GLC SEOLAH-OLAH MILIK UMNO

Pembahas-pembahas yang mewakili Umno negeri pada Persidangan Agung Umno yang berlangsung sekarang melihat GLC (Syarikat yang ada hubungan dengan kerajaan) seolah-olah hak Umno.
Mereka menggesa Perdana Menteri melakukan itu dan ini semata-mata untuk memastikan syarikat tersebut dikuasai oleh Umno. Jika ianya dikuasai Umno maka agaknya mudahlah Umno mendapat habuan untuk digunakan semasa kempen pilihanraya.
Sebagai contoh wakil wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani menggesa kerajaan supaya melakukan proses pemutihan terhadap GLC terbabit yang didakwa menyokong pembangkang.
Katanya, proses pemutihan itu penting penting untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan dan Umno.
Ternyata pimpinan dan ahli Umno tidak dapat membezakan yang mana kerajaan dan yang mana parti. Bagi mereka kerajaan itu Umno, Umno itu kerajaan sebab itu kita di mana-mana sahaja di ceruk kampung, balai raya dijadikan pejabat Umno Cawangan. Memang dasar tak 'reti' dan tidak mahu faham-faham.

Comments