Speaker haram DUN Perak, Ganesan dilaporkan telah mengeluarkan notis panggilan sidang DUN pada 28 Oktober ini. Antara agenda penting sidang kali ini ialah pembentangan bajet 2010 oleh Zambry Kadeer, Menteri Besar yang merompak kuasa PR.
ADUN-ADUN PR diberitakan tidak akan taat kepada notis mesyuarat yang dihantar oleh Ganesan. Sebaliknya mereka akan taat kepada notis panggilan mesyuarat dari Speaker yang sah iaitu YB V Sivakumar yang juga akan menghantar notis panggilan mesyuarat pada hari sama iaitu 28 Oktober. Dengan itu ADUN PR akan menghadiri mesyuarat tersebut berdasarkan notis dari Sivakumar.
PR juga dilaporkan akan membentangkan bajet 201o mereka sendiri. Jadi setelah ada 2 Menteri Besar, 2 barisan exco, 2 Speaker kini akan ada 2 bajet pula. Sekarang Perak lebih layak digelar 2Perak.
Saya juga menjangkakan sidang kali ini juga akan berakhi dengan kekecohan kerana PR sudah pasti tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker. Perlantikan Ganesan dipertikaikan oleh PR dan rakyat negeri Perak.
Mungkin episod sidang DUN tidak dapat dilaksanakan dengan baik sebagaimana sidang lalu akan berulang dan akan ada Speaker yang akan diangkat dari kerusi Speaker serta diseret keluar dari Dewan.
Kita juga mungkin dapat melihat Dewan yang mulia itu akan sekali lagi dicerobohi oleh anasir-anasir jahat siap memakai pistol seolah-olah untuk berperang.
Sama-sama kita tunggu. Namun saya mengharapkan Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan seberapa segera bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak ini.
Comments