RAKYAT KEMBALI SOKONG BN!!! BUBARKAN DUN PERAK HARI INI

Presiden Umno, Najib Razak dan Naib Presiden MIC, Subramaniam melahirkan rasa gembira dan yakin kemenangan BN di Bagan Pinang semalam menunjukkan rakyat kembali menyokong BN setelah tewas 7 kali berturut-turut di Semenanjung sebelum ini.
Kenyataan mereka di dalam media hari :-
1) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan BN pada pilihan raya kecil kerusi DUN Bagan Pinang semalam telah meniupkan semangat baru kepada anggota parti-parti komponennya.
2) MIC percaya majoriti pengundi dari kaum India di empat kawasan di Bagan Pinang kembali mengundi BN berdasarkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil kerusi DUN itu semalam.
Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam berkata berdasarkan tinjauan awal parti itu mendapati BN memenangi kesemua empat peti undi di kawasan DUN itu yang majoritinya pengundi India iaitu di Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Brandwall dan Sua Betong.
Jika begitu saya menggesa Najib dan Zambry membubarkan DUN Perak secepat mungkin bagi menyelesaikan krisis politik di Perak. Selepas ini (selepas Pilihanraya Negeri Perak) sudah tentu BN akan menang besar dan mudah untuk mentadbir kerajaan negeri kerana PR sudah tentu akan tewas teruk jika pilihanraya negeri itu diadakan nanti.
Jadi apa lagi yang Najib dan Zambry tungguh ayuh bubarkan DUN Perak hari ini atau esok. Biarkan Pakatan Rakyat putih mata dikalahkan oleh BN. Biar rakyat tentukan....

Ada berani ka Najib dan Zambry??????

Comments

Anonymous said…
Tak payah bubar DUN Perak, teruskan jer mentadbir Negeri Perak dengan Adil, Saksama serta pastikan Rakyat Perak sejahtera adanya...
Anonymous said…
Jangn overconfident bang oi..jentera PAS di kawasan orang Melayu kuat dah ke??Kalu tak tungu jelah PRU 13!kalu betui2 tengok org Cina dan India majoriti dah sokong PAS..tapi majoriti orang Melayu tak sokong PAS pun dah tunjuk somethin tak kena dengan PAS ni!Nak bubar PASTIKAN PAS Perak BOLEH TOLONG TAWAN SEMUA KERUSI2 UMNO di PERAK!!