UNDI POS : RAMALAN SAYA TERBUKTI BENAR

Dalam posting terdahulu, saya meramalkan BN akan memastikan jumlah pengundi pos yang membuang undi akan mencecah 90 % lebih. BN akan menggunakan apa cara sekalipun bagi mencapai targetnya itu. Kerjanya lebih muda kerana 'parti komponen' BN paling muda menjadi pengadil kepada urusan pilihanraya ini.

Jadi tidak hairanlah bagaimana kira-kira 4,200 undi pos telah dibuang. Samada ianya dipangkah sendiri oleh tuan punya badan atau sebaliknya itu tidak penting bagi BN yang penting BN mahukan majoriti lebih dari 3,ooo undi untuk undi pos dan hajat ini sudah kesampaian.

Sebab itu semasa mengulas isu undi pos pada hari pertama pengundian saya mengingatkan pimpinan PAS supaya berhati-hati dengan undi pos yang dihantar ke luar dari kem yang jumlahnya lebih dari 2,500 undi. Pengundi yang tinggal di kem hanya kira-kira 2,000 orang sahaja selebihnya tinggal di luar kem.
Saya meramalkan dari sejak awal lagi bahawa PAS tidak akan mendapat undi lebih dari 1,000 kali ini dan ramalan ini tepat di mana PAS hanya memperolehi undi saguhati sebanyak 600 undi dari kesemua kira-kira 4,20o undi pos yang dibuang iaitu kira-kira 14.2 % sahaja.

Tetapi nampaknya PAS tidak dapat berbuat apa-apa dengan pengundi yang tinggal di luar kem walaupun Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali berkata sebenarnya hanya kira-kira 1,200 pengundi sahaja yang namanya ada di kem yang lain ramai yang pencen, bertukar tempat kerja dan lain-lain.

Dari maklumat yang saya terima dari Counting Agent PAS, banyak karung undi yang diposkan keluar dari Kem menyaksikan PAS langsung tidak mendapat walau 1 undi pun.

"Terdapat sekurang-kurangnya 4 karung undi yang PAS langsung tak dapat undi sedangkan BN dapat 300 lebih" kata Amin salah seorang Counting Agent PAS yang saya temui.

Terbukti undi pos ini telah dimanipulasi semaksima mungkin oleh BN.

Jadi mahu tidak mahu PAS dan PR mesti berusaha semaksima mungkin untuk menghapuskan pengudian secara pos ini kerana terbuktinya tidak adil dan terbuka untuk penipuan berlaku.

Sudah sampai masanya pihak ketiga dan badan antarabangsa memainkan peranan untuk mengembalikan Hak Asasi Manusia di Malaysia iaitu dari segi hak mengundi secara rahsia dan bebas.

Jangan permainkan hak rakyat yang inginkan ketelusan dan keadilan semasa pilihanraya bagi memilih pemimpin yang berintegriti dan berwibawa.
Saya juga awal-awal lagi mencadangkan PAS menarik diri atau memboikot pilihanraya ini selagi SPR tidak membetulkan daftar pemilih yang ternyata cukup mengelirukan. Tidak ada gunanya kita berlawan bolasepak di atas padang yang terbuka.

Comments