen PR masuk Umno. Ahli DAP masuk MCA atau Gerakan.
Begitulah hebatnya Umno di mata Utusan sehingga semua rakyat hendak masuk Umno.

Namun hakikatnya jika seorang ahli PAS atau PKR masuk Umno akan dilaporkan 10 orang kalau 10 orang akan dilaporkan 100 orang dan begitulah seterusnya.
Sebagai contoh di 2 orang ahli PAS termasuk Senin Tompang di Kg Musai, Bukit Baru, Melaka masuk Umno dikatakan 40 orang masuk Umno beberapa bulan lalu. Itupun kerana Senin ini memang bermasalah dan PAS gembira beliau masuk Umno.
Semalam sekali lagi Utusan dan Umno main wayang dan sandiwara.
Utusan melaporkan bahawa seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan semalam.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Jika kita merujuk kepada laporan ini kemungkinan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Mansor Othman akan hilang deposit pada PRU ke 13 jika mereka terus bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan DUN Penanti. Jadi eoklah mereka cari kerusi lain kerana barangkali semua ahli PAS dan PKR di kawasan tersebut akan masuk Umno semuanya menjelang PRU 13.

Namun adakah tuan-puan percaya dengan laporan Utusan ini??????

Comments

Anonymous said…
skit pOwn x caye......
Albana said…
cuma orang gila jer percaya laporan utusan meloya...
Lee lepih said…
Bukan tak nak percaya tetapi tak boleh nak percayai. Kalau dah menipu selama 50 tahun, bukan senang nak ubah sikap yang dah jadi darah daging. Sebab itulah bangsa lain kat Malaysia ni tak hormati Melayu sebab perangai penipu UMNO ni dah memalukan semua orang Melayu lain yang tak terlibat. Tak percaya buat sorotan semua perkara yang UMNO dah buat selama 50 tahun ini....