LUPAKAN KERUSI YANG PUNYAI UNDI POS LEBIH DARI 30 %

Ada pihak yang berpendapat bahawa PR terpaksa melupakan DUN atau Parlimen yang mempunyai jumlah undi pos 30 % dari keseluruhan pengundi. Ini kerana BN hampir pasti akan memperolehi lebih dari 90 % dari undi pos tersebut.

Oleh itu amat sukar bagi PR untuk mengatasi undi pos dengan undi biasa yang juga sudah tentu sebahagiannya akan diperolehi oleh BN.

Sebagai contoh pada Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Ahad lalu, BN memperoleh 3,521 undi manakala Pas mendapat 601 undi dari keseluruhan 95 % undi pos yang dibuang. Jumlah keseluruhan undi pos ialah 4604.

Saranan ini ada asasnya kerana terbukti ketelusan undi pos amat diragui lebih-lebih lagi parti-parti politik tidak dapat memantau pengundian pos yang dilakukan di luar kem. Malah proses pengundian pos di dalam kem juga tidak telus kerana polling agent kita hanya mampu melihat perjalanan pengundian tetapi tidak dibenarkan menyemak kad tentera untuk memastikan anggota yang hadir mengundi memang anggota sebenar atau orang lain yang datang mengundi.

Oleh itu selagi SPR dan Kementerian Pertahanan tidak mengatasi masalah ini selagi itulah proses pengundian pos ini tidak telus dan terbuka luas untuk dimanipulasi pihak-pihak tertentu.

Comments

kelambuharimau said…
Selalu sahaja apabila PR melalui pas, pkr ataupun Dap memenangi pilihanraya kecil, blogger rasa pengundi nak menyelamatkan tok-tok lebai dan tok-tok janggut masuk neraka. Sebabnya blogger kata macam itu ialah bila PAS terlingkup di Bagan Pinang, tok-tok janggut dan tok-tok lebai pas dan pkr dah buat dosa. Antara dosa nya ialah

1. SPR tak adil (SELCAT lagi adil)
2. BN rasuah (Sedangkan Pas yang rasuah bagi kain, beras dan duit)
3. Rakyat Bagan Pinang bodoh sebab undi BN (bagi pas yang pandai hanya ahli pas sahaja)
4.

Bukan ke dosa kalau kita mengumpat dan buat fitnah macam-macam. Eloklah pemimpin Pas khususnya duduk diam sebab duduk diam itu lebih baik dari mengotorkan mulut membuat fitnah. Terima lah realiti yang sekarang ni orang dah cukup meluat dengan PAS. Pesanan blogger kepada pemimpin PAS, Kalau tak pandai menari jangan kata lantai tinggi rendah