MASUK UMNO UNTUK CARI MAKAN DAN PROJEK

Presiden Umno, Najib Razak sebenarnya sudah lama sedar bahawa majoriti dari ahli Umno yang menyertai Umno adalah untuk cari makan. Kalau tidak jadi ahli Umno maka susahlah nak jadi kontraktor, susah nak dapat projek dan sebagainya.
Malah lebih teruk di Melaka ini, minta kerja khasnya jabatan di bawah kerajaan negeri kena jadi ahli Umno atau mendapat sokongan dari JKKK atau Tok Sidang. Maka ramailah yang menjadi ahli Umno kerana hendak cari makan dan untuk kesenangan dunia. Seolah-olah Umno memberik rezeki kepada mereka bukannya Allah. Tak ada Umno tak boleh makan.
Maka hari ini bercelotehlah Najib menyeru ahli Umno dan bakal ahli Umno jangan jadikan Umno sebagai tempat untuk cari makan dan kesenangan hidup. Najib boleh bercakap sahaja hakikatnya perkara ini sudah mustahil untuk berlaku. Mana ada orang Umno yang masuk Umno benar-benar berjuang untuk bangsa Melayu dan agama. Hampir semuanya masuk Umno kerana hendak projek, hendak dapat kerja atau disuruh oleh JKKK atau ketua kampung.
Jadi sia-sia sahaja Najib beri nasihat kerana budaya Umno dan perlembagaan Umno sendiri tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan. Bila objektif perjuangan bukan untuk Islam maka sudah tentu ia adalah untuk nafsu.
Hari ini Najib berkata bahawa tanggapan Umno sebagai sebuah parti "untuk cari makan" mestilah dikikis untuk menjayakan slogan 1Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

"Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.

"Sebaliknya, kita mahu Umno dilihat, dirasai, serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," kata Najib.

"Maka itu, persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan."

Bertemakan 'Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan', Najib menyampaikan ucapan sulungnya sebagai pemimpin nombor satu parti ketika merasmikan perhimpunan agung Umno ke-60 di Kuala Lumpur pagi.

Comments