.

.

16 October 2009

BERITA HANGAT : PILIHANRAYA PERAK TIDAK LAMA LAGI?

Tidak semena-mena Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak memaklumkan bahawa pihaknya akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.
SPR di negeri-negeri lain tidak pula membuat pengumuman rasmi seperti ini. Adakah ini petanda baru DUN Perak akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada SPR mengadakan pilihanraya negeri bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu yang berlanjutan sehingga sekarang.
Pelbagai pihak berpendapat tidak mustahil pilihanraya negeri akan diadakan pada masa terdekat jika BN yakin mereka akan menang mutlak di Perak. Mungkin BN mengambil kira kemenangan mereka di Bagan Pinang sebagai indikator bahawa rakyat sudah kembali menyokong mereka dan inilah masanya untuk mendapat mandat baru dari rakyat.
Bagi pihak Pakatan Rakyat mereka mesti bersedia dari sekarang untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sila semak daftar pemilih terbaru tersebut untuk memastikan ianya bersih dan telus.
Sementara itu Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat SPR Perak, pejabat Pos, pejabat penghulu dan pejabat-pejabat daerah.
Tempoh pameran selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober, katanya.Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat pilihan raya negeri Perak di nombor telefon 05-24 94 113, 05-24 94 120 dan 05-24 94 121

MAKIN BANYAK MODAL DIPERLUKAN UNTUK JADI PEMIMPIN UMNO

Keputusan Umno meminda perlembagaannya bagi membolehkan 146,000 ahlinya memilih kepimpinan Umno sudah tentu menyebabkan calon-calon yang bertanding akan mengeluarkan modal yang lebih untuk menang. Kalau sebelum ini mereka terpaksa menyuap kira-kira 2,500 perwakilan bahagian untuk menang kini lebih ramai pelahap yang perlu mereka sogok.
Langkah meminda perlembagaan ini sebenarnya tidak akan mengurangkan rasuah tetapi ianya menggalakkan lebih banyak wang digunakan untuk sogokan bagi memastikan seseorang calon itu menang.
Kalau dulu mungkin calon-calon berbelanja sebanyak RM1 juta ringgit kini mereka terpaksa mengeluarkan belanja puluhan juta ringgit. Ianya tidak menjadi masalah bagi pimpinan Umno kerana bagi mereka jutaan ringgit itu perkara mainan sahaja. Rumah merekapun berharga jutaan ringgit, semua tidak menimbulkan masalah.
Maka sangkaan Najib bahawa rasuah akan terhapus dengan pindaan adalah meleset.
Langkah yang sepatutnya dibuat oleh menerapkan kefahaman Islam di sanubari ahli Umno bahawa rasuah adalah haram dan memberikan didikan agama kepada seluruh ahli dan pimpinan Umno supaya takut kepada Allah.
Langkah dua ialah mendakwa perasuah-perasuah ini dibawah akta rasuah dan SPRM mesti bertindak tegas tanpa memilih pangkat dan kedudukan.
Sebagai langkah awal SPRM mesti mendakwa ADUN Bagan Pinang, Isa Samad dan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang jelas dibuktikan bersalah melakukan rasuah semasa pemilihan Umno. Begitu ahli dan pimpinan Umno lain juga mesti didakwa serta merta. Maka barulah ahli Umno takut untuk terlibat dengan rasuah. Sekurang-kurangnya tindakan ini akan mengurangkan rasuah dalam Umno.

KEMELUT MCA SEMAKIN KUSUT MASAI

Walaupun Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA telah diadakan baru-baru ini, kemelut politik dalaman MCA masih belum selesai. Kini ianya semakin kusut apabila ahli MCA menolak kepimpinan kedua-dua Presiden dan Bekas Timbalan Presiden Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek.
Manakala jawatankuasa pusat yang bermesyuarat semalam memutuskan untuk mengekalkan Ong sebagai Presiden dan melantik Liow Tiong Lai sebagai Timbalan Presiden. Walaubagaimanapun Jawatankuasa Pusat MCA sekali lagi melakukan kejutan semalam apabila Ong bercadang memanggil satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi memutuskan sama ada perlu satu pemilihan baru kepimpinan parti.
Selepas tiga jam bertolak ansur dan berunding, satu gambaran jelas terpapar iaitu jawatankuasa itu kini berpecah kepada tiga kumpulan - penyokong setia Ong, penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai dan penyokong Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Kini MCA berpecah kepada 3 dan situasi ini menjadi bertambah rumit. Saya secara peribadi menyokong tindakan Ong yang mahu memberikan mandat kepada ahli MCA untuk memilih Presiden dan Timbalan Presiden baru atau mengekalkan yang lama.

GLC SEOLAH-OLAH MILIK UMNO

Pembahas-pembahas yang mewakili Umno negeri pada Persidangan Agung Umno yang berlangsung sekarang melihat GLC (Syarikat yang ada hubungan dengan kerajaan) seolah-olah hak Umno.
Mereka menggesa Perdana Menteri melakukan itu dan ini semata-mata untuk memastikan syarikat tersebut dikuasai oleh Umno. Jika ianya dikuasai Umno maka agaknya mudahlah Umno mendapat habuan untuk digunakan semasa kempen pilihanraya.
Sebagai contoh wakil wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani menggesa kerajaan supaya melakukan proses pemutihan terhadap GLC terbabit yang didakwa menyokong pembangkang.
Katanya, proses pemutihan itu penting penting untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan dan Umno.
Ternyata pimpinan dan ahli Umno tidak dapat membezakan yang mana kerajaan dan yang mana parti. Bagi mereka kerajaan itu Umno, Umno itu kerajaan sebab itu kita di mana-mana sahaja di ceruk kampung, balai raya dijadikan pejabat Umno Cawangan. Memang dasar tak 'reti' dan tidak mahu faham-faham.

UMNO TIRU PAKATAN RAKYAT

Ternyata Umno sedar bahawa kebajikan merupakan perkara asas yang penting kepada rakyat. Kalau dulu Umno mengkritik manifesto PAS pada Pilihanraya Umum 2008 iaitu 'Negara Berkebajikan' kita Umno mahu menirunya pula.'
Semalam Presiden Umno, Najib Razak mula bercakap mahu melakukan perubahan dalam parti dengan komitmen menjuarai kebajikan rakyat.
Dengan tegas dan lantang beliau berkata, UMNO harus dilihat, ditanggap serta diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat.

"UMNO tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.

"Sebaliknya, kita mahu UMNO dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri.

"Maka itu, persepsi UMNO sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan," katanya.

Harapan dan kemahuan Najib ini memang baik demi kebajikan rakyat. Cuma apa yang saya musykilkan ialah pelaksanaan dan pengagihan bantuan tersebut yang sering diselewengkan pihak tertentu.

Banyak kes di mana pengagihan bantuan kebajikan dijalankan secara terpilih di mana mereka yang menjadi ahli dan penyokong Umno sahaja yang mendapatnya manakala penyokong PR dianaktirikan.

Selain itu bantuan dan pengagihan itu dibuat melalui Umno bukannya agensi kerajaan terutama di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Jika Umno benar-benar ikhlas ianya mesti disalurkan melalui agensi kerajaan dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sah bukanya dilantik oleh Umno.

Akhirnya wakil rakyat BN dan JKKK BN/Umno ini hanya memandang sebelah mata kepada ahli dan penyokong PR dan mereka yang benar-benar memerlukan tidak mendapat bantuan tersebut.

UMNO TAK BERANI DEBAT ISU UNDI POS

Saya yakin Umno tidak akan berani untuk berdebat dalam isu ketidaktelusan undi pos. Pemimpin Umno hanya berani membuat kenyataan akhbar tetapi tidak berani untuk berdepan secara dalam debat atau forum.
Cabaran Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) untuk berdebat dengan kepimpinan UMNO atau pemuda UMNO berhubung isu undi pos sehingga hari ini tidak disambut.

Ketua Penerangan DPPP , Suhaizan Kaiat berkata beberapa hari lepas, debat itu diadakan bagi membolehkan Pas menyenaraikan satu persatu ruang manipulasi yang ada di dalam undian pos.

“Kita boleh terima kekalahan di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang itu. Ini berlaku mungkin berpunca daripada beberapa kelemahan.

“Namun begitu, Pas tidak dapat menafikan wujudnya satu sistem yang lemah serta manipulasi pihak tertentu dalam pelaksanaan undian pos ini,” katanya dalam blog peribadinya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung dakwaan pemimpin Pas terus memainkan isu undi pos dan tidak mengakui kekalahan dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Umum mengetahui jarang sekali pemimpin Umno berani berdebat dengan Pakatan Rakyat dalam apa juga isu kerana ternyata mereka tidak mempunyai hujah kukuh dan fakta mantao untuk diketengahkan pada debat tersebut.
Akhirnya mereka mengambil jalan mudah iaitu berdiam diri dan takut untuk berdebat atau berforum.


.

MCA LEBIH 'GENTLEMAN' DARI PARTI LAIN DALAM BN

Ternyata Presiden dan Parti MCA lebih 'gentlemen' berbanding parti-parti lain dalam komponen BN.
Saya yakin parti selain MCA yang berhadapan dengan krisis sebegini, Presiden parti tersebut sudah tentu tidak berani untuk memanggil Mesyuarat Agung tergempar dan pemilihan baru.
Saya hormat pada Presiden MCA yang berani melakukan perkara sedemikian. Walaupun mungkin Ong Tee Keat melakukan kesalahan tetapi beliau berani berhadapan dengan ahli MCA.
Semalam Ong mengumumkan satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menentukan sama ada perlu atau tidak pemilihan parti diadakan sekali lagi bagi keluar daripada krisis kepemimpinan parti.

Beliau telah mengarahkan Setiausaha Agungnya Datuk Wong Foon Meng mengadakan EGM seperti peruntukan Perkara 30.1 perlembagaan MCA.

Katanya, EGM dipanggil kerana anggota jawatankuasa pusat tidak bersedia mengadakan pemilihan agung parti semula - selepas ia diadakan setahun lalu.

15 October 2009

AHLI UMNO 2 JUTA ORANG, SEPARUHNYA HANTU

Umno boleh mendabik dada bahawa ahlinya mencecah 2 juta orang atau lebih. Namun kesahihan dakwaan mereka bahawa ahlinya seramai itu boleh dipertikaikan. Ini kerana Umno mencari ahlinya secara tangkap muat sehingga ada antara ahlinya sendiri tidak tahu bahawa mereka adalah ahli Umno. Jika mereka tahu sudah tentu mereka tidak 'kebuloq' untuk jadi ahli Umno sebuah parti rasuah yang jijik dan bobrok.
Yuran ahli-ahli Umno kebanyakan di bayar oleh individu tertentu untuk menunjukkan cawangannya ramai ahli. Ini digunakan untuk kepentingan politik pimpinan sesebuah cawangan.
Sebab itulah pada persidangan agung Umno yang berlangsung sekarang ada di kalangan perwakilan Umno yang meminta keahlian Umno diputihkan kerana menurutnya ramai ahli yang sudah meluat kepada Umno masih menjadi ahli Umno dari segi rekodnya.
Perwakilan dari Bayan Baru, Pulau Pinang, Ridwan Bakar menggesa pucuk pimpinan Umno menjalankan segera gerakan pemutihan senarai keahlian parti itu selaras dengan pindaan yang menghapuskan yuran tahunan dan digantikan dengan yuran keahlian seumur hidup.

Katanya, proses itu penting kerana mendakwa di bahagian beliau sendiri masih terdapat ahli PKR yang masih lagi disenaraikan sebagai ahli Umno.
Akhirnya Umno terpaksa mengaku bahawa ahlinya yang sebenar tidaklah seramai yang didakwa.

APA TRADISI DAN PERUBAHAN YANG NAJIB INGIN BAWA?

Pagi tadi Presiden Umno, Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar sulungnya sebagai Presiden Umno atas tajuk, menjunjung tradisi dan menzahir perubahan.
Timbul persoalan di dalam hati saya apa tradisi yang hendak dijunjung dan apa perubahan yang hendak dibuat.
Setahu saya tradisi Umno sekarang adalah mengenyangkan kroni, memastikan kroni kaya raya kerana sesiapa yang masuk Umno maka mudah untuk mendapat projek dan habuan tanpa mengira halal dan haram.
Apa pula perubahan yang Najib ingin bawa. Basmi rasuah? Itu hanya omongan kosong sahaja, terbukti Najib tidak serius membenteras rasuah apabila memilih Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.
Hendak berubah apa? Kerajaan terus mengekalkan akta zalim ISA; SPR terus tidak telus; Pendakwaan terpilih terus berlaku; diskriminasi terhadap kerajaan dan rakyat di negeri Pakatan Rakyat terus berlaku; Tekanan kepada mahasiswa tidak dihentikan; rakyat semakin tertekan dengan harga barangan naik dan lain-lain.
Jadi apa perubahan yang hendak dibuat????
Rasuah, Jenayah, maksiat dan sebagainya terus meningkat dari sehari ke sehari.
Islam dikesampingkan.
Bahasa Melayu terus dipinggirkan. PPSMI didaulatkan sehingga 2012.
Biasiswa untuk bumiputera tidak dikembalikan
Tanah orang Melayu semakin menguncup
Ekonomi bumiputera terus merudum
Ekonomi negara terus malap
Rakyat masih ramai yang miskin
Kepentingan negara tergadai
Kesihatan dan pendidikan percuma cuma mimpi di siang hari
dan banyak lagi.................mana perubahannya?????

MASUK UMNO UNTUK CARI MAKAN DAN PROJEK

Presiden Umno, Najib Razak sebenarnya sudah lama sedar bahawa majoriti dari ahli Umno yang menyertai Umno adalah untuk cari makan. Kalau tidak jadi ahli Umno maka susahlah nak jadi kontraktor, susah nak dapat projek dan sebagainya.
Malah lebih teruk di Melaka ini, minta kerja khasnya jabatan di bawah kerajaan negeri kena jadi ahli Umno atau mendapat sokongan dari JKKK atau Tok Sidang. Maka ramailah yang menjadi ahli Umno kerana hendak cari makan dan untuk kesenangan dunia. Seolah-olah Umno memberik rezeki kepada mereka bukannya Allah. Tak ada Umno tak boleh makan.
Maka hari ini bercelotehlah Najib menyeru ahli Umno dan bakal ahli Umno jangan jadikan Umno sebagai tempat untuk cari makan dan kesenangan hidup. Najib boleh bercakap sahaja hakikatnya perkara ini sudah mustahil untuk berlaku. Mana ada orang Umno yang masuk Umno benar-benar berjuang untuk bangsa Melayu dan agama. Hampir semuanya masuk Umno kerana hendak projek, hendak dapat kerja atau disuruh oleh JKKK atau ketua kampung.
Jadi sia-sia sahaja Najib beri nasihat kerana budaya Umno dan perlembagaan Umno sendiri tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan. Bila objektif perjuangan bukan untuk Islam maka sudah tentu ia adalah untuk nafsu.
Hari ini Najib berkata bahawa tanggapan Umno sebagai sebuah parti "untuk cari makan" mestilah dikikis untuk menjayakan slogan 1Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

"Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.

"Sebaliknya, kita mahu Umno dilihat, dirasai, serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," kata Najib.

"Maka itu, persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan."

Bertemakan 'Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan', Najib menyampaikan ucapan sulungnya sebagai pemimpin nombor satu parti ketika merasmikan perhimpunan agung Umno ke-60 di Kuala Lumpur pagi.

SOKONG BUAT PETISYEN PRK BAGAN PINANG

Saya menyokong sebarang usaha untuk membuat petisyen terhadap keputusan Pilihanraya Bagan Pinang kerana bagi saya memang wajar ianya dibuat kerana terlampau banyak penyelewengan, penipuan dan salahlaku yang dilihat dengan mata kepala kita sendiri.
Antaranya :-
1) Proses pengundian pos yang tidak telus. Undi yang dihantar keluar dari kem tidak dapat dipastikan samada ia dipangkah oleh pengundi sebenar atau orang lain. Malah pengundi yang datang mengundi di dalam kem juga tidak dapat dipastikan samada pengundi sebenar atau tidak. Polling Agent parti tidak dibenarkan membuat semakan nama pada kad tentera dan sebagainya
2) Berlaku rasuah dan sogokan yang berleluasa di mana pengundi di beri barangan dan duit 'cash' oleh petugas BN.
3) Berlaku kehilangan nama pengundi di dalam daftar pemilih yang digunakan sedangkan mengundi terbabit sudah mengundi di DUN Bagan Pinang beberapa kali. Sebagai contoh di Ladang Atherton 4 pengundi gagal mengundi kerana masalah ini sedangkan mereka tidak pernah menukar tempat mengundi. Di peti undi lain juga berlaku perkara yang sama.
4) Berlakunya pertindihan nama di mana terdapat pengundi yang mempunyai nama di dua tempat mengundi yang berlainan yang memungkin mereka mengundi lebih dari sekali. Semua ini membuktikan bahawa daftar pemilih adalah caca marba dan berkecamuk.
5) Penggunaan jabatan dan agensi kerajaan oleh BN tanpa segan silu.
6) Menteri Umno berkempen di dalam kem sedangkan ia sepatutnya tidak dibenarkan.
7) Berlakunya ugutan terhadap pengundi dan penyokong PAS supaya tidak mengundi PAS
8) Tindakan samseng petugas BN adalah melanggar undang-undang jenayah dan pilihanraya
Jadi tidak syak lagi PAS mesti mengemukakan petisyen bagi menegakkan kebenaran dan mendaulatkan undang-undang.

TEE KEAT KEKAL : KRISIS TAK AKAN TAMAT

Presiden MCA yang tidak lagi dipercayai oleh ahli MCA dijangka akan berdegil untuk tidak meletakkan jawatannya. Kedudukan beliau akan diketahui petang selepas mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu diadakan bermula jam 2 petang ini.
Ong sudah pasti akan menggunakan kuasanya untuk kekal sebagai Presiden MCA dan akan melantik Timbalan Presiden baru menggantikan Chua Soi Lek yang juga tidak dipercayai oleh ahli MCA mengikut keputusan EGM MCA minggu lalu.
Keputusan Ong untuk mengekalkan diri sebagai Presiden dan mungkin melantik Liow Tiong Lai sebagai Timbalannya sudah tentu mendapat tentangan dari kumpulan Chua Soi Lek dan kumpulan lain.
Maka krisis kepimpinan ini dijangka tidak akan berakhir selagi Ong Tee Keat tidak melepaskan jawatannya.

BANYAKNYA DUIT UMNO, MANA DAPAT?

Dari ucapan Khairy Jamaluddin pada perhimpunan Pemuda Umno semalam saya membayangkan betapa banyaknya duit Umno sehingga boleh memberikan peruntukan kewangan kepada setiap bahagian Umno di seluruh negara.
Dalam ucapannya, Khairy memohon dan merayu kepada pucuk pimpinan parti agar peruntukan terus disalurkan kepada Pemuda setiap bahagian di seluruh Malaysia agar usaha permerkasaan pergerakan tersebut dapat dijalankan.

Katanya, ia adalah ekoran daripada peruntukan untuk setiap bahagian di seluruh Malaysia akan ditambah.

"Saya pohon dan merayu kepada Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) agar peruntukan itu disalurkan terus kepada Pemuda Umno bahagian.

"Bukan tak percaya dengan ketua bahagaian... tetapi kita nak tentukan Pemuda dapat menentukan sendiri apa yang berhak dengan peruntukan tersebut," katanya.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di hadapan 795 perwakilan Pemuda di Dewan Tun Dr Ismail lewat petang semalam.
Banyak betul duit Umno, mana mereka dapat duit sebanyak itu???? Siap ada peruntukan untuk setiap bahagian macam Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno.????

PEMUDA UMNO BERANI SAHUT CABARAN, BUKTIKAN!

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) ketika berucap pada perhimpunan Pergerakan Pemuda Umno selama berkata Pemuda Umno berani menyahut cabaran pembangkang.
"Kita juga mahu menghantar isyarat kepada pembangkang, Pemuda sudah bersedia menerima cabaran," katanya sambil melaungkan "Hidup Pemuda" dan "1 Malaysia" sebanyak tiga kali.
Kenyataan Khairy itu bagi saya mesti dibuktikan dengan tindakan. Jangan hanya berani berkata-kata tetapi pengecut dalam tindakan.
Selepas ini kita mahu mendengar sebarang alasan tidak mahu hadir apabila dipelawa berdebat, berdiskusi, berforum dan sebagainya. Jika benar Pemuda Umno berani dan anak jantan jangan cari dalih untuk tidak hadir pada sebarang undangan dari Pemuda PR, NGO dan sebagainya. Atau jangan sekadar hantar wakil kerana rakyat ingin melihat Ketua Pemuda Umno atau Naib Ketua Pemuda yang mewakili pemuda bukan AJK atau ahli biasa.

TIADA LAGI KERIS DI PERHIMPUNAN PEMUDA UMNO

Keris panjang yang sering dihunus oleh Ketua Pemuda pada setiap kali perhimpunan pergerakan Pemuda Umno tidak kelihatan lagi kali ini. Mungkin keris itu sudah disimpan di Muzium bekas Ketuanya Hishamuddin Hussein.
Kalau sebelum ini ianya sering dihunus sehingga menimbulkan perasaan tidak senang sesetengah pihak kini ianya sudah menjadi sejarah.
Mungkin Pemuda Umno tidak mahu mengguriskan hati pihak-pihak tertentu yang kurang senang kerana seolah-olah Pemuda Umno ingin menunjukkan kekuatan dan mahu bertikam dengan sesiapa sahaja yang dikira musuh mereka.
Bagi saya tidak ada masalah untuk kita memakai keris di pinggang kerana ianya adat Melayu cuma janganlah sampai menghunus dan menunjuk-nunjukkan seolah-olah mahu bertikam.

KHAIRY TERPAKSA BODEK NAJIB

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terpaksa membodek Presidennya, Najib Razak untuk kekal lama dengan jawatannya. Jika tidak sudah tentu umur karier politiknya akan menjadi pendek. Mahu tidak mahu terpaksa membodek Najib yang semakin hari cengkaman kuasanya semakin mantap.
Dalam ucapan dasar pada perhimpunan Pemuda Umno semalam, Khairy tak habis-habis memuji slogan 1Malaysia dan segala perancangan Najib. Kalau sebelum ini sikap Khairy tidak begitu jelas kini Khairy terpaksa berbuat demikian.
Khairy mungkin begitu terasa kerana beliau tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet sedangkan timbalannya Razali Ismail dilantik sebagai Timbalan Menteri. Sepatutnya sebagai Ketua Pemuda beliau dilantik sebagai menteri penuh atau sekurang-kurangnya Timbalan Menteri.
Tahniah Khairy semoga umurmu dalam politik Umno akan panjang. Itupun kalau Najib sudi menerimamu.

SKIM PENYAYANG RINGANKAN BEBAN RAKYAT

Skim Penyayang anjuran PAS Negeri Melaka terbukti berjaya meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh rakyat yang ditimpa musibah. Skim yang dilancarkan beberapa lalu telah menyumbangkan manfaat kepada waris pencarum apabila pencarum meninggal dunia.

Malam tadi seorang lagi waris menerima manfaat dari skim ini. Encik Ng Boon Peng yang kematian isterinya baru-baru ini menerima manfaat sebanyak RM7,000. Wang tersebut diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman di rumah Ng di Taman Seri Jati, Sg Putat.

Isteri Ng, Mendiang Lim Geok Kiau meninggal baru-baru ini akibat barah payu dara.

Dalam ucapan ringkasnya Ustaz Ghani mengharapkan Ng sabar dengan ujian yang ditempuhi ini dan sumbangan berupa wang tunai dari Skim Penyayang ini diharapkan dapat meringankan bebas beliau.

"PAS sebagai sebuah parti politik yang mengutamakan kebajikan rakyat akan sentiasa berusaha untuk meringankan beban rakyat yang ditimpa musibah".

"Walaupun kita belum memerintah namun kita tetap akan membantu sekadar yang kita mampu tanpa mengira agama, keturunan dan warna kulit" kata Ustaz Ghani.

Ng pula dalam ucapan ringkasnya melahirkan rasa terharu di atas kesudian PAS menyumbangkan bantuan tersebut dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang membantu beliau.

Untuk sekelian rakyat sesiapa yang ingin menyertai skim ini boleh membuat pertanyaan di talian 06-284 1780.

14 October 2009

146,500 PERWAKILAN UMNO TIDAK JAMIN RASUAH DIBASMI

Penambahan jumlah perwakilan kepada 146,500 anggota bagi pemilihan pimpinan tertinggi Umno dan barisan pemimpin peringkat bahagian merupakan satu daripada tujuh usul pindaan Perlembagaan Umno yang akan dibentangkan dalam perhimpunan agung khas Umno esok.

Angka itu merupakan penambahan lebih 5,000 peratus daripada sejumlah 2,510 anggota perwakilan yang terbabit dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi sekarang.

Namun saya tidak yakin penambahan perwakilan yang akan membuat pemilihan kepimpinan Umno akan membenteras jenayah rasuah dalam Umno.

Kalau dulu dengan jumlah 2,510 anggota perwakilan, calon-calon berbelanjan hingga jutaan ringgit dengan perwakilan seramai 146,500 orang tidak mustahil calon-calon ini akan berbelanja puluhan juta ringgit demi untuk mendapat pangkat dan kuasa.

Sebenarnya calon-calon ini memang mengamalkan rasuah dari peringkat pemilihan cawangan lagi. Jadi mereka merasuah ahli-ahli cawangan untuk memenangkan orang-orang mereka di peringkat cawangan. Dengan kemenangan orang-orang mereka di cawangan maka kedudukan calon-calon ini sudah pasti terjamin di peringkat bahagian.

Seterusnya mereka merasuah pula perwakilan cawangan-cawangan untuk pemilihan di peringkat bahagian untuk memastikan orang-orangnya menang di peringkat bahagian. Seterusnya mereka merasuah pula perwakilan ke peringkat pusat yang mewakili bahagian untuk memilih mereka semasa pemilihan pusat.

Ini bermakna rasuah bukan sahaja berlaku di peringkat pusat malah bermula dari peringkat cawangan dan bahagian. Calon-calon yang bertanding di peringkat cawangan dan bahagian akan melakukan rasuah seperti biasa. Apakah pindaan perlembagaan ini akan membenteras rasuah di peringkat cawangan dan bahagian malah ianya juga mungkin berlaku pada pemilihan pusat.

Tiada jaminan bahawa rasuah di basmi selagi iman dan Islam tidak dijadikan asas perjuangan.

BN TAK PERNAH LEPAS DARI MASALAH

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasar Mesyuarat Agung Luar Biasa Umno hari ini mendakwa bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan rapuh yang retak menanti belah.
Namun hakikatnya BN lah yang sebenarnya sering berbalah dan retak. Jika tidak berbalah sesama komponen BN, parti-parti dalam BN berbalah dalam soal kepimpinan parti masing-masing sehingga berlarutan.
MIC berbalah, MCA bergaduh, PPP berkelahi.
MCA berbalah sehingga Presiden dan Timbalan Presiden terlucut jawatan masing-masing. MIC berbalah kerana Samy Vellu tetap mahu menjadi Presiden seakan-akan seumur hidup. PPP berbalah sehingga terpaksa dirujuk ke Pendaftar Pertubuhan.
Jadi siapa sebenarnya yang retak menanti belah.
Umno sendiri nampak sahaja tenang tetapi masing-masing sibuk memasang strategi untuk naik dan mencantas orang lain. Sebab itu masalah politik wang dan rasuah tidak pernah padam dari kamus politik Umno.
Jadi tidak perlulak Khairy menuding cari menuduh PR berbalah dan menunggu kehancuran sedangkan pondok buruk beliau sendiri yang sedang terhoyong-hayang untuk tersungkur menyembah bumi.
Untuk pengetahuan Khairy perjuangan BN yang berlandaskan perkauman dan politik lama sudah tidak dilayan oleh rakyat. BN hanya boleh mendabik dada sehingga sekarang cuma kerana mereka menyalahgunakan kuasa ketika pilihanraya. Seluruh jentera dan agensi kerajaan digunakan untuk memenangkan BN sebab itulah BN kekal hingga ke hari ini. Jika tidak BN sudah pasti berkubur. Rakyat mula melihat perkara ini dan Bagan Pinang merupakan medan permulaan rakyat mula membuka mata dan bertindak.

SELOKA BAGAN PINANG : BN SENGEH SAMPAI TELINGA

BN menang rakyat senang
PR menang rakyat syukur
Baru sekali BN menang
Tidur lena sambil berdengkur

BN menang rakyat meradang
PR menang rakyat tenang
Baru sekali BN menang
Habis sedunia mereka canang

BN menang rakyat menyampah
PR menang rakyat gembira
BN dibenci macam sampah
Banyak kezaliman rakyat rasa

BN menang cara muslihat
PR menang cara betul
Kejahatan BN sudah dilihat
Menang tipu cara bacul

BN menang rakyat susah
PR menang dengan nasihat
BN menang pakai rasuah
Hidup rakyat akan melarat

BN menang Najib gundah
PR menang Muhyiddin segan
BN guna duit rasuah
Tipu dan seleweng jadi mainan

BN menang undi pos
PR menang undi biasa
BN dah tua hendak mampos
Tak sedar diri rakyat tak suka

BN menang guna ugutan
PR menang guna penerangan
Najib mula hendak berangan
Rampas Selangor, Penang dan Kelantan

BN menang guna rasuah
PR menang guna penggerak
BN teringin rampas Kedah
Macam mereka buat di negeri Perak

BN menang guna samseng
PR menang tak banyak cerita
Ceramah BN cerita dongeng
Ceramah PR guna fakta

BN menang senyum gumbira
PR kalah perkara biasa
Siang malam keluarkan berita
Dakwa rakyat bersama mereka

BASMI RASUAH : SAYA CABAR UMNO/BN KOSONGKAN KERUSI BUKIT BARU

Umno dilihat begitu serius ingin membasmi rasuah di dalam partinya. Namun Umno hanya beretorik apabila memilih Isa yang merupakan seorang perasuah menjadi calonnya di Bagan Pinang. Seluruh dunia melihat Umno hanya berpura-pura bencikan rasuah dengan pemilihan Isa.
Dalam masa yang sama, saya ingin mencabar Umno supaya membuktikan bahawa memang mereka bencikan rasuah. Cara untuk buktikannya ialah kosongkan kerusi DUN Bukit Baru yang diwakili oleh Ali Rustam yang jelas didapati bersalah kerana rasuah. Jika Umno tidak mengosongkan kerusi DUN Bukit Baru serta merta bermakna Umno sebenarnya tidak serius menentang rasuah.
Selain itu saya juga mencabarkan Umno supaya mengosongkan kerusi-kerusi lain yang diwakili YB-YB yang didapati bersalah kerana rasuah semasa pemilihan Umno dahulu, samada yang digantung keahlian sebelum ini ataupun yang menerima amaran.
Jika Umno takut untuk mengosongkan kerusi tersebut maka jelaslah tindakan Umno meminda perlembagaan kononnya untuk basmi rasuah adalah omongan kosong untuk mengabui mata rakyat.

4 RUKUN BELUM CUKUP UNTUK UMNO BERUBAH

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin pada ucapan perasmian tiga sayap Umno malam tadi menggariskan 4 rukun untuk kelangsungan Umno.
Rukun itu ialah :-
1) kesatuan minda (wahdatul fikr);
2) dihayati dengan kesatuan hati (wahdatul qalb);
3) bergerak dengan kesatuan amal (wahdatul amal), dan
4) menuju kesatuan matlamat (wahdatul hadaf).
Hebat Muhyiddin menggunakan istilah Arab yang biasanya digunakan oleh PAS dan gerakan Islam lain sejak zaman berzaman.
Wahdatul Fikri iaitu kesatuan minda bahawa RASUAH bukan suatu kesalahan dan jenayah
Wahdatul Qalb iaitu HATI Umno sentiasa sakit melihat kerajaan PR sebab itulah banyak peruntukan dan pelaburan di sekat atau tidak digalakkan masuk ke negeri-negeri PR
Wahdatul Amal iaitu melakukan AMALan samseng untuk menganyang petugas PR di mana-mana pilihanraya
Wahdatul hadaf iaitu menanamkan dalam hati bahawa MATLAMAT mengHALALkan cara tidak kira HALAL atau HARAM.
Saya menyeru Muhyiddin supaya menggesa Umno supaya kembali kepada Islam dan perbetulkan Umno.
1) Mula-mula betulkan matlamat dan Objektif Umno.
2) Ubah perlembagaan Umno supaya meletakkan Islam sebagai rujukan dan undang-undang tertinggi
3) Buat perubahan dalam kepimpinan supaya lebih menghayati Islam, wanita dan isteri pimpinan serta puteri wajib menutup aurat, tidak bergaul bebas dan sebagainya
4) Menghukum semua pemimpin yang pernah didapati melakukan rasuah dengan merujuk mereka kepada SRPM untuk di dakwa antaranya Ali Rustam, Isa Samad, Amid Nordin dan lain-lain.
5) Jangan lakukan diskriminasi terhadap ahli dan penyokong pembangkang di seluruh negara kerana mereka juga rakyat Malaysua yang membayar cukai.
Banyak lagi perubahan yang patut dilaksanakan tetapi buat yang saya gariskan di atas terlebih dahulu dan diikuti dengan yang lain-lain.
Lakukan perubahan itu Insya Allah Umno akan lebih dihormati dan diterima rakyat.

RASUAH TIDAK AKAN HAPUS DALAM UMNO

Presiden Umno, Najib Tun Razak percaya pindaan perlembagaan yang akan menetapkan kaedah baru pemilihan jawatan tertinggi UMNO boleh menghapuskan politik wang.

Najib berkata, ini kerana perwakilan yang akan menentukan pucuk pimpinan parti nanti adalah dalam jumlah yang besar meliputi 146,500 orang berbanding 2,500 perwakilan sedia ada.

''Pindaan perlembagaan ini boleh menghapuskan politik wang kerana bilangan yang memilih lebih besar untuk cuba dipengaruhi oleh sesiapa.

''Kalau ada yang cuba lakukannya, ia akan mudah dapat dikesan," kata beliau pada sidang akhbar selepas mengadakan Majlis Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.

Namun bagi saya walau apapun yang dilakukan oleh Umno, rasuah (politik wang) dalam Umno sukar dihapuskan selagi jiwa ahli-ahli Umno tidak dibangunkan dengan iman. Ini kerana hanya iman dan ketaqwaan sahaja dapat menghalang seseorang itu memberi dan meneriam rasuah. Walau seramai mana ahli yang akan memilih kepimpinan Umno akan ada pihak yang melakukan rasuah untuk menang kerana bagi mereka jawatan di dalam Umno adalah tiket untuk hidup senang dengan projek dan habuan tertentu.

Di peringkat cawangan pun akan berlaku rasuah, apatah lagi di peringkat bahagian dan pusat. Semua orang tahu ada antara pemimpin Umno yang berbelanja jutaan ringgit untuk menang sesuatu jawatan. Maka walau seramai mana sekalipun ahli yang akan mengundi melantik pemimpin sudah tentu pemimpin yang sudah sebati dengan rasuah ini akan terus berusaha untuk merasuah ahli. Duit bukan masalah bagi mereka kerana masing-masing tidur atas duit.

Lebih malang lagi Umno sendiri melihat rasuah bukan suatu jenayah dan kesalahan besar. Sebab itulah pesalah rasuah di dalam Umno tidak dilaporkan kepada SPRM dan badan itu pula tidak menyiasat kegiatan rasuah dalam Umno kerana takut kepada pemimpin Umno.

Terbaru Umno mengiktiraf pemimpin rasuah apabila memilih Isa Samad yang didapati melakukan rasuah, untuk menjadi calon Bagan Pinang. Tindakan menunjukkan kepada kita rasuah bukan kesalahan besar di sisi Umno. Pemimpin dan ahli yang rasuah akan terus berpeluang menjadi pemimpin Umno selepas beberapa tahun digantung keahliannya. Selepas itu 'dosa' mereka diampunkan oleh Umno dan boleh menjadi pemimpin semula.

Malah semasa kempen Pilihanraya Kecil Bagan Pinang minggu lalu Umno/BN terus melakukan rasuah menyogok mengundi dengan pemberian barangan, duit dan lain-lain.

Jadi fakta jelas membuktikan bahawa Umno sebenarnya tidak serius dalam menangani politik wang dan rasuah. Tindakan melakukan pindaan perlembagaan ini hanyalah kosmetik sahaja bagi mengabui mata rakyat untuk kepentingan politik Umno pada masa hadapan.

13 October 2009

BAGAN PINANG : NASIB BAIK BN MENANG !!!

Nasib baik BN menang
Kalau tidak Najib tempang

Nasib baik BN menang
Kalau tidak Muhyiddin kena tendang

Nasib baik BN menang
Kalau tidak PAS terkenang-kenang

Nasib baik BN menang
Kalau tidak BN meradang

Nasib baik BN menang
Kalau tidak sejarah berulang

Nasib baik BN menang
Kalau tidak BN terus berpantang

Nasib baik BN menang
Kalau tidak pelabur 'tak datang'

Nasib baik BN menang
Kalau tidak PAS tak kecundang

Nasib baik BN menang
Kalau tidak apa akan dirancang

Nasib baik BN menang
Kalau tidak .....................

Nasib baik BN menang
Kalau tidak ramai tercengang

BAGAN PINANG : FAKTA PENTING DAN ANALISA RINGKAS

Beberapa penganlisis bebas telah menjalankan kajian awal antara dapatan yang mereka simpulkan ialah :-
1) 67 % pengundi Melayu mengundi BN
2) 73 % pengundi bukan Melayu mengundi BN
3) 86 % pengundi pos mengundi BN
Faktor kemenangan Isa :-
1) Isa dibesarkan di Bagan Pinang dan dilihat banyak berjasa kepada rakyat di Bagan Pinang
2) Kelemahan calon dan jentera PAS
3) Isu nasional yang digunakan oleh PR tidak memberi kesan kepada pengundi sebaliknya mereka memberikan respon kepada isu tempatan.
4) Faktor undi pos yang jelas berpihak kepada BN kerana BN bebas berkempen di kem dan ianya mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kelebihan BN
5)Rasuah, politik wang, ugutan, janji manis terus berleluasa
6) Penggunaan jabatan, agensi kerajaan, kemudahan kerajaan masih terus digunakan oleh BN tanpa rasa segan silu dan malu
7) Ramai pengundi tidak dapat mengundi kerana nama mereka tiada dalam daftar pemilih sedangkan mereka sudah bertahun-tahun mengundi di DUN tersebut.
8) Penggunaan media massa terutama TV dan Radio terus memainkan peranan utama untuk memutarbelitkan isu bagi memberikan kelebihan kepada BN

DUN PERAK BERSIDANG 28 OKT, SPEAKER KENA USUNG LAGI?

Speaker haram DUN Perak, Ganesan dilaporkan telah mengeluarkan notis panggilan sidang DUN pada 28 Oktober ini. Antara agenda penting sidang kali ini ialah pembentangan bajet 2010 oleh Zambry Kadeer, Menteri Besar yang merompak kuasa PR.
ADUN-ADUN PR diberitakan tidak akan taat kepada notis mesyuarat yang dihantar oleh Ganesan. Sebaliknya mereka akan taat kepada notis panggilan mesyuarat dari Speaker yang sah iaitu YB V Sivakumar yang juga akan menghantar notis panggilan mesyuarat pada hari sama iaitu 28 Oktober. Dengan itu ADUN PR akan menghadiri mesyuarat tersebut berdasarkan notis dari Sivakumar.
PR juga dilaporkan akan membentangkan bajet 201o mereka sendiri. Jadi setelah ada 2 Menteri Besar, 2 barisan exco, 2 Speaker kini akan ada 2 bajet pula. Sekarang Perak lebih layak digelar 2Perak.
Saya juga menjangkakan sidang kali ini juga akan berakhi dengan kekecohan kerana PR sudah pasti tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker. Perlantikan Ganesan dipertikaikan oleh PR dan rakyat negeri Perak.
Mungkin episod sidang DUN tidak dapat dilaksanakan dengan baik sebagaimana sidang lalu akan berulang dan akan ada Speaker yang akan diangkat dari kerusi Speaker serta diseret keluar dari Dewan.
Kita juga mungkin dapat melihat Dewan yang mulia itu akan sekali lagi dicerobohi oleh anasir-anasir jahat siap memakai pistol seolah-olah untuk berperang.
Sama-sama kita tunggu. Namun saya mengharapkan Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan seberapa segera bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak ini.

UNDI POS : PAS LANGSUNG TIADA SOKONGAN


Perkara pelik dari carta di sebelah :-
1) PAS langsung tidak mendapat walau 1 undi pun dari Peti 14,15 dan 16.
2) Masih ramai tidak tahu mengundi seolah-olah askar-askar ini tidak bersekolah
Melihat carta disebelah ini sudah tentu anda akan berkata dalam hati...memang tidak logik terutama di peti 14, 15 dan 16 iaitu peti yang datang dari Mindef.
PAS tidak mendapat sebarang undi dari ketiga-tiga peti undi. Pelik tetapi benar.
Tetapi inilah yang berlaku di dalam pilihanraya di sebuah negara yang mengaku maju dan hebat.
Sistem pilihanrayanya lebih teruk dari negara-negara seperti Mali, Ivory Coast, Gabon, dan lain-lain.Malah ianya jauh bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia.

Inilah 'standard' SPR, sebuah badan yang mengaku adil tetapi tidak pernah adil.

GANESAN : 'SPEAKER' TAK TAHU MALU

Menteri Besar Haram Perak, Zambry Kadeer berkata tidak lama lagi Sidang DUN Perak akan dipanggil untuk bersidang membahaskan Bajet 201o. Ini bermakna Speaker Haram, Ganesan akan menghantar notis kepada semua wakil rakyat supaya menghadiri sidang tersebut.
Mengikut peraturan Speaker akan memanggil sidang DUN 14 hari selepas mendapat perkenan Sultan.
Masalahnya apakah Ganesan speaker yang sah atau Speaker lanun kerana beliau mendapat jawatan tersebut juga secara lanun di mana Speaker sah diseret keluar dan dikurung di bilik stor DUN. Speaker ini memang tidak tahu malu. Walaupun seorang lawyer tetapi 'loyar buruk'.
Saya yakin semua Wakil Rakyat PR tidak akan hadir Sidang DUN tersebut kerana notis tersebut tidak sah di mana Speaker yang menghantar notis tersebut nanti ialah Speaker lanun. Maka Menteri Besar lanun sudah tentu akan meneruskan sidang DUN tersebut dan meluluskan bajet dan apa juga usul sesuka hati mereka.
Maka gembiralah semua lanun dan kuncu-kuncu lanun mendapat habuan masing-masing.

PILIHANRAYA KECIL DUN KOTA SIPUTEH & JOHOL BAKAL MENYUSUL

Banyak pihak menjangkakan beberapa siri pilihanraya kecil bakal berlangsung selepas ini. Antaranya DUN Kota Siputeh, Johol dan lain-lain.

Mengapa mereka beranggapan demikian.? Mungkin mereka mempunyai ilmu kasyaf dan laduni sehingga mampu melihat peristiwa masa hadapan. Bagi saya ada baiknya tiada lagi pilihanraya kecil kerana masing-masing dah penat.

Tetapi jika ditakdirkan ada lagi pilihanraya kecil, saya juga merasakan ia baik kerana kita dapat mengukur sejauh mana kekuatan kita dan kekuatan lawan dan petugas-petugas kita juga boleh mendapat ilmu pilihanraya secara praktikal.

Kalau benar ada lagi pilihanraya kecil, kita semua akan berkampung seperti biasa. Kita lelah BN pun lelah. Setiap saat kita memikirkan cara untuk membebaskan rakyat, setiap saat juga BN memikirkan cara untuk 'mencuri' harta rakyat dan menekan rakyat.

BAIKI KELEMAHAN DAN PECUTKAN PERJUANGAN

Kemenangan BN di Bagan Pinang bukanlah suatu titik permulaan untuk kita undur ke belakang. PAS dan PR telah melakukan yang terbaik sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil tersebut.
Namun rakyat masih gagal memahami betapa pentingnya mengangkat seorang pemimpin yang berintegriti dan bersih dari sebarang kes rasuah dan sebagainya.
Rakyat masih termakan dengan politik lama iaitu politik wang, sogokan, janji, upah dan lain-lain. Rakyat tidak menghiraukan betapa nanti imej negara dan imej mereka sendiri tercalar di mata dunia.
Mungkin PR gagal memberikan kefahaman kepada rakyat kerana kerana maklumat mungkin tidak sampai terutama di kawasan pedalaman dan tiada akses kepada internet dan sebagainya.
PR mesti mencari jalan untuk mengatasi masalah politik lama ini kerana walaupun ia bertentangan dengan undang-undang tetapi oleh kerana 'referee' berat sebelah maka ianya tidak menjadi kesalahan.
Seperti yang saya coretkan sebelum ini rakyat tidak menghiraukan kes rasuah Isa tetapi mereka melihat Isa sebagai seorang yang berjasa dan 'friendly' lebih-lebih lagi Bagan Pinang adalah kampungnya sendiri walaupun beliau dilahirkan di Melaka. Beliau diihat sebagai anak tempatan yang pada sangkaan mereka sudah tentu akan memberikan kelebihan kepada mereka.
Kegagalan mempertahankan 3 peti undi yang dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU 2008 dulu juga mengejutkan. 3 petin undi itu iaitu Ladang Atherton, Ladang Sua Betong dan Pekan Siliau mengejutkan banyak pihak. Sudah tentu ada 'gula-gula' yang dihadiahkan BN kepada pengundi di sana. PR bukan sahaja tewas tetapi kalah teruk dengan majoriti yang besar di situ.
Kita lihat penerimaan rakyat di sana kepada PR amat baik tetapi ianya tidak diterjemah ke dalam peti undi. Tentu ada kaedah dan strategi licik yang digunakan oleh BN sehingga pengundi begitu bijak menyembunyikan 'stand' mereka.
Apapun kekalahan ini bukan bermakna PR akan terus ditinggalkan oleh rakyat. PR sudah menang 7-1 di Semenanjung. Hakikat BN masih runsing dan risau kerana kemenangan besar mereka di Bagan Pinang adalah kerana faktor undi pos dan Isa Samad itu sendiri. Kalau bukan Isa yang bertanding ramai yang berpendapat BN hanya akan menang undi pos dan mendapat majoriti kecil untuk undi biasa.
Adakah BN mempunyai 'ISA' di lain-lain kerusi di seluruh Malaysia?
Jadi PR mesti meneruskan gerakerja mendekati rakyat dan mempamerkan 'performance' yang baik di kesemua negeri yang dikuasai mereka. Kurangkan karenah remeh temeh, rapatkan saf sesama parti komponen PR dan dalaman parti. Tunjukkan pada rakyat kita adalah padu, bekerja secara berpasukan dan tidak mempunyai sebarang masalah.
Kita faham sebenarnya BN masih belum puashati dengan kemenangan ini kerana mereka sedar kemenangan mereka banyak dibantu oleh undi pos dan faktor calon.
Insya Allah kita akan terus maju dan mampu membebaskan rakyat Malaysia dari kezaliman dan penipuan BN yang telah bermaharajalela lebih dari 50 tahun.

LUPAKAN KERUSI YANG PUNYAI UNDI POS LEBIH DARI 30 %

Ada pihak yang berpendapat bahawa PR terpaksa melupakan DUN atau Parlimen yang mempunyai jumlah undi pos 30 % dari keseluruhan pengundi. Ini kerana BN hampir pasti akan memperolehi lebih dari 90 % dari undi pos tersebut.

Oleh itu amat sukar bagi PR untuk mengatasi undi pos dengan undi biasa yang juga sudah tentu sebahagiannya akan diperolehi oleh BN.

Sebagai contoh pada Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Ahad lalu, BN memperoleh 3,521 undi manakala Pas mendapat 601 undi dari keseluruhan 95 % undi pos yang dibuang. Jumlah keseluruhan undi pos ialah 4604.

Saranan ini ada asasnya kerana terbukti ketelusan undi pos amat diragui lebih-lebih lagi parti-parti politik tidak dapat memantau pengundian pos yang dilakukan di luar kem. Malah proses pengundian pos di dalam kem juga tidak telus kerana polling agent kita hanya mampu melihat perjalanan pengundian tetapi tidak dibenarkan menyemak kad tentera untuk memastikan anggota yang hadir mengundi memang anggota sebenar atau orang lain yang datang mengundi.

Oleh itu selagi SPR dan Kementerian Pertahanan tidak mengatasi masalah ini selagi itulah proses pengundian pos ini tidak telus dan terbuka luas untuk dimanipulasi pihak-pihak tertentu.

12 October 2009

BAGAN PINANG : BN RUNSING

Walaupun BN menang bergaya di Bagan Pinang semalam hakikatnya BN terus berada dalam kerunsingan kerana mereka sedar kemenangan adalah datang dari undi pos yang mudah dimanipulasi.
Jadi bagaimana dengan DUN atau Parlimen yang tidak mempunyai undi Pos, sudah tentu BN tidak akan dapat undi pos ini.
BN sebenarnya hanya menang sekitar 2,000 undi sahaja jika tiada undi pos. Sebab itulah kemenangan BN di Bagan Pinang sebenarnya tidak boleh dijadikan kayu ukur 100 % kepada sikap sebenar rakyat.

Semua orang tahu undi pos amat meragukan. Jadi mau tidak mahu BN terpaksa mengakui bahawa tanpa undi pos berada dalam zon bahaya.
Selain itu faktor Isa sebagai pemimpin yang disayangi oleh rakyat Bagan Pinang (walaupun rasuah) juga menyebabkan undi BN bertambah, yang bertambah sebenarnya undi kepada Isa bukan kepada BN.
Kedua-dua faktor ini iaitu undi pos dan Isa menyebabkan Isa berjaya mencuri kira-kira 1,500 undi PAS yang diperolehinya pada PRU 2008. Tanpa undi pos dan Isa saya yakin BN hanya menang sekitar 1000-2000 undi sahaja.

KEPUTUSAN PENUH BAGAN PINANG


Keputusan penuh PRK Bagan Pinang. Sila klik atas imej untuk melihatnya dengan lebih jelas.
BN berjaya memperdaya pengundi di setiap peti undi di Bagan Pinang termasuk 3 peti undi yang dimenangi PR pada PRU 2008 lalu.
Antara faktor kejayaan BN didakwa ialah manipulasi undi Pos; sogokan,rasuah,ugutan kepada pengundi; batang tubuh Isa sendiri yang dilihat lebih banyak baiknya dari rasuahnya.

Padahal integriti Isa hancur dan musnah kerana rasuah tetapi pengundi Bagan Pinang tidak hirau dengan rasuah seolah-olah adalah halal.

BAGAN PINANG : IMEJ RAKYAT DAN NEGARA TERCALAR

Pengundi Bagan Pinang membuat kesilapan besar apabila memilih Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai ADUN mereka pada pilihanraya semalam. Di saat kononnya kerajaan dan badan bukan kerajaan memerangi rasuah dan penyelewengan, rakyat masih terus dibuai mimpi memilih calon yang terbukti terpalit dengan rasuah. Madrasah Ramadhan selama sebulan tidak menampakkan hasil apabila rakyat tetap memilih calon yang krorup.

Rakyat sanggup menggadai maruah mereka semata-mata untuk memenangkan seorang bekas perasuah iaitu Tan Sri Isa Samad. Kesilapan rakyat memilih Isa memberikan impak yang besar kepada imej negara kita kerana negara luar melihat bahawa rakyat Malaysia tidak sensitif kepada rasuah dan persepsi negara luar ini amat menjejaskan kredibiliti rakyat dan negara kita sendiri.

Rasuah tidak dilihat sebagai perkara jijk, bobrok dan kotor sebab itulah rakyat boleh menerima kaki rasuah seperti Isa menjadi wakil rakyat mereka.

Saya kesal kerana rakyat Bagan Pinang masih tidak memahami betapa pentingnya seorang wakil rakyat yang bersih dan berintegriti untuk menjadi pemimpin mereka.Saya juga bimbang kemenangan Tan Sri Isa ini akan menyebabkan rasuah dilihat bukan satu jenayah kerana orang yang terlibat dengan rasuah dipilih oleh BN dan rakyat untuk menjadi wakil rakyat.

Oleh itu PAS dan PR mesti bekerja kuat untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya rakyat menolak rasuah di semua peringkat.

Sesungguhnya kemenangan BN di Bagan Pinang tidak bermakna rakyat sudah kembali menyokong BN secara total kerana dari 5,400 majoriti yang diperolehi BN 3,000 adalah datang dari undi pos yang sememangnya disangsikan ketelusannya. BN sebenarnya hanya menang kira-kira 2,400 sahaja dari undi pengundi biasa.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

UNDI POS : RAMALAN SAYA TERBUKTI BENAR

Dalam posting terdahulu, saya meramalkan BN akan memastikan jumlah pengundi pos yang membuang undi akan mencecah 90 % lebih. BN akan menggunakan apa cara sekalipun bagi mencapai targetnya itu. Kerjanya lebih muda kerana 'parti komponen' BN paling muda menjadi pengadil kepada urusan pilihanraya ini.

Jadi tidak hairanlah bagaimana kira-kira 4,200 undi pos telah dibuang. Samada ianya dipangkah sendiri oleh tuan punya badan atau sebaliknya itu tidak penting bagi BN yang penting BN mahukan majoriti lebih dari 3,ooo undi untuk undi pos dan hajat ini sudah kesampaian.

Sebab itu semasa mengulas isu undi pos pada hari pertama pengundian saya mengingatkan pimpinan PAS supaya berhati-hati dengan undi pos yang dihantar ke luar dari kem yang jumlahnya lebih dari 2,500 undi. Pengundi yang tinggal di kem hanya kira-kira 2,000 orang sahaja selebihnya tinggal di luar kem.
Saya meramalkan dari sejak awal lagi bahawa PAS tidak akan mendapat undi lebih dari 1,000 kali ini dan ramalan ini tepat di mana PAS hanya memperolehi undi saguhati sebanyak 600 undi dari kesemua kira-kira 4,20o undi pos yang dibuang iaitu kira-kira 14.2 % sahaja.

Tetapi nampaknya PAS tidak dapat berbuat apa-apa dengan pengundi yang tinggal di luar kem walaupun Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali berkata sebenarnya hanya kira-kira 1,200 pengundi sahaja yang namanya ada di kem yang lain ramai yang pencen, bertukar tempat kerja dan lain-lain.

Dari maklumat yang saya terima dari Counting Agent PAS, banyak karung undi yang diposkan keluar dari Kem menyaksikan PAS langsung tidak mendapat walau 1 undi pun.

"Terdapat sekurang-kurangnya 4 karung undi yang PAS langsung tak dapat undi sedangkan BN dapat 300 lebih" kata Amin salah seorang Counting Agent PAS yang saya temui.

Terbukti undi pos ini telah dimanipulasi semaksima mungkin oleh BN.

Jadi mahu tidak mahu PAS dan PR mesti berusaha semaksima mungkin untuk menghapuskan pengudian secara pos ini kerana terbuktinya tidak adil dan terbuka untuk penipuan berlaku.

Sudah sampai masanya pihak ketiga dan badan antarabangsa memainkan peranan untuk mengembalikan Hak Asasi Manusia di Malaysia iaitu dari segi hak mengundi secara rahsia dan bebas.

Jangan permainkan hak rakyat yang inginkan ketelusan dan keadilan semasa pilihanraya bagi memilih pemimpin yang berintegriti dan berwibawa.
Saya juga awal-awal lagi mencadangkan PAS menarik diri atau memboikot pilihanraya ini selagi SPR tidak membetulkan daftar pemilih yang ternyata cukup mengelirukan. Tidak ada gunanya kita berlawan bolasepak di atas padang yang terbuka.

RAKYAT KEMBALI SOKONG BN!!! BUBARKAN DUN PERAK HARI INI

Presiden Umno, Najib Razak dan Naib Presiden MIC, Subramaniam melahirkan rasa gembira dan yakin kemenangan BN di Bagan Pinang semalam menunjukkan rakyat kembali menyokong BN setelah tewas 7 kali berturut-turut di Semenanjung sebelum ini.
Kenyataan mereka di dalam media hari :-
1) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan BN pada pilihan raya kecil kerusi DUN Bagan Pinang semalam telah meniupkan semangat baru kepada anggota parti-parti komponennya.
2) MIC percaya majoriti pengundi dari kaum India di empat kawasan di Bagan Pinang kembali mengundi BN berdasarkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil kerusi DUN itu semalam.
Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam berkata berdasarkan tinjauan awal parti itu mendapati BN memenangi kesemua empat peti undi di kawasan DUN itu yang majoritinya pengundi India iaitu di Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Brandwall dan Sua Betong.
Jika begitu saya menggesa Najib dan Zambry membubarkan DUN Perak secepat mungkin bagi menyelesaikan krisis politik di Perak. Selepas ini (selepas Pilihanraya Negeri Perak) sudah tentu BN akan menang besar dan mudah untuk mentadbir kerajaan negeri kerana PR sudah tentu akan tewas teruk jika pilihanraya negeri itu diadakan nanti.
Jadi apa lagi yang Najib dan Zambry tungguh ayuh bubarkan DUN Perak hari ini atau esok. Biarkan Pakatan Rakyat putih mata dikalahkan oleh BN. Biar rakyat tentukan....

Ada berani ka Najib dan Zambry??????

BAGAN PINANG : DAFTAR PEMILIH TERUS DIRAGUI

Walaupun pelbagai pihak menuding jari menyatakan PAS menyalahkan pihak lain kerana kekalahan teruknya tetapi bagi saya perkara tidak adil penipuan dan penyelewengan wajib didedahkan bukannya untuk mencari alasan kekalahan.
Salah satu taktik lama yang sering digunakan untuk mengurangkan undi PAS dan PR ialah men'ghaib'kan nama pengundi yang sememangnya akan mengundi PAS.

Semalam di Ladang Atherton (Ladang Salak) sahaja sekurang-kurangnya 5 orang pengundi gagal mengundi kerana nama mereka tidak ada dalam senarai daftar pemilih sedangkan mereka sudah mengundi di sana beberapa kali sebelum ini. Mereka ini merupakan pengundi PAS yang setia sejak dahulu. Bila ditanya adakah mereka pernah membuat permohonan menukar tempat mengundi mereka menjawab "tidak pernah".
Jadi terbukti bahawa ada tangan-tangan ghaib yang jahat telah memadamkan nama mereka dari daftar pemilih. Siapakah tangan-tangan ghaib itu ....kita semua tau sama tau ........tak payah tanya saya ....
Nama-nama pengundi tersebut telah direkodkan dan pihak yang berkaitan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat.

ZAMAN NAJIB PERINTAH : PERKARA PELIK TAPI BENAR

Zaman pemerintahan Najib selama setahun jagung ini macam-macam cerita pelik tetapi benar berlaku, antaranya :-

1) Parti tanpa Presiden (MCA)

2) DUN ada 2 Speaker (di Perak)

3) 2 Sidang DUN berlainan tempat dan berlainan Speaker

4) Sidang DUN bawah pokok

5) Kerajaan negeri yang diberikan kuasa dirompak kuasa itu oleh BN

6) Presiden parti tidak mahu meletakkan jawatan. Agaknya hendak mati sambil di berdiri di pejabat partinya.

Selepas ini saya yakin lebih banyak lagi cerita pelik akan berlaku di zaman pemerintahan Najib ini.

RAHIM THAMBY CHIK DAN MAT TAIB PATUT DIBERI PELUANG

Setelah perasuah Isa Samad menang bergaya di Bagan Pinang walaupun diri sendiri terbukti melakukan rasuah, saya cadangkan Umno/BN mencalonkan Rahim Thamby Chik dan Mat Taib supaya mewakili BN pada mana-mana pilihanraya kecil selepas ini.

Ini kerana sudah menjadi 'trend' di dalam Umno dari peringata atasan hingga bawahan, mereka seolah-olah mahukan pemimpin yang korup, penuh dengan skandal dan kontroversi untuk diketengahkan kepada rakyat. Rakyat pula (contohnya Bagan Pinang) tanpa segan silu mengundi calon semacam ini.

Apakah pemimpin Umno dan penyokong Umno sudah tidak boleh menilai yang baik dan tidak baik; rasuah dan bersih; perogol dan bukan perogol; perompak dan bukan bukan perompak; penculik dan bukan penculik dan sebagainya.

Jika begini caranya saya yakin Rahim dan Mohamad adalah calon terbaik Umno/BN pada mana-mana pilihanraya akan datang.

BAGAN PINANG : BERAPA BANYAK BN BELANJA UNTUK MENYOGOK RAKYAT?

Berapa banyak agaknya belanja yang digunakan oleh BN untuk kempen Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.

Antara perbelanjaan yang jelas memerlukan wang yang banyak ialah :-

1) Habuan barangan, pemberian barangan, baiki rumah, rumah murah, duit 'cash' dan lain-lain.

2) Wang untuk pekerja dan petugas parti

3) Perbelanjaan untuk jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

Saya yakin jika calon yang dikemukakan adalah calon rasuah tidak mustahil BN menggunakan taktik merasuah pengundi secara besar-besaran untuk menang kali ini.

UNDI POS GAGAL YAKINKAN RAKYAT

Walaupun Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof mendakwa undi pos berjalan dalam keadaan yang amat telus, ianya tetap tidak diyakini oleh rakyat. Pilihanraya kecil Bagan Pinang benar-benar menyerlahkan lagi ketidaktelusan undi pos apabila ianya tidak dapat membuktikan proses pengundian berjalan dalam suasana yang telus, adil dan meyakinkan.

Antara perkara yang masih diragui dan sememang wajib diragui ialah :-

1) Walaupun Polling Agent parti dibenarkan masuk memerhatikan proses pengundian di kem, namun Polling Agent tersebut tidak akan dapat memastikan apakah pengundi yang datang benar-benar pengundi tulen kerana mereka tidak dibenarkan menyemak dan meneliti kad tentera dan identitit pengundi terbabit. Lebih malang lagi nama anggota tentera itu juga tidak dipanggil sebagaimana yang diamalkan pada proses pengundian biasa. Sesiapa sahaja boleh masuk mewakili pengundin pos semasa pengundian di kem kerana polling agent tidak kenal pengundi terbabit dan mereka tidak dibenarkan menyemak kesahihan bahawa pengundi yang datang adalah pengundi sebenar.

2) Kertas undi yang dihantar kepada pengundi pos di serata tempat tidak dapat dipastikan samada ianya dipangkah oleh pengundi sebenar atau dipangkah oleh orang lain. Ini kerana parti-parti politik sendiri tidak mengetahui ke mana ianya dihantar, bila dan di mana ia dipangkah. Sebagai contoh di Bagan Pinang lebih dari 2,000 undi dihantar kepada tentera yang berada di merata tempat termasuk di Mindef dan lain-lain. Dari statistik yang diterima dari Polling Agent, banyak karung pos menyaksikan PAS tidak memperolehi sebarang undi bermakna BN mendapat 100 % undi.

3) Undi-undi yang dihantar ke serata tempat itu terdedah kepada manipulasi dan kerja jahat pihak tertentu kerana tidak ada siapa dari parti-parti yang bertanding dapat memantau dan melihat proses pengundian, penghantaran dan penyimpanan.

Oleh itu selagi undi pos ini tidak dihapuskan maka selagi itulah proses pilihanraya di Malaysia akan menimbulkan keraguan dan ketelusannya dipertikaikan.

BAGAN PINANG : MALAYSIA MASIH JAUH DARI STATUS NEGARA MAJU

Keputusan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang semalam menggambarkan bahawa Malaysia masih jauh dari mencapai status negara maju.

Ini kerana :-

1) BN sebagai kerajaan memilih pemimpin yang rasuah sebagai calonnya.

2) Rakyat memilih pemimpin rasuah sebagai calonnya.

3) SPR yang sepatutnya menjalankan pilihanraya dengan professional, telus dan tidak berpihak masih gagal meyakinkan rakyat dan dunia luar bahawa pilihanraya di Malaysia adalah telus tidak terdapat sebarang keraguan yang besar.

4) Rakyat masih mudah termakan dengan rasuah, sokogan, ugutan dan janji dari BN sehingga mempengaruhi keputusan pilihanraya

5) Undi pos yang sepatutnya sudah lama dihapuskan masih diamalkan di negara kita padahal di negara-negara maju perkara seumpama ini sudah tidak diamalkan

6) Politik samseng, ugut, rasuah, janji dan sebagainya masih digunakan. Ini bukan budaya sebuah negara maju.

7 ) Jentera kerajaan masih terus digunakan oleh BN tanpa segan silu seperti penyalahgunaan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan semasa kempen. Contoh paling mudah iaitu penggunaan anggota polis trafik untuk mengiringi pemimpin BN khasnya menteri untuk perjalanan semasa kempen. Minyak motor polis tersebut dibayar oleh rakyat. Saya sendiri tidak redha walau satus sen duit saya digunakan untuk kepentingan BN dan menterinya kerana ianya bukan urusan rasmi kerajaan.

11 October 2009

PAS TAWAN KHEMAH BN DI PETI UNDI LADANG ATHERTON

PAS berjaya menawan khemah BN di Ladang Atherton setelah semua petugas BN meninggalkan khemah tersebut sejak pukul 12.00 tengahari tadi.

Terbukti petugas BN sudah tidak bersemangat dan lesu. Ini merupakan tanda-tanda PAS akan menang pada Pilihanraya hari ini.

Khemah BN tersebut berada bersebelahan dengan khemah PAS dan sejak beberapa hari lepas khemah ini sering dikuasai oleh petugas PAS.

PENGUNDI LUAR BAGAN PINANG TERKEJUT DIKUNJUNGI PETUGAS PAS

Pengundi luar Bagan Pinang yang tinggal di Taman Merdeka, Batu Berendam terkejut apabila dikunjungi petugas PAS yang merayu beliau pulang mengundi hari ini.

"Macamana kamu tahu saya punya nama, saya 'respect' you" itulah kenyataan yang dibuat oleh pengundi tersebut.

Beliau terkejut dengan semangat dan inisiatif yang ditunjukkan oleh pengundi PAS sehingga berjaya mencari beliau di kediamannya.

Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan memohon berbanyak maaf kerana tidak dapat pulang mengundi kerana mempunyai urusan kerja di Singapura.

BAGAN PINANG : PETI UNDI LADANG ATHERTON LESU

Peti Undi Ladang Atherton atau Salak lesu sehingga kini kerana tidak ramai yang keluar mengundi. Sehingga jam 2 petang tadi hanya kira-kira 277 pengundi sahaja yang mengundi.

Jalan menuju ke tempat pembuangan undi juga sunyi sepi di mana tidak ramai yang datang untuk membuang undi. Ini kerana lebih dari 90 % pengundi di peti undi ini tinggal di luar dari Ladang Atherton ini.

Pemerhati meramalkan PAS akan memenangi peti undi dengan majoriti yang kecil berbanding dengan kira-kira 80 undi majoriti pada PRU 2008 lalu.

95 % UNDI POS DIBUANG DAN HAMPIR 60 % UNDI BIASA TUNAI TANGGUNGJAWAB

95 % undi pos dibuang semalam dan sehingga ini hampir 60 % pengundi biasa telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Peratusan di kira agak rendah. Petugas PR mesti melakukan gerakerja drastik dan bersungguh-sungguh untuk memastikan pengundi-pengundi yang belum mengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

BEBERAPA PENYOKONG PR DITANGKAP

Beberapa orang penyokong PR ditangkap oleh Polis ekoran pergaduhan yang berlaku di tempat mengundi Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang. Pergaduhan ini berlaku akibat provokasi penyokong BN yang melampau.

Sehingga kini status mereka belum diketahui.

ISA PUCAT GIGI

Calon BN sentiasa di'boo' dan dilemparkan dengan laungan rasuah! rasuah! rasuah! di setiap peti undi yang beliau lawati.

Pagi ini ketika melawat tempat mengundi Ladang Atherton, muka Isa Samad pucat dan muram apabila kira-kira 200 penyokong PAS dan PR melaungkan rasuah! rasuah! rasuah ! menyebabkan Isa cepat-cepat meninggalkan kawasan tempat mengundi.

Di peti undi Ladang Antherton kira-kira 277 pengundi sudah keluar mengundi iaitu lebih dari 50 %.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter