NAJIB CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Perdana Menteri berkata, destinasi akhir bagi media untuk memberi tumpuan ialah "sebuah negara Malaysia yang makmur, harmoni, bersatu padu, lebih baik dan kuat."

Beliau berharap dalam melaksanakan perbezaan dasar masing-masing, media mesti menyedari bahawa mereka perlu mendekatkan hubungan di kalangan rakyat dan bukan memecah belahkan mereka.
Ucapan itu beliau ungkapkan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran Sin Chew Media Group di ibu pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.
Namun bagi saya apa yang Najib ucapkan itu ibarat Cakap Tak Serupa Bikin.
Sebagai kalau benar Najib ingin mengujudkan sebuah negara yang bersatu padu mengapa kerajaan pimpinannya masih mengamalkan diskriminasi terhadap keraajaan negeri-negeri PR sedangkan negeri tersebut juga tergolong dalam Malaysia dan didiami oleh rakyat Malaysia. Jelas semangat federalisme dirobohkan oleh Najib dan kerajaannya.
Contoh paling baru ialah isu royalti apabila kerajaan Najib secara terbuka melanggar perjanjian Petronas dan kerajaan negeri Kelantan apabila enggan membayar royalti dan ianya ditukar dengan wang ihsan.
Begitu juga dalam hal penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di semua negeri PR yang bertindak menjadi badan yang menguruskan peruntukan dan bantuan dari kerajaan pusat sedangkan kerajaan negeri sudah sedia ada. JPP juga ditubuhkan untuk mengambilalih tugas JKKK di bawah kerajaan negeri. APAKAH INI SEMANGAT PERPADUAN YANG NAJIB MAHUKAN.
Banyak sekali tindakan yang dilakukan oleh kerajaan pusat yang jelas menghancurkan semangat perpaduan dan kerjasama. Maka benarlah dakwaan ramai pihak bahawa kerajaan dan pimpinan kerajaan CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Comments